10 Mei 2009

Polis halang tayangan VCD peristiwa 7 Mei.

DAP telah menganjurkan program Makan Malam di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009 Ia di anjurkankan di Sekolah Kebangsaan Nam Wah di Jalan Kampung Koh. Antara peceramah-penceramah yang menghadiri program ini ialah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham. Program makan malam tersebut berjalan dengan lancar pada awalnya.

Apabila tanyangan VCD mengenai peristiwa 7 Mei dimainkan, polis telah masuk ke dalam dewan itu dan mula merampas alat-alat tayangan tersebut. Ini telah menyebabkan kekecohan dalam dewan itu. Orang ramai memberi amaran supaya polis tidak mengganggu tayangan VCD tersebut. Tetapi, polis tidak mempedulikan semua itu. YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Nga Kor Ming telah berunding dengan polis untuk tidak mengganggu makan malam itu. Tetapi, polis berdegil juga dalam usaha untuk merampas alat-alat tayangan (VCD).

Seorang juruteknik kamera yang memasang alat-alat VCD di dewan itu telah ditahan oleh polis . Datuk Ngeh Koo Ham telah pergi ke balai polis untuk membela juruteknik itu.

Kenapa polis tidak memberi kebenaran untuk tayangan video peristiwa 7 Mei 2009?

Apakah yang ingin di selindungi oleh polis dalam usaha menghalangan tayang peristiwa 7 Mei 2009?

Rakyat berhak untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam Dewan Negeri. Oleh yang demikian polis tidak sewajarnya mengambil tindakan-tindakan untuk 'black out' isu 7 Mei sama sekali.

Apa salahnya untuk pengundi-pengundi mengetahui peristiwa 7 Mei itu? Kenapa ianya di halang oleh polis? Blog Speaker Perak/suara perak

Nik Abduh gagal rebut jawatan ketua Pemuda PAS K'tan

Nik Abduh Nik Abdul Aziz - gagal merebut jawatan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu hari kelmarin.

Nik Abduh yang juga bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS negeri tewas kepada ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya, yang juga ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankannya kerana usia melepasi 40 tahun.

Dalam pengundian pemilihan itu hanya satu undi perwakilan rosak.

Nama Nik Abduh mulai menjadi bualan ramai kalangan pemerhati politik selepas beberapa akhbar memetik tulisan dalam blognya yang menyentuh isu kepimpinan ulama dalam PAS.

Tulisannya yang saya terbitkan dalam blog ini juga mendapat reaksi pelbagai dari pengunjung.

Sementara itu seorang peguam Hisham Fauzi dipilih sebagai naib ketua dewan tersebut.

Beliau mengalahkan dua calon lain, iaitu Zamsuri Mohamad dan penyandangnya, Dr Rusli Allani Abdul Kadir.

ISU BERTELANJANG DI JOHOR : KERAJAAN DIMINTA SUPAYA TIDAK JADI PONDAN

Oleh : Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

Hari ini saya dikejutkan dengan berita yang cukup mengaibkan Malaysia. Isu tentang program reality TV, Suvivor Robinson yang diadakan di Mersing, Johor. Berita ini turut didedahkan oleh media Denmark sepertimana yang disebut di dalam Metro semalam. Apakah yang terjadi? Program Realiti TV tersebut telah mengadakan satu aktiviti berlari dalam keadaan bertelanjang bulat! Sila lihat pada akhbar Metro.

Di dalam isu ini, siapa lagi yang perlu bertanggungjawab? Adakah hendak menyalahkan pihak penganjur? Atau kita salahkan kerajaan? Apa kata kerajaan dalam masalah ini? Mereka menjawab bahawa pihak penganjur telah melanggar etika yang ditetapkan. Mereka menyalahkan pihak penganjur sedangkan apa yang dilakukan setakat ini hanya “bising” di akhbar sahaja!

Saya mempersilakan kepada kerajaan untuk menyaman pihak penganjur, kemudian dedahkan satu dunia tentang saman tersebut, Mereka telah melempar najis ke muka Malaysia! Malaysia akan terkenal sebagai negara telanjang. Sekiranya kerajaan hanya ingin menjaga telur sendiri, lebih baik berambus dari Malaysia! Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang menjaga telur sendiri.

Siapa tahu, kenapakah mereka berani untuk melanggar etika? Ini kerana mereka tahu bahawa kerajaan di Malaysia adalah kerajaan yang pondan. Di manakah kepondanan tersebut? Antara kepondanan tersebut ialah Najib tidak berani membersihkan nama baiknya di mata dunia tentang kes Altantuya. Ia menjadi buah mulut satu dunia.

Seteruskan kes BN Perak yang tidak berani dibubarkan Dun. Juga menjadi bualan sedunia. Dan banyak lagi kes-kes pondan di Malaysia yang cukup banyak diamalkan oleh BN. Hari ini, BN sekali lagi menyerlahkan kepondanannya sekiranya tidak berani untuk menyaman penganjur tersebut yang jelas melanggar etika!

Salam Perjuangan

BUKIT GANTANG BERMULANYA TATAPAN SEJARAH...


ANAK KOMANDO REJIMEN 1

HARI INI TANGGAL 8 MEI 2009, BERTEMPAT DI BATU 8 BUKIT GANTANG, MB NIZAR MB PERAK YANG SAH TELAH DATANG BERCERAMAH DI SINI BAGI MENCERITAKAN DEMOKRASI PERAK YANG TELAH DILACURKAN OLEH BN. YB NIZAR MEMILIH BUKIT GANTANG KERANA DISINILAH BERMULANYA PEMBELOTAN SI OSMAN JAILU DAN DI SINILAH YB NIZAR DIJULANG MENJADI AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG YANG BARU MENGGANTIKAN ALLAHYARHAM ROSLAN SHAHRUM. DIJULANG KEMENANGAN MELALUI PILIHANRAYA YANG ADIL DAN SAH BUKANNYA PILIHANRAYA DI BAWAH SYILING.

MB NIZAR TELAH MENCERITAKAN DARI AWAL SEJARAH 7 MEI HINGGALAH DEMOKRASI TELAH DILACURKAN OLEH BN YANG MENUNNJUKKAN KEPADA DUNIA BETAPA TERUKNYA DEMOKRASI DI SINI. TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH FILIPINA,INDONESIA,THAILAND,MYANMAR DAN SEJARAH DUNIA SPEAKER DIMALUKAN DAN DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA IBARAT BINATANG YANG TIDAK BERTUAN. TATKALA SEJARAH TERSEBUT BERLANGSUNG MEDIA2 SEPERTI DARI PERANCIS JUGA MEMBUAT LIPUTAN TERSEBUT DAN SEHABISNYA SIDANG, MEREKA TERUS MENDAPATKAN MB NIZAR BAGI MENGETAHUI BISIKAN RAJA NAZRIN KEPADA MB NIZAR. PADA MALAM TERSEBUT JUGA MB NIZAR TELAH BERJANJI AKAN MENDEDAHKAN KRONOLOGI PERISTIWA TERSEBUT DARI MULA HINGGALAH KE AKHIRNYA DI DALAM BLOG BELIAU. JUSTERU, DI BUKIT GANTANG INI MB NIZAR HANYA MENCERITAKAN 80 PERATUS DARI SEJARAH TERSEBUT.

PARA HADIRIN YANG HADIR BEGITU TERKEJUT BILA MB NIZAR MENCERITAKAN PERISTIWA DI HADAPAN LIF KETIKA MENGIRINGI RAJA NAZRIN TURUN KE BAWAH. MB NIZAR TELAH DIJERKAH OLEH SUK JANGAN TURUN BERSAMA BAGINDA. NAMUN KATA2 SUK MATI DI SITU APABILA RAJA NAZRIN MENYURUH MB NIZAR MASUK BERSAMA BAGINDA KE DALAM LIF. LIHATLAH MALAYSIA SIAPA DERHAKA? DIMANAKAH ADABNYA SUK MENJERKAH MB NIZAR DIHADAPAN BAGINDA SULTAN? AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...


Anak-Anak Yatim Balik Pulau

Bantulah mereka, gambar anak yatim yang dikirim.


Email pengirim tanpa edit.
Assalamualaikum

Malam tadi, kali ke-3 sdra Yusa menghubungi saya sejak 2 minggu yang lepas suruh habag kat kawan-kawan kot-kot kalau ada yang nak turun pi belah Pulau Pinang sana, nak ajak pi tengok satu rumah anak Yatim tu yg tengah "sesak" sekarang dari segi perbelanjaan harian. Kata Yusa, ikut kata pengurus rumah anak yatim tu, dulu okey tapi sekarang sejak ekonomi merudum ini dah tak ramai org dok mai bagi sumbangan, makanya makan minum dan perbelanjaan harian budak-budak tu teruk terjejas.

Saya habag kat Yusa, saya kata nanti saya nak cek dgn Tn Hj Ahmad, Pengurus rumah Anak Yatim Al-Farabi di SIK, Kedah yg selalu team Wargakilang dok pi melawat tu. Tak silap saya, dulu hj Ahmad ada cerita ada anak yatim drpd Balik Pulau yg dipindahkan ke rumah anak yatim al-farabi di Kedah sana, jadi depa mungkin ada link.

Kata Hj Ahmad: Dulu rumah anak yatim di Balik Pulau tu okey, ada orang dok support, ada sorang Korporat tu dok seponsor bulan-bulan, tapi la nie sejak ekonomi meleset, Korporat tu dah tak support dah, itu yang mungkin jadi mcm tu kot.

Sibuk pi sibuk mai, dah dekat 2 minggu dah, tak sempat nak turun pi Balik Pulau sana (sedikit jauh bagi org-org yg dok belah Kedah mcm saya ni).

Hari ini, bila Yusa hantar kisah di bawah ni, saya rasa bersalah pulak tak ajak kawan-kawan turun pi jengok pi.

Malam tadi, lebih kurang jam 12 mlm, bila Yusa called, bila dia kata:

"Munir, aku dah send email pasal rumah anak Yatim tu; nak minta tolong hang, tolong lah heboh kan kat mana-mana internet, kesian depa, depa memamg tengah sesak sungguh - minta tolong lah kawan kawan pakat mai tolong bagi bantuan apa patut. Aku dah pi tengok sendiri dengan wife aku tadi!!"

Saya pun tak tau nak kata apa; mcm org lain jugak cuti weekend mcm ni kalau boleh nak lah rilek dengan anak bini, nak bawa anak-anak pi main bowling ka apa. Nak turun pi, tengok lah dulu mcm mana nanti. In meantime, sebagai menunaikan amanah kawan baik saya, org kuat NGO Wargakilang. com ini, saya dengan ini memforwardkan email beliau di bawah ini ke persada INTERNET untuk tindakan tuan-tuan dan puan-puan seterusnya. Kalau ada masa turun lah mai pi; kalau x berkesempatan bolehlah hubungi sdra Yusa di talian di bawah untuk rujukan selanjutnya.

Moga kerja buat kita ini akan dicatat sebagai satu balasan PAHALA yang berkekalan di SANA kelak, mudah-mudahan.

wsl
moniermatdin@ yahoo.com

^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^

From: Sdra Yusa (Pengerusi Biro Motivasi WARGAKILANG. COM)
BALIK PULAU, PULAU PINANG
Tarikh: 9 Mei 2009

Per: MOHON BANTUAN - Pusat Nasyiatul Aisyiyah, rumah Anak Yatim B.Pulau

Petang tadi kira2 jam 3:30 sempat jugak singgah ke Pusat Nasyiatul Aisyiyah. Itupun selepas 2X buat appt dgn Ustazah Rohani seorang ibu yg bertanggungjawab menjaga serta membesarkan 25 org. anak2 Yatim di sebelah utara ni.

Saya pergi bersama wife dan anak2. Wife saya dah beberapa kali berjumpa dan berbual dengan Ustazah Rohani. Kata Ustazah Rohani, tahun lepas banyak jugak dapat sumbangan dari org. perseorangan dan korporat2 dalam bentuk cash dan barang2 makanan untuk budak2 ini.

Tapi start dari hujung tahun sudah, sumbangan amat menyedihkan mungkin juga katanya sebab ekonomi meleset. Dulu2 banyak org. kilang yg bagi sedekah duit dan barang2 makanan, tapi la ni mungkin mereka2 ni pun dah banyak yg hilang pekerjaan agaknya. Itu pun kata nya, nasib baik
ada tokeh2 Cina yg dapat untung bisnes hantaq barang makan beras, kopi, gula dsbnya.

Budak2 ni umur dalam 4 bulan hingga ke 14 tahun. Total 25 org. Kebanyakan ditinggal kan oleh emak ayah disebabkan kematian dan perpisahan. Baby yg Ustazah dukung itu jumpa di masjid, tak tau siapa emak ayah dia, so Ustazah tu la yang jaga dibantu oleh anak2 nya.

Bantuan diperlukan dalam bentuk cash to support daily maintenance budak2 tu dan juga sumbangan barang2 makanan harian.

Maklumat lanjut boleh hubungi saya di 012-4885242.

wsl.
yusa
Balikpulau
Penang

Bijak bijak, kita perintah dulu

Ahmad Baei Jaafar

Sehingga ke hari ini saya masih keliru dan belum mendapat jawapan yang tepat siapa di pihak yang benar. Bila mendengar kenyataan orang BN, Menteri Besarnya menuduh ADUN pembangkang menyerang mereka dan melanggar undang-undang serta mencemar kemulian dewan dan menghina institusi raja.

Bila dengar ADUN pembangkang terutama Datuk Seri Nizar, BN yang tidak menghormati undang-undang, meruntuhkan demokrasi dan membuat tindakan memalukan dalam sejarah politik negara. Adakah ini sama seperti cerita "Bangau oh Bangau", masing-masing menyalahkan lawan. Tapi yang menang BN kerana dia masih boleh memerintah.

Jelas daripada peristiwa yang memalukan ini, amalan politik amat kotor dan hina kecuali mereka yang betul-betul mengikut kehendak Allah. Politik kotor perlukan kebijaksaan bagi memutar belit. Teringat saya pada sejarah Islam ketika Maawiyah hendak naik takhta kerajaan Islam. Sayidina Ali, khalifah ke4 berada dalam keadaan tertekan, ramai yang mendesaknya supaya mencari dan menghukum orang yang membunuh Othman Affan.


Ali gagal mendapatkan pembunuh itu, dan Maawiyah yang menguasai kerajaan secara tidak sah ketika itu meminta Ali meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepadanya. Setelah usaha secara kekerasan menghadapi kegagalan, dibuat secara rundingan. Ali dan Maawiyah dan penyokong masing-masing mengadakan perbincangan. Keputusan yang diambil, kedua-dua meletak jawatan dan dilantik semula salah satu daripada mereka. Ali bersetuju.


Apabila Sayidina Ali meletakkan jawatan, Maawiyah yang belum meletak jawatan terus mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah mengganti kekosongan yang ditinggalkan Ali. Begitulah orang yang jujur, mudah dikalahkan oleh orang yang pandai main politik.


Saya tidak mahu menuduh siapa yang main politik kotor dalam kes di Perak, tidak pula nak membela siapa yang jujur sepanjang kes politik Perak ini bergolak itu. Tetapi saya nak ulas sikit drama di sebelah pagi 7 Mei itu seperti yang dilaporkan oleh media. Maaflah kalau laporan itu salah daripada yang sebenar.


Tatkala semua ahli dewan mengambil tempat termasuk speaker V. Sivakumar memerintahkan beberapa ADUN BN yang digantung keluar dewan. Mereka enggan keluar sebaliknya dibawa usul yang dibacakan oleh MB antaranya memecat speaker lalu timbalan speaker, Yit Foong (yang keluar DAP) mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.


Sivakumar menolak usul itu atas alasan usul dari orang yang digantung tidak boleh diterima, lagi pun katanya, dewan belum dimulakan lagi.


Bagaimanapun pihak BN mendakwa dewan dah bermula sejak speaker duduk di tempatnya. Jadi, apabila sudah bermula, usul boleh diterima dan boleh lulus termasuk usul perlantikan speaker yang baru, R. Ganesan. Begitulah bijaknya mereka bermain politik.


Saya ada juga beberapa kali hadir dalam dun dan parlimen, tapi tidak pula berkesempatan untuk melihat sesuatu usul diterima semudah itu. Biasanya setiap usul dibahas dan diadakan undi. Jadi, pemecatan dan perlantikan diterima dewan tanpa bahas dan undi. Barangkali sama seperti yang berlaku pada zaman Sayidina Ali dan Maawiyah. Bijak bijak, kita perintah dulu.





Tiada pilihan raya kecil, Mano kekal ADUN Kota Alam Shah

PUCHONG: Tiada pilihan raya kecil di kawasan Kota Alam Shah! Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) M. Manoharan dari DAP yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang semalam telah mengubah fikiran untuk tidak mengosongkan kerusi tersebut.

"Saya akan memberi khidmat terbaik di kawasan saya dan memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada saya.

"Mereka telah hilang 14 bulan perkhidmatan saya dan kehadiran saya di DUN Selangor," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Bandar Kinrara di sini lewat petang semalam

Manoharan, salah seorang daripada baki tiga pemimpin Hindraf yang dibebaskan semalam, tiba di rumahnya kira-kira pukul 7 petang tadi dengan terus dipeluk oleh tiga anaknya sebaik sahaja beliau keluar dari kereta polis.

Kira-kira 20 orang anggota keluarga dan pekerja menunggu kepulangan beliau.

Beliau dibawa keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting kira-kira 2.30 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang sebelum dihantar ke rumahnya di sini.

Peguam itu memberitahu, beliau sememangnya telah berhasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN sebelum ini kerana berasa bersalah terhadap penduduk DUN Kota Alam Shah.

Kota Alam Shah yang terletak di Selangor dimenangi oleh Manoharan dengan majoriti 7,184 undi.

Manoharan memperoleh 12,699 undi manakala Ching Su Chen calon BN-Gerakan mendapat 5,515 undi.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Beliau antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.

TULIS SURAT KEPADA PM

Manoharan berkata, beliau pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada 24 April lalu menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai ADUN.

"Bagaimanapun saya tidak pasti macam mana perkara itu boleh bocor.

"Saya bercadang untuk mengumumkan perkara itu pada 19 Mei ini melalui Karpal Singh (Pengerusi DAP) kerana beliau akan berjumpa dengan saya pada hari itu.

"Tetapi memandangkan ia telah tersebar lebih awal, saya terpaksa menjawabnya," katanya lagi.

Ketika ketiadaan beliau, khidmat sebagai ADUN Kota Alam Shah telah diuruskan oleh isterinya, S. Pushpaneela.

Manoharan percaya hasrat untuk mengosongkan jawatannya itu telah mempercepatkan pembebasan beliau kerana BN kemungkinan tidak mahu kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Sambil menyifatkan pembebasannya sebagai hadiah sempena Hari Ibu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Kota Alam Shah kerana bersabar menunggu 'kemunculannya'.

Ditanya sama ada beliau berterima kasih kepada kerajaan ekoran keputusan membebaskannya, Manoharan hanya menggelengkan kepala sambil berkata, "saya berterima kasih kepada kuasa rakyat."

"Saya rasa kerajaan harus belajar dan menghormati kuasa rakyat yang menyebabkan saya dibebaskan.

"Kalau tidak, saya tidak tahu bila saya akan dibebas," katanya lagi.

HARAPAN ISTERI

Terdahulu pagi semalam, Pushpaneela ketika dihubungi mStar Online berkata, beliau akan meminta Manoharan supaya tidak mengosongkan kerusi DUN Kota Alam Shah, sebaliknya terus berkhidmat kepada pengundi-pengundi di bahagiannya.

"Harapan saya ialah beliau tidak akan melepaskan jawatan ADUN," kata beliau.

"Manoharan harus kekal untuk berkhidmat kepada pengundi yang telah mengundinya tanpa melihat muka beliau (kerana ditahan di Kamunting)," kata beliau.

Pushpaneela berkata, beliau akan menyampaikan hasrat itu sebaik sahaja Manoharan dibebaskan nanti.

Bagaimanapun beliau tidak tahu Manoharan akan dibenarkan pulang ke rumahnya.

Awalnya beliau dijangka keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting selewat-lewatnya Isnin ini.

Sambil mengharapkan pembebasan pada Hari Wesak, Pushpaneela memberitahu, beliau tidak akan ke Kamunting sebaliknya hanya akan menunggu suaminya pulang di rumah mereka.

Minggu lalu, Pushpaneela selepas melawat Manoharan di Kamunting memberitahu bahawa suaminya sedang memikirkan dengan serius untuk mengosongkan kerusi DUN kerana tidak dapat memberikan khidmat dengan berkesan kepada pengundi-pengundinya.

Manoharan dibebaskan bersama dua lagi pemimpin kumpulan haram itu, P. Uthayakumar dan K. Vasantha serta 10 yang lain seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.Mstar.

Terkini 1.00 am : OKT di bawa ke IPD Manjung.

OKT yang ditangkap berkaitan penayangan CD DUN Perak dibawa ke IPD Manung. Seramai hampir 400 orang penyokong sedang berkumpul di Balai Polis Setiawan memberi tanda simpat kepada mangsa yang ditahan itu.

TERKINI 11.00 PM : Tayang peristiwa sidang 7 Mei, 2 ditangkap di Setiawan

Majlis makan malam DAP di SMJK Nam Hwa, Setiawan dicemari oleh gangguan pihak polis sekitar jam 11.00 malam tadi. Sepatutunya yang akan menyampaikan ceramah dalam Majlis itu ialah Speaker V. Sivakumar, Dato' Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.

Dua yang ditangkap adalah pemilik kepada sistem pembesar suara seorang berbagsa Cina dan India yang menayangkan tayangan CD peristiwa sidang DUN 7 Mei . Difahamkan tayangan itu baru dimainkan sekitar 3 minit sahaja. Mereka telah dibawa ke Balai Polis Setiawan dan diiringi oleh Dato' Ngeh dan 100 orang penyokong.

Hidup rakyat.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberi semangat kepada saya. Dorangan dan petunjuk daripada daripada kalian semua amat saya hargai sepanjang hayat saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN Perak yang berjuang bersama-sama saya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri yang
tercinta.

Saya cukup bangga dengan semangat dan keberanian mereka dalam menghadapi situasi yang genting pada 7 Mei 2009. Syabas dan taniah! Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa speaker secara fizikal harus berasa malu.

Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya.

Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi. Tuhan memerhatikan segala-galanya yang sedang berlaku di bumi Perak ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang besama-sama dengan kami. HIDUP RAKYAT!

Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup

http://speakforperak.blogspot.com/

AWAS : PENGUNJUNG KE 1,000,000 CINA ISLAM

Dengar segera pengunjung blog ini akan mencecah angka ke sejuta, baru-baru ini blog ini juga telah mencipta sejarah mencapai kliks ke 2 juta namun saya tidak dapat mengesan siapakah mereka yang mencapai angka itu.

Oleh itu saya berharap sesiapa yang menjadi pengunjung ke sejuta BLOG CINA ISLAM menghantar email kepada saya untuk hadiah misteri yang saya akan sampaikan.


Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang sedang berlangsung.

Saya menjadi tetamu dan memberi ucapan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang Terenggan pada pagi ini mewakili YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat datang kerana urusan yang lebih penting di Perak. Selain itu saya juga mewakili beliau untuk menyampaikan ceramah penerangan isu-isu semasa yang diadakan ditempat yang sama iaitu di Mesjid Rusila disini.

Hadir sama untuk merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 25 itu ialah Timbalan Pesuruh Jaya PAS Terengganu yang juga AJK PAS Pusat, Dato' Ust. Abu Bakar Chik.

Dalam ucapan saya pada pagi saya menyentuh mengenai tsunami politik yang membawa kekalahan BN di 5 negeri dan 8 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan. Kemenangan ini tidak dapat diterima oleh BN dan mereka berusaha untuk menjatuhkan kerajaan pakatan termasuklah di Perak.

Selain itu saya menyentuh tentang isu sidang DUN dengan mengulangi pendirian bahawa tidak ada jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut di Perak walaupun dengan menggunakan mahkamah dan sidang DUN akan datang, melainkan dengan berlakukan pembubaran DUN Perak dan rakyat diberikan hek untuk memilih sekali lagi.

Tindakan seret keluar Sivakumar nafikan haknya sebagai ADUN.

Tindakan pihak Polis yang menceroboh dan menyeret keluar dengan kekerasan setelah melakukan kekerasan yang sama kepada hampir 10 orang ADUN merupakan satu pencabulan undang-undang yang ada di Dewan Perak dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak kerana perlu saya nyatakan Sivakumar berhak berada di dalam dewan atas kapasitinya sebagai ADUN Perak Kawasan Tronoh termasuklah dia Speaker yang masih sah..

Oleh itu saya dengan ini menyatkan bantahan dan pendirian bahawa membantah tindakan polis yang menyeret dan menculik Sivakumar selama sekitar sejam dan menafikan haknya sebagai seorang ADUN Perak yang masih sah disegi undang-undang.

Disamping itu tindakan itu terlebih awal saya telah nyatakan adalah salah dari segi undang-undang kerana menafikan hak Sivakumar sebagai Speaker yang masih sah.

Senjata dilarang dibawa masuk ke dalam dewan, bagaimana di DUN Perak kelmarin ?

Mengikut peraturan dewan sesiapa yang memiliki senjata mestilah menyerahkan kepada pengawal dipintu masuk sebelum boleh memeasuki dewan. Larangan yang paling penting dan keras dimana saja dewan negeri berada dan begitulah di Parlimen, malam di seluruh dunia peraturan ini berlaku.

Namun persoalannya bila polis begitu ramain menceroboh masuk ke dalam dewan pada sidang 7 Mei, berapa pucuk senjatakah yang telah masuk secara haram ke dalam Dewan Negeri Perak ?

Kita tunggu kalau ada bukti yang boleh menafikannya atau mendedahkannya sekiranya benar.

Makan bersama Presiden PAS.

Menjadi Tamu kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Kenangan makan malam bersama Tuan Guru sebelum berceramah di Mesjid Rusila Marang, Terengganu malam tadi.