23 Julai 2013

Mahkamah Kekalkan Kemenangan BN Di Parlimen Balik Pulau & DUN Teluk Bahang

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Mahkamah Pilihan Raya di sini, Selasa mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang selepas menolak dua petisyen yang difailkan calon PKR.
Hakim Hadhariah Syed Ismail menolak petisyen itu atas alasan kedua-dua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 15 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos.

Jangan timbulkan provokasi sepanjang pengundian esok: KP Terengganu

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: Polis hari ini mengingatkan penyokong parti bertanding tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, esok. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata kesemua tempat mengundi dijangka sesak berikutan kehadiran penyokong parti dari luar menjelang hari pengundian untuk memberi sokongan dan meraih undi. 


Che Long mengundi 8 pagi di SK Kampung Baharu


14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: Calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu seawal jam 8.00 pagi esok.


Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, untuk kempen pusingan akhir pada hari ini Che Long akan bertemu seberapa banyak pengundi di sini.

PAS ada peluang jika pengundi luar pulang

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

(Kempen Che Long di Pulau Perhentian...kepulangan pengundi luar menjadi faktor yang bakal menentukan menang kalah PAS dalam pilihan raya kecil ini.


KUALA LUMPUR: PAS berpeluang menang di pilihan raya kecil Kuala Besut jika berjaya membawa pulang semua pengundi luar yang ada di dalam pilihan raya ini di samping memujuk pengundi muda untuk mengundinya.

Mahkamah P’raya tolak 5 petisyen di Kelantan

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O’hara hari ini mengekalkan Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas, Dun Manek Urai, Dun Mengkebang dan parlimen Ketereh sebagaimana keputusan pilihan raya umujm ke-13 pada 5 Mei lalu.


Dun Air Lanas, Kok Lanas dan parlimen Ketereh dimenangi BN, manakala Dun Mengkebang dan Manek Urai pula kekal di tangan PAS.

SMS tidak bertanggungjawab, Warga emas ke rumah wakil calon PAS minta zakat


14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


PAS Besut membuat laporan polis awal pagi tadi meminta pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan penyebaran SMS yang meminta pengundi di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baru pergi ke rumah calon PAS untuk menerima zakat.

Laporan polis itu dibuat oleh yang dipertuanya Wan Azhar Wan Ahmad (kiri) di Balai Polis Kuala Besut kira-kira jam 3.52 pagi tadi.

Ia dibuat selepas 15 orang warga emas hadir ke rumahnya di Kampung Raja kira-kira jam 9 malam tadi, bertanyakan mengenai pemberian zakat itu oleh calon PAS Azlan Yusof.

UPP Kedah Tahan Lelaki, Rampas Mercun Bernilai RM3,000

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, ASP Shahidan Ladin (kanan) dan anggotanya menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,000 yang dirampas dalam satu sekatan di KM1.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah Thailand ke Changlun di Bukit Kayu Hita,, kira-kira 4 petang Isnin. Pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dan kes disiasat Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang sabit kesalahan didenda sebanyak 10 kali nilai barangan dan tidak melebihi lebih 20 kali ganda nilai barangan atau kedua-duanya sekali. Foto BERNAMA


BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini pada Isnin.

Makkah jadi kota raya pintar: Datuk Bandar

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


MAKKAH: Projek menaik taraf besar-besaran yang dilaksana di kota Makkah oleh kerajaan Arab Saudi sejak akhir musim haji lalu akan menjadikan tanah suci umat Islam itu sebuah bandar raya pintar. 

Projek yang merangkumi perumahan, pengangkutan serta kemudahan lain termasuk lawatan ke tempat bersejarah itu akan menjamin keselamatan dan keselesaan umat Islam ketika mereka mengerjakan ibadah haji atau umrah. 

Gempa Bumi Lemah Berlaku Dekat Kudat, Sabah

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat, bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira pukul 9.14 pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak di 6.8 (darjah) Utara dan 117.1 (darjah) Timur iaitu kira-kira 377 kilometer barat daya dari Palawan, Filipina dan 11km dari Pitas, Sabah.
Gegaran turut dirasai di Pitas, Sabah.
Jabatan itu sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan maklumat terkini. - BERNAMA

Enam pelatih lahirkan bayi di kem PLKN sejak 2004

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kementerian Pertahanan hari ini mendedahkan, enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak dilaksanakan pada 2004.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahman Bakri, berkata kementerian sedang mengkaji cadangan bagi mengadakan ujian kehamilan dan mengumpul maklum balas dari pelbagai agensi.

Tiga pembekal topi ada kaitan pimpinan SPR, dakwa Rafizi

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Syarikat pembekal topi pada pilihan raya lalu diberi kepada pihak yang ada kaitan dengan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Rafizi Ramli.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa, tiga syarikat yang diberi tender topi ada kaitan dengan Mohamed Salleh Mohd Ali yang juga pembekal 'kontroversi' dakwat kekal.

Angka korban gempa bumi di China meningkat kepada 89

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BEIJING: Angka korban susulan gempa bumi kuat di kawasan pertanian di barat laut China semalam, meningkat kepada 89 apabila anggota penyelamat meneruskan misi mencari mangsa hari ini. 

Sementara itu, lima lagi mangsa dilaporkan masih hilang manakala 628 cedera dalam gempa bumi berhampiran bandar Dingxi, wilayah Gansu. 


IPU tidak sihat di Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang hari ini

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hanya tiga kawasan iaitu Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi ini berbanding lima semalam. 

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga 9 pagi ini di Muar menunjukkan bacaan 113, Bukit Rambai (115) dan Pelabuhan Klang (104). 

Satu peratus penduduk Malaysia hadapi sakit mental

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Satu peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. 

Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu. 

Kualiti udara di Muar makin merosot malam tadi

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kualiti udara di Muar semakin merosot apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 107 pada 9 malam ini berbanding 102 jam 4 petang semalam.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan di kawasan itu berada pada tahap 106 pada 7 malam hingga 8 malam sebelum merosot kepada 107 sejam kemudian.

Saifudin Nasution lapor diri sebagai Ketua Staff Pejabat MB Selangor


14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Datuk Saifudin Nasution Ismail (gambar)  semalam melaporkan diri ke pejabat Menteri Besar Selangor sebagai Ketua Staff, jawatan yang baru diwujudkan .

Setiausaha Agung PKR itu melaporkan diri jam 12 tengahari tadi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Tarik balik saman ahli perniagaan terhadap Zahid batal

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berlarutan berikutan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah membatalkan pengantaraan minggu lalu berkaitan penarikan balik saman terhadap menteri dalam negeri itu.

Peguam kepada Amir Bazli, Karpal Singh, berkata anak guamnya tidak berpuas hati dengan perbicaraan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Shah Alam minggu lalu.

Dewan Ulama PAS harap Hadi jadi MB jika menang PRK

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Dewan Ulama PAS membayangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan menjadi Menteri Besar Terengganu jika parti itu menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Khairuddin Amar Razali, berkata Abdul Hadi boleh kembali menjadi menteri besar mengulangi era antara 1999 dan 2004 sebelum BN merampas negeri itu pada pilihan raya umum 2004.

BERSIH dakwa setiap pengundi diumpan RM19,000

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mendakwa kerajaan persekutuan memperuntukkan sehingga RM19,000 untuk setiap pengundi bagi mengumpan pemilih dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

BERSIH mendakwa mengesan jumlah tersebut melalui projek dan peruntukan yang diumumkan kerajaan, seperti dilaporkan media, dan kini didakwa berjumlah sehingga RM337 juta.

Kuala Besut: Peluang ini sekali dalam seumur hidup

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BESUT: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud meminta pengundi Kuala Besut agar jangan mudah diperbodohkan dan mesti lebih cerdik daripada Umno BN.

Beliau berkata demikian pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut dengan siri ceramah di Kampung Tok Saboh yang dihadiri lebih 2,000 orang, malam tadi.

Jelasnya lagi, PRK yang diadakah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan medan terbaik rakyat Kuala Besut untuk membuat perubahan serta menafikan kekuasaan BN di Dewan Undangan Negeri (Dun).

Kuala Besut: 51 pemuda dari 'kubu Umno' sertai PAS

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut. (Gambar atas)

Lelaki maut dirodok badak sumbu di Nepal

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KATHMANDU 23 Julai - Seorang lelaki maut selepas dirodok badak sumbu ketika memancing di sebatang sungai di selatan Nepal, kelmarin.

Menurut jurucakap polis, Kamal Jung Kunwa hari ini, mangsa yang berusia 38 tahun tersebut diserang haiwan tersebut di Taman Negara Chitwan.

"Mangsa mungkin menceroboh habitat haiwan itu, menyebabkannya marah lalu menyerang mangsa," katanya.

Kes itu disifatkan sebagai jarang berlaku kerana badak sumbu tidak agresif dan risiko untuk diserang haiwan itu adalah rendah. - AFP



Mesir terus bergolak

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 23 Julai - Seorang lelaki dilaporkan terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera dalam satu pertempuran melibatkan penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, di sini semalam.

Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan daripada kedua-dua pihak membaling batu antara satu sama lain, menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan.

Pertempuran itu tercetus selepas kumpulan penyokong Mursi berarak berhampiran Dataran Tahrir. - REUTERS/AFP


Abe ikrar pulih ekonomi

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berikrar memulihkan ekonomi negara itu dan mengatasi kecurigaan bahawa beliau mungkin memberi tumpuan kepada agenda nasionalisnya. 

“Jika kita tidak melakukan pembaharuan ke atas Parti Liberal Demokrat (LDP), rakyat akan kehilangan keyakinan terhadap kita,” katanya pada sidang akhbar kelmarin. 

Warga Islam Filipina hantar pulang kurma

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Abu Dhabi: Sebuah kumpulan masyarakat Islam Filipina terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan menghantar sejumlah 500 kilogram kurma ke masjid di tanah air mereka sempena kedatangan Ramadan ini. 

“Ia adalah satu tradisi menghantar kurma ke tanah air ketika Ramadan sejak lima tahun lalu,” kata seorang penasihat kepada kumpulan Maranao Community, Sahron Roy Tamano, 39. 

75 maut gempa bumi di China

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

75 maut gempa bumi di China
Seorang wanita menunjukkan rumahnya yang ranap akibat gempa bumi di Dingxi wilayah Gansu di barat laut China, semalam.

Ribuan bangunan musnah, 371 gegaran susulan

Beijing: Sekurang-kurangnya 75 terbunuh dan lebih 400 cedera parah apabila dua gempa bumi kuat melanda barat laut China awal pagi semalam, kata pihak berkuasa ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari dan membantu mangsa.