28 November 2013

Hutang 53.6% dari KDNK, menteri kata masih terkawal

24 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Biarpun hutang kerajaan persekutuan kini mencecah 53.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kerajaan masih mendakwa ianya terkawal.

Dengan baki sebanyak 1.4 peratus untuk mencecah 55 peratus dari KDNK, iaitu kadar yang ditetapkan oleh Bank Negara sebagai paras bahaya, persepsi umum melihat jawapan 'terkawal' yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di parlimen kelmarin sukar untuk dipercayai.

Bekas pelajar Kolej Islam Klang nafi murtad

24 Muharram 1435H. [MOD] -

NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

Elaun naik, pastikan Adun jalan tugas dengan tenang

24 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Penyelarasan saraan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor dan anggota pentadbiran yang diluluskan semalam harus dilihat secara menyeluruh, kata Adun Kampung Tunku, Lau Weng San (gambar).

Katanya, elaun untuk Ketua Pembangkang juga bertambah dan kenaikan saraan itu adalah untuk memastikan ADN dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan hati yang tenang tanpa terlalu memikirkan ‘sumber-sumber pendapatan’ yang lain seperti apa yang berlaku semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Selangor tidak naikkan premium tanah

24 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan kerajaan negeri telah menaikkan kadar premium tanah, sebaliknya menegaskan kenaikan disebabkan perubahan nilai pasaran tanah itu sendiri.

Beliau mengakui harga semasa tanah di Selangor semakin meningkat setiap tahun dan ia adalah punca utama kenaikan kadar premium tersebut. 

Pakatan berdepan 2 cabaran unik di Sabah, Sarawak

24 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berdepan dengan dua cabaran unik di Sabah dan Sarawak, kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Cabaran pertama, katanya ialah untuk berdepan dengan tuduhan bahawa parti-parti komponen Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS, bukan parti ‘tempatan’ tetapi hanya merupakan kepanjangan bagi parti-parti ‘utama’ yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia dan cenderung hanya pada kepentingan Semenanjung.

Pelantikan dua bekas Adun DAP dipertikai

24 Muharram 1435H. [MOD] -
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar)  menyifatkan tindakan pembangkang mempertikaikan pelantikan dua bekas anggota DAP masing-masing sebagai Penyelaras Hal Ehwal Bukan Islam dan Penyelaras Masyarakat Penyayang, sebagai menunjukkan kebencian dan tidak puas hati mereka. 

    
Beliau berkata semua pihak boleh membuat tafsiran berhubung pelantikan kedua-dua mereka yang juga merupakan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang sebelum bertindak menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini.

MB Kelantan bertemu PM pagi tadi

24 Muharram 1435H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.
  
Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.