KOTA BAHARU: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat pagi ini manakala keadaan di Pahang semakin pulih dengan hanya 57 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan.
Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,423 orang berbanding 1,188 malam tadi dengan seramai 1,224 daripada jumlah itu adalah di Rantau Panjang.