23 November 2009

Serah Kepada Peguam Negara Saman Jambatan Runtuh

BANDUNG (Indonesia): Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk meneliti kes saman RM105 juta oleh tiga bapa kepada tiga murid yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak, 26 Oktober lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau belum mendapat maklumat terperinci mengenai kes saman itu tetapi kerana sudah ada kes, maka kerajaan akan mendapatkan nasihat Peguam Negara.

"Saya belum dapat butir-butir kenapa mereka saman tetapi kerana dah ada kes, kita dapatkan nasihat Peguam Negara yang akan menelitinya daripada semua sudut," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan para pemimpin Kelab Umno seluruh Indonesia di sini, semalam.

"Memang tak dijangka. Itu malapetaka yang tak kita duga. Walau apa pun saya tak nak komen banyak kerana kenyataan saya mungkin boleh digunakan pihak tertentu," katanya.

Tanpa ingin mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata biarlah kes itu dilihat daripada segi undang-undang negara.

Tiga bapa kepada tiga murid yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di Kampar pada 26 Oktober lepas pada Jumaat, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Ipoh, Perak bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan.

Dalam saman itu, K.Mageswaran, K.Vasudevan dan T. Nathan menamakan sebagai defendan, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, guru besar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang.

Pihak yang lain yang disaman ialah penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan kerajaan Malaysia.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Co pagi semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak. BERNAMA.

7 ulasan:

Admin berkata...

assalamualaikum...
saya ni blogger muda..
umur baru 16 tahun..
kalau boleh linkkan blog saye di senarai link blog yb..
takbirr...

demokrasi93.blogspot.com

azman kamarul berkata...

Kalaulah saman itu hanya ditujukan kepada guru berkaitan,adakah kementerian Pelajaran akan mempertahankan guru terbabit?

Masihkah kita ingat sewaktu seorang guru perempuan yang digari dhadapan muridnya di salah sebuah sekolah rendah di Johor suatu masa dahulu, ketika itu KPN adalah Rahim Noor dan Mennteri Pelajaran ketika itu Najib Razak...kalau kita masih ingat , KPN mempertahankan pegawainya, tetapi KPM ketika itu
eeemmmmm.....sendiri pikirlah...

david ahmad muniandy berkata...

kes lama dan kes baru manalah sama...

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak saman menteri pelajaran dan PM 1 Malaysia sama? Program 1 malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dulu ada satu kes guru cedera parah kerana membaiki peralatan sekolah.Kalau tak silap di Melaka.Apa sudah jadi dengan guru tu.Sendiri buat sendiri tanggung.Betul KPM akan membantu guru.Tapi banyak kes yang berlaku di sekolah yang melibatkan waris atau warga luar sekolah.Guru tanggung sendiri.Orang JPN atau PPD lepas tangan. Sebab tu, kalau nak ambil sesuatu tindakan wahai guru fikir dulu.Mampu tak nak bayar duit lawyer kalau jadi apa-apa.Kalu tak mampu jangan cuba buat.Buat apa yang patut dan jangan menyusahkan diri.Member saya habis seribu lebih mengecat kereta yang baru dibeli kerana tegas dalam disiplin di sekolah.Siapa yang bayar duit cat kereta.KPM,JPN,PPD,Sekolah....jawabnya Bank Negara yang bayar.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nawa india mahal.nawa melayu tiada harga

melor45 berkata...

kepada semua waris harus berhati-hati apabila menandatangani borang persetujuan anak untuk meyertai aktiviti anjuran sekolah atau kem.pelajaran sebab ada klausa yang berbunyi...
Pihak sekolah/pengelola tidak akan bertanggung jawap bila berlaku sebarang kecelakaan atau kemalangan kepada para peserta....
Waris perlu waspada.