4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis.
Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.
Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.
06 Januari 2014
Guna kafe siber sebagai 'pejabat' ah long
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KANGAR - Polis Perlis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan ah long atau peminjam wang secara haram dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai basikal dan kafe siber sejak lima tahun lepas.
Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Datuk Zull Aznam Haron berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Murni di sini pada 10.30 pagi 3 Januari lepas di bawah Op Cantas Khas hasil maklumat orang ramai.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata dalam tangkapan itu, polis turut menjumpai pelbagai dokumen berkaitan kegiatan ah long termasuk milik kira-kira 80 peminjam yang masih aktif.

Kudeta halang peguam, keluarga jumpa Morsi
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
HARAKAHDAILY
KAHERAH: Ikhwanul Muslimin menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan Presiden Dr Mohamed Morsi yang kini dalam tahanan kerajaan rampasan kuasa yang didalangi tentera.
Dalam satu kenyataan semalam, pihak Ikhwan menempelak sikap pihak pendakwaan yang enggan membenarkan membenarkan keluarga dan peguam bertemu dengan Morsi.
Tindakan tersebut menimbulkan keraguan terhadap keadaan kesihatan semasa presiden Mesir itu.

Dr Rosli Yaakop Pengarah Urusan Harakah yang baru
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dr Rosli Yaakop berazam akan memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Harakah yang baru dengan penuh amanah yang akan menjanjikan pelaksanaan urus tadbir yang baik.
Beliau yang menggantikan Datuk Kamarudin Jaffar yang telah bersama Harakah selama tujuh tahun, mengakui tugas yang baru ini amat berat memandangkan Harakah adalah lidah rasmi PAS selain menjadi sumber kewangan kepada parti itu.

Halal darah: Laporan polis serentak seluruh negara
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkait dengan 'bughah' dan 'halal darah' sebagai berbahaya.
Timbalannya Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, melabelkan peserta himpunan pada 31 Disember 2013 yang lepas sebagai bughah (pemberontak) dan halal darah adalah berupa hasutan yang boleh mengundang kepada kekacauan ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara Malaysia.
Justeru katanya, DPPM dan dewan pemuda PAS kawasan di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014).

Laporan Polis Isu Bughah Pemuda PAS Kelantan
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan turut membuat laporan polis ke atas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan peserta Himpunan Turun 31 Disember 2013 lepas sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.

Bolehkah orang Islam masuk ke gereja?
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
ABU HUSAYN
ABU HUSAYN
Soalan:
Bolehkah orang Islam memasuki rumah ibadat agama lain. Adakah menjejaskan akidah jika masuk dengan tujuan berdialog. Hal ini kerana saya melihat ada kalangan pimpinan PAS berbuat demikian. Minta penjelasan Ustaz. Terima kasih.
Jawapan:
Sebahagian ulama melarang secara mutlak memasuki gereja. Mereka berdalil dengan firman Allah, yang ertinya,
“Janganlah kamu solat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.” (QS. At Taubah: 108)

Kalimah Allah: PAS Gesa Majlis Fatwa Segera Buat Ketetapan
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil sidang khas dan membuat satu ketetapan segera bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah di negara ini.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan Majlis Fatwa yang dibuat dari segi pendirian agama adalah perlu kerana isu ini semakin mengelirukan rakyat terutama penganut agama Islam dan penganut agama Kristian.
"Saya minta Majlis Fatwa Kebangsaan buat satu ketetapan, mana satu yang betul dan selari dengan kehendak agama.
"Adakah keputusan pihak berkuasa agama di Selangor (keputusan yang tepat) atau keputusan oleh Kabinet yang bersetuju bahawa penganut agama Islam di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Isnin.
Tanggungjawab PAS kepada ahli
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
USTAZ IDRIS AHMAD
USTAZ IDRIS AHMAD
Kewujudan Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah dan Siasah mempunyai matlamat yang jelas seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Pas. Perjuangannya menuntut kepada semua pendokong memahami perjuangan yang dibawa. Pas tidak mahu ahli yang tidak faham erti perjuangan Pas. Pas bukan parti untuk orang menumpang dan berehat di R&R di lebuh raya, setelah hajat ditunai maka ia cabut lari. Ia bukan platform sementara untuk mencari matlamat duniawi tetapi ia adalah jamaah yang mesti mempunyai ahli dan pimpinannya faham erti mereka berintima' dengan perjuangan Pas. Kita tidak mahu ahli yang tidak faham, sebab apa mereka bersama dengan perjuangan Pas. Allah marah jika bersikap demikian. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jangan kamu berpendirian pada perkara yang kamu tidak ketahui".
Serbuan Jais & undang-undang kawalan agama
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
ABDULLAH ABDUL KARIM
ABDULLAH ABDUL KARIM
PADA 2 Januari lalu berlaku satu lagi insiden yang dilihat bakal menajamkan lagi salah faham di antara penganut pelbagai agama di Malaysia apabila sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bantu oleh anggota polis telah menyerbu pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim.
Menurut laporan media, di dalam serbuan tersebut JAIS telah merampas 300 naskah ‘Al Kitab’ yang merupakan kitab Injil dalam Bahasa Melayu dan juga ‘Bup Kudus’, kitab Injil dalam Bahasa Iban . Serbuan oleh JAIS ini telah mengundang kemarahan dari kalangan pemimpin agama Kristian dan juga aktivis hak asasi dan pengamal undang-undang di mana JAIS di dakwa telah melanggar hak kebebasan beragama yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan di samping JAIS sendiri bertindak di luar dari bidang kuasa yang ada padanya.
Pesta tangkap ikan dalam ais
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Ratusan orang ramai berkumpul untuk menangkap ikan dengan menggunakan tangan.
SEOUL - KOREA SELATAN. Walaupun dalam cuaca sejuk, ribuan penduduk Korea Selatan tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam pertandingan memancing di kawasan ais.
Dataran Merdeka yang tidak merdeka
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
ABD SHUKUR HARUN
ABD SHUKUR HARUN
Dataran Merdeka sebuah nama besar dalam sejarah tanah air. Ia bukan manusia yang boleh berfikir, bernostalgia, gembira, marah dan benci. Ia bukan pemimpin politik yang mengeluarkan pidato yang membakar. Bukan juga seniman yang mengalunkan suara medunya.
Tetapi ia hanya sebidang tanah di tengah jantung Ibu Kota yang digelar Dataran Merdeka, sebuah dataran yang penuh sejarah, menyaksikan jatuh bangun rakyat, di atasnya dikumandangkan perisytiharan kemerdekaan 57 tahun lalu.
Di zaman penjajah British, ia dikenal sebagai padang Kelab Selangor kerana di situ ada kelab tempat golongan elit penjajah British berkumpul, minum-minum ada dan bermain hoki. Namun ada juga segelintir pegawai Melayu yang ‘tumpang semangkuk’ bersantai di kelab itu.

14 maut dalam rempuhan masjid di China
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
BEIJING: Seramai 14 orang maut dan 10 cedera dalam rempuhan ketika majlis di sebuah masjid di wilayah Ningxia barat laut China, lapor media tempatan hari ini.
Rempuhan terbabit berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika makanan tradisional diagihkan kepada orang ramai menghadiri majlis bagi meraikan kematian pemimpin agama di situ. Mereka yang mengalami kecederaan dirawat di hospital termasuk empat dilaporkan kritikal.

Sinabung meletus 30 kali sehari
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KARO - INDONESIA. Lebih 20,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas gunung berapi Sinabung di Sumetera, Indonesia meletus tanpa henti dan terus memuntahkan abu panas sebanyak 30 kali dalam sehari sejak kelmarin.
Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata kepada Jakarta Post, Sinabung menghasilkan lava panas di kawasan pemindahan selain menyebabkan berlaku volkano.

Kalimah Allah: UMNO Sepatutnya Berdemo Di Depan Seri Perdana
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
http://shahbudindotcom.blogspot.com
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Pepatah orang tua-tua ada menyebut, sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Pepatah ini membawa makna yang cukup mendalam dan signifikan dengan kehidupan seharian kita. Apabila kita sesat di tengah hutan dan hilang punca arah tujuan, jalan paling selamat ialah carilah jalan di mana kita bermula.
Dalam kehidupan seharian juga begitu sebenarnya. Apabila kita hilang punca untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah, cubalah cari di manakah puncanya. Hanya dengan mengetahui punca dan di mana bermulanya sesuatu masalah itu, barulah sebarang kekusutan dapat dirungkai dan diatasi.

Hati Yang Lalai
4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman
“Berdoalah kepada Allah dan kamu meyakini akan dikabulkannya. Ketahuilah bahwa Allah `azza wa jalla tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai” (HR. Ahmad).
Di antara doa penting Rasulullah SAW semasa hidupnya ialah memohon perlindungan dari doa yang tidak dikabulkan (HR. Muslim). Bukan hanya Rasul, kita juga sebaiknya berdoa demikian. Pasalnya, bila doa (sudah) tidak dikabulkan Allah, berarti memang terdapat masalah dengan diri kita.

Langgan:
Catatan (Atom)