31 Ogos 2013
Polis papar logo 49 kumpulan kongsi gelap
24 Syawal 1434 H. [MOD] -
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram.
Jalur Gemilang kurang kerana merdeka ‘diUmnokan’
24 Syawal 1434 H. [MOD] -
TEMERLOH: Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu.
Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat.
Ilmu al-Quran perlu dihidupkan semula
24 Syawal 1434 H. [MOD] -
Pelajar cemerlang Maahad Darul Quran, Nur Atikah Noor Azman menerima Sijil dan Anugerah Khas Imam As-Syafie daripada Tuan Guru Abdul Hadi.
MARANG: Orang Islam akan menjadi lemah apabila meninggalkan ajaran Islam kerana kekuatan umat dan kemuliaannya terletak kepada Islam, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Loji kembali berfungsi, bekalan air mulai pulih
24 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily, | 31 Ogs 2013 |
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan, Loji Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal pagi ini selepas ditutup sementara semalam.
Dengan itu, bekalan air dijangka pulih mulai tengahari tadi secara berperingkat-peringkat.
Katanya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi tadi, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenas pasti tiada lagi kesan minyak.
Langgan:
Catatan (Atom)