20 Julai 2010

Warga Tuban Satu-Satunya Suku Di Dunia Yang Memakan Tanah Panggang

7 Syaaban 1431 H
Oleh: KALIMAJARO I"

Hmm..bagaimana ya rasanya memakan tanah liat yang dipanggang, tapi untuk warga yang satu ini adalah jagonya makan tanah liat. Bagi warga Tuban, Jawa timur memakan tanah lait panggang tak berbeda seperti kita memakan stik coklat. Makanan dari tanah liat yang diberi nama ampo ini sudah menjadi makanan tradisional yang dipercaya masyarakat Tuban dapat menguatkan sistem pencernaan. Bahkan memakan tanah liat juga dipercaya sebagai obat yang dapat mengobati beberapa macam penyakit.

Rasima, sang penjual ampo, mengatakan bahwa tidak ada resepi untuk untuk memasak tanah tersebut. Dia hanya mencari tanah yang bersih yang bebas dari kerikil, kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat. Kemudian, dengan mengikisnya dengan stik dan membentuknya seperti gulungan. Tanah yang sudah menggulung itu kemudian dibakar dan diasapi selama 1 jam, lalu jadilah sebagai snack atau makanan ringan yang siap dimakan. Rasima biasanya menjualnya dipasar dan sehari dia bisa mempunyai penghasilan sekitar Rp 20 ribu(RM7.00) untuk menghidupi keluarganya.

Tuban merupakan satu-satunya tempat di dunia yang memakan tanah. Memang ada orang-orang aneh di dunia yang suka makan pasir, dan benda aneh lainnya. Tapi tidak ada yang memakan tanah panggang. Salah seorang warga Tuban mengatakan bahwa dia sudah memakan ampo sejak dia masih kecil dan ampo mendinginkan perutnya.

Berikut cara membuatnya

1. Pisahkan Tanah Liat Dengan Kerikil dan Pasir

Pada tahap ini tanah dipilah-pilah antara yang lembut dan yang kasar. Sperti halnya membuat adonan jajan, maka keseragaman "tepung" tanah menentukan kenikmatan dan kepulenan camilan yang dihasilkan nantinya.

2. Bentuk Tanah Menjadi Kotak-KotakKalau kita membuat kuih ada istilah kalis, ya disini juga demikian, membuat adonan tanah liat menjadi bentuk kotak menunjukan bahwa adonan sudah kalis. Kalis sendiri berarti komposisi tanah dan air sudah merata pada setiap bagian adonan. Ciri adonan tanah liat yang kalis dilihat dari sudah tidak lengket pada telapak tangan.

3. Bentuk Stick/batanganTanah liat dibentuk menjadi stik, jika anda liat sepintas pembuatannya mirip dengan pembuatan wafer stick atau astor.

4. Bakar Tanah LiatSetelah tanah liat dibentuk menjadi stick, kemudian dipanggang diatas tungku tradisional samapai mengeras dan kering. Seperti terlihat pada gambar, tanah liat diletakan diatas wajan dengan pemanasan tungku dan kayu.

5. DisajikanSetelah semua proses dilalui maka tanah liat siap disajikan di meja untuk jadi teman ngobrol dan nonton Piala Dunia..hmmh. ...yummy .

Kalau anda penasaran dan cukup berani silahkan berkunjung ke tuban dan mencicipinya anda juga boleh meminta kantung plastik untuk membungkus sebagai oleh-oleh keluarga dirumah. Tentunya menikmati bersama keluarga akan membawa kenikmatan tersendiri. Bagaimana? Anda tertarik...enjoy (editor: Maulana)

MUFTI PERAK PERLU BIMBING PEMIMPIN UMNO AMALKAN AJARAN ISLAM DAHULU : PESURUHJAYA PAS PERAK

7 Syaaban 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 18 Julai – Kesediaan Mufti Perak untuk menyatukan PAS dan UMNO merupakan satu tindakan yang dapat diumpamakan seperti ayam berkokok berdegar-degar, najis terpalit di badan sendiri.

Mengulas mengenai tindakan mufti perak tersebut, Ustaz Abu Bakar Hussain mengatakan, sebagai orang yang memahami agama di dalam UMNO, beliau sepatutnya terlebih dahulu berusaha menyelamatkan pegangan agama Islam pemimpin-pemimpin umno yang dilihat telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka berpegang kepada fahaman sekular.

Selain itu Ustaz Abu Bakar Hussain juga menyarankan supaya mufti Perak menyatukan perpecahan teruk yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional pada waktu kini.

Beliau mengatakan demikian dengan merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti di Selangor dan juga di Terengganu yang sehingga kini masih lagi belum selesai. “Kita melihat perpecahan dalaman UMNO yang sangat ketara membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.

Memetik ucapan beliau ” Pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional kini dilihat sebagai agen penyebar api perkauman yang semakin marak dan gagal mewujudkan sebarang perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ”, sambil menceritakan perihal kerajaan BN yang dilihat mendiamkan diri ketika PERKASA terus menerus mewujudkan pergeseran antara kaum.

Beliau berkata, Dato’ Seri Harussani Zakaria tidak perlu menyatukan PAS kerana dalam hal ini, PAS sememangnya telah bersatu atas dasar Islam.

Semenjak dari awal kewujudan, PAS telah berjuang untuk menyatukan masyarakat Melayu di negara ini yang secara umumnya diketahui beragama Islam dan kaum lain yang berada di dalam negara.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS amat terbuka di dalam Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menegakkan keadilan yang selari dengan ajaran Islam kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Tambahnya lagi, sebagai parti tunggal di dalam negara ini yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS membuktikan bahawa semua parti dan kaum dapat bersatu bersama dengan PAS kerana PAS bukanlah parti perkauman seperti UMNO bahkan lebih terbuka dan berjiwa negarawan berbanding dengan UMNO yang dilihat berfikiran tertutup kerana dalam setiap tindakan mereka, tujuannya hanyalah untuk memastikan kaum lain tunduk di bawah pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional.

Demi banteras rasuah, Rakyat berhak tahu ke mana perginya jumlah RM592 billion sumbangan dari PETRONAS

7 Syaaban 1431 H
Oleh: YB Nga Kor Ming

Timbalan Bendahari Agong DAP, YB Nga Kor Ming hari ini menggesa pihak
kerajaan mengumumkan ke mana perginya jumlah sumbangan PETRONAS sebanyak RM592 billion kepada kerajaan sejak syarikat Negara tersebut ditubuhkan pada tahun 1974 demi ketelusan dan akauntabiliti.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping hari ini mengeluarkan kenyataan mendedahkan, bahawa sejak PETRONAS ditubuhkan pada 1974, syarikat Gergasi tersebut telah membayar RM592 billion kepada kerajaan.

Pada tahun 2008, PETRONAS membayar RM61.6 billion, manakala pada tahun 2009 sebanyak RM74 billion telah dibayar. Pada tahun ini walaupun ia merosot sebanyak RM16.4 billion, jumlah sumbangan PETRONAS kepada kerajaan masih berjumlah RM58.3 billion termasuk RM30 billion sebagai dividen.

Demi mengelakkan rasuah dan jumlah harta Negara tidak tertumpu kepada segelintir kroni, adalah tanggungjawab kerajaan mengumumkan bagaimana kekayaan atau khazanah Negara tersebut diurus dan ditadbirkan.

Nga Kor Ming berkata, dalihan kerajaan demi mengelakkan tanahair kita menjadi muflis menjelang tahun 2019, maka adalah perlu subsidi distrukturkan semula. Bagaimanapun, alasan kerajaan jelas meleset khususnya rakyat dapat lihat dengan nyata bagaimana wang rakyat diboros dan dibazirkan dengan pelbagia angkara yang turut didedahkan oleh laporan Ketua Aunit Negara Setiap tahun.

Laporan Ketua Audit Negara pernah mendedahkan Negara kita mengalami kerugian RM28 billion setiap tahun akibat penyelewengan, ketirisan dan pemborosan pengurusan kewangan agensi dan Jabatan-jabatan kerajaan dibawah pimpinan BN.

Nga Kor Ming berkata demikian ketika menghadiri majlis ulang tahun DAP Ipoh ke-44 disini pada hari ini. Nga : Perbelanjaan mengurus JPM meningkat 150% dari RM1.5 billion menjadi RM4 billion dalam tempoh 8 tahun

Nga Kor Ming turut mendedahkan bahawa perbelanjaan Jabatan Pedana Menteri telah meningkat sebanyak RM2.5 billion dalam tempoh 8 tahun sahaja sejak tahun 2003.

Beliau berkata, menurut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri bin Tan Seri Aziz di Dewan Rakyat, jumlah kakitangan di Jabatan Perdana Menteri telah meningkat dari 21,045 menjadi 43,544 orang dalam tempoh 8 tahun.

Jumlah kos pengurusan jabatan tersebut juga meningkat dari RM1.5 billion setahun menjadi RM4 billion satu tahun.

Nga menegur kewibawaan pengurusan kerajaan BN kerana mewujudkan pelbagai jawatan untuk kroni parti politik semata-mata. Sebagai contoh, pegawai penyelaras BN dilantik disetiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan menggunakan wang rakyat.

Menurut beliau, kerajaan melantik ahli parti komponen BN menjadi pegawai penyelaras dikawasan yang dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT dengan gaji RM5,000 dan RM4,000 masing-masing dibayar kepada mereka yang kalah pada pilihanraya.

“ Ini adalah tidak masuk akal kerana rakyat terpaksa menanggung kos tersebut manakala calon BN yang kalah menikmati imbuhan tanpa perlu kerja. Tabung rakyat diseleweng menjadi tabung parti, manakala kegagalan SPRM mengambil tindakan adalah amat mengecewakan sekali.”Nga berkata.

Lebih 1,000 rakyat menghadiri majlis tertsebut.Turut hadir adalah pemimpin Parlimen DAP, YB Lim Kit Siang, Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato Teng Chang Khim, Pengerusi DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham, Ahli Dewan Negeri Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, ADUN Bercham, Sum Cheok Leng dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Majlis tersebut juga mengucapkan takziah kepada mendiang Teoh Beng Hock yang meninggal dunia genap 1 tahun ketika beliau ditahan oleh SPRM tetapi mati dibawah tahanan.

Pemimpin DAP mengadakan majlis mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang meninggal dunia genap 1 tahun ketika beliau ditahan oleh SPRM pada 16hb Julai, 2009.

The Desperate Politics Of Umno

7 Syaaban 1431 H
Oleh: Nash Ar-Rawy

Umno desperate politics is a second failure attempts after losing hope on PAS in its entrapment of the Unity Government by manipulating and speculating its agenda in the media which had caused confusion and conflicts among PAS top leaders.

Umno motive was to create distrust among the Chinese and Indian voters towards PAS . But , it did not materialize at all ; instead PAS is getting stronger and stronger everyday despite of the ruling party’s propaganda and afflictions.

The current attempt is by hoping that a third-party will come into being to convince PAS in making a political collaboration with Umno. Umno has made a big mistake and a blunder by misconceived that PAS is as Umno in term of its principle, policy , ideology and approach.

Umno is a racist based Malay Nationalist Party . Whereas PAS is a Universal based Islamic Party . PAS has proven its Universal and Islamic course by engaging the non – muslims regardless of race to be members of its new wing or council called PAS SUPPORTERS ASSEMBLY COUNCIL . Which operates on its own within the sphere of PAS’s by law . It stands at par and independent as the Ulama Wing , Women and the Youth Wing.

It has about 20,000 members and it has its representatives in the branch, state and national level of PAS leadership. Umno being a racist and Malay nationalist party could not tolerate this phenomena which was once a proposal of PAS Deputy President; the second man after Almarhum Prof. Dr. Burhanuddin in PAS leadership i.e. Almarhum Prof. Dr. Zulkifli Muhammad which materialized in the new millennium, alhamdulillah.

Umno could not accept Non-Malays as members in PAS wing . So , PAS has being accused as a traitor to the Malays and also as transgressor or astray. Umno could not prove it in an open debate with PAS. But as a desperado party now ; it’s hoping for any third-party to merge PAS with Umno.

PAS is the most pretties girl in the world for Umno to elope from PAKATAN. It’s extremely important for Umno to continue its life span. PAS is the only source or the only party that could bring Umno to life.

PAS leadership’s stand , let it be TGNA ( Mursyidul Am) the highest post in PAS or TGHA ( PAS President) and also in PAS Muktamar in Ipoh , Perak and in Kelantan has reaffirmed its solid collaboration with PAKATAN in its plight to save one Malaysia with Keadilan , DAP and SNAP in its course to form a “ welfare based sovereign “. Kelantan being its living model recognized by Transparency International as ‘ZERO CORRUPTION. Thus, ‘Justice For All “ really materializes in practice.

Umno’s sentiment of Malay racist has opened the eyes of the masses that it is only a play for the benefits of its cronies . In the name of Bumiputra and Malays .Umno has deceived the Malays for more than 50 years. What happened to RM52 Billion of the Bumipurtras shares; gone with the wind with its psychopants. RM 1 Billion of the masses money dumped in Bakun and the latest being the lost of Felda’s cash flow amounted to RM 2 Billion; which is the sweats of the innocent peasants.

No sober Malay will trust Umno anymore . Don’t talk about PAS, but Malays as a whole being the core electorates are swaying to PAKATAN now . In constituencies of 90% Malays. Umno is due to lose to Pakatan i.e. to PAS as in Kelantan and Kedah . The next target of PAS is specifically Trengganu ,and Perlis while maintaing Kelantan and Kedah by the grace of God with Pakatan.

For constituencies of 65% Malay electorates Umno/BN has lost to Pakatan such as in Selangor, Perak ( before the coup incident ) and also in Penang because the Chinese electorates are fed up of UBN . The next targets of PAKATAN are Perak, Pahang, Negeri Sembilan and giving a close fight in Johor and Malacca; while maintaining the present ruling states. The most promising new ventures are Sarawak and Sabah . Sibu , being its ‘CATALYST” . This means that, there’s no more state which is secured or a ‘fixed deposit’ for Umno / BN now. A frightening phenomena for Umno/BN which has never occurred before.

That’s why Umno is yearning for the beautiful gorgeous lady called PAS despite of kicking out PAS from BN and accusing PAS as astray and traitor.

Remember, the top leader of PAS, Keadilan and DAP have reaffirmed to defend the Federal Constitution and defend Islam as the official religion and the bumiputra special rights while maintaining other race Malaysian rights and religious beliefs.
But Umno through NEP has betrayed the Bumiputras and forgo the Hudud Law which is only meant for the muslims . Umno is the actual traitor of Islam ( astray ) and the Bumiputras.

Umno could only be supported by the Malay electorates in the remote rural areas, ‘orang asli’, Felda settlers and postal voters. Whereas the middle –class and educated Malays are for a change with PAKATAN as the best only choice for the better future of Malaysia. Malaysians do no want racial sentiments such as ‘ Perkasa ‘ or “Perkasa Cina or Perkasa India’. We are educated people and civilized post –‘merdeka ‘ voters. We want ‘Justice For All “ coincide with ‘ ISLAM FOR ALL “ being the plight of PAS in PAKATAN

PAS , Keadilan, DAP and SNAP in PAKATAN is the best political and social platform for universal justice for it is not racial based as in UBN. A two party system may emerge after the 13th GE by the grace of God when PAKATAN takes over and dethrone Umno/BN in Putrajaya and the Parliament. This is a scary dream of UMNO and PAS is not giving a damn to Umno . PAS political pact with PAKATAN ; i.e. with DAP , Keadilan and SNAP is FINAL in accordance with the people’s trust and plight .

So, to be in the save side , it’s better for Umno followers to join in PAS or Keadilan or DAP for that matter . Rather than to be the tools of the traitors and cronies in UMNO and let as save Malaysia. Let’s leave the leaders in Umno in insanity without followers.

Besides, Umno/UBN is a sinking ship now ; fighting with each other. Subsidies being cut off due to the scandals after scandals in UBN’s rule , mismanagement, corruptions, breach of trust and abuse of power . Right from BMF, Perwaja Steel, PKFZ , Felda and what not coming soon .

The MEB is just a replica of DEB of the same source and practices . Vincent Tan the gambler tycoon is still in the MEB’s vultures group together with Mukhriz and Anaconda Krishnan. This is what Umno and BN really is! .

Sayonara UBN and welcome to PAKATAN RAKYAT! Najib and Muhyiddin should face the reality of the Malaysian cyber politics now and be prepared to be the new future OPPOSITION LEADERS in a new two system party after the 13th GN by the grace of God. It’s a ’wheel –turned’ for PAKATAN .“ GOD IS THE GREATEST !“ ISLAM JUST FOR ALL “ .

KJ DAN RAJA KATAK - SEEKOR MONYET, SEEKOR KERA

7 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

GELAGAT dua tokoh Melayu ini kadangkala menjadi satu hiburan buat kita. Mungkin juga satu lawak pula bagi kaum bukan Melayu apabila memerhatikan tingkah laku dua tokoh Melayu tersebut iaitu KJ selaku Ketua Pemuda Umno dan Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA. Kisah mereka berdua seolah-olah kita memerhati seekor monyet dan kera bertarung. Masing-masing berkata merekalah paling hebat memanjat pokok.

Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim Ali atau lebih dienali sebagai `raja katak' Pasir Mas menyarankan agar KJ Ketua Pemua Umno meletakkan jawatan sahaja atau tidak lagi bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno. Mungkin lebih menyakitkan hati KJ, apabila raja katak Pasir Mas ini menyindir dengan berkata `inilah penyakit naik kerana mertua'. Pedih juga ayat raja katak tersebut.

Oleh kerana terlalu ingin tunjuk hebat, raja katak Pasir Mas ini lupa bahawa dia naik jadi MP Pasir pun kerana siapa? Kerana dia bekas pemimpin Umno Pasir Mas? Kerana dia bekas seorang Menteri di zaman Mahathir dulu? Atau kerana beliau Presiden PERKASA? Raja katak mungkin lupa berapa kali beliau bertanding di Pasir Mas semenjak beliau ditendang keluar oleh Umno dan pernah hilang deposit atau tidak? Kemudiannya, siapa yang pungut `katak' bawah tempurung ini serta memberikan beliau kerusi yang beliau duduki sekarang?

Meskipun KJ tidak dinafikan naik begitu cepat di dalam politik adalah sewaktu era mertuanya menjadi PM, tetapi beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di atas tiket yang sah iaitu Umno. Dikatakan KJ terlibat di dalam rasuah politik wang sewaktu bertanding, itu perkara lain dan ianya normal bagi sebuah parti bernama Umno. Rasuah politik wang bukan `dosa besar' di dalam Umno. Jika ianya satu dosa besar, masakan Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka.

Jika KJ naik di atas pengaruh mertuanya ketika itu atau pun kerana politik wang, Ibrahim Ali pula naik di atas belas ikhsan PAS, walaupun kemudiannya beliau menjadi `Si Tanggang'. Pada pandangan anda di antara kedua-duanya siapa lebih bermaruah? Kedua-duanya Melayu.

Bagi saya, jika disuruh pilih di antara dua Melayu iaitu KJ, Ibrahim Ali dan seorang berbangsa Cina iaitu Lim Guan Eng, sebagai Melayu saya terpaksa juga memilih Lim Guan Eng walaupun beliau Cina. Saya malu mahu pilih KJ apatah lagi raja katak. Bagi saya orang Melayu mestilah mempunyai maruah diri. Masalahnya dua-dua Melayu ini adakah punyai maruah diri? KJ dan raja katak 2 kali 5, 5 kali 2.

KENAIKAN HARGA GULA - ALASAN MENTERI TIDAK BOLEH PAKAI

7 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.

Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?

Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak.

Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan.

Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula.
Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?

Alasan kununnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama.

Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini.

Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita.

Kes Pasir; Curi ke, samun ke, ada permit ke, yang untung UMNO !

7 Syaaban 1431 H
Oleh: Annuar kamaruddin

Orang-orang Taiping dulu sewaktu lombong-lombong pasir masih beroperasi, dapat membeli pasir dengan harga yang cukup murah. Satu lori besar, Cuma lima belas ringgit. Hari ini semua lombong telah ditutup.

Sebab bekas-bekas lombong dijadikan taman-taman perumahan dan kawasan industri. Kalau nak beli pasir kena pesan dari Kampar. Harga dah jadi seratus lima puluh. Kalau jauh sikit dua ratus. Jauh lagi dua ratus dua puluh.

Di Perak tak dengar pulak kes curi pasir. Yang ada kes rompak negeri. Jadi kerajaan haram. Tapi dah disahkan halal.

Berbalik kepada kes pasir di Selangor. Maka melalaklah UMNO dan konco-konco UMNO kononnya Selangor tak tahu urus pasir, rosak alam sekitarlah, macam-macam lagilah. Perkara ni bukan baru. Sebelum PR memerintah dah lama jadi sasaran lensa TV3.

Macam-macam gelaran diberikan. Yang popular “PENYANGAK ALAM SEKITAR”. Tapi satu hal yang tidak dihighlightkan ialah KE MANA PASIR TU PERGI. Ke Korea kah, ke Indon kah, ke Singapore kah atau hanya dalam negara.

Kalau keluar negara, memang sah mereka itu pengkhianat negara. Tapi kalau dalam negara, tentu untuk pembangunan. Nak buat sekolah, nak buat jalan, nak buat jejambat, nak buat rumah, nak buat kondo, nak buat macam-macam.

Yang dapat kontrak tu tentulah geng UMNO. Yang untung pulak UMNO. Sebabnya setiap tauke projek dimestikan beri sumbangan dua persen kepada UMNO negeri. Untuk tabung pilihanraya. Habis tu kenapa bising-bising. Saja je. Nak burukkan imej kerajaan PR.

Bila kerajaan Selangor minta kerjasama tangkap si pencuri pasir, TPM kata Selangor kena urus sendiri. Apa Selangor ada polis sendiri kah. Lainlah kalau Selangor dan kerajaan PR boleh buat pasukan polis sendiri. Rasanya boleh kut.

Tengok macam mana pengawal keselamatan bank boleh tembak perompak, tak salah tembak perompak. Kalau Selangor guna security guard, boleh tembak perompak dan pencuri pasir tu. Ala … budak sekolah pun polis tembak. Alasan, disyaki penjenayah.

Satu hal lagi. Macam mana UMNO sekarang ni bukan main lagi naik ekor dan naik tocang. Bukan main samseng lagi. Kerajaan negeri dah lantik penghulu, UMNO lantik pulak ketua kampong persekutuan. Kerajaan negeri lantik JKK, UMNO lantik pulak JKKP. Sebabnya dia ada bapak di kerajaan pusat.

Bapak dia PM. Pak sedara TPM. Paksu dia IGP. Pakcik dia sepupu PM. Mak Ngah dia menteri. Ustaz dia menteri di JPM.

Macam kes Israel lah. Sebab apa tok-tok Arab termasuk tok-tok Melayu takut sangat kat Israel . Sebab bapak dia Amerika dan Britian. Siapa berani kacau.

Dulu ada kes di Ipoh . Seorang budak sekolah asrama penuh popular kena tindakan sebab hisap rokok. Tiba-tiba bos sekolah pulak kena tukar ke Sabah . Rupanya budak tu anak YB UMNO. Tak caya Tanya bekas pengarah yang dah lari dari UMNO tu.

Ikhlaskah kite

7 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Kita sering menyebut "lkhlaskan niat" tapi adakah kita sudah benar-benar ikhlas..

Firman Allah s.w.t
إنما نطعمكم لوجه الله لانريد منكم جزاء ولا شكورا

Maksudnya: Kami memberi makan hanya kerana mengharap keredaan Allah s.w.t. Kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak mengharapkan ucapan terima kasih. (Al-Insan: 9)

Ini petanda ikhlas ketika kita berbuat baik kpd org lain.1. Tidak mengharapkan balasan. 2. Tidak mengharapkan ucapan terima kasih.

Apa pengertian Ikhlas?
Imam Qusyai ri telah berkata: Ikhlas adalah mengesakan niat pd tuhan semata-mata dalam membuat ketaatan..

Diantara tanda-tanda ikhlas adalah seperti yg dinyatakan Imam Zu Nun alMisri ada 3.
1. Sama saje bgnya pujian atau kejian manusia.

2. Tidak mengingati amalnnya kembali. (contoh ingat amaln adalah kita berasa baik slpas buat amalan dan sepatutnya kita tak berasa ape kerana kita dah serah amalan kita pdNya)

3. Hanya menuntut pahala amaln diakhirat. (kita tidak membuat amalan kerana mengharapkan pujian dan kedudukan dcc manusia).

Semestinya kita mesti memastikan kita benar-benar ikhlas sebelum kita beramal.
Diceritakan bgaimana seorg soleh berkata kepada yg mengajaknya utk menghadiri solat jenazah: Sebentar lg sehingga aku dpt menghadirkan niat ikhlasku..

Tp janganlah kita meninggalakn amalan kerana takut riya' dan sebagainya.
Imam Fudail bin Iyad berkata:
ترك العمل لأجل الناس رياء والعمل لأجل اناس شرك والإخلاص أن يعافيك الله عنهما
Maksudnya: Meninggalkan amaln kerana manusia adalh riya', buat amal krna manusia adalah syirik. Ikhlas adalah dgn Allah menyelamatkan kamu dr keduanya.

Akibat tinggal sembahyang

7 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Solat adalah kewajipan ibadah yang telah difardukan sejak zaman umat terdahulu lagi. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran yang menceritakan bagaimana Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya untuk sembahyang:

قال تعالى:

وكان يأمر أهله بالصلاة والزكاة وكان عند ربه مرضيا (سورة مريم: الأية 55
Maksudnya: Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya dengan solat dan berzakat. Beliau diredai disisi tuhannya.(Maryam: 55)

Mereka yang meninggalkan solat akan dihukum bunuh dan diperangi sekiranya mereka dalam kelompok yang ramai. Ini jelas daripada hadis yang berikut:

أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله.
Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Sekiranya mereka telah melakukan yang sedemikian maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka melainkan dengan hak-hak Islam (seperti mereka telah membunuh yang tidak dibenarkan). Perkiraan hati akan dinilai oleh Allah.

HR Bukhari dan Muslim

Hukuman ini dilaksanakan apabila mereka tidak mahu bertaubat setelah diminta sedemikian.

Amalan pertama yang dihisab

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته, فإن صلحت، فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت فقد خاب وخسر، فإن اتقص من فريضته شيء، قال الرب عز وجل: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك.
Maksudnya:
Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

Diantara hadis-hadis yang mengancam manusia yang tidak menunaikan sembahyang adalah seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:

من فاتته الصلاة، فكأنما وتر أهله وماله
Maksudnya:

Siapa yang telah meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya.
(HR Ahmad)

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي تفوته صلاة العصر كأنما وتر أهله وماله.
Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang tertinggal solat asar seumpama dimusnahkan keluarga dan hartanya.(HR Muslim)

Firman Allah S.W.T:

((فويل للمصلين.الذين عن صلاتهم ساهون))(الماعون: 4,5)

Maksudnya:
Maka celakalah atau lubang dalam neraka bagi bagi orang yang sembahyang; iaitu orang yang meninggalkan sembahyangnya.

Ibnu Abbas berkata: Mereka adalah orang-orang yang melewatkan solatnya dari waktunya.

Abul 'Aliah berkata: Mereka adalah yang menunaikan solat diluar waktunya dan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya.

Orang yang tidak mengakui kewajipan solat adalah kafir. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya dan mengatakan ianya fardu.Ini jelas daripada hadis:

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر

Maksudnya:
Perjanjian diantara orang Islam dengan orang kafir adalah solat; sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia.(HR Tirmizi).

Doa pendinding diri

7 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Pada zaman dulu, terdapt seorang pedagang yg berdagang di rantauan.. dia terpaksa merentasi padang pasir.. rombongan perniagaan dia selalu dirompak oleh penyamun..

Lalu dia berjumpa dengan seorang ulama sufi Ibrahim bin adham (kalau tidak silap la.. sy ingat-ingat lupe cite ni) dan cite masalh dia. Beliau pun mengajar doa ini kepada pedagang tersebut:

اللهم احرسني بعينك التي لا تنام، واكنفني بكنف الذي لا يرام، وارحمني بقدرتك علينا، فلا تهلكني وأنت رجائي
Maksudnya: Ya Allah jagalah aku dengan zatmu yg tidak tidur.. dan lindungi aku dengan perlindunganmu yg tidak dapat ditembusi.. dan kasihilah aku dengan kuasamu terhadap kami.. Maka janganlah hancurkan aku sedangkan engkaulah harapanku..

Maka apabila pedagang itu mengamalkan doa ini.. dia terselamat dari gangguan penyamun dan lain-lain

sy bawak cite ni sebab sy dengar adik-adik tib pempuan kena kacau dengan arab.. dan jugak kakak kuliah.. kawan sy ustaz fadil ismail pernah nampak dr umah dia di rumah serawak, arab sedang raba akhawat kat rumah terengganu.. bila dia jerit, arab tu pun lari.. akhawat tu menangis.. ade akhawat bgtau kat sy, ade arab pemandu teksi tunjuk kemaluannya ketika dia dekat depan umah terengganu.. dia terus balik tak jadi pi kuliah..

Rosmah berbelanja mewah, rakyat terus dihimpit kemiskinan.

6 Rejab 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan terkini isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.

Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.

Rosman berucap ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri
kewangan.

Saya sangat hairan dengan kehadiran Rosmah untuk merasmikan bangunan itu dan dalam masa yang sama Najib hadir sebagai pemerhati dan dalam waktu yang sama Rosmah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan yang diketui juga oleh Najib.

Semacam satu lakonan bila bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 , tetapi baru dirasmikan kelmarin oleh Rosmah.

Bangunan berharga RM18.725 juta itu adalah dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah, Namun untuk 13 negeri lain Rosmah nampaknya memaksa Najib untuk menggunakan wang rakyat dari kementerian Kewangan.

Demikianlah siri pembaziran wang rakyat yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh pemimpin BN. Akhir-akhir ini oleh Rosmah sendiri.

Bagi saya apa yang dikatakan Wisma Wanita dan segala fungsinya sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak seperti yang dikatakan oleh Rosmah ada tugasan bertindih yang telah dilakukan oleh pelbagai agensi yang sedia ada.

Bukankah itu satu pembaziran dan penyalah gunaan wang rakyat sedangkan rakyat terus dihimpit oleh kemiskinan dan tekanan kenaikan harga barang yang berulang kali dilakukan oleh BN.

Hampir pasti Najib akan meluluskan permohonan Rosmah, dan tentunya buka disitu Najib baru mengetahui Hasrat rosmah kerana mustahil hasrat itu belum diketahui najib dan baru diketahui najib semasa perasmian bangunan itu.

Saya tunggu dan sama-sama kita saksikan bila hampir 1 billion ringgit akan dibelanjakan oleh Kementerian kewangan bagi memenuhi hasrat Najib.

Yang jelas, kroni Rosmah akan kaya raya dan yang terus susah dan merempat adalah rakyat Malaysia yang terus menerus dicekik oleh dasar kerajaan yang tidak mesra rakyat.

Atau wang penjimatan subsidi sebanyak RM 700 juta lebih sudah difikirkan lebih awal oleh kerajaan 1Malaysia suami isteri untuk tujuan tersebut ?

SPR digesa permudah pengundi tukar alamat

7 Syaaban 1431 H

BATU GAJAH, 18 Julai: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dengan kerjasama DAP Cawangan Kampung Baru Nalla telah menganjurkan satu program semakan daftar pengundi di tapak pasar malam bersebelahan dengan pasar awam Tronoh, kelmarin.

Program yang dimulakan pada pukul 6.30 petang itu mendapat sambutan sangat menggalakkan di mana ramai yang berminat untuk mengetahui taraf mereka sebagai pengundi.

Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, didapati seramai 13 orang mahu menukar alamat mengundi mereka mengikut alamat kad pengenalan namun penukaran hanya boleh dilakukan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos besar.

“Ini adalah satu amalan birokrasi yang menyusahkan para pengundi,” katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru SPR supaya mengkaji semula polisi yang membebankan itu.

Katanya, bagi mereka yang sudah menukar alamat kad pengenalan adalah wajar untuk Penolong Pendaftar Pengundi yang dilantik oleh SPR membuat pertukaran alamat pengundi tersebut, yakni para pengundi tersebut tidak perlu pergi ke pejabatb SPR atau pejabat pos.

Beliau menjangka beribu-ribu pengundi di seluruh negara tidak mengubah alamat mengundi mereka walaupun telah menukar alamat di kad pengenalan.

Justeru, Sivakumar menyeru agar orang ramai yang layak mengundi memeriksa kedudukan mereka sebagai pengundi.

“Sesiapa yang ingin menyemak status mengundi boleh berbuat demikian dengan mengakses laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Harussani wajib nasihat Umno hayati Islam

7 Syaaban 1431 H
Oleh: Yangretibase

Menjadi tanda tanya kepada saya, atas kapasiti sebagai siapakah Tan Sri Harussani Zakaria beria-ia benar bersedia untuk memainkan peranan sebagai orang tengah atau perantara bagi tujuan menyatupadukan orang Islam PAS dengan orang Melayu Umno?

Sebagai Mufti Perak? Sebagai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria wajib menumpukan sepenuh perhatiannya pada amanah dan tanggungjawab kemuftiannyasecara khusus dalam negeri Perak Darul Ridzwan.

Tidak menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk urusan penyatupaduan antara dua buah parti politik.Beliau tidak perlu bersusah payah untuk satu tugasan yang sangat berat, sedangkan beliau gagal melaksanakan satu tugasan ringan yang menjadi haknya.

Sebagai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ialah penasihat agama kepada Tuanku Sultan Perak. Tidakkah Tan Sri berasa takut dan malu kepada Allah SWT apabila nasihat Tan Sri tidak diendahkan oleh ahli keluarga Diraja Perak dalam perkara wajib yang terlalu mudah untuk ditunaikan, misalnya dalam rukun menutup aurat.

Sebagai seorang ulama? Sebagai ulama benar atau ulama akhirat, Tan Sri Harussani Zakaria sesungguhnya wajib meletak jawatan apabila nasihat yang wajib tidak dipatuhi; namun, sekiranya Tan Sri yang takuk untuk menyembahkan nasihat, maka beranilah saya mengatakan bahawa Tan Sri bukanlah seorang ulama benar, tetapi hanyalah ulama su' yang takutnya kepada manusia mengatasi takutnya kepada Allah SWT.

Kalau Tan Sri Harussani Zakaria merasakan dirinya itu ulama malaki pada peringkat nasioanal, beliau harus membuktikan peranannya yang berkesan; tetapi hingga ke saat ini setelah lebih kurang dua puluh lima tahun beliau berpeluang memainkan peranannya, saya tidak nampak apa-apa rancangan beliau yang mampu mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan gejala jenayah pelbagai jenis yang bermaharajalela yang melibatkan orang Islam di Malaysia.

Saya tidak nampak pun apa-apa program Tan Sri Harussani Zakaria secara besar-besaran dalam menolong menjadikan orang Islam Malaysia ini benar-benar orang mukminin dan mukminat sejati, atau hamba Allah SWT yang bertaqwa kepada-Nya. Menurut satu kajian, sebanyak 80% orang Islam Malaysia tidak menunaikan solat secukup lima waktu dalam masa sehari dan semalam. Aspek dahsyat ini yang patut diutamakan; bukan aspek perpaduan parti politik.

Industri hiburan dan media merupakan tsunami besar yang melanda masyarakat Islam Malaysia, terutamanya dalam kalangan remaja, sehingga menjadikan sebahagian masyarakat Islam Malaysia hilang arah, hilang matlamat hidup dan sesat. Mala petaka ini yang lebih wajib dipedulikan oleh Tan Sri Harussani Zakaria daripada menyibuki urusan PAS. Saya fikir, PAS tidak memerlukan bantuan Tan Sri.

Sebagaimana pengakuannya, Tan Sri Harussani Zakaria tidak menyertai mana-mana parti politik. Katanya, beliau orang tengah yang duduk atas pagar. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia maklum bahawa beliau berpihak kepada Umno. Oleh sebab itu, lebih wajarlah beliau menyampaikan nasihat yang wajib kepada Umno supaya Umno menghayati Islam secara holistik.

Saya berpandangan bahawa seorang ulama waris Nabi wajib senantiasa bersama-sama dengan jemaah yang jihadnya dan matlamat perjuangannya bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith. Kalau tidak, seseorang itu bukanlah ulama warathatulanbia'; lebih-lebih lagi, jika seseorang ulama itu memusuhi kumpulan jemaah Islam berkenaan, maka ulama yang berkenaan itu pastilah seorang ulama su' atau ulama dunia.

Harakahdaily/-

Rakyat desa berjimat, pemimpin bermewah

7 Syaaban 1431 H
Oleh: Hasan Husaini

Tanggal 4 Jun 2008, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak yang memecahkan rekod kenaikan harga bahan bakar itu, petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel.

Mungkin itulah tanda terima kasih beliau kepada penyokong setia kerajaan dan mungkin juga sebagai ancaman kerana mempercayai janji Pakatan Rakyat.

Walaupun alasan yang diberi ialah kerana kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, ramailah yang bangkit menentang, berpiket dan menganjurkan tunjuk perasaan. Tidak kurang juga yang bersedia dengan pelan perancangan hidup baru, mungkin merancang untuk kembali menunggang motosikal, berbasikal atau bersunnah dengan menunggang kuda.

Yang malang ialah mereka yang bersetuju malah membela keputusan kerajaan menaikkan harga emas cecair itu.

Pada 16 Julai 2010, harga barang naik lagi dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar. Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik di kampung yang perlu diajak berjimat. Bahkan para pembesar nun di singgahsana yang wajib turun merasai bagaimana lazatnya nasi putih beras usang bersama ulam pucuk ubi kayu.

Saya menulis pada hari ini bukan untuk membahaskan dari sudut akademik atau politik jauh sekali dalam bidang ekonomi. Bahkan berpandukan pengalaman cetek ketika berkunjung di negara sejawatan dengan Malaysia sebagai pengeluar minyak, Arab Saudi. Harga minyak di Saudi jauh berbeza dengan harga di Malaysia.

Rs10 mampu memulangkan lebih 20 liter petrol. Tak perlu beralasan bahawa kita membeli minyak dari luar. Yang penting negara kita adalah negara pengeluar minyak.

Bukan sekadar itu, negara kita juga terkenal dengan negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Di mana keuntungan semua itu? Di mana keuntungan sawit? Di mana keuntungan getah? Di mana keuntungan minyak mentah?

Maka untuk menutup kemarahan rakyat, PM pun mengarahkan media agar tidak menggunakan istilah harga barang naik. Kalimah itu digantikan dengan penyelarasan subsidi.

Ustaz dan ustazah pula diarahkan menyelinap masuk dalam masyarakat sama ada dalam media elektronik, media cetak, malah terjun dalam dunia realiti ke kampung dan desa untuk menyampaikan ceramah dan forum supaya berjimat cermat.

Maka berbondong-bondonglah ustaz dan ustazah hadhari tampil dengan upah yang tinggi, berkereta besar pergi berceramah ke kampung kepada pakcik dan makcik yang sudah puluhan tahun mengira biji beras, berjimat cermat untuk menjaga anak-anak yang bakal meneruskan hidup.

Sedangkan panel penceramah, penganjur, ahli VIP yang hadir serta penganjur masih dalam dunia membazir.

Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah sekali-kali mempersaudarakan manusia yang zalim dengan syaitan, kecuali kepada si pembazir, maka Allah berfirman (maksudnya), “ Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara bagi syaitan-syaitan”.

Suka untuk saya tegaskan pada hari ini, golongan yang patut ditegur ialah para pembesar negara yang secara zalimnya meletakkan beban kepada rakyat sedangkan mereka masih bersenang-lenang dengan pangkat dan harta yang bertimbun bahkan masih menerima elaun dan dividen serta keistimewaan yang keterlaluan.

Kenyataan seorang 'orang besar kerajaan' pada Jun 2008, "

Pada 17 Julai 2010, seorang menteri juga beralasan dengan cara yang tidak cerdik mengatakan bahawa tidak patut untuk negara membelanjakan RM1 bilion demi memberi subsudi kepada barangan yang boleh membawa penyakit.

Dalam usaha menjaga ekonomi negara, kerajaan lebih rela meletakkan beban yang berat ini ke atas rakyat bawahan yang cukup lemah. Sedangkan, dalam masa yang sama, sebuah istana bernilai hampir satu bilion ringgit sedang dibina. Walhal istana lama masih 100 kali lebih mewah dari rumah paling cantik di desa sana.

Saya amat tertarik dengan kisah Imam Nawawi yang dibuang negeri setelah beliau enggan untuk memberi fatwa untuk mengharuskan Raja Zahir mengambil harta rakyat untuk mencukupkan kelengkapan perang demi mempertahankan negara. Sekali imbas, patut bagi si raja untuk mengambil harta rakyatnya pada waktu itu. Tapi, kecerdikan Imam Nawawi tidak seperti ustaz dan ustazah hadhari yang mudah ditipu oleh ketamakan pemerintah.

Beliau berhujah bahawa beliau akan membenarkan si raja mengambil harta rakyat jika gedung kekayaan istana dikosongkan, gundik-gundik dibebaskan dan segala kemewahan ditinggalkan, namun kelengkapan perang masih belum mencukupi. Maka raja naik marah lantas membuang Imam Nawawi ke luar negeri.

Begitu juga dengan kisah seorang sahabat yang dihantar untuk menjadi gabenor di salah sebuah wilayah Islam. Maka apabila tiba musim pembahagian zakat, nama si gabenor tadi berada di tangga teratas senarai penerima zakat lantaran kemiskinan beliau kerana senantiasa meninggalkan kesenangan dan keperluan diri serta keluarga semata-mata untuk membantu rakyat jelata.

Samalah juga tentang apa yang berlaku pada Khalifah Umar Khattab yang terlebih dahulu mengorbankan kesenangan diri sebelum meminta rakyat berjimat cermat apabila tiba musim kemarau, musim Ramadh, selama hampir 9 bulan. Sepanjang temoh itu, Saidina Umar tidak memakan keju, meminum susu bahkan memakan daging. Rasulullah sendiri yang sememangnya menjadi contoh tauladan kepada umat Islam hidup dalam keadaan sederhana.

Itulah gaya sebenar seorang pemimpin. Terlebih dahulu mengorbankan kesenangan sendiri, bukan hanya dengan mudah meletakkan beban kepada rakyat. Sedangkan diri sendiri masih sempat untuk bermain golf, menunggang kuda, bercuti ke luar negara dengan dibiaya duit rakyat!

Bagaimana patut pemimpin negara berpesta dengan berhabis jutaan ringgit sedangkan rakyat miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tanpa apa-apa skim yang menaungi sedang mengikat perut membilang biji beras ekoran kenaikan harga gula dan kenaikan mendadak harga minyak.

Tertarik saya untuk mengikuti jejak langkah Imam Nawawi menegur pembesar negara supaya terlebih dahulu berjimat sebelum melepaskan beban itu kepada rakyat. Tinggalkan dahulu istana besar, kecilkan dahulu poket tebal menteri-menteri, hilangkan dahulu skim eksekutif dan eksklusif yang melindungi para menteri, jual dahulu saham-saham individu yang bernilai jutaan ringgit.

Hilangkan dahulu sifat pentingkan diri para pembesar dengan mengosongkan garaj kereta mewah dan eksotik pembesar negara. Patutkah seorang pemimpin masih bermewah mengurniakan pangkat bermewah-mewah berpesta saat rakyat mereka menderita?

Bayangkan Datuk Seri Najib berucap supaya rakyat berjimat, sedangkan dia sejurus kemudian menyantap di meja mewah bersama orang-orang besar kerajaan? Dari mana duit untuk membayar makanan itu? Bukankah ianya hasil dari penjimatan pakcik dan makcik yang hanya makan nasi berulamkan pucuk ubi kayu? Bukankah lagi patut Datuk Seri Najib meniru gaya seorang MB yang hanya makan nasi goreng dalam polisterin?

Wahai rakyat Malaysia, sedarlah bahawa anda semua sedang diperbodohkan oleh pemimpin yang kamu junjung. Anda di desa telah puluhan tahun berjimat-cermat, sedangkan mereka masih sempat bermewah. Patutkah anda memilih mereka untuk kesekian kalinya?

Harakahdaily/-

Sultan Kelantan dijangka pulang awal

7 Syaaban 1431 H
Oleh: rizal Tahir

KOTA BHARU, 18 Julai: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dijangka akan pulang lebih awal berbanding tarikh asal dari menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, dalam kenyataan medianya memberitahu pada asalnya baginda dijangka pulang pada 21 Julai ini.

“Bagaimanapun Pemangku Raja akan mengatur penerbangan pulang baginda Sultan secepat mungkin dan baginda juga begitu perihatin terhadap kesihatan ayahandanya.

“Pemangku Sultan begitu gembira dengan perkembangan kesihatan tuanku setelah selamat menjalani prosedur anglogram dan angioplasty pada 17 Julai lalu,” ujarnya lagi.

Menurut Halim lagi, keberangkatan baginda ke hospital berkenaan pada 15 Julai lalu bertujuan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan.

Sehingga kini, baginda masih menerima rawatan dari pakar-pakar perubatan di hospital berkenaan.

Sambungnya lagi, Pemangku Raja juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ayahanda baginda.

“Pada masa yang sama baginda turut berharap rakyat juga sama mendoakan yang terbaik kepada ayahanda baginda,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Umno ayam daging, PAS ayam kampung

7 Syaaban 1431 H
aspanaliasnet.blogspot.com

Kekeliruan politik negara amat jelas dan keadaan ini belum pernah kita alami. Kita beranggapan di zaman Abdullah Badawi mentadbir negara kita ini merupakan zaman yang paling tidak menentu.

Jelas sekarang ini bahawa zaman Abdullah mentadbir negara, keadaan buruk zamannya itu tidaklah seteruk keadaan sekarang ini.

Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keadaan politik negara sekarang ini menjadi igauan bagi sesiapa yang tidak mahu parti yang memerintah hari ini akan menyeberang duduk sebagai pembangkang di dewan-dewan lagislatif diperingkat negeri-negeri dan Parlimen.

Pandangan saya ini mungkin mendapat reaksi yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam ‘state of denial’ dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk.

Saya lebih cenderung untuk menyebut cerita yang buruk kerana sudah terlalu ramai di kalangan pemimpin Umno kita membuat cerita yang enak-enak dan melekakan UMNO dan pemimpinnya.

Baru-baru ini timbul keinginan setengah pihak untuk melihat PAS dan UMNO duduk di meja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu Melayu dan perpaduannya.

Muhyiddin nampaknya memberi reaksi yang baik dan bersedia untuk berbuat demikian. Muhyiddin mungkin ada kesedaran yang cadangan itu adalah satu cadangan yang baik untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyk isu.

Tetapi di sebaliknya Najib pula berkata rundingan itu tidak perlu kerana UMNO sedang bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO pimpinannya sudah hampir terjerumus ke dalam keaiban jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini.

Pemikiran Muhyiddin dengan Najib memang jelas tidak selari dan tidak sehaluan. Di mana-mana orang ramai menyedari hakikat ini dan mereka menganggap itu adalah satu fenomena yang merbahaya bagi parti apatah lagi dalam keadaan sekarang ini.

Mendengar kata-kata Najib dan Muhyiddin yang menunjukkan perbezaan pandangan dan nilainya membuat kan orang ramai keliru, apatah lagi dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Saya bukan bermaksud untuk menyokong perbincangan dengan PAS kerana PAS dan UMNO tidak akan berjaya duduk bersama. Tetapi yang merunsingkan ialah Najib menjawab dengan kata-kata yang tidak benar bila beliau mengatakan UMNO masih kuat.

Di mana letaknya kekuatan UMNO itu? Bagi saya andaian itu, jika banar memanglah baik bagi parti, tetapi didalam naluri orang ramai mereka tidak langsung nampak kebenarannya.

UMNO/BN masih mampu mentadbir kerajaan kita hari ini semata-mata kerana dukungan Sarawak dan Sabah semasa pilihanraya yang lepas. Mereka yang mengundi di Sarawak dan Sabah kerana tidak menyangka yang pengundi di Semenanjung akan memberikan sokongan kepada parti alternatif dalam pilihanraya itu.

Sekarang tekanan terhadap BN di kedua-dua buah negeri itu sudah nyata kerana mereka menjadikan arah politik diSemenanjung sebagai penentu arah politik tanah air.

Di Sarawak kehadiran parti-parti pembangkan akhir-akhir ini mendapat sokongan dari orang ramai kerana kerana masalah kepimpinan Taib Mahmud yang begitu lama seolah-olah Sarawak itu adalah kepunyaan peribadi beliau sehinggakan tidak ada lagi pemimpin yang berpotensi untuk memimpin bumi kenyalang itu.

Sehingga kehari ini di Sarawak masih tidak ada indikasi pertukaran pemimpin kerana semua yang berpotensi telah hanyut kerana sikap kuku besi Taib disana. Najib tidask boleh lagi menganggap Sarawak dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN.

Kalaulah tidak kerana sokongan undi pos, DAP sudah pasti berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti melebihi 4,000 undi di dalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Hanya pengundi pos yang merapatkan majoriti kekalahan BN kepada 398 undi.

UMNO di cawangan-cawangan tidak bergerak lagi seolah-olah cawangan-cawangan sudah mati kaku. Jika cawangan tidak pastas bekerja untuk parti maka tidak ada asas bagi seorang pemimpin seperti Najib bercakap seperti orang yang takbur dan mendabik dada kerana mempercayai yang UMNO itu masih kuat.

Saya berharap apa yang saya fikirkan ini adalah salah. Jika apa yang saya fikirkan ini benar maka kita akan melihat satu demi satu kubu yang tinggal kepada kita jatuh berderai maka akan bermulalah episod baru politik tanah air.

Jika BN terutamanya UMNO jatuh kali ini saya tidak nampak parti itu akan kembali berkuasa dalam tempuh yang lama kerana UMNO tidak biasa menjadi pembangkang kerana terlalu biasa dengan kemewahan yang telah membawa parti kita ini ketahap kufur nikmat yang amat rendah disisi dan pandangan agama kita.

Ahli-ahli UMNO ini serperti ‘ayam daging’, sentiasa mematuk makanan yang diberikan oleh tuannya. Tetapi ahli-ahli PAS itu diibaratkan sebagai ‘ayam kampung’ yang biasa dengan mencari makan sendiri.

Itulah sebabnya ayam daging selalunya gemuk tetapi dagingnya lembik dan jika dimasak terlalu lama dagingnya akan hancur. Di sebaliknya ayam kampung lebih keras dagingnya jika dimasak berjam-jam lamanya untuk dimasak rendang rasanya lebih sedap.

Itu sebabnya ayam kampong harganya RM11 tetapi ayam daging harganya tidak boleh lebih dari RM 7 seperti yang diumumkan oleh Ismail Sabri baru-baru ini. Harga ayam daging ini jauh lebih murah dari harga ayam kampung.

Lagi pun jika ayam daging dilepaskan dari sangkarnya ayam itu tidak akan mampu mencari makan dengan sendiri dan jika kita kejar pun dia tidak akan dapat lari kerana terlalu gemuk disebabkan makan terlalu banyak.

Tetapi akhir-akhir ini ayam daging pun sudah tidak dapat makanan yang secukupnya kerana tuannya sedang menghadapi kegawatan ekonomi.

Harakahdaily/-

4 Adun tidak hadir, konflik berterusan

7 Syaaban 1431 H
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan kekecewaan dengan tindakan empat Adun BN Terengganu dari Parlimen Setiu kerana tidak menghadiri persidangan perwakilan Umno bahagian Setiu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 Julai lepas.

Katanya, ini bukan budaya pemimpin Umno dan mereka sepatutnya menghormati Muhyiddin. Walaupun mereka mempunyai masalah dengan bahagian tetapi parti lebih penting dari diri kita. Begitulah kiranya kenyataan Hishammuddin dipetik.

Anehnya, sebelum ini telah beberapa kali Hishammuddin menyatakan masalah Umno Terengganu telah selesai dan mereka telah kembali bersatu sebagai satu pasukan. Sekadar fakta, Parlimen Setiu mempunyai empat Dun iaitu Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit.

Empat Adun yang tidak hadir bermakna keseluruhan Adun tidak hadir. Mereka yang tidak hadir pada mesyuarat perwakilan bahagian itu ialah Adun Langkap, Asha’ri Idris yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiu, Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh (naib ketua), Adun Batu Rakit, Khazan Che Mat (ketua pemuda) dan Adun Jabi, Ramlan Ali. Tinggallah Datuk Mohd Jidin Shafei berseorangan selaku ketua bahagian dan Ahli Parlimen Setiu satu-satunya wakil rakyat yang hadir menyambut Muhyiddin.

Mengimbas kembali kisah perdamaian Umno Setiu yang telah berlaku hampir setahun lalu...

Mungkin sebagai suatu langkah perubahan yang dilaung-laungkan semasa perhimpunan agung Umno tahun lalu, Umno Setiu juga seolah-olah dilihat mengambil langkah positif untuk mendamaikan antara puak-puak yang hebat bertelagah dengan mengadakan pertemuan antara semua wakil-wakil rakyat di dalam parlimen Setiu beserta penyokong-penyokong mereka bersama Datuk Ahmad Said bertempat di Dewan Sivik Jabi sejurus selepas perhimpunan agung Umno 2009 lalu. Sumber yang diyakini memaklumkan, semua wakil-wakil rakyat hadir bersama penyokong mereka ketika itu kecuali Adun Batu Rakit.

Dalam konteks Setiu, pertelagahan berlaku antara puak pro Idris Jusoh yang diketuai Ramlan Ali, Adun Jabi dan puak pro Ahmad Said yang diketuai Mohd Jidin, ketua bahagian merangkap Ahli Parlimen Setiu. Pergeseran antara dua puak jelas dizahirkan semasa pemilihan Umno peringkat bahagian tahun lalu yang menyaksikan Ramlan Ali tewas tipis untuk merebut jawatan ketua bahagian di tangan Mohd Jidin tetapi Asha’ri dari pasukan Ramlan menang dalam perebutan jawatan timbalan ketua bahagian.

Antara isu besar ketika itu, Adun-Adun tidak diberikan kebebasan melantik pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) pilihan mereka dengan campur tangan Mohd Jidin yang mendapat lampu hijau Ahmad Said. Krisis perlantikan pengerusi JKKK khususnya di Dun Jabi yang mengakibatkan tersingkirnya ramai pengerusi-pengerusi JKKK pilihan Ramlan dan digantikan dengan pengerusi-pengerusi JKKK pilihan Menteri Besar (baca pilihan Mohd Jidin) seolah-olah seperti meletakkan garam yang menambah kepedihan di tempat luka yang masih belum sembuh dan tidak tahu bilakah akan sembuh.

Dalam konteks Dun Jabi juga, masyarakat setempat ramai yang tertanya-tanya kenapakah pejabat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiu untuk Dun Jabi dibuka di Kampung Renek, tidak di Pekan Jabi di mana terletaknya pejabat dan Pusat Khidmat Adun Jabi sedangkan Pekan Jabi adalah tempat tumpuan masyarakat Dun Jabi dan di sinilah acara-acara penting peringkat Dun selalu dilangsungkan.

Saya sama sekali tidak berminat untuk mencampuri urusan dalaman mereka sekiranya apa yang berlaku hanya dalam kelompok mereka dan tidak menyentuh kepentingan rakyat, tetapi apabila tamak dan haloba perebutan kuasa politik ini telah merebak sehingga jelas kelihatan mereka mementingkan perebutan pangkat, darjat, kedudukan dan projek lebih dari kepentingan rakyat, maka pendirian perlu dinyatakan.

Amat malang bagi rakyat bawahan yang menjadi pelanduk tersepit di antara gajah-gajah yang bertarung. Kenapa saya berkata begitu dan saya sebenarnya dari dahulu amat meragui bahawa pertelagahan ini akan berakhir serta puak pro Idris dan puak pro Ahmad Said di Setiu akan berdamai!

Perlu dijelaskan bahawa pertelagahan antara dua puak ini adalah perlumbaan merebut kepentingan terutamanya selepas diwar-warkan bahawa royalti minyak akan dipulangkan balik. Sudah tentu akan banyak projek-projek yang akan mencurah di Terengganu. Mereka yang merasakan tidak berpeluang mendapatkan lebih banyak projek akan haloba dengan kuasa. Suatu gejala yang sangat tidak baik bagi negeri Terengganu.

Saya percaya mereka yang rakus dalam Umno ini amat tidak sabar melihat perubahan ekonomi yang kononnya bakal berlaku. Kepentingan puak masing-masing perlu dipelihara walaupun terpaksa mengorbankan prinsip (kalaulah pemimpin Umno berprinsip) sekalipun terpaksa menjilat semula ludah. Bukan soal untuk berfikir tentang kepentingan rakyat dengan kekayaan negeri anugerah Allah Taala. Kuasa politik amat perlu untuk dapat projek dan kekayaan.

Melihat kepada tiada tanda-tanda Ahmad Said akan tersingkir dari kerusi MB, permusuhan berterusan dengan Ahmad Said yang kekal berkuasa adalah suatu tindakan yang sangat tidak bijak yang natijahnya jelas, puak Idris Jusoh tentu akan hanya menjadi pemerhati satu demi satu projek dibolot oleh puak MB. Ketika ini soal maruah bukan lagi perhintungan. Walaupun terpaksa melakukan pusingan 360°, Lantas mungkin inilah puncanya hampir setahun lalu kenapa langkah perdamaian yang penuh kepura-puraan perlu diambil ketika itu. Tetapi apabila jelas puak-puak Ahmad Said terus membolot satu demi satu projek sementara puak Idris Jusoh terus melopong, maka perang perlu diisytiharkan semula!

Manifestasi ketidak hadiran kesemua empat Adun BN di Parlimen Setiu adalah pengisytiharan terbuka penerusan konflik. Paling tepat ialah ketika kedatangan Timbalan Presiden merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Setiu. Amat malang bagi Muhyiddin kerana datang ke Setiu untuk melihat permusuhan berlaku di depan matanya. Sudahlah dulu ketika beliau ke Kuala Berang, Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid tidak mengendahkan kedatangannya. Barang kali tepat jika diungkap, kita bermusuh kerana kuasa dan projek, maka kita juga boleh berdamai kerana projek! Demi kuasa, pangkat, kedudukan, darjat dan projek, segalanya mungkin...

Harakahdaily/-

Rosmah minta kementerian kewangan biayai wisma wanita

7 Syaaban 1431 H

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.

Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.

"Wisma Wanita mampu dijadikan sebagai pemangkin bagi meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan kaum wanita.

"Ini adalah kerana kaum wanita memainkan peranan yang cukup penting sebagai isteri, ibu dan anak dalam memikul tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dan mereka wajar dihargai," katanya ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan.

Rosmah juga berkata Wisma Wanita boleh berfungsi sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Mengenai Wisma Wanita Sabah, beliau berharap bangunan yang dibina atas tanah seluas dua hektar itu turut dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, bangunan itu turut menempatkan penjualan produk kraftangan berkualiti oleh wanita Sabah yang boleh dijadikan cenderamata untuk pelancong.

"Adalah diharapkan melalui peluang ini, para usahawan wanita tempatan akan lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk berkualiti yang boleh dipasarkan mengikut kadar berpatutan," katanya.

Di samping itu, beliau berkata kewujudan Galeria Wanita di bangunan tersebut, yang mempamerkan maklumat mengenai pembangunan dan pencapaian wanita Sabah, juga mampu menjadi daya tarikan pengunjung.

Bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 dengan peruntukan RM18.725 juta oleh kerajaan negeri.

Malaysiakini/-

Sukan: K'tan nafi enggan kerjasama dengan pusat

7 Syaaban 1431 H

Kelantan menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri pimpinan PAS enggan memberi kerjasama kepada kerajaan pusat dalam memajukan bidang sukan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan Negeri, Abdul Fatah Mahmood, sebaliknya, berkata kerajaan negeri akan terus membantu badan-badan sukan di negeri itu mengikut kemampuan yang ada.

"Kami mengetepikan isu politik untuk membangunkan dan memajukan sukan demi kepentingan rakyat Kelantan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa kerajaan negeri itu tidak pernah membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dari segi kewangan dalam mengharungi saingan Liga Super.

Pada Isnin lalu, Ahmad Shabery, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Machang, dilaporkan sebagai berkata tindakan kerajaan negeri itu jauh berbeza dengan kerajaan Kedah, yang juga di bawah pimpinan PAS, yang telah menyumbang RM2 juta setahun kepada persatuan bola sepak negeri itu.

Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mempunyai tanah di kawasan bandar untuk dijadikan pusat kegiatan sukan seperti gelanggang bola sepak atau futsal.

"Jika adapun ia melibatkan kawasan luar bandar," katanya.

Menurutnya, sesuatu projek kerajaan yang melibatkan pengambilan balik tanah memerlukan kos yang tinggi dan mengikut prosedur serta memakan masa.

"Jadi, tidak timbul isu kita (kerajaan negeri) tidak memberi kerjasama dalam pembangunan sukan ini seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin politik seperti itu," katanya.

Katanya, beliau tidak mahu pembangunan sukan dikaitkan dengan isu politik kerana jika ini dicampuradukkan maka ia membantut usaha kerajaan negeri dan pusat dalam memajukan bidang berkenaan.

Malaysiakini/-

Nik Aziz: Politik Melayu kukuh jika Umno tukar dasar

7 Syaaban 1431 H

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan Umno untuk menukar dasarnya kepada Islam.

"Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

"PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu," kata menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas isu perpaduan antara PAS dan Umno apabila baru-baru ini dilaporkan bersetuju untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan perkara itu.

Namun Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata pertemuan itu bukan untuk membincangkan politik sebaliknya akan bertumpu kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata kerajaan Kelantan pimpinan PAS hanya bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi pembangunan negeri termasuk merealisasikan cadangan pembinaan lebuh raya empat lorong yang menghubungkan Kuala Lumpur-Kota Bharu.

Katanya, kerajaan negeri bersedia berunding mengenai cadangan itu pada bila-bila masa.

"Saya harap cadangan itu diterima oleh kerajaan pusat memandangkan Kelantan mengeluarkan ramai modal insan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Koperasi Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan, di Tumpat hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat jika ianya membabitkan kepentingan rakyat, dan bukan parti.

Ahmad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata kerjasama politik sukar dilakukan kerana dasar parti masing-masing yang berbeza.

"Kalau kerjasama untuk kebaikan rakyat antara kerajaan dengan kerajaan, kita sedia pada bila-bila masa. Kalau kerjasama parti biar dulu," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno menyatakan parti itu sedia bekerjasama dengan PAS demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Malaysiakini/-

Editor Suara Keadilan disoalsiasat polis

7 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib disoalsiasat oleh ibupejabat polis daerah Putrajaya hari ini, berhubung dakwaan yang akhbar PKR itu dikeluarkan tanpa permit serta penyiaran maklumat sulit.

"Mereka hanya mengambil kenyataan saya. Mereka sedang menyiasat kami di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Dzulkarnain ketika dihubungi Malaysiakini.

Ia ekoran laporan polis yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 12 Julai - satu, mendakwa penerbitan dokumen-dokumen rahsia di muka depan akhbar Keadilan yang diedarkan oleh parti tersebut dan satu lagi dakwaan ialah penerbitan menggunakan permit yang telah luput.

Permit penerbitan Suara Keadilan tamat pada 7 Julai dan KDN tidak memperbaharuinya, selepas mengeluarkan empat surat tunjuk sebab tetapi kementerian tersebut didakwa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Menurut Dzulkarnain, semasa disoal siasat selama sejam itu, seorang pegawai berpangkat ASP merakamkan kenyataannya mengenai penyiaran dokumen OSA dalam Keadilan.

"Mereka juga ingin tahu tentang penerbitan Keadilan, sesiapa yang terlibat, bila dan bagaimana," katanya.

Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam, menemani Dzulkarnian sewaktu sesi soalsiasat tersebut.

Malaysiakini/-