08 September 2021

Azizulhasni terima hadiah daripada TMJ

 Tunku Ismail ketika menerima mengadap Azizulhasni di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. - Foto Ihsan facebook HRH Crown Prince of Johor.

Tunku Ismail ketika menerima mengadap Azizulhasni di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. - Foto Ihsan facebook HRH Crown Prince of Johor.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dianugerahkan hadiah secara peribadi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini, berikutan kejayaan di Olimpik Tokyo.

Menerusi status terbaharu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu dan mengurniakan ganjaran.

Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato' Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan," tulis status terbaru itu.

BH/-

Tiada ulasan: