19 September 2021

Empat pelancong angkasa SpaceX keliling orbit kembali ke Bumi

 

KRU Inspiration4 (dari kiri), Jared Isaacman, Hayley Arceneaux, Christopher Sembroski and Sian Proctor ketika berada di dalam kapsul. - AFP

WASHINGTON: Kapsul SpaceX Dragon yang membawa empat pelancong angkasa lepas selamat mendarat di Lautan Atlantik, pesisir pantai Florida semalam.

Kesemua mereka berada dalam keadaan baik selepas tiga hari mengelilingi orbit Bumi, sekali gus mencatat kejayaan bersejarah apabila dapat menyelesaikan misi tanpa penyertaan angkasawan profesional.

Pelindung haba pada kapsul membolehkannya tahan lasak ketika pendaratan pada pukul 7 malam dan kesemua meerka dibawa ke Pusat Angkasa Kennedy, lokasi mereka berlepas menaiki roket Falcon 9, Rabu lalu.

Misi itu disertai jutawan, Jared Isaacman yang menawarkan tiga tempat duduk kepada orang awam iaitu jururawat, Hayley Arceneaux, 29; bekas veteran Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), Chris Sembroski, 42; dan profesor, Sian Proctor, 51. – AFP

Tiada ulasan: