24 September 2013

300 protes bantah perobohan sekolah Cina di Pudu

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Kira-kira 300 orang berkumpul bagi membantah hasrat pengambilan tanah dan perobohan sebahagian daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Woo oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


Perobohan itu dijadualkan hari ini tetapi ditangguhkan kerajaan.

Mukhriz: Dah nasib badan saya anak Mahathir

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang pemilihan naib presiden Umno kali ini.

"Itu sudah nasib badan saya, tetapi bagi saya ada dua yang saya maksudkan sebagai 'nasib badan' ini.

Pemilihan di Kedah: PAS tenang, Umno tegang

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
ALOR SETAR:Sembilan dari 15 kawasan PAS di Kedah yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan setakat ini memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan. 

Hanya satu kawasan memilih Yang Dipertua baharu, selainnya mengekalkan muka lama. Sementara hanya terdapat dua pertandingan Timbalan Yang Dipertua dan satu pertandingan untuk Naib Yang Dipertua.

Belanjawan alternatif PR tumpu tanggungjawab fiskal

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 yang tertumpu kepada tanggungjawab fiskal yang mapan melalui reformasi struktur belanjawan.

Ianya, seperti memperkukuhkan peraturan perbelanjaan dan pembelian aset kerajaan untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang melampau; dasar inovatif untuk melebarkan sumber pendapatan diganding dengan pemantauan perbelanjaan untuk penjimatan serta mengutamakan perbelanjaan yang memberi manfaat maksimum kepada rakyat merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan.

S'gor peruntuk RM1.1 juta biasiswa Ijazah Lanjutan

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor terus merancang agenda membantu rakyat negeri itu termasuk menyediakan biasiswa kepada mereka yang bercadang melanjutkan pelajaran ke tahap Ijazah Lanjutan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, pada Belanjawan Selangor 2014 nanti, kerajaan akan membentangkan tawaran biasiswa tersebut dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1.1 juta.

Dilema DAP: Menang saman Utusan, hilang undi Melayu

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Walaupun memenangi saman terhadap akhbar Umno Utusan Malaysia, ia masih memberikan kesan buruk terhadap Pakatan Rakyat berkaitan sentimen Melayu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, ini ekoran salah faham sesetengah pihak bahawa Pakatan "menzalimi" sebuah harian berbahasa Melayu.

Pistol angin dipos sebagai 'kamus' dari AS

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Petugas Pejabat Pos Butterworth, Bagan Dalam di Butterworth gempar apabila menemui beberapa komponen pistol angin ketika membuat pemeriksaan selepas curiga dengan kandungan sebuah kotak yang diterima semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata individu tertentu didapati cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mencatatkan pada bungkusan yang dihantar ke Pos Malaysia Berhad itu sebagai 'dictionary' (kamus), namun ia sebenarnya mengandungi komponen pistol angin.

Mampukah Jaafar, Lokman maju setapak lagi?

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
ANALISIS Selepas pencalonan jawatan naib ketua Pemuda ditutup Sabtu lalu, persaingan sengit tetapi seimbang dilihat bakal berlaku antara empat exco pergerakan yang mempunyai kelebihan masing-masing untuk memimpin sayap itu.

Keempat-empat mereka menawarkan diri selepas penyandangnya Datuk Razali Ibrahim tidak mempertahankan jawatan nombor dua, sebaliknya mencuba nasib di peringkat Majlis Tertinggi.

Rooney enggan raikan rekod gol

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
MANCHESTER 24 Sept. - Penyerang Manchester United Wayne Rooney menganggap kehebatan memecah rekod `sepakan percuma' dilakukannya tidak membawa sebarang makna selepas pasukannya tewas 1-4 oleh Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.


Rooney memegang rekod dalam pertemuan derby kedua-dua pasukan dengan 11 gol apabila melakukan jaringan cantik daripada sepakan percuma pada minit ke-89.

Siapa duta, pesuruhjaya tinggi lantikan politik

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri diminta menyatakan jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta khas Malaysia dari kalangan lantikan politik dan nyatakan nama mereka dan negara manakah mereka berkhidmat.

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada persdiangan Dewan Rakyat, hari ini.

Singapura perketat peraturan pengambilan pekerja asing

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
SINGAPURA 24 Sept. - Kerajaan Singapura semalam mengumumkan peraturan ketat yang baharu terhadap syarikat-syarikat di negara ini untuk mengambil pekerja asing daripada bidang profesional.

Kementerian Sumber Tenaga Manusia dalam kenyataannya berkata, berdasarkan undang-undang tersebut yang akan dikuatkuasakan bermula Ogos tahun depan, syarikat di negara ini dikehendaki merekrut rakyat tempatan sebagai pekerja terlebih dahulu.

Kolonel tentera udara Yemen ditembak mati

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
SANAA 24 Sept. - Seorang pegawai tentera udara Yemen berpangkat Kolonel ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali di sini semalam.

Sumber keselamatan berkata, seorang daripada dua penyerang yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah Kolonel Abdul Wahab Azzam ketika mangsa sedang memandu sebuah kereta di satu persimpangan jalan.

Mahkamah Mesir haramkan Ikhwan Muslimim

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KAHERAH: Mahkamah Mesir semalam seperti dijangka telah mengharamkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada bergerak di negara itu.

Mahkamah juga mengharamkan semua institusi cawangan atau cabang pertubuhan milik Ikhwan, dan mengarahkan aset gerakan Islam itu dirampas.