19 September 2021

COVID-19: Ada 14,954 kes baharu

 

PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan lima hari berturut-turut iaitu sejumlah 14,954 kes baharu dilaporkan hari ini.

Harapan bakal jemaah haji

 Masjidil Haram.

Masjidil Haram.

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji berharap kenaikan kos haji tidak membebankan dan sekiranya ada pertambahan bayaran, ia dikenakan pada kadar berpatutan.

Penjawat awam, Nur Azmah Zakaria, 35, berkata besar harapannya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama ibunya pada tahun depan, dengan kos yang sama seperti ditetapkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2020.

Empat pelancong angkasa SpaceX keliling orbit kembali ke Bumi

 

KRU Inspiration4 (dari kiri), Jared Isaacman, Hayley Arceneaux, Christopher Sembroski and Sian Proctor ketika berada di dalam kapsul. - AFP

WASHINGTON: Kapsul SpaceX Dragon yang membawa empat pelancong angkasa lepas selamat mendarat di Lautan Atlantik, pesisir pantai Florida semalam.

Hanya tinggal 1.8 peratus populasi dewasa capai 80 peratus terima vaksin

 

DR. Adham Baba menyuntik vaksin kepada seorang penerima di PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin, Johor.

JOHOR BAHRU: Sasaran kerajaan untuk mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa sebanyak 80 peratus hampir dicapai apabila kini hanya tinggal 1.8 peratus daripada penduduk untuk dilengkapkan.

Pyramid Step adalah piramid tertua yang terkenal dan antara satu contoh seni bina monumental pertama dunia kuno, menurut UNESCO. Ia dipercayai menjadi inspirasi bagi Piramid di Giza. Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir berkata selain Makam Selatan, dataran tinggi Saqqara menempatkan sekurang-kurangnya 11 piramid, termasuk Piramid Step, serta ratusan makam pegawai kuno dari Dinasti 1 (2920 SM-2770 SM) hingga zaman Koptik (395-642). Tapak Saqqara adalah sebahagian daripada nekropolis ibu kota kuno Memphis di Mesir yang merangkumi Piramid Giza serta piramid yang lebih kecil di Abu Sir, Dahshur dan Abu Ruwaysh. Runtuhan Memphis diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1970-an.

 

Inskripsi yang menghiasi dinding di kawasan perkuburan selatan Raja Djoser selepas dibaik pulih, berhampiran Piramid Step, Saqqara, selatan Mesir.

Selasa lalu, Mesir mula mempamerkan struktur makam kuno milik kompleks perkuburan Raja Djoser, seorang firaun yang hidup lebih 4,500 tahun lalu, usai kerja baik pulih tapak tersebut.

Kelantan jangka beralih Fasa 3 hujung bulan ini, kata JKN

 

JKN Kelantan berkata peningkatan kadar suntikan vaksin juga menunjukkan perkembangan positif apabila kemasukan pesakit Covid-19 tahap serius ke hospital telah berkurangan.

GUA MUSANG: Kelantan dijangka beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir bulan ini atau selewat-lewatnya awal Oktober, susulan 75% individu dewasa di negeri ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam.

9 SEKTOR UTAMA DI BELANDA MENAWARKAN PELUANG PERNIAGAAN YANG MENARIK


Memulakan perniagaan di luar negara atau mengembangkan perniagaan semasa anda ke negara lain mungkin merupakan langkah yang sangat menguntungkan bagi anda dalam banyak keadaan. Belanda kini berada dalam senarai destinasi teratas untuk berkembang, kerana banyak faktor yang menyumbang dan bermanfaat seperti ekonomi yang sangat stabil, keanggotaan Kesatuan Eropah, infrastruktur yang hebat dan pelbagai sektor penting yang berkembang pesat. Belanda terletak di barat laut Eropah, berdekatan dengan Inggeris, Jerman, Denmark dan Belgium. Holland mempunyai penduduk sekarang lebih dari 17 juta orang, yang jumlahnya cukup banyak memandangkan kawasannya yang agak kecil seluas 16.040 batu persegi.

Sarang burung layang-layang bernilai RM134,895 dirampas

 

Kesalahan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sarang burung layang-layang bernilai RM134,895 berjaya dirampas Pasukan Polis Marin Sibu dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah berhampiran Blacksmith Road, Sibu, semalam.

Lebih 78 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

 Orang ramai mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Mega Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Orang ramai mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Mega Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus mencatat perkembangan positif apabila lebih 78 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19 setakat semalam.

Vietnam lulus vaksin Abdala perangi COVID-19

  Foto AFP/hiasan

Foto AFP/hiasan

HANOI: Vietnam meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Abdala, dibangunkan Cuba ketika negara Asia Tenggara itu berusaha memerangi wabak terburuk di negara itu.

Perlis buka sepenuhnya masjid Rabu ini

 - Hiasan

- Hiasan

KANGAR: Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu ini dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hanya anak kariah yang melengkapkan vaksin COVID-19 akan dibenarkan hadir ke masjid.