08 September 2021

Lelaki amuk hayun sabit atas kereta polis ‘tewas’ dipancut air

 


Tangkap layar rakaman video menunjukkan seorang lelaki berdiri di atas kereta peronda polis dengan menghayunkan galah sabit sambil menjerit.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk sambil menghayunkan galah sabit di atas kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak.

Dalam kejadian sekitar 8 pagi tadi, lelaki dikatakan berusia lingkungan 60-an dipercayai kurang siuman itu ditahan selepas mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang memancutkan air ke arahnya.

RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

 

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan naik satu sen, manakala RON95 dan diesel tidak berubah mulai tengah malam ini.

Harga RON97 akan dinaikkan daripada RM2.72 kepada RM2.73, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Arab Saudi sedia terima 70,000 jemaah umrah sehari

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari.

Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi menerusi perkongsiannya di Twitter hari ini berkata pihaknya sedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah.

69.6 peratus populasi dewasa lengkap imunisasi COVID-19

 

KUALA LUMPUR: Sejumlah 69.6 peratus atau 16.2 juta populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19, setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, lebih 20.8 juta atau 88.9 peratus populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu.

68.8 populasi dewasa telah lengkap dua dos vaksin

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Azizulhasni terima hadiah daripada TMJ

 Tunku Ismail ketika menerima mengadap Azizulhasni di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. - Foto Ihsan facebook HRH Crown Prince of Johor.

Tunku Ismail ketika menerima mengadap Azizulhasni di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. - Foto Ihsan facebook HRH Crown Prince of Johor.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dianugerahkan hadiah secara peribadi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini, berikutan kejayaan di Olimpik Tokyo.

Perompak larikan barang kemas 10 juta euro

 Polis melakukan penyiasatan selepas premis jualan barang kemas Bulgari di Place Vendome, Perancis dirompak. - Foto EPA

Polis melakukan penyiasatan selepas premis jualan barang kemas Bulgari di Place Vendome, Perancis dirompak. - Foto EPA

PARIS: Sekumpulan perompak melarikan barang kemas bernilai 10 juta euro (RM50 juta) dari premis Bulgari di Place Vendome di sini semalam.

Perompak yang dikejar polis itu dapat melarikan diri, kecuali dua suspek yang berjaya ditahan, menurut sumber kepada AFP.

Aksi Ronaldo bersama Man United tertangguh

 Cristiano Ronaldo. FOTO Agensi

Cristiano Ronaldo. FOTO Agensi

London: Cristiano Ronaldo dilaporkan tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Manchester United berdepan Newcastle United, Sabtu ini.

Sejurus melengkapkan perpindahan ke Old Trafford hujung bulan lalu, tarikh 11 September menjadi tumpuan buat penyerang Portugal itu melakukan kemunculan pertama bersama kelab yang disertai buat kali kedua berkenaan.

Lelaki telan Nokia 3310

 IMBASAN sinar -X menunjukkan telefon Nokia 3310. FOTO Facebook Skender Teljaku

IMBASAN sinar -X menunjukkan telefon Nokia 3310. FOTO Facebook Skender Teljaku

Pristina: Seorang doktor berjaya mengeluarkan telefon bimbit jenama Nokia 3310 yang ditelan seorang lelaki menggunakan kaedah endoskopi.

Portal Mirror melaporkan, telefon bimbit itu ditelan seorang lelaki dari Kosovo, berusia 33 tahun dan ia sudah berada dalam perutnya selama empat hari.

Pemimpin tertinggi Taliban arah laksana undang-undang Syariah

  Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, yang mengetuai kerajaan baharu Afghanistan. - Foto AGENSI

Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, yang mengetuai kerajaan baharu Afghanistan. - Foto AGENSI

KABUL: Pemimpin tertinggi kerajaan Taliban yang baharu mengarahkan undang-undang Syariah dilaksanakan, dalam perutusan pertamanya sejak mengambil alih kuasa.

Mullah Mohammad Hassan dipilih Ketua Kerajaan Afghanistan

 Gambar dirakam pada 1999, Mullah Mohammad Hassan Akhund (kanan) sebagai Menteri Luar Afghanistan mengunjungi Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif. - Foto AFP

Gambar dirakam pada 1999, Mullah Mohammad Hassan Akhund (kanan) sebagai Menteri Luar Afghanistan mengunjungi Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif. - Foto AFP

KABUL: Taliban hari ini mengumumkan pelantikan pemimpin veteran yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mullah Mohammad Hassan Akhund sebagai ketua kerajaan baharu, di samping melantik beberapa pemimpin tertinggi mereka ke jawatan utama.

Lelaki maut dengan kesan luka di pergelangan tangan

 

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan, di rumah sewanya di Taman Scientex dekat sini, pagi Ahad lepas.

Pembantu pegawai perubatan maut, pemandu ambulans parah

 Kemalangan yang membabitkan ambulans dan treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam Kluang Johor, malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba

Kemalangan yang membabitkan ambulans dan treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam Kluang Johor, malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba

KLUANG: Seorang pembantu pegawai perubatan maut, manakala pemandu ambulans parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam, di sini, kira-kira 8 malam tadi.