TOKYO: Kira-kira 1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 31 Okt untuk merebut 465 kerusi di Dewan Perwakilan Jepun, dengan kempen bermula pada Selasa, lapor Xinhua, memetik Kyodo News.
Pemimpin parti politik utama memulakan sesi debat pada Isnin petang di Tokyo, dan topik utama yang mungkin difokuskan pengundi adalah tindak balas Covid-19 seperti dasar untuk memulihkan ekonomi domestik yang terjejas teruk akibat pandemik, lapor media tempatan.