18 Oktober 2021

Malaysia sambut baik cadangan gelembung perjalanan bersama Indonesia

 Saifuddin (kiri) pada sidang media di Jakarta, hari ini.

Saifuddin (kiri) pada sidang media di Jakarta, hari ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik cadangan untuk melaksanakan gelembung perjalanan bersama Indonesia melalui beberapa inisiatif.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia merangkumi inisiatif 'Reciprocal Green Lane' (RGL), 'Travel Corridor Arrangements' (TCA) dan 'Vaccinated Travel Lane' (VTL).

Beliau berkata, kerjasama itu akan menyumbang ke arah pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur, sekali gus merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

"Buat masa ini, pelaksanaan gelembung perjalanan boleh memberi keutamaan kepada perjalanan rentas sempadan bagi tujuan rasmi serta perniagaan, dan beransur-ansur dibuka bagi tujuan lain seperti pendidikan, pelancongan dan sosial.

"Antaranya, kedua-dua negara boleh meneroka untuk menghubungkan destinasi kawasan hijau di negara masing-masing yang akan berfungsi sebagai pintu masuk," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Luar Indonesia sempena lawatan rasminya ke Jakarta, Indonesia, hari ini.

bharian.

Tiada ulasan: