Kedatangan Menteri Besar Perak untuk menyampaikan bantuan di kawasan yang dilanda ribut dikaitkan oleh banyak pihak ada hubungan dengan sikap perihatin PAS lebih awal yang turun kelapangan dan menghulurkan bantuan segera berupa sedikit bantuan kewangan. Paling menyedihkan bantuan yang diberikan sangat sedikit dan tidak sama, malah tidak adil.
keadaan ini solah-olah ingin melaga-lagakan masyarakat dan menggalakan perpecahan. Mana boleh tahan jiran sebelah yang tidak rosak teruk dapat RM 700, sedangkan mangsa yang rosak teruk dapat RM 300 sahaja. Sikap ketua kampung yang memilih kroni dan bulu nampak sekali. Paling menyedihkan ramai yang tidak dapat bantuan dengan alasan lambat menghantar borang. "terkejut biawak" bila ada yang tak terlibat sama-sama terima bantuan ?
Pengagihan bantuan yang dilakukan di Tebuk Hj. Musa dikatakan berbeza jumlah. Ada sampul sebanyak RM 150, RM 300, RM 700, RM 800 dan kelmarin ada sumber mengaitkan ada sampul sebanyak RM 60 sahaja. Persoalannya kenapa dengan bantuan yang kononnya "wang ihsan" kena berbeza antara rumah? Sebaik semua mangsa tidak mengira siapa dia dan dari parti mana sama jumlah bantuannya dan mestilah disegerakan. Ini sesudah 3 hari kejadian menyayat hati itu berlaku baru sampai bantuan.
Sepatutnya BN yang kononnya pandai memerintah dan mempersendakan tawaran " Negara Berkebajikan" dalam menifesto PAS membuktikannya. Yang jelas sikap pembohong dan temberang mereka sendiri dilihat oleh semua mangsa yang terlibat.
Sampul yang berisi dengan RM 800 dan &00 hanya ada 20 orang sahaja. Selain itu MB perak mendakwa sebanyak 119 (lihat laporan Metro)buah rumah. Sedangkan yang dapat dikesan oleh PAS hanya 60 buah sahaja. Inilah cara membilang pemimpin UMNO iaitu 2,4,6,8....sedangkan kita ikut bilangan yang betul 1,2,3,4....Malah rata-rata sampulnya RM 150 dan RM 300 sahaja. Kemana dan kepada siapa sebenarnya diberikan bantuan tersebut? Beberapa pihak yang ditemui mengiakan ada unsur penyelewengan dalam pengagihan bantuan ini.
Paling menyedihkan rumah yang dianggap paling teruk rosak dari sekian mangsa atau kita panggil "total loss" hanya menerima RM 300 sahaja. Adakah bukan zalim namanya?. Bila ditanya kenapa dia dapat sebanyak itu, dia mengatakan ketua kampung memberitahunya sebabnya silap maklumat kerana dia tidak hadir ke lokasi pengagihan bantuan. Bila ditanya kena dia berada dirumah, beliau mengakui dia juga diarahkan berada dirumah sebab MB akan melawat kerumahnya yang rosak teruk itu. Persiapannya bukan main sehingga pergi kesekolah dan memohon anaknya bercuti.
kalau begitu kata saya alasan itu adalah untuk "memperbodohkan " dia. Kalaulah begitu keadaannya sepatutunya MB sendiri yang bawa sampul yang lebih banyak , dan mungkin saja lebih RM 1000 untuk mengurangkan bebanannya.
Kini yang tinggal janji-janji dari MB dan yang lainnya, kononnya ada lagi bantuan yang akan disalurkan. Bantuan kelmarin kononnya pendahuluan dan banyak lagi akan diberi. Adalah janji hanya akan tinggal janji, atau kena tunggu datang ribut sekali lagi atau kena tunggu ikan keli bersisik ?
Kita amat berharap semua pihak mengambil pengajaran dari peristiwa ini untuk menjatuhkan pemimpin BN yang tidak amanah dan menzalimi rakyat yang ditimpa musibah ini. Sudah cukup lama kita memberi peluang untuk mereka memerintah, yang jelas ada "tangan -tangan hitam" yang mengambil peluang dari kesusahan orang lain. Ya Allah jauhkan hati kami dari menyokong atau cenderung dari orang sebegini, nanti kami akan disambar oleh api neraka Mu, sebagaimana Firman Mu. Aaamiin.....