10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Masa kini, bab politik menjadi perbualan ramai. Angkat telefon sahaja untuk bercakap dengan sahabat, mahupun saudara, dan tanpa sedar, kita akan mula berbual mengenai politik.
Saya tidak berminat terhadap politik sehingga baru-baru ini, di mana saya merasakan wang saya telah berakhir menjadi beg tangan mahal segelintir individu yang kaya. Kita semua pernah mendengar cerita cincin dan beg tangan, di mana cerita tersebut telahpun disahkan oleh wanita terbabit. Kenyataan beliau bahawa beliau tidak membelinya adalah tidak begitu mustahak. Hakikatnya ialah beliau dan keluarga beliau sukakan benda-benda yang melampau mahalnya, sehingga cincin sebegitu mahal boleh dihantar ke sini. Apakah atau lebih tepat, mampukan sesiapa antara kita melakukan sedemikian? Pada waktu rakyat sedang susah mengharungi kehidupan seharian, wanita tersebut mengidamkan cincin tersebut.
Sekarang, mereka memberikan balik kepada kita RM200 atau RM500. Tapi tunggu! Saya juga tahu ada anak-anak di sekolah swasta yang yurannya RM30,000 setahun juga mendapat wang tersebut!
Pilihanraya akan datang adalah kali pertama saya akan mengundi. Semasa saya mendaftarkan diri sebagai pengundi, saya tidak membuatnya atas dasar untuk menunaikan hak saya. Saya mendaftar semata-mata untuk melawan hantu BN dan penyokong mereka yang telah mengamuk sejak tahun 2008.
Saya mempunyai ramai sahabat yang bersedia untuk mengundi ‘pisang’ atau apa-apa bentuk buah yang diletakkan untuk melawan BN.
Tapi, ada juga hari yang mengganggu minda saya semasa berbual dengan rakan-rakan yang masih ingin menyokong BN. Saya selalu ingin mengetahui apa yang mereka tidak tahu lagi… Akhirnya, saya membuat kesimpulan mereka ini jahil. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak membaca atau hanya membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3. Jadi, saya cuba memberitahu mereka bahawa satu kajian baru-baru ini yang menunjukkan rakyat Malaysia sedang mendapat berita daripada sumber-sumber lain selain RTM, TV3 atau mana-mana saluran TV tradisional. Rakyat kini bergantung kepada sumber berita bebas di internet seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider.
Saya cuba memberitahu mereka: Kamu semua tidak perlu berhenti menonton TV3. Kamu juga tidak perlu membaca Harakah kerana ia adalah sebuah organ parti dan mungkin ada kecenderongannya. Di luar sana masih lagi banyak portal berita di internet yang dikendalikan oleh mereka yang bukan dari parti politik.
Ramai juga sahabat saya yang tidak tahu langsung mengenai penyelewengan melampau BN, sebenarnya takut kehilangan apa yang ada di tangan. Kebanyakan mereka adalah Melayu, dan sebahagiannya India Islam, yang mana ibubapa mereka bersusah-payah berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membolehkan anak mereka didaftarkan sebagai Melayu. Dengan ini, mereka merasakan mereka mendapat perlindungan di bawah BN.
Jadi, saya merenung sendiri, apa mereka sedang berfikir sebagai seorang Islam yang sebenar? Ada antara mereka yang saya kenal sangat alim orangnya. Saya mula berfikir… kini mereka bersembahyang dengan hati yang senang dan merasakan selamat di bawah perlindungan Allah, apakah golongan ini akan bersembahyang dengan niat yang sama apabila semua yang dikurniakan ditarik balik?
Apakah mereka ini akan bersembahyang sekirannya mereka bangun satu hari nanti melihat sebuah kerajaan yang baru mengisytiharkan hak yang saksama kepada semua, seperti yang diajar Islam kepada kita semua? Apakah mereka faham apakah yang dimaksudkan dengan Allah yang Maha Adil?
Apa yang boleh kita hilang? 7 peratus diskaun Bumiputera ketika membeli rumah?
Apakah kita, sebagai seorang Islam merasa okay untuk diberikan hak memilih ke dalam universiti apabila yang lain tidak diberikan izin untuk berbuat demikian? Apakah kita merasa okay apabila ramai bukan-Melayu yang miskin kerana dizalimi polisi sedemikian? Ada yang tinggal di negara ini lebih lama daripada kita – apakah kita berfikir mereka harus balik ke tempat asal ibubapa dan moyang mereka? Dan ke mana itu? India? Ke China? Kini, ramai antara mereka pun sudah tidak mampu untuk bertutur Tamil dan Mandarin dengan baik.
Setelah 50-lebih tahun, dengan segala “kelebihan (keistimewaan)” yang ada, di manakah kita? Ya kita dilindungi, tapi di manakan kita? Kita masih adalah pegawai yang pulang ke rumah dengan duit yang tidak cukup setiap bulan - yang tidak mampu membiayai anak-anak kita untuk membeli sebuah rumah kecil. Apa yang berlaku kepada “kelebihan” kita?
Kita boleh ke merata tempat, tapi kita tidak akan dapat mencari sebuah kedai telefon jika tiada masyarakat Tiong Hua di sana. Masyarakat Tiong Hua ini – yang dinafikan pelbagai “kelebihan” yang diberikan khas untuk kita – telah bersusah-payah sejak dilahirkan. Usaha mereka lebih mulia, mereka mencari duit dengan bekerja keras sementara kita masih menunggu pemberian daripada kerajaan.
Setakat ini, kita tidak ke mana-mana. Jadi apa “kelebihan” yang kita takut kehilangan, wahai sahabat-sahabatku yang masih menyokong BN?
Ramai sahabat saya juga merasakan bukan-Melayu ini racist. Saya boleh bersetuju dengan itu, setuju sangat. Soalan saya kepada mereka, apakah kita tidak racist? Kita mendapat lebih banyak “kelebihan” daripada bukan Melayu hanya kerana sijil kelahiran kita menyatakan kita ini Bumiputera! Terima sahaja hakikat – semua orang adalah racist di Malaysia.
Ada juga yang memberitahu syarikat Cina hanya akan mengambil ‘orang mereka sendiri’ untuk kedudukan tertinggi. Saya bersetuju. Tapi sebelum kita di peringkat memohon mencari kerja, apakah bukan bangsa kita didahulukan untuk masuk ke universiti?
Pada masa yang sama juga, ada juga orang Cina yang mengadu orang Melayu juga adalah racist sehingga tempat membeli barangan keperluan harian juga menjadi pertimbangan. Saya bersetuju, tapi saya juga kenal jurujual orang Cina yang tidak mahu melayan pelanggan bukan Cina.
Jadi mengapa semua menjadi racist? Ia datang daripada atas, konsep politik dan kerajaan kita di mana ‘satu bangsa dilebihkan daripada yang lain.’ Jadi orang bukan-Melayu yang miskin yang hanya mengenali Malaysia sebagai negara mereka untuk mencari kehidupan, dalam proses bersusah-payah itu mula membenci orang Melayu. Dan apabila mereka menunjukkan kebencian ini secara awam, sebilangan orang Melayu memberikan reaksi dan melabelkan mereka sebagai racist dan memberikan hujah ‘kita harus mempertahankan negara ini’. Persoalannya, negara apa, negara siapa?
Apakah orang Melayu sedar mereka mewakili Islam di Malaysia? Apakah mereka sedar sebilangan orang bukan-Islam yang jahil membenci Islam kerana institusi perkauman ini? Bolehkah kita salahkan mereka?
Ya, mereka jahil. Akan tetapi, kita juga sama jahil! Kita bercakap mengenai soal Islam, mempertahankan Islam, tapi di dalam hati kita kuran iman. Apa yang dipentingkan kita ialah “kelebihan” itu.
Lihatlah Australia. Apa saja pandangan kita terhadap negara itu, hakikatnya ialah sistem negara itu memberikan hak yang saksama kepada semua, termasuk orang Islam yang baru menjadi warganegara untuk beberapa minggu. Ini adalah sebab mengapa mereka merasakan ‘belonging’ di Australia walaupun terdapat beberapa batasan dalam amalan agama mereka seperti larangan azan di tempat awam.
Apabila kita sebagai orang Islam berlaku adil, komuniti bukan-Islam akan menerima realiti Malaysia, sejarah Islam dan identiti Islamnya dan menerima beberapa batasan, seperti orang Islam di Australia.
Islam adalah adil. Semua diberi hak yang sama. Jika kita masih merasakan anak kita memerlukan perlindungan daripada kuasa manusia (BN) dan bukannya Allah, kamu sebenarnya hidup dalam situasi yang dinyatakan di Quran: “Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). {Baqarah 2:18}
Untuk saya, kali ini saya akan mengundi “pisang” yang saya tidak tahu. Bagilah Pakatan Rakyat satu peluang. Saya juga mempunyai pelbagai keraguan terhadap Pakatan Rakyat. Tapi saya yakin, ia tidak mungkin lebih teruk daripada keadaan kita sekarang. Jika ia lebih teruk, saya akan menghukumnya dalam masa 5 tahun akan datang.
Memberikan BN 5 tahun lagi bermakna hilanglah pembangkang, dan akhirnya hilanglah pertandingan yang sihat. Di mana-mana negara, pertandingan sedemikian adalah sihat. Apa yang menyebabkan kita rasa Malaysia ini lain?