23 November 2009

Peribahasa Cina : San Ren Cheng Hu

Apabila Tiga Orang Sekata, Khabar Angin Adanya Harimau di Tengah Jalan Besar Pun Dianggap Benar

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-5 sebelum Masihi, negeri Wei dan negeri Zhao merancang untuk menjalinkan hubungan sekutu, dengan syarat saling menghantar puteri sebagai jaminan. Oleh itu, raja negeri Wei memutuskan untuk menghantar anak bongsunya, dengan ditemani oleh menteri kanan, Pang Cong, ke negeri Zhao.

Pang Cong ialah menteri yang paling terkemuka di negeri Wei. Dia bimbang ada orang yang iri hati dengannya, akan memfitnahnya di depan raja setelah dia meninggalkan negeri Wei. Oleh itu, dia cuba memikirkan satu cara yang bijak untuk menasihati raja supaya tidak mudah percaya kepada fitnah. Maka, sebelum berangkat, dia bertanya kepada Raja Wei,

"Kalau ada orang memberitahu tuanku ada seekor harimau di tengah jalan, tuanku percayakah kepada kata-kata orang itu?"

Raja terus menjawab tanpa berfikir, "Pastilah beta tak percaya. Mana boleh harimau berlari ke tengah jalan besar?"

Pang Chong terus bertanya lagi, "Kalau ada dua orang yang mengatakan begitu, tuanku percayakah?"

Raja Wei menjawab, "Kalau ada dua orang yang mengatakan begitu, mungkin beta akan percaya kepada hal itu."

Pang Cong bertanya lagi, "Kalau ada tiga orang yang mengatakan begitu, percayakah tuanku?"

Setelah berfikir beberapa lama, Raja Wei menjawab, "Kalau begitu, beta terpaksa percaya kepada kata-kata mereka."

Mendengar jawapan Raja Wei, Pang Cong menjadi semakin bimbang. Dia mengeluh, sambil berkata, "Cuba tuanku fikir, macam mana harimau akan berlari ke tengah jalan besar. Semua orang tahu hal itu. Bagaimanapun, kerana ada tiga orang yang mengatakan begitu, tuanku pun percaya kepada mereka. Negeri Zhao begitu jauh dari negeri kita. Maka, orang yang mahu memfitnah hamba pada tuanku lebih daripada tiga orang. Lama-kelamaan, mungkin tuanku juga percaya kepada fitnah mereka."

Raja Wei yang sudah memahami makna yang tersirat di sebalik kata-kata Pang Cong itu, bertitah, "Beta faham apa yang kamu fikirkan. Pergilah ke negeri Zhao dulu. Jangan bimbang."

Tidak lama selepas Pang Cong meninggalkan negeri Wei, benarlah ramai orang yang menuduhnya dengan pelbagai fitnah pada Raja Wei. Anehnya, raja itu benar-benar percaya kepada tuduhan mereka, justeru seperti baginda percaya kepada khabar angin adanya seekor harimau di tengah jalan besar kerana tiga orang sepakat dalam hal itu.

Setelah Pang Cong pulang dari negeri Zhao, Raja Wei tidak lagi memanggilnya mengadap ke istana.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "San Ren Cheng Hu" ini membawa pengertian fitnah dan khabar angin, jika disebarkan oleh terlalu ramai orang, akhirnya ia dianggap benar-benar terjadi. Peribahasa ini menasihati kita supaya jangan terlalu mudah percaya kepada kata-kata yang tidak benar.CRI/-

Kemalangan maut.

KEMALANGAN MAUT... Beberapa anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan lapan beranak yang menaiki van lalu merempuh pokok dalam kejadian ngeri di KM 103.8 Lebuh Raya Butterworth-Sungai Petani berhampiran Taman Sejati di sini, hari ini. Bagaimanapun, tiga daripada mereka meninggal dunia dan dikenali sebagai Ismail Ahmad, 53, bekas anggota tentera, isterinya Solahah Samah, 45, dan anak lelaki mareka Mohd Salahuddin, 15. Manakala yang cedera parah dikenali sebagai Ismalini, 23, dan Siti Nir Ain Ismail, 21, kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. Tiga lagi yang mengalami kecederaan ialah pemandu van itu Ismaliza, 28, adiknya Nor Sakinah,13 dan Nor Rahmah, 18. Mereka dalam perjalanan dari Sungai Udang, Melaka pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Ketiga-tiga jenazah mereka akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam di kampung Permatang Bonglai Besar malam ini. --fotoBERNAMA


Dua Maut, Tujuh Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya

SLIM RIVER, 22 Nov:-Dua maut, tujuh cedera manakala enam lagi selamat apabila van yang mereka naiki untuk ke Grik bagi menghadiri majlis perkahwinan terbabit dalam kemalangan di Km 359 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungkai Ahad.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira pukul 8 pagi itu ialah penumpang van terbabit iaitu Marnisda Abdul Rasad, 52, dan Ramli Mohd Sadeli, 27.

Kedua-dua mereka yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, kata Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Mohd Ali Mat Nayan.

Beliau berkata mereka yang cedera ialah pemandu van Musrizal Dalias, 29, isterinya Asmah Laili, 27, anak mereka Norin, 9 dan Khara Elis Sofia, 4 bulan.

Turut cedera ialah saudara keluarga itu, Ramelus Raibus, 49, Eliza Osman, 27 dan Yusman Abdul Razak, 47.

Khara Elis yang cedera di kepala di rawat di Hosital Ipoh, manakala enam yang lain dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu, katanya.

Mohd Ali berkata kesemua mangsa berasal dari Gombak, Selangor.

Beliau berkata dalam kejadian itu, van dari Gombak, Selangor yang dinaiki 15 orang itu dikatakan terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh penghadang jalan dan terbalik.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari Slim River terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam van itu, katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada tayar depan van berkenaan bocor menyebabkannya terbabas.

-- BERNAMA

Mayat Teoh dibedah siasat kali kedua di Hospital Sg Buluh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock bermula di Hospital Sungai Buluh hari ini dengan diketuai oleh Ketua Patologi hospital itu, Dr Shahidan Mohd Noor.

Bedah siasat ini diperhatikan oleh dua pakar dari luar negara iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan Dr Peter Vanezis, pakar patologi yang turut serta dalam bedah siasat inkues mayat Princess Diana, dari Britain.

Dr Pornthip dilantik oleh kerajaan negeri Selangor manakala Dr Peter dilantik oleh SPRM.

Mayat Teoh telah digali semula setelah lebih empat bulan dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih pagi semalam.

Satu upacara keagamaan diadakan terlebih dahulu seawal jam 9.00 pagi sebelum dikeluarkan selepas 2 jam penggalian.

Pihak keluarga memohon para hadirin dan wakil media memakai pakaian gelap sepanjang upacara.

Sebaik sahaja mayat Teoh berjaya dikeluarkan, wakil keluarga, forensik, polis dan pakar patologi membuat pengecaman mayat terlebih dahulu sebelum dibawa keluar ke Hospital Sungai Buloh.

"Mayatnya dalam keadaan yang sangat baik," kata peguam keluarganya, Gobind Singh Deo.

Upacara penggalian dibuat secara tertutup. Kawasan dilitupi kain putih setinggi 3 meter menghalang pihak media daripada membuat liputan.

Bagaimanapun setelah selesainya upacara tersebut, hanya kelibat keranda Teoh sahaja kelihatan dengan dibaluti pembalut plastik lut sinar dan ditandai bagi melindungi bukti mahkamah daripada dicemari.

Hadir sama Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, Ronnie Liu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Gobind menambah kehadiran pakar patologis antarabangsa Dr Pornthip Rojanasunand pada upacara pagi tadi amat penting bagi memantau proses penggalian semula mayat Teoh sebelum dibawa keluar ke Hospital Sg. Buloh.

Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan

KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

Harakahdaily/-

Serah Kepada Peguam Negara Saman Jambatan Runtuh

BANDUNG (Indonesia): Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk meneliti kes saman RM105 juta oleh tiga bapa kepada tiga murid yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak, 26 Oktober lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau belum mendapat maklumat terperinci mengenai kes saman itu tetapi kerana sudah ada kes, maka kerajaan akan mendapatkan nasihat Peguam Negara.

"Saya belum dapat butir-butir kenapa mereka saman tetapi kerana dah ada kes, kita dapatkan nasihat Peguam Negara yang akan menelitinya daripada semua sudut," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan para pemimpin Kelab Umno seluruh Indonesia di sini, semalam.

"Memang tak dijangka. Itu malapetaka yang tak kita duga. Walau apa pun saya tak nak komen banyak kerana kenyataan saya mungkin boleh digunakan pihak tertentu," katanya.

Tanpa ingin mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata biarlah kes itu dilihat daripada segi undang-undang negara.

Tiga bapa kepada tiga murid yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di Kampar pada 26 Oktober lepas pada Jumaat, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Ipoh, Perak bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan.

Dalam saman itu, K.Mageswaran, K.Vasudevan dan T. Nathan menamakan sebagai defendan, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, guru besar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang.

Pihak yang lain yang disaman ialah penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan kerajaan Malaysia.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Co pagi semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak. BERNAMA.

KONSPIRASI DI PAFA

Oleh : Izham Irwan

Presiden Persatuan Bolasepak negeri Perak (PAFA) Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Hj Jamaludin sepatut nya di beri ruang dan peluang untuk menangani masalah yang di hadapi oleh PAFA dengan FAM. Ini kerana hutang yang di tanggung oleh PAFA adalah hutang yang berpunca dari pengurusan PAFA pada tahun 2006 hingga 2008 yang lalu. Tidak perlu Nizar melepaskan jawatan nya,sedangkan masih ada ruang untuk mengatasi masalah tersebut walaupun terdapat pihak yang mempunyai agenda politik mendesak beliau berbuat demikian.

Kita perlu faham bahawa masalah dengan FAM hanya lah merupakan cadangan dari Jawatankuasa Pertandingan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan belum di putuskan secara muktamad. Sebagai Presiden yang bertanggungjawab, Nizar tidak akan membiarkan perkara tersebut berlarutan, walaupun beliau boleh berbuat demikian. Pujian harus di beri kepada Nizar, kerana sepanjang penglibatan beliau dalam PAFA, tiada hutang yang di tanggung oleh Persatuan dan tidak timbul masalah pembayaran elaun dan gaji kepada jurulatih dan pemain-pemain serta kakitangan pengurusan. Beliau juga telah menaikkan gaji kakitangan di bahagian pentadbiran PAFA sedangkan selama bertahun-tahun berkhidmat dengan PAFA, kakitangan tersebut tidak pernah di berikan kenaikan gaji oleh Presiden-Presiden PAFA sebelum ini.

Tiba-tiba terdapat beberapa pihak yang melenting , di antara nya bekas pemimpin PAFA dan beberapa orang Ahli Majlis dengan membuat kenyataan di akhbar, mendesak supaya Nizar berundur dan melepaskan jawatan. Sebenar nya mereka lah bekas pemimpin yang telah meninggalkan hutang serta bebanan kepada PAFA selama ini dan telahpun di singkirkan dari PAFA. Di sebalik kenyataan yang di buat, mungkin ada agenda yang tersembunyi di sebalik tabir. Kenapa mereka perlu menyalak sekarang, sedangkan mereka tiada kena mengena langsung dengan PAFA.

Mereka berbuat demikian mungkin kerana ingin mencari publisiti murahan atau di sebabkan memegang bendera berlainan warna. Semasa DYTM Raja Nazrin menjadi Presiden PAFA , tuanku tidak dapat bertahan lama, kerana walaupun tuanku berusaha untuk mengisi tabung kewangan PAFA, pegawai kanan yang di harapkan oleh beliau telah menyalahgunakan peruntukan kewangan yang ada. Ketika ke luar negara untuk memilih pemain import, kuncu-kuncu beliau di bawa bersama tanpa perkenan tuanku. Tidak kah ini menyalahgunakan kuasa. Kerana sikap tamak dan rakus beliau untuk mengaut keuntungan selagi memegang jawatan, apajua kerja-kerja yang mendapat pulangan yang lumayan, semua nya di sapu bersih.. Setelah hal yang sedemikian dapat di hidu oleh DYTM tuanku, dengan itu, tuanku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan selaku presiden PAFA. Samada jujur atau tidak pegawai tersebut , kita fikir-fikir kan lah.

Sekira nya kita berfikir secara professional, wajarkah sebagai seorang Ahli Majlis, kita mendesak presiden untuk meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah sedangkan kita tahu punca masalah sebenar. Semasa mula-mula mengambil alih kepimpinan PAFA, semua Ahli Majlis memuji Nizar dan berikrar akan menyokong kepemimpin beliau. Lagipun ketika itu, Nizar adalah MB Perak. Biasalah pada golongan hipokrit ini, sikap mengampu dan bermuka-muka telah bersemadi di jiwa mereka, tanpa di sedari oleh Nizar. Ketika itu, Nizar berharap dan percaya, bahawa semua Ahli Majlis akan membantu beliau untuk memastikan Perak akan cemerlang dalam sukan bolasepak tanpa mengira warna bendera. Itu lah kesilapan besar yang Nizar telah lakukan. Kalau tidak masakan Zainol Fadzi, musuh politik beliau, di lantik sebagai pengurus pasukan Piala Presiden. Jadi, apabila kemelut dengan FAM ini melanda PAFA, kenapa tiba-tiba mereka tidak memberi sokongan dan membantu Nizar, sebalik nya menikam beliau pula.

Mudah saja jawapan nya, kerana Nizar bukan lagi MB Perak, dan tidak perlu lah Nizar di ampu ataupun di tatang mahupun di sokong. Lagi pun, Nizar bukan orang UMNO. Selain daripada itu, terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ yang telah merancang untuk mengambil alih pengurusan PAFA. Bayangan cabinet PAFA musim 2010 – 2012 telahpun di susun dan beberapa Ahli Majlis yang tidak bersekongkol dengan mereka akan di nyahkan dari PAFA, termasuk Naib Presiden, Dato’ Seri Abdullah Hishan dari Taiping. Sekiranya Nizar tunduk kepada kehendak mereka, sudah pasti pengurusan di PAFA bertambah kusut dan siapa kah yang akan mentadbir PAFA? Kesempatan ini lah yang di tunggu dan akan di ambil oleh mereka untuk membuat percaturan yang licik untuk merampas kuasa. Jelas termaktub dalam perlembagaan PAFA, jawatan Presiden di pilih semasa AGM dan untuk mengadakan AGM seterus nya, ialah pada tahun 2010. Oleh itu perlu kah EGM di adakan sedangkan masalah dengan FAM boleh di selesaikan sebelum tamat tarikh tempoh yang di berikan. Lagipun tahun 2010, tak sampai dua bulan pun.

Kalau mereka mempunyai prinsip, meletak jawatan adalah cara yang terbaik sekira nya tak sehaluan dengan ‘boss’ tetapi yang aneh nya, mereka tidak mahu meletakkan jawatan. Kenapa? Sebab nya mereka inginkan kuasa untuk mencapai hajat yang di idamkan selain dari menggunakan Persatuan sebagai tempat ‘cari makan’. Setelah Nizar di jatuhkan di persada negeri, maka tercipta lah tiga bendera dalam PAFA iaitu bendera PERAK, UMNO dan PR. Tidak kah ini di namakan ‘politik’ dan siapa yang memulakan nya. Jawapan nya mudah sahaja, Ahli Majlis yang terdiri dari ahli UMNO lah yang memporak perandakan PAFA dan menyebarkan fitnah dan mencipta masalah dari masa ke semasa. Mereka menjalankan peranan sebagai ‘jarum ‘ ke daerah-daerah tertentu bagi tujuan merealisasikan hasrat terpendam. Terlebih dahulu, mereka memujuk supaya Zainol Fadzi bersetuju mengambil alih kepimpinan PAFA, sudah pasti penat lelah mereka akan dapat pulangan yang setimpal kemudian hari dan di beri imbuhan oleh Zainol. Bukan kah tradisi ini di amalkan dalam pemilihan UMNO?

Siapa yang naikkan ‘boss’ akan di beri ganjaran yang setimpal. Selepas itu, mereka akan menuntut apa yang perlu sebagai balasan, termasuk lah jawatan dalam Persatuan kerana alasan mereka, Zainol tidak akan berjaya tanpa usaha mereka selama ini. Semua tindakan ini jelas satu tindakan yang ingin mengheret PAFA ke kancah politik dan menjadikan PAFA satu platform politik bagi mereka. Sekira nya Zainol terperangkap dengan mainan kumpulan ini, karier politik beliau akan malap dan boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang Exco. Oleh itu adalah lebih baik Zainol tumpukan sahaja pembangunan sukan yang ada di seluruh pelusuk negeri Perak dan menjaga KPI beliau.

Persoalan nya, mampu kah Zainol menjadi Presiden yang ada kelas tersendiri, dalam keadaan beliau yang sudah tentu akan sibuk sebagai seorang ADUN dan portfolio yang di sandang nya. Seandai nya beliau mahu pula menjadi pengurus pasukan, supaya di lihat lebih menonjol, siapa kah yang akan mengurus pasukan nanti. Sudah pastilah penolong kepada beliau yang kita sendiri belum pasti siapa, tetapi tidak salah jika kita andaikan , salah seorang dari kumpulan ini akan di lantik. Tak perlu lah kita ambil contoh yang jauh, cukuplah semasa penolong pengurus beliau mengendalikan pasukan Piala Presiden Perak, terdapat banyak tuntutan yang mencurigakan telah di kemukakan semata-mata untuk menyapu kantung PAFA., tetapi berjaya di kesan oleh pengurusan PAFA. Ia nya juga telah sampai ke pengetahuan keluarga pemain dan sembang-sembang di warung-warung di Ipoh, ada yang mengatakan beliau ‘membuat duit’ dengan kepercayaan yang di beri oleh Zainol.

Samada Zainol selaku Pengurus tahu atau pun tidak, kita tak pasti, tetapi sebagai Pengurus, Zainol kena tahu dan sekiranya beliau tahu, kenapa kah beliau menyokong tuntutan tersebut tanpa menyemak nya terlebih dahulu, ataupun beliau segaja menutup sebelah mata kerana sebab-sebab yang tertentu? Seandai nya pegawai serupa ini di berikan jawatan dalam pengurusan pasukan yang lebih besar, tidak kah beliau akan ‚makan besar’. Tepuk dada tanya selera.

Masih ada ruang untuk Nizar memperbaiki serta menangkis serangan dari ‘musuh dalam selimut’ beliau. Singkirkan saja Ahli Majlis yang di lantik oleh beliau yang di dapati sahih menikam beliau. Bagi AJK yang yang di pilih di AGM pula, mereka seharus nya di kenakan tindakan disiplin kerana menentang secara terbuka kepimpinan Presiden dan membuat kenyataan di akhbar tanpa kebenaran Presiden. Kita tidak arif tentang perlembagaan PAFA, tetapi lazim nya, sekira nya kenyataan akhbar hendak di buat oleh sesiapa pun selain dari Presiden, kebenaran mesti lah di pohon terlebih dahulu.

Jelas, kenyataan yang di buat oleh Khairuddin, selaku Naib Presiden, langsung tidak menyebelahi Nizar. Mengapa dan kenapa? Mengikut sumber-sumber yang boleh di percayai, Nizar bukan lah pilihan beliau dan kuncu-kuncu nya untuk menerajui PAFA semasa AGM pada tahun 2008 yang lalu. Walaubagaimanapun, beliau terpaksa akur dengan kehendak ahli gabungan, dan kemenangan beliau sebagai Naib Presiden, adalah di sebabkan percaturan yang di buat melalui SMS kepada gabungan-gabungan tertentu dan strategi yang di praktikkan sejak penglibatan beliau selama 30 tahun dalam PAFA lagi. Jika tidak berbuat demikian, beliau sudah pasti akan tersingkir. Dengan keadaan politik di Perak kini yang tidak menyebelahi Nizar, peluang keemasan ini di ambil oleh beliau untuk membalas dendam dan menyingkirkan Nizar dengan menjadikan salah seorang daripada ahli majlis yang mempunyai jawatan ‘exco’ sebagai ‘batu loncatan’.

Tanpa beliau sedari, sokongan dari daerah-daerah yang menjadi ahli gabungan PAFA dan ahli majlis adalah di perlukan, dan bukan nya mudah untuk mempengaruhi semua daerah kerana kebanyakan nya sudah celik..Mereka menyedari peranan beliau dan sumbangan beliau kepada PAFA selama ini tidak sehebat mana dan boleh di pertikaikan, terutama nya dengan jawatan beliau sebagai Naib Presiden yang hanya duduk di kerusi sahaja. Di katakan hendak membantu dari segi kewangan, ‘jauh panggang dari api’. Lagi pun, mereka berpendapat, khidmat Khairuddin telah sampai di penghujung nya walaupun beliau sendiri tidak beranggapan sedemikian.

Kebanyakan daripada daerah yang bergabung dengan PAFA telahpun bertukar pucuk kepimpinan dan bagi generasi muda yang cerdik, mereka tidak memerlukan pegawai yang hanya mementingkan jawatan untuk kepentingan diri. Namun beliau masih di sokong oleh dareah yang masih tidak bertukar wajah, ini lah realiti nya dalam PB Daerah yang bergabung denag PAFA. Ini kerana hubungan sebagai kawan dengan hanya mendapat habuan ,secawan ‘kopi’ sudah memadai untuk mendapatkan sokongan. Walaubagaimanapun, beliau masih berusaha supaya masih ada ruang untuk beliau bertahan di PAFA.

Sekira nya Nizar enggan melepaskan jawatan dan masih menjadi Presiden PAFA, sudah pasti Khairuddin akan terkubur di mesyuarat Agong yang akan datang dan inilah ‘mimpi ngeri’ yang beliau amat takuti. Oleh itu, usaha secara ‘senyap’ dengan penglibatan beberapa orang yang terpengaruh dengan nya sedang di lakukan untuk menjatuhkan Nizar dan menaikkan seseorang yang masih kabur dalam perjalanan liku-liku yang berduri di dalam PAFA.

Oleh itu semua peminat Perak harus lah memahami situasi dalaman PAFA itu sendiri sebelum menerima bula-bulat kenyataan dan kritikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Fikirkan lah secara terbuka, kerana dalam mana-mana Persatuan sukan di Malaysia, pegawai-pegawai yang suka bermuka-muka, pandai mengampu, yang sudah usang untuk berada dalam Persatuan, mempunyai kepentingan peribadi, inginkan populariti, di fikirkan lebih layak untuk menjawat jawatan. Bagi yang mempunyai idea, pandai bercakap, tidak menurut kehendak golongan tertentu, mereka di anggap sebagai ‘pengacau’ dan mesti di ‘cantas’, dengan apacara sekali pun. Dengan berbuat demikian, bagaimana kah sesebuah Persatuan iti akan maju ke hadapan? Bukan kah cantas mencantas ini hanya terdapat di dalam pemilihan part politik sahaja.

Kegagalan PAFA dalam melaksanakan apajua perancangan adalah di sebabkan oleh :

1. Persatuan itu di politikkan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan politk pihak tertentu dan pengikut-pengikut nya serta membuat keuntungan dengan kedudukan yang ada..
2. Penglibatan orang politik yang mengenakan syarat terlebih dahulu sebelum menyertai Persatuan.
3. Dana yang di perolehi untuk Persatuan tidak di masukkan sepenuh nya ke tabung Persatuan di mana sebahagian daripada nya di ambil untuk kepentingan politik.
4. Perlantikan bagi jawatan Presiden dan Ahli Majlis tidak di buat secara telus. ( ada team A dan B )
5. Setiausaha yang di lantik tidak berpengalaman dalam mentadbir Persatuan.
6. Sikap’neutral’ tidak di amalkan oleh pemegang jawatan dalam Persatuan.
7. Sekadar berpuashati menjadi AJK walaupun sepatut nya telah berundur
8. Penjawat jawatan di daerah-daerah mudah terpengaruh dan di beli, semasa pemilihan di AGM dan lantikan AJK di buat secara ‘package’ seperti di mesyuarat pemilihan Jawatankuasa bahagian.

Sebagai warga negeri Perak yang sayang dan cintakan bolasepak, marilah sama-sama kita fikirkan kaedah yang terbaik untuk menyelamatkan PAFA dari terus di monopoli oleh pihak yang tidak bertamadun ini. Selamatkan lah PAFA dari cengkaman mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.

Mungkin kita boleh berkata, PAFA memerlukan individiu yang lebih layak dan mempunyai kredibiliti untuk membawa perubahan kepada PAFA serta menjamin kebajikan pemain, pegawai serta petugas terlibat. Persoalan nya di sini, apakah Nizar tidak mempunyai cirri-ciri yang di perlukan seperti di atas. Kita tidak usahlah bertanya kepada kumpulan yang hendak menjatuhkan Nizar, cuba kita ajukan soalan ini kepada pemain, pegawai dan petugas yang terlibat itu sendiri. Di situ lah jawapan sebenar yang akan kita dapat. Jangan cakap lah fasal perubahan kepada PAFA, ahhh.....mengarut jer. Cuba kita imbas balik kepimpinan semasa Ramli Ngah Talib, Tajul Rosli, dan Dato, Zahid.

Secara jujur nya, apakah perubahan yang kita nampak. Tidak ada apapun perubahan, hanya yang kita nampak, tumpuan hanya di pengurusan Liga Super dan di monopoli oleh orang politik menjadi pengurus pasukan. Siapa yang menjadi Pengurus, kedudukan ini akan melonjakkan populariti beliau untuk kepentingan peribadi dan politik beliau. Betul, pengurus cari duit untuk pasukan tetapi berapa peratus kah dari jumlah sebenar sumbangan yang di perolehi, di salurkan kepada persatuan mahupun pasukan. Selebih nya di belanjakan ke mana. Kalau ikut logik nya, sekira nya kesemua sumbangan yang di perolehi disalurkan ke pasukan, tiada hutang yang akan di tanggung oleh PAFA.

Sebab itu bolasepak dengan politik adalah dua perkara yang berbeza, tetapi sekiranya pengurusan nya melibatkan orang politik, secara tidak langsung, bolasepak itu akan di politikkan sebagaimana orang itu berpolitik. Tidak salah nya orang politik mahu menguruskan sesebuah pasukan bolasepak, tetapi biarlah pengurusan itu memperlihatkan ketelusan dan kemampuan sebenar beliau.. Lagi pun tidak semesti nya orang politik yang memegang jawatan dalan bidang sukan, akan memastikan kejayaan sesebuah pasukan kerana beliau harus sedar, lantikan yang dibuat untuk bidang sukan di peringkat negeri, adalah lantikan untuk memenuhi kuota exco yang di tetapkan dan bukan nya berdasarkan kepada pengalaman atau kebolehan beliau di bidang sukan.

Bagi mengelakkan perkara tersebut, biarkan lah pasukan di urus oleh mereka yang tidak berkepentingan dalam politik atau perniagaan supaya apa sahaja pergolakan yang berlaku, persatuan itu tidak di politikkan. Jika sekalipun orang politik hendak menerajui PAFA, biarlah mereka bukan nya ‘orang kuat kerajaan’ yang memegang portfolio sukan sahaja, kerana sekira nya beliau tidak memegang jawatan itu lagi, kesan nya akan menimpa persatuan tersebut. Sebagai peminat, kita pula tidak seharus nya meletakkan terus kepercayaan untuk beliau memimpin berdasarkan jawatan yang di sandang nya. Ini lah perubahan minda yang perlu di lakukan oleh pencinta sukan bolasepak di Malaysia.

Kita percaya, sekira nya, PAFA di terajui oleh pegawai yang telus seperti Nizar, pencapaian yang cemerlang dapat di capai dengan izin allah swt. Bagi DS Zamry, masa untuk beliau bersama PAFA bukan lah begitu lama untuk di tunggu, tetapi bersabarlah untuk seketika. Bincang lah bersama Nizar untuk menyelamatkan Perak tanpa mengira warna bendera. Dengan itu, beliau seharus nya memainkan peranan yang lebih efektif supaya Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) tidak di rampas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengajian Tahfiz.

(Klik imej untuk paparan lebih jelas)

[Fikrah Islamiah] Hormati ulul amri yang mengasihi rakyatnya

Ahmad Baei Jaafar

Siapakah ulul amri? Dalam al-Quran ada di sebut, "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan juga ulul amri." Jika diambil makna secara mudah, ulul amri adalah pemimpin yang mengetuai sesuatu pemerintahan.

Di negara ini setiap seseorang rakyat ada dua ulul amri; satu di peringkat pemerintah pusat dan yang kedua di peringkat negeri. Ulul amri jika merujuk kepada urusan agama ialah Yang di Pertuan Agung dan Sultan negeri-negeri.

Jadi, umat Islam perlu taat kepada Allah, taat juga kepada Rasulullah s.a.w, dan taat juga kepada Yang di Pertuan Agung dan Sultan. Walau bagaimanapun para ulama menambah sedikit huraian mengenai ketaatan kepada ulul amri ini dengan syarat perintah itu tidak bercanggah dengan hukum asas Islam.

Dr Muhammad Uthman el-Muhammady sewaktu majlis rakaman al-Kulliah terbitan TV3 yang diadakan di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini banyak kali menyebut tentang ulul amri ini. Menurutnya untuk menjamin satu akidah di negara ini dipertahankan semua pihak perlu menghormati ulul amri.

Menghormati tentu berbeza dengan mentaati, namun kedua-dua adalah perintah Allah yang wajib. Taat adalah pada melaksanakan perintah ulul amri dan hormat pula pada menjaga tatasusila dalam berhadapan dengan ulul amri.

Dalam ajaran Islam, ketaatan kepada pemimpin akan terbatal kalau perintah itu jelas bercanggah dengan hukum asas. Manakala menghormati pemimpin boleh juga luput jika pemimpin itu tidak mengasih orang bawahnya. Sabda Rasulullah, siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Dalam hadis lain baginda bersabda: Bukanlah dalam kalangan umatku mereka yang tidak mengasihi orang bawahnya dan tidak menghormati orang tua dalam kalangan mereka.

Untuk mudah memahami perbincangan ini, kita ambil satu contoh kes, wajib mengambi tauliah untuk mengajar agama. Kewajipan mengambil tauliah adalah penting untuk memastikan guru yang akan mengajar itu tidak mengajar ajaran salah dan sesat. Tetapi bagi guru yang sudah makruf ilmunya seharusnya tidak perlu lagi kepada kewajipan itu sebaliknya mereka boleh dipantau dan dipanggil secara baik jika terdapat percanggahan ilmu ketika dia menyampaikannya.

Dalam kes ini, boleh jadi dengan kewajipan ini boleh membantutkan usaha dakwah kepada masyarakat di negara ini. Kalau begitu kewajipan ini pada sesuatu keadaan bercanggah dengan hukum asas Islam. Jadi, pendakwah yang sudah makruf ilmunya itu boleh tidak melakukan ketaatan kepada ulul amri dalam keadaan ini.

Kemudian jika seseorang pendakwah itu didapati bersalah kerana menyebarkan ajaran salah, maka ulul ambil boleh datang menangkapnya secara terhormat, secara kasih sayang kerana mereka bukan pengganas. Apabila mereka boleh memberi belas kasih kepada pendakwah berkenaan, maka sewajarnya pendakwah itu menghormati ulul amri.

Jelas di sini, ketaatan kepada ulul amri ada batasnya dan menghormati ulul amri juga ada masa dan ketikanya. Oleh sebab itu, pemerintah yang mewakili ulul amri harus menilai perkara ini agar mereka lebih berwibawa dalam membela Islam di negera ini.

Kes MB Perak : Hakim gantung keputusan "gantung tidak bertali".

Perbicaraan Kes MB Perak telah berlangsung untuk kali terakhir pada 5 November yang lepas. Saya kebetulan telah mengosongkan jadual lain demi peristiwa bersejarah itu dan sempat hadir sepenuhnya dalam proses penghujahan yang dilakukan pada hari tersebut.

Pada hari tersebut saya sangat berbangga dengan kesungguhan dan seriusnya DS. Nizar dan beliau hadir sama, malah mengikuti proses perbicaraan sehingga ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Namun paling mendukacitakan keputusan yang kononnya ditangguhkan pada hari tersebut, tertangguh sehingga hari ini.

Sehingga hari ini berarti sudah 17 hari keputusan penghakiman dan penghujahan pada 5 November tersebut digantung tidak bertali oleh 5 orang panel hakim yang ditugaskan mendengar kes ini.

Apkah sebenarnya keputusan yang akan diumumkan. namun sebetulnya saya rasakan semakin tidak percaya kepada sistem kehakiman di negara yang kita cintai ini, walaupun disinilah rasanya letaknya harapan seluruh pencinta keadilan dalan sistem kehakiman di Perak dan diluar Perak.

Siapapun tidak berhajat untuk mendahului keputusan para hakim yang arif dan bijaksana, namun bolehkan kearifan dan kebijaksanaan mereka boleh dibiarkan untuk dipertanyakan setelah lama sangat keputusan penghakimaan masih belum diumumkan.

36 Taktik Peperangan: Wanita Cantik

Dalam 36 Taktik Peperangan pada zaman purba China, taktik "Wanita Cantik" digunakan ketika seseorang itu menghadapi situasi yang tidak menguntungkan.

Taktik "Wanita Cantik" bermaksud menggunakan wanita cantik untuk menggoda dan melemahkan musuh. Pada zaman purba, ahli strategi China berpendapat bahawa dalam situasi yang tidak menguntungkan, ada tiga cara untuk bertolak ansur. Cara yang paling buruk adalah dengan menyerahkan tanah, tetapi ini akan meningkatkan kuasa musuh. Cara yang sederhana adalah dengan memberikan wang, barang kemas dan sutera kepada musuh, tetapi ini akan meningkatkan kekayaan musuh. Cara yang paling baik adalah dengan menggunakan wanita cantik untuk mengurangkan semangat dan melemahkan tenaga musuh dan dengan itu menjadikan diri sendiri semakin kuat.

Keistimewaan taktik "Wanita Cantik" adalah: risikonya rendah, pulangannya tinggi, manakala kesannya baik. Tambahan lagi, pada zaman purba, wanita tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam masyarakat.

Pada tahun 770 Sebelum Masihi hingga 476 Sebelum Masihi, Raja Negeri Yue, Gou Jian telah kalah dalam peperangan dengan Raja Negeri Wu, Fu Chai. Selepas itu, Gou Jian memilih dua orang wanita yang amat cantik, iaitu Xi Shi dan Zheng Dan sebagai cenderamata kepada Fu Chai. Kerana Fu Chai mabuk akan wanita cantik, maka beliau tidak mentadbir negerinya dengan baik. Pada tahun 482 Sebelum Masihi, Negeri Wu mengalami bencana kemarau, Gou Jian telah menyerang terhadap Negeri Wu ketika itu dan berjaya mengalahkannya.

Umumnya, pahlawan tidak dapat menahan godaan wanita cantik. Lengkapan ini wujud kerana taktik "Wanita Cantik" menyerang nafsu manusia, dan kebanyakan orang tidak boleh menahan nafsu.

Taktik "Wanita Cantik" digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang, seperti bidang diplomatik, perniagaan, hubungan awam, iklan dan perisikan.

Inilah cerita terkenal tentang Taktik Peperangan "Wanita Cantik". CRI/-

36 Taktik Peperangan: Pokok Berbunga

Dalam 36 Taktik Peperangan pada zaman purba China, "Pokok Berbunga" bermaksud meletakkan bunga palsu pada pokok yang tidak berbunga untuk mengelirukan orang lain. Dengan kata lain, tentera yang jumlahnya tidak banyak atau lemah boleh mempergunakan kekuatan tentera sahabatnya atau sesuatu faktor untuk mencipta kekeliruan bagi musuh.

Pada Zaman Kerajaan Tiga Negeri, Zhang Fei merupakan seorang jeneral kanan dari Negeri Shu.

Pada tahun 208, Pentadbir Negeri Wei, Cao Cao mengetuai tenteranya menyerang Jinzhou yang diduduki Pentadbir Negeri Shu, Liu Bei. Pada masa itu, tentera Liu Bei tidak banyak maka terpaksa berundur dari Jinzhou bersama-sama dengan penduduk tempatan.

Cao Cao pun menghantar pasukan tenteranya untuk mengejar tentera Liu Bei. Memandangkan situasi cemas itu, Liu Bei mengarahkan Zhang Fei mengetuai lebih kurang 30 orang askar berkuda untuk menghalang serangan pasukan tentera Cao Cao supaya menjamin pengunduran tentera dan penduduk Negeri Shu.

Jumlah askar yang diketuai Zhang Fei amat kurang berbanding dengan pasukan tentera Cao Cao, maka Zhang Fei pun mengarahkan askar-askarnya bersembunyi di dalam satu hutan yang akan dilalui oleh tentera musuh. Askar-askar tersebut disuruh mengikatkan ranting-ranting pokok pada ekor kuda. Lalu, mereka memacu kuda berulang-alik di dalam hutan itu sehingga debu berterbangan. Zhang Fei pula berkuda dan mengawal di sebuah jambatan di depan hutan tersebut.

Ketika pasukan tentera Cao Cao tiba, mereka melihat Zhang Fei seorang mengawal di jambatan dan debu berterbangan dalam hutan di belakang jambatan itu, mereka menganggap ada ramai askar ditempatkan dalam hutan maka tidak berani menyerang. Zhang Fei malah mencabar mereka untuk bertempur, maka pasukan tentera Cao Cao pun berundur dari sana. Selepas itu, Zhang Fei memusnahkan jambatan tersebut dan berundur dengan selamat.

Inilah cerita terkenal tentang Taktik Peperangan "Pokok Berbunga".CRI/-

36 Taktik Peperangan: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus

Salah satu strategi dalam 36 taktik peperangan itu ialah "Menunjuk kepada pokok mulberi, tetapi mengutuk pokok lokus".

Daripada judul taktik tersebut, sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan, iaitu mencela pihak A, tetapi dengan maksud memberikan ancaman kepada pihak B. Pribahasa itu juga mempunyai banyak sinonim dalam bahasa Mandarin, contohnya "menunjuk ayam, tetapi berniat mengutuk anjing".

Taktik itu pada mulanya adalah kaedah untuk memberikan cadangan kepada jeneral tentang cara untuk mentadbir askarnya dalam peperangan. Menurutnya, untuk mewujudkan disiplin yang ketat, jeneral hanya perlu menghukum kes yang tipikal dengan berat, dan tindakan itu boleh memberikan pengajaran yang berkesan kepada askar yang lain. Sekarang, pribahasa itu dianggap sebagai satu kaedah diplomasi dalam komunikasi antara orang moden.

Seseorang itu tidak perlu menyebut nama orang yang dimaksudkannya, cukup hanya dengan menyebut kes orang lain dengan tujuan memberi ancaman kepada orang itu; tidak mengadakan dialog langsung dengan seseorang itu, tetapi menceritakan hal-hal yang lain dengan sengaja dan mempunyai maksud tertentu di belakangnya..CRI/-