19 September 2021

COVID-19: Ada 14,954 kes baharu

 

PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan lima hari berturut-turut iaitu sejumlah 14,954 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,097,830 kes.

Katanya, tujuh negeri mencatatkan pertambahan kes COVID-19 empat angka dan Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 2,707 kes.

Beliau berkata, ini disusuli Selangor dengan 2,028 kes baharu, Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).

Katanya, turut melaporkan pertambahan kes ialah di Kedah dengan 809 kes, Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), Negeri Sembilan (144), Perlis (76) dan Putrajaya (19).

"Hanya Labuan tidak melaporkan sebarang pertambahan kes hari ini," katanya.

BH/-

Tiada ulasan: