27 Syawal 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU, 25 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno.
"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.
Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.
"Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, kami mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya," katanya.
Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.
H/daily
25 September 2011
Takut hudud Ibarat takut ‘hantu’
27 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU, 25 Sept: PAS menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ketakutan itu hanya disebabkan momokkan pihak tertentu sedangkan mereka belum dan tidak pernah pun melihatnya.
Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa banyak pihak pula yang takut kepada penubuhan Negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.
“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.
“Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah di Dewan Permata, Permai Inn, dekat sini, 23 September lalu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menjemput para ilmuan di kalangan ahli pondok dan pensyarah Universiti bagi membincangkan isu hudud sebelum diluluskan di Kelantan.
“Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam.
“Hudud kita (PAS) buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan.
“Kita (PAS) buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan,” ujarnya.
Namun begitu, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan rasa dukacita hingga sekarang masih belum dapat melaksanakan undang-undang tersebut kerana halangan kerajaan pusat.
Katanya, “amaran” kerajaan pusat akan bertindak jika kerajaan negeri melaksanakan perundangan hudud di Kelantan.
“Bila kita (PAS) buat hudud, Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup (Tun DR Mahathir) sekarang ini beri “Amaran” dalam bulan Ramadan. Jika Kelantan buat hudud dia (pusat) akan bertindak.
“Antara tindakan yang pernah Umno-BN buat suatu masa dahulu ialah “mageran”. Dia bakar tayar, dia bakar bangsal polis seorang dua, dia istihar darurat, dia ‘rampas’ semua kerajaan Kelantan.
“Semua kerajaan negeri dirampas oleh kerajaan pusat. Kita (PAS) bimbang dia (pusat) buat pula kali kedua di Kelantan.
“Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam,” ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Anak muda perlu bangkit, kata Anwar
27 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA NERUS, 25 Sept: Fenomena pencetus kesedaran rakyat yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Mesir, Tunisia dan sebagainya lahir di kalangan anak-anak muda.
Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi perubahan politik boleh berlaku di kalangan rakyat di negara ini. Katanya, kebangkitan luar biasa tersebut tercetus dengan kewujudan laman-laman web social, twitter, facebook dan blog. “Kesedaran rakyat dimulakan dengan anak-anak muda. Ini yang mencetuskan perubahan. Perkembangan yang berlaku hari ini, semua mengatakan tentang kebangkitan yang luar biasa anak muda. “Dan yang uniknya, yang istimewanya kebangkitan ini anak-anak muda lelaki dan wanita terlibat. Semua orang terlibat, orang dewasa, orang tua dan muslimat terlibat. “Kita melihat melalui rangkaian laman web, twitter, blog dan facebook hingga timbul kesedaran baru di kalangan anak-anak muda menuntut keadilan,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Sempena Siri Jelajah Terengganu di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, semalam. Menurutnya, dengan kebangkitan serta kesedaran di kalangan anak muda Umno dan Barisan Nasional tidak boleh lagi menipu rakyat. Katanya, pelbagai khazanah negara ‘dirompak’ oleh pemimpin Negara dengan memperbodohkan orang Melayu. “Di Terengganu ini kita hendak anak-anak muda yang berfikir. Mana boleh tanah kita dirampas, saham kita diambil, balak kita hilang, keluarga kita hidup dalam miskin, tidak ada peluang pekerjaan, diperbodohkan dan tidak boleh tegur pemimpin. “TV3 macam TV Mesir, Utusan Malaysia macam Utusan Mesir, perbodohkan orang Melayu. Ini anak muda kena bangkit,” tegasnya. Beliau yang juga Ketua Pembangkang Malaysia menyifatkan perubahan dan kesedaran tersebut boleh berlaku di seluruh negara dalam pilihan raya akan datang. Ini kerana, katanya rakyat Malaysia terutama orang Melayu bukan lagi bodoh untuk mudah ditipu oleh pemimpin Umno-BN. Menurutnya, perubahan boleh berlaku di Terengganu bahkan di Melaka yang mempunyai sejarah tersendiri. “Kita boleh buat perubahan di Terengganu ini, termasuk di Melaka pun saya yakin kita boleh buat perubahan berdasarkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, kerana negeri yang mempunyai sejarah. “Saya minta kawan-kawan fikirkan. Jadi saya haraplah PAS, KeADILan (PKR) dan DAP diberi ruang dan jika kita tengok pada laporan media kerajaan, beratlah,” ujarnya dihadapan 5000 hadirin. Datuk Seri Anwar mendakwa Umno akan lingkup jika rakyat tahu keadaan sebenar cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat. Justeru itu, katanya Umno-BN sanggup melakukan pelbagai fitnah, pendustaan serta mengaibkan pemimpin Pakatan Rakyat bagi menimbulkan kecurigaan. Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing. |
Warga Emas terharu dibantu melalui program Jom Shopping
27 Syawal 1432H. [MOD] -
KELANA JAYA, 25 Sept: Seramai 120 orang warga emas di Dun Sri Setia yang berdaftar telah diraikan dalam program 'Jom Shopping' di Pasar raya besar Giant di sini semalam.
Program ini adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah Skim Mesra Usia Emas.
Melalui program jom shopping itu, setiap dari mereka diperuntukkan wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan mereka.
Dalam Adun Seri Setia Nik Nazmi menjelaskan, kerajaan negeri sentiasa perihatin dengan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.
"Ini ada salah satu usaha kerajaan dalam menghargai apa yang telah dilakukan oleh warga emas selama ini dan ini juga salah satu cara kekayaan negeri ini dapat dikongsi bersama dengan rakyat.
"Kita tahu Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang kaya sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi tetap kerajaan terdahulu gagal membawa rakyat untuk bersama-sama menikmati kekayaan tersebut malah rakyat terus terpinggir dan dibebani dengan masalah ekonomi," jelasnya.
Tambahnya lagi program Jom Shopping ini melibatkan seluruh warga emas di negeri Selangor dan kepada mereka yang ingin menyertainya perlu mendaftar di setiap Pusat Khidmat Masyarakat.
"Setiap warga emas yang ingin menyerta program tersebut perlu mendaftarkan diri di Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dun.
"Dari senarai yang berdaftar itulah kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukkan untuk program ini, selain itu juga warga emas yang mendaftar akan mengikuti Skim Mesra Usia Emas yang mana keluarga mereka akan mendapat RM2500 jika berlaku kematian kepada warga emas tersebut," sambungnya lagi.
Sementara itu seorang warga emas, Ramlah Binti Mohit 70 tahun terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan merasakan ini adalah satu usaha yang baik telah ditunjukkan dalam meraikan golongan yang lama.
"Makcik betul-betul terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, walaupun melihat jumlahnya hanya seratus ringgit ia dapat meringgankan beban makcik dalam membeli barang keperluan.
"Apa yang dapat makcik lakukan hanya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat kerana sanggup berkongsi dengan rakyat hasil kekayaan negeri ini kalau dulu kita tidak dapat menikmati tetapi sekarang kita telah merasa begitu juga dengan bekalan air percuma," jelasnya.
Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM465 juta bagi menjayakan program MES dan sebanyak RM49 juta dikhususkan untuk Skim Mesra Usia Emas.
Usaha murni ini adalah keperihatinan kerajaan mengembalikan kembali hasil kekayaan negeri ini kepada rakyatnya untuk dinikmati bersama.

Hudud: Keris Umno tikam tuan
27 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 25 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".
Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.
"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.
"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.
Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.
"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.
"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam.
"Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya.
Mohamad menegaskan, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.
"Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.
"Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah," kata beliau.
Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.
Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, "tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu".
"Malang Dr Mahathir, nak perli saya, Najib yang orang nampak tidak cerdik," kata Mohamad.
Langgan:
Catatan (Atom)