KUALA LUMPUR: Kini 93.8% populasi dewasa di negara ini atau 21,960,911 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat semalam.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal CovidNow, sebanyak 97.2% populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan semalam kepada golongan dewasa.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 47,838,886 dos bagi golongan dewasa.
Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 806,330 atau 25.6% melengkapkan suntikan vaksin manakala 78.2% remaja atau 2,463,207 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.
FMT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan