20 Julai 2010

MUFTI PERAK PERLU BIMBING PEMIMPIN UMNO AMALKAN AJARAN ISLAM DAHULU : PESURUHJAYA PAS PERAK

7 Syaaban 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 18 Julai – Kesediaan Mufti Perak untuk menyatukan PAS dan UMNO merupakan satu tindakan yang dapat diumpamakan seperti ayam berkokok berdegar-degar, najis terpalit di badan sendiri.

Mengulas mengenai tindakan mufti perak tersebut, Ustaz Abu Bakar Hussain mengatakan, sebagai orang yang memahami agama di dalam UMNO, beliau sepatutnya terlebih dahulu berusaha menyelamatkan pegangan agama Islam pemimpin-pemimpin umno yang dilihat telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka berpegang kepada fahaman sekular.

Selain itu Ustaz Abu Bakar Hussain juga menyarankan supaya mufti Perak menyatukan perpecahan teruk yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional pada waktu kini.

Beliau mengatakan demikian dengan merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti di Selangor dan juga di Terengganu yang sehingga kini masih lagi belum selesai. “Kita melihat perpecahan dalaman UMNO yang sangat ketara membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.

Memetik ucapan beliau ” Pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional kini dilihat sebagai agen penyebar api perkauman yang semakin marak dan gagal mewujudkan sebarang perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ”, sambil menceritakan perihal kerajaan BN yang dilihat mendiamkan diri ketika PERKASA terus menerus mewujudkan pergeseran antara kaum.

Beliau berkata, Dato’ Seri Harussani Zakaria tidak perlu menyatukan PAS kerana dalam hal ini, PAS sememangnya telah bersatu atas dasar Islam.

Semenjak dari awal kewujudan, PAS telah berjuang untuk menyatukan masyarakat Melayu di negara ini yang secara umumnya diketahui beragama Islam dan kaum lain yang berada di dalam negara.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS amat terbuka di dalam Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menegakkan keadilan yang selari dengan ajaran Islam kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Tambahnya lagi, sebagai parti tunggal di dalam negara ini yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS membuktikan bahawa semua parti dan kaum dapat bersatu bersama dengan PAS kerana PAS bukanlah parti perkauman seperti UMNO bahkan lebih terbuka dan berjiwa negarawan berbanding dengan UMNO yang dilihat berfikiran tertutup kerana dalam setiap tindakan mereka, tujuannya hanyalah untuk memastikan kaum lain tunduk di bawah pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional.

8 ulasan:

Duan berkata...

Kata orang tua-tua bila pencuri kata mencuri itu salah. maka kata-katanya tidak semestinya kita kata salah kerana mencuri itu memang benar-benar satu kesalahan.

kata orang tua-tua juga kalau menuding jari kepada orang lain akibatnya tiga jari sendiri menuding kebelakang.

Selalunya bila budak-budak bergaduh lama-lama dia lupa dan berbaik semula.

Tapa bila orang tua bergaduh, tak bertegur sapa selama tiga hari maka kata Tok guru agama saya kata akan berdosalah mereka. walahhualam bisawab.

KERAJAAN ROSMAH-NAJIB TERGUGAT berkata...

UMNO BARU DI BAWAH PIMPINAN ROSMAH-NAJIB SKRG TERLALU BYK SKANDAL YG BELOM TERJAWAB MENYEBABKAN RAKYAT TERTANYA2 APAKAH KERAJAAN ROSMAH-NAJIB INI MAMPU UTK MEMBAWA RAKYAT MALAYSIA KE ARAH YG LEBIH BAIK/MAKMUR. PERPECAHAN DI SEMUA PERINGKAT PARTI UMNO, MCA & MIC AMAT PARAH, MASING2 TIDAK MAHU BERTOLAK ANSUR, SATU PIHAK MENGATA DAN MEMULAU SATU PIHAK DAN SEBAGAINYA...MCM ANJING DGN KUCING. YG KALAH,TIDAK MAHU MELETAKKAN JAWATAN DAN MENGAMBIL PENDIRIAN,"JIKA AKU XKEKAL JAWATAN INI, ORG LAIN PON AKU PASTIKAN XDPT DUDUK DGN SELESA" BUDAYA BALAS DENDAM...

KERAJAAN ROSMAH-NAJIB PASTI TIDAK DPT BERBUAT APA2 LAGI, MASA SEMAKIN SUNTUK, KEADAAN MAKIN LAMA BERTAMBAH TERUK.

Tanpa Nama berkata...

apakah mau dikasi jawatan MB Perak
sama Pak Ir.Nizar semula ??

Tanpa Nama berkata...

satu2nye mufti yg takder degree...aku tak heran pun..

Tanpa Nama berkata...

suruh saja Mufti Perak dedahkan siapa Pemimpin Pas Perak atau Pusat yg bertemu dgnya untuk menjadi orang tengah antara Pas dan UMNO. Beri 24 jam, jika gagal dedahkan bererti Mufti berbohong!!

Tanpa Nama berkata...

orang pas ni tak buleh diajar...walaupun yang menghulurkan bantuan itu datangnya daripada seorang mufti...sebab apa? sebab orang pas ingat dialah sahaja yang pakar di dalam bidang agama...tapi...belum tentu orang pas walau pun nik aziz sendiri terjamin masuk ke dalam syurga...

JAKA berkata...

PAS,PKR DAN UMNO ADA ULAMA MASING2 SO ....
JANGAN PERLECEHKAN MEREKA...
KERANA MEREKA ADALAH PEWARIS NABI...

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 19hb 7, 5:17:

org bodoh yg xnmpk apa yg tersirat je akan ckp mcm ko ni..org mcm ko ni, ckp habis air liur pon xguna sbb mmg xkn fhm apa itu "tersirat disebalik tersurat'" perpaduan yg dimintak mufti..org umno yg bodoh mcm ko ni je yg pk cmtu.. bingai!