27 Mac 2010

Siapakah dalang sebenar dalan krisis Istana di Kelantan ?

Saya telah mengikuti dari awal perkembangan krisis Istana di Kelantan seawalnya sejak Wan Hashim memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)setelah Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah(APU) menerajui Kelantan pada tahun 1990. Sesudah itu silih berganti SUK yang menampakkan pertelingkahan kerajaan negeri dengan Istana semakin reda dan yang saya lihat pada akhir-akhir ini sudah tidak ada pertikaian.

Masalahnya semasa Wan Hashim menjadi SUK ada seorang dalang yang sedang mengendalikannya. Malangnya sehingga sekarang Wan Hashim setelah sekian lama semacam dilupai walaupun saya sendiri yang tahu kerja jahatnya satu masa dulu tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan dengan beranai mengumumkan pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta . Yang pasti ada dalang disebalik Wan Hashim.

Kelmarin saya menghubungi dan dihubungi oleh beberapa rakan karib dari Kelantan dan mendapat pengesahan siapakah dalang sebenarnya yang menyebabkan Wan Hashim dikitar semua dan dijadikan semacam peluru untuk menghalalkan hasrat pihak tertentu.

Malah seorang blogger yang cuba menafsirkan perlembagaan negeri kelantan semacam seorang peguam yang mahir semacam hendak menghalalkan kerja Wan Hashim.

Dalangnya bukan saya sahaja yang tahu, namun mungkin sekadar sementara menghormati ianya tidak dipaparkan dengan jelas dalam media. Yang pasti ianya menjadi bualan majoriti rakyat Kelantan. Maklumlah saya tidak mahu mendahului masa dan orang lain, bila orang tidak segan menyebutnya saya pun akan menyebutnya sama.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana ana tau......hehehehehehee

JebatModen berkata...

task force 2010 ker?

Tanpa Nama berkata...

Sebagai ibu janganlah pilih kasih antara anak-anak tak kira dalam apa hal sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

Semua rakyat kelantan tau sapa dalangnya tu..seorang yang tamak dan tak pernah bersyukur dengan kemewahan yang Allah SWT Taala..kurniakan..mungkin ini masanya dia menerima balasan diatas apa yang dilakukan dan ingatlah doa-doa orang yang dizalimi akan termakbul didunia ini juga...kita tunggu dan lihat siapa yang kena......

NpC berkata...

salam tuan,
ambo raso la kalu kito duk asyik cari dalang tidok akan selesai sampai bilo2. sbb, kito buleh jatuh hukum ko kpd dalang tu? kalu buleh , bawak la ke mahakamah! kito ore Islam. ambo raso tuan lebih tahu "Islam" dr ambo. Islam suruh lagu mano?
ambo raso sebaiknyo, TGNA n para VVIP politik Kelate "nasihatkan" Pemangku bawak 17ahli MPN "bermesyuarat" di Istana Mahkota depan Tuanku Sultan n Permaisuri. tentukan kedudukan PEMERINTAH NEGERI KELATE. tentukan tahap gering Tuanku. masing2 panggil pakar. di pihak Tuanku/Permaisuri panggil pakar. Pemangku/Kerajaan Negeri panggil pakar. ambik satu keputusan. kato Pemangku condong kpd pemerintahan Islam. buat caro Islam la, sementara Pemangku masih berkuasa ni. tok kesudahan kalu mu pecat aku, aku pecat mu. mu kato aku, aku kato mu. kito ni kan ISLAM! Ugama duk mano? Dunia duk mano? hok duk sibuk2 geger gegok sebutir negaro ni pasal DUNIA!
maaf la. ambo buke di pihak mano2. ambo rakyat Kelate. bimbe jugok. ni minyak tok naik lagi. 5% tidok sah lagi jadi hak Kelate. duk baloh geger doh! pikir la bakpo Tuhan lengah2kan kekayaan/kemewahan utk Kelate? mungkin bg Tuhan pemerintah Kelate skrg belum layak tadbir kekayaan/kemewahan Dia.!

Tanpa Nama berkata...

oohh....ye ke???

Tanpa Nama berkata...

abe..ambo tertarik ayat akhir abe..

mungkin bg Tuhan pemerintah Kelate skrg belum layak tadbir kekayaan/kemewahan Dia.!

Adakah abe anggap UMNO/pusat lebih layak tadbir kekayaan/kemewahan Dia....lebih takwa? Hehe...geli hati bei wei...

Unknown berkata...

Untuk abe..sedak demo kecek weh..demo kecek srupo org kapung dok kedai kopi lepah bulih minum air scawe...demo kalu tok tahu gapo2 tok soh dok kecek lah..wat malu ko org klate,..

demo kato demo tok masuk mano2 pihok..tapi sebenarnyo caro demo kecek nampok sgt demo nie dok puok umno..demo kato pasal dok baloh gege hal minyok,tok gege lagu mano mugo hok kito bare tue..demo kato gege sebab kelate tok leh ko puok demo..acu buleh lagu mano..hok gege demo kato senyak...

kito kecek kito mikir jage kampung sgt gak..ado palo otok cubo pikir sikit gak..jage dok anguk sajo..

NpC berkata...

salam tuan. salam juga kpd alblanco & tanpa nama 1:22am(3/26/2010).
Allah SWT Maha Mengetahui siapa yg lebih layak! ambo bg pendapat sbg anok kelate. ambo syukur sbb ambo anok kelate. kelate & anok negeri banyok kelebihan berbanding negeri2 lain. meme ambo tidok reti bab politik. hok ambo nampok, sampai hari ni... kito rakyat duk sentiasa “dipermainkan” ore politik seolah2 VOTES kito rakyat ni takdok nilai. kito rakyat xleh lantik pemimpin hok kito rakyat raso lebih layak sbb parti politik menentukan pemimpin/calon dun @ mp. w/pun tidok layok keno bg undi jugok sbb calon parti lain tu lebih tidok layok..! tidok kah kito raso sedih tengok kemelut dlm negeri kelate skrg? atau gelagat mp2 di parlimen? gitu kah gamok nya pemimpin2 pilihan kito? nasib kito sbg rakyat!

buke ore klate berkata...

kawe tok stuju denge abe,demo kato demo tok panda bab politik,tpi demo nk japuk jugok dale bab politik,demo kato ado pemimpin hok tok layok,demo menilai dari segi mano?,demo kenal molek ko TGNA,demo jange ingat demo sore jah betul,ore lain tok betul...

Pak Anjang berkata...

Salam semua.
Nih saya nak bagi pandangan tentang kelantan dan rakyatnya dari kacamata orang luar.
Saya perpendapat rakyat kelantan beruntung dan saya yakin Allah merahmati pemimpin dan rakyatnya. Mengapa? Lihat di mana-mana kita akan jumpa orang Kelantan. Di institut pengajian tinggi, di pusat badar seperti Kuala Lumpur orang kelantan jadi peniaga berjaya, di pejabat-pejabat kita jumpa mereka ini. Keputusan peperiksaan, rakyak kelantan selalu mendapat keputusan cemerlang.
Apa maknanya semua itu? Allah merahmati kamu wahai rakyat kelantan. Mengapa? Negerimu diperintah oleh ulamak. Rakyat dari kaum lain juga berbangga dan selalu menyatakan mereka gembira berada di Kelantan dan akan terus tinggal di sana.
Kalau ada rakyat kelantan yang tidak bersyukur dan masih mengatakan rakyat negeri lain terutama yang dipimpin oleh umno sebagai lebih baik, sebenarnya mereka tidak tahu keadaan sebenar. Mereka telah termakan gula-gula umno.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Semua

Ya betul tu pak anjang 99% orang melayu kelantan patut bersyukur lebih lagi kerana pimpinan ulamak membawa negeri kelantan berkat dan barakah tidak seperti melayu di negeri lain masih ramai yang merempat sebab sokong umno keparat..

Tanpa Nama berkata...

Daulat Tuanku..Daulat Tuanku...Daulat Tuanku......Hidup KELATE

Tanpa Nama berkata...

Saya orang Kedah.Berkhidmat di Kelantan sejak 1989 hingga ke hari ini.Apa yang saya nampak ialah keadaan politik Kelantan condong ke arah PAS. Ini adalah kerana kaum UMNO hanya ingin jadi pemimpin dan jadi kaya-raya. Bila dah terpilih jadi ADUN, AP atau Ketua Pemuda/Wanita, senyap saja memperkayakan diri sendiri.Wang peruntukan pilihanraya disimpan, belanja hanya sedikit. Jadi kalahlah pilihanraya. Sekarang ni pun macam tu juga. Saya dah meluat nak mengundi lihat gelagat macam ni. Lebih baik saya daftar dan undi di tempat saya atau tak payah mengundi. Buang masa saja.

Unknown berkata...

he he he.. anok musa.. samado anuar musa atau husam musa..

Tanpa Nama berkata...

peristiwa mengingatkan kita semua agar sentiasa musahabah diri kerana ditakuti diakhir -akhir usia kita banyaran cash dan berahir dengan suhkulhatimah

Tanpa Nama berkata...

xdop pekdoh belako demo2 nih dok kecek.hok sedak gak ore atah2 jah.

Tanpa Nama berkata...

xdok pekdoh belako dok baloh samo sediri.hok sedak gak ore atah belako.lu pikirla sendiri!!!!!

Tanpa Nama berkata...

manusia diberi otak dan ditambah dengan akal oleh allah s.a.w. untuk berfikir. binatang diberi otak tetapi tidak diberi akal untuk berfikir yang mana baik atau buruk akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

Ambo raso kitaniekena main kedemo jer..dia pelago kita pastu lupa habis pasal minyak pasal PKFZ pasal Perundangan dan lain-lain lagi..puwak demo gomo habis kita dapat kain pelikat jer..heheheheheh kena kodio..

Tanpa Nama berkata...

Teman orng Perak pn tahu siapa dia dalang tu weiii... Biarkan dalang tu terjun dgn labunya sendiri. Teman doa kan Pemangku Raja semoga dipelihara oleh Allah hendaknya.Teman gembira melihat Tuanku menjadi imam sembahyang di stadium tempohari.

Tanpa Nama berkata...

hok mano yang beri pendapat diatas tu, saya hormati belako, kekadang kita terfikir juga, dalam kegawatan ini pun, dok geger pasal lain, sepatutnya kita sama sama bui pendapat menghala kebaikan untuk semua raja, pemimpin dan rakyat negeri kelantan,

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANGKU,

DARI PANDANGAN 1 MALAYSIA,
DAN DARI PIMPINAN ULAMAT,
MELAYU CINA DAN INDIA,
INGAT RETEK HARI KIAMAT.

Tanpa Nama berkata...

dalang nya ialah...bekas rajo perempuan dan si Fakri begong...

Tanpa Nama berkata...

apolah korang ni,pasal party boleh gaduh nanti kito sesamo islam.korang mahukah kito ni macam negaro lain yang perang sesamo sendiri.habislahlah generasi kito nanti.toksah maroh2.mana parti baik kita undi,tak baik buang ketepi.habis cerito.

Cucu Embah berkata...

Kelantan memang terkenal dgn Tok Dalang sejak dulu lagi.. Lihat saja wayang kulit..! Apa yang berlaku sudah ketentuan Illahi. Firman Allah, aku lantik seorang pemimpin dari kalangan kamu buat kamu sama ada dia zalim atau adil kamu kena patuh sebab ia adalah hasil dari perbuatan kamu sendiri. Kita kena ingat patuh pada Allah, Muhammad dan pemerintah itu wajib sepertimana patuh pada ibu, bapa dan guru. Muhasabah diri kita di mana hala kita lebih baik dari kita bertelagah sesama sendiri.

Cucu Embah berkata...

Saya dah lama dok fikir kenapa orang masih kuat ikut mereka2 yang terang-terangan permainkan hukum hakam. Contoh wajib kanak2 umur 10 dan 11 tahun dirotan jika tidak dengar arahan. Kerana umur sedemikianlah kita kena program kanak2 ini sepertimana kita programkan komputer untuk kegunaan. isikan software yang elok2, antivirusnya dsb. Masa Mamat yang ikut Yahudi HARAMkan rotan semua senyum malah akur sebab idea dia lebih baik dari Nabi Muhammad masa tu. Maka saya nampak orang yang masih kuat menyokong Mamat ni memang minat masuk neraka. Saya pernah mimpi Mamat ni datang jumpa saya tanya kenapa dia takleh jadi PM. Jawapan saya nabi pun tak minat pada dia. Sebab tu hidup dalam fitnah semata kerana nabi pun dia fitnah!!! Allah hu rabbi.. beraninya Mamat ni. Lagi pun dulu Mamat ni ngaku jadi anak angkat Embah saya. Konon2nya dia nak ambik berkat... Bertaubatlah jgn lagi jadi tali barut orang munafik... insyaallah selamat kita dunia akhirat