18 Oktober 2021

Lapangan terbang di Arab Saudi beroperasi dengan kapasiti penuh

 RIYADH. FOTO AFP

RIYADH. FOTO AFP

Riyadh: Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi membenarkan lapangan terbang beroperasi dengan kapasiti penuh.

Dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang, termasuk penerbangan swasta, pihak berkuasa penerbangan awam berkata, seluruh kapasiti lapangan terbang negara itu akan digunakan untuk operasi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Status imunisasi penumpang akan terus diperiksa menggunakan aplikasi 'Tawakklna', yang dilancarkan tahun lalu, lapor AFP.

Arab Saudi mengurangkan sekatan lebih dari 18 bulan sejak pandemik bermula, dan membatalkan syarat penjarakan fizikal yang wajib di perhimpunan sosial atau di tempat awam termasuk pengangkutan, restoran dan pawagam.

Pemakaian pelitup muka di luar juga tidak lagi wajib kecuali untuk lokasi tertentu, termasuk Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, manakala lawatan ke dua masjid juga itu juga sudah dibenarkan.

Penonton juga akan dibenarkan masuk ke stadium dan kemudahan sukan selepas dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh, dengan syarat mereka diberi vaksin sepenuhnya.

AFP


Tiada ulasan: