24 September 2013

Dilema DAP: Menang saman Utusan, hilang undi Melayu

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Walaupun memenangi saman terhadap akhbar Umno Utusan Malaysia, ia masih memberikan kesan buruk terhadap Pakatan Rakyat berkaitan sentimen Melayu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, ini ekoran salah faham sesetengah pihak bahawa Pakatan "menzalimi" sebuah harian berbahasa Melayu.


"Kita hanya boleh lakukan yang terbaik... jika kami memang, orang akan menganggap kami menzalimi akhbar Melayu," katanya dalam forum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di ibu kota semalam.

Sehubungan itu, kata Lim, apa yang boleh dilakukan hanya menyatakan yang "benar" berhubung sesuatu perkara.

"Kita biarkan orang ramai menilai. Kamu boleh tipu untuk sebentar, tetapi bukan untuk seumur hidup. Pembaca akhirnya akan tahu membezakan apa yang baik dan apa yang buruk," katanya.

Malaysiakini

Tiada ulasan: