08 Disember 2010

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 1)

02 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

Beruntunglah Kita Yang Mensucikan Jiwanya!

02 Muharam 1432H
Oleh : muhamad agus syafii

Kita sebagai khalifah Allah dilengkapi dengan pelbagai kelebihan, tetapi sebagai hamba Allah, ia juga memiliki berbagai kelemahan. Disamping potensi untuk kebaikan, pada diri kita juga terdapat potensi yang menjerumuskanya ke lembah kehinaan.

Di satu sisi, kita sebagai manusia memiliki fitrah berketuhanan seperti yang disebut dalam surat ar Rum/ 30: 30 yang menyebabkan ia rindu untuk mendekatkan diri (taqarrub dan taraqqi) kepada Allah, tetapi pada sisi yang lain ,manusia memiliki hawa nafsu yang cenderung suka mengejar kenikmatan sesaat yang sifatnya rendah yang jika diturut, akan menjauhkan hubungan manusia itu dengan Nya.

Dalam surat Ali Imran 14 disebutkan bahwa manusia memiliki kecenderungan untuk mengikuti dorongan syahwatnya manyangkut wanita, anak-anak, perhiasan emas perak, kendaraan, ternak dan tanah ladang. Kesemua hal tersebut bagi manusia mengandung makna kenikmatan, kebanggaan dan manfaat, dan kesemuanya itu merupakan harta yang bersifat duniawi.

Salah satu penghambat hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah cinta harta atau hubb ad dunya, mencintai hal-hal yang berskala dekat. Untuk mendekat kepada Allah, terlebih dahulu manusia harus bersih jiwanya, dan cinta harta merupakan salah satu daki yang mengotori jiwanya itu.

Salah satu bentuk sifat orang yang cinta harta adalah kikir, dan ia benar-benar merusak jiwa manakala dipatuhi, seperti yang dikatakan dalam hadis Nabi Riwayat Tabrani bahwa satu dari tiga hal yang merusak manusia adalah sifat kikir yang dipatuhi .

Oleh karena itu metode melawan kekikiran adalah tidak mematuhinya yakni dengan cara mengeluarkan sebagian hartanya untuk sadaqah, meski hawa nafsunya menyuruh yang sebaliknya. Perlawanan terus menerus terhadap sifat kikir itu merupakan proses tazkiyyah, dan karena kuatnya pengaruh hawa nafsu maka Al-Qur'an mengisyaratkan perlunya campur tangan kekuasaan untuk melakukan perlawanan terhadap sifat kikir manusia dalam bentuk perintah mengambil zakat bagi yang sudah berkewajiban seperti yang disebut dalam surat at Taubah/9:103 Alqur'an sangat konsisten dalam menganjurkan pengeluaran harta, baik yang diwajibkan (zakat) maupun yang dianjurkan (sedekah), sampai nafs yang sudah tercemar dapat kembali menjadi nafs zakiyyah, seperti pendapat Abu Amr Ibn al A'la yang dikutip oleh ar Razi, yakni nafs yang tidak lagi terbelenggu oleh dorongan-dorongan syahwat.

Apa yang dilakukan oleh Abu Bakar Siddik ketika beliau mengeluarkan harta untuk membebaskan Bilal, seorang budak muslim yang sedang disiksa oleh majikannya karena keislamannya dipandang sebagai perwujudan dari jiwa yang sudah bersih. Seperti yang banyak disebut oleh para mufassir bahwa turunnya surat al Lail/95:18 - adalah berkenaan dengan perbuatan Abu Bakar tersebut.

Dapat disebut sebagai puncak tazkiyyah adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ketika beliau siap melaksanakan perintah Allah menyembelih puteranya, Isma'il, karena posisi Isma'il bagi Ibrahim adalah harta yang tak ternilai, melebihi nilai seluruh hartanya.

Sebagaimana halnya kodrat kita di hadapan kekuasaan Allah, kita tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya melakukan tazkiyyah, sebagaimana Rasul juga tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya berdakwah sampai-sampai pamannya sendiri tidak beriman seperti yang disebut dalam surat al Qasas/28 : 56.

Dalam hal ini Al Qur'an disamping memuji orang yang berusaha melakukan tazkiyah juga menyebut tentang adanya hak otonomi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Surat anNur 21 dan anNisa/5: 49 menyebutkan bahwa Allah mensucikan jiwa dari orang-orangyang dikehendaki Nya.

Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah

02 Muharam 1432H

Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah

Asal Usul:

Dalam buku "Han Shu", iaitu "Catatan Sejarah Zaman Dinasti Han", terdapat sebuah cerita tentang seorang lelaki kaya yang sangat gemar akan barang-barang antik. Menurut ceritanya, antara koleksi yang disimpan oleh si kaya itu, ada sebiji balang yang diperbuat daripada jed, yang jarang ditemui di tempat lain. Balang itu sangat halus buatannya, dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Si kaya itu benar-benar sangat sayang kepada balang itu.

Pada suatu malam, si kaya itu terlihat seekor tikus yang melompat ke dalam balang antik kesayangannya itu untuk makan baki makanan yang tertinggal di dalamnya tanpa disedarinya. Si kaya itu menjadi berang. Dia segera mengambil seketul batu, lalu melontarnya ke arah tikus itu. Pastinya tikus itu terbunuh. Bagaimanapun, sayang sekali, balang jed yang sangat berharga itu juga pecah.

Peristiwa tersebut menjadikan si kaya itu berasa sangat sedih. Dia amat sesal dengan perbuatannya yang mengikut rasa marahnya itu hingga menyebabkan kerugian yang begitu besar, yang tidak dapat ditebus lagi dengan apa jua. Pada ketika itu, barulah dia sedar bahawa tindakan yang hanya mementingkan keuntungan yang ada di depan mata sahaja tanpa memikirkan akibatnya, akan membawa bahaya atau kerugian yang besar kepada dirinya sendiri. Dia mahu menggunakan pengalamannya itu untuk mengingatkan orang lain supaya menahan diri daripada bertindak dengan melulu, dan jangan merosakkan barang-barang berharga milik sendiri semata-mata kerana mahu membunuh seekor tikus.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Tou Shu Ji Qi" atau "Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah" ini membawa erti, menahan diri daripada mengambil tindakan terhadap orang jahat semata-mata kerana takut membawa bahaya kepada orang baik. Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang terlalu berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara.

CRI/-

Nik Aziz sakit tenat, fitnah

02 Muharam 1432H
Oleh : Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 8 Dis: "Selesai mengerjakan solat Zohor berjemaah di pejabat. Insya Allah sekejap lagi akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian Projek Nukleus Green Valley Lojing di Langgar," tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman twitter kira-kira jam 2.00 petang ini.

Katanya, perjanjian itu antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan Fresh Momentum Sdn Bhd.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof, menafikan khabar angin yang mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sakit tenat.

Beliau yang menghubungi HarakahDaily pagi tadi memberitahu, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, sebaliknya berunsur fitnah.

Menurutnya, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan hanya kepenatan selepas menghadiri majlis besar dua hari berturut-turut ditambah pula sejak pulang dari Makkah menunaikan fardu haji baru-baru ini beliau belum berehat.

“Kerana itu beliau kepenatan, dakwaan mengatakan beliau ke hospital malam tadi kerana sakit tenat dan dikejarkan dengan ambulans hanya palsu semata-mata,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pagi tadi Tuan Guru menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka sebagaimana biasa.

Wan Nik seterusnya berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Khas MB, Rushdi bahawa Tuan Guru ingin ke pejabat hari ini sebagaimana biasa, apa lagi dua majlis sedang menunggu beliau.

“Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat di rumah sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai bertenang dan jangan menelan bulat-bulat khabar angin tersebut.

Harakahdaily/-

Saya tak mahu Speaker Dewan dibeli Umno BN

02 Muharam 1432H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar meminta penjelasan berhubung hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri.

Usul di bawah peraturan mesyuarat 18 (1) itu dibawa oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

Beliau dalam sidang media sejurus keluar dari dewan, mempersoal keputusan Pandikar yang didakwa bercanggah dengan kenyataannya di Dewan Rakyat pada 22 April lalu.

"Keputusan Tan Sri Speaker ini melanggar keputusan yang dibuat beliau sendiri pada 22 April 2010 dalam hansard di mana Tan Sri Speaker menegaskan bahawa seseorang yang dirujuk ke jawatankuasa akan diberikan hak untuk memberikan keterangan dan memanggil saksi-saksi.

"Ini adalah keterangan yang dibuat oleh speaker sendiri dalam Dewan Rakyat namun keputusan ini pun dilanggar oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR.

Menurutnya juga, beliau berhak meminta penjelasan berhubung keputusan itu memandangkan Anwar dan saksi-saksi langsung tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Yang paling mengejutkan kami ialah apabila Tan Sri Speaker menggunakan peraturan mesyuarat 83 (11) di mana berbunyi, jawatankuasa itu jika baik pada timbangannya boleh enggan mendengar apa-apa keterangan yang tiada perkaitan sedangkan keterangan yang akan diberikan oleh Permatang Pauh berkaitan terus dengan pertuduhan yang dibuat ke atas beliau.

"Bagaimana tafsirannya boleh begitu jauh menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh peraturan mesyuarat dan berkata mendengar cakap saksi yang degil sedangkan belum pun tertuduh dan saksi dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jawatankuasa telah menghukum bahawa keterangan itu tidak relevan," katanya lagi.

Sementara itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkata, berlaku 'conflict of interest' dalam perkara berkenaan kerana Pandikar yang merupakan speaker sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyifatkan keputusan itu sebagai mencemar nama baik Parlimen.

"Sepatutnya jawatankuasa perlu memperlihatkan satu prinsip demokratik. Bukan menghukum Anwar tanpa memanggil beliau memberi keterangan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Azmin di dalam dewan sebelum itu membidas Pandikar kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin yang menimbulkan kekecohan apabila wakil Barisan Nasional meminta beliau menarik balik kenyataan itu.

Kekecohan itu menyebabkan lima wakil Pakatan digantung dari persidangan sehingga jam 2.30 petang.

Selain Azmin mereka ialah Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau), Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).

Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Pada 3 Disember lalu, Karpal yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.

Harakahdaily/-

INFO : Buah-buahan dan khasiatnya

02 Muharam 1432H
Oleh : BawangGoreng

Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

1. Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

2. Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil.

Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:

Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

3. Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

4. Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

5. Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

6. Belimbing Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus.

Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

8. Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

9. Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

10. Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

11. Sengkuang Cina Penawar Bronkitis

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.

12. Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

13. Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

14. Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.

15. Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

KESIMPULAN

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

PERHIMPUNAN GAPS YANG MEMALUKAN, SATU PENGAJARAN

02 Muharam 1432H
Oleh : WFAUZDIN NS

KEGAGALAN `Kumpulan Baju Hitam' (GAPS) menyaingi perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selangor (Baju Merah) Ahad lepas sepatutnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan sesuatu kerja yang bodoh dan menentang arus.

Ahad lepas, perhimpunan peserta di dalam kempen `Selamatkan Air Kita' yang berpusat di Masjid Negara dan berakhir di Istana Negara, walaupun diancam dengan gelagat pihak berkuasa namun ianya berjaya dilangsungkan. Puluhan ribu rakyat yang hadir menuntut agar kerajaan tidak terus bersubahat dengan puak yang `menghisap darah' rakyat, ternyata menenggelamkan perhimpunan yang dianjurkan oleh GAPS.

GAPS berhimpun kununnya ingin mengadu kepada Istana tentang penyelewengan yang berlaku di Selangor. Apakah penyelewengan itu? Tidakkah kesemua yang mereka katakan penyelewengan di Selangor itu telah pun diadu kepada pihak SPRM? Mana dia siasatan dan mana dia pendakwaan?

Pihak SPRM tentu lebih tahu benar atau tidak dakwaan mereka atau sekadar omongan kosong setelah tiada lagi isu yang boleh mereka cungkil di Selangor. Yang jelas sekarang, bekas MB Selangor Khir Toyo yang dapat didakwa oleh SPRM. Tanpa GAPS berhimpun sekali pun, kes Khir Toyo telah pun dibawa ke mahkamah.

Akhirnya, Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin mengakui bahawa memang tiada sokongan dari rakyat untuk berhimpun bersama kumpulan mereka. Beliau cuma berkata objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka Ahad lalu adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai. Ini bermaksud sekadar menyerahkan memorandum, jika begitu seorang diri pun yang hadir dikira berjayalah juga.

Berbeza dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata berbaju merah. Mereka bukan mensasarkan memorandum sampai ke Istana Negara, tetapi kempen ini disertai oleh rakyat jelata dari berbagai kaum dan agama sebagai tanda sokongan.

Bayangkan jika tiada sekatan atau ancaman dari pihak berkuasa, tentunya seluruh bandaraya KL dipenuhi dengan baju merah. Di dalam keadaan diancam dan diganggu sedemikian rupa pun, puluhan ribu rakyat turun menunjukkan mereka tidak lagi boleh diperbodohkan.

Semoga apa yang dilakukan oleh GAPS menjadi pengajaran bagi mereka. Perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka oleh GAPS ternyata memalukan mereka sendiri. Walaupun dikatakan ada `raptai' sebelum itu, namun kehadiran peserta perhimpunan tidak menunjukkan perjuangan kosong mereka mendapat sambutan dari rakyat. Mereka hanya berjaya mengumpul beratus orang yang masih lagi gelap hati dan sanggup diperbodohkan.

Perhiasan yang diharamkan dalam Islam

02 Muharam 1432H

Perhiasan disini adalah umum termasuklah pakaian, barang hiasan, barang kecantikan dan seumpama dengannya.

Firman Allah swt “ Wahai manusia ambillah perhiasan kamu setiap kali kamu ke masjid dan makan serta minumlah dan jangan melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas.” Ayat 31 surah al-A;raf

1.Dilarang perhiasan diperbuat dari Bekas emas dan perak.

Nabi saw bersabda “ Sesiapa yang minum dari bekas emas dan perak, sesungguhnya akan berpusing2 api neraka dalam perutnya.” Hr Bukhari dan Muslim.Dikecualikan barang kemas utk perempuan, cinicin perak untuk lelaki untuk keperluan dan emas perak yang menggantikan anggota seperti gigi emas.

2. DilarangMemakai sutera bagi lelaki.

“ Sesungguhnya kedua benda ini untuk lelaki dan harus kepada perempuannya.” Hr Tirmizi 4057.

3.Dilarang Melabuhkan pakian dengan sombong.

“ Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan maka neraka tempatnya.” Hr Bukhari.

4.Dilarang Patung dan perhiasan yang bergambar manusia atau haiwan .

Hadis Nabi saw “Sesungguhnya azab yang paling dahsyat adalah orang yang membuat gambar dan patung.” Hr Bukhari 5950

5.Dilarang Penipuan dan pengubahan seperti menghitamkan rambut, renggang gigi, tatu, sambung rambut dll.

Nabi saw bersabda: “Allah melaknat pembuat tatu dan orang yang dibuat tatu, orang yang dicukur keningnya, orang yang merenggang gigi yang mengubah ciptaan Allah swt.” Hr Bukhari dan 5931 dan Muslim 2122
Nabi berkata kepada Abu Bakar yang beruban rambut dan janggutnya “Ubah warna rambut ini dan jauhi dari warna hitam.” Hr Muslim 2102
Dilarang mencukur janggut (haram bagi jumhur dan makruh bagi mazhab syafie)

6.Dilarang Menyerupai lelaki dan perempuan.

Nabi saw bersabda “ Rasulullah saw melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.” Hr Bukhari 5886.

7.Dilarang Menyerupai orang kafir dan jahat.

Nabi saw bersabda “ Siapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari mereka.” (Hr Abu Daud).

Nik Aziz mahu pihak berkuasa tempatan utamakan kebersihan

02 Muharam 1432H

KOTA BHARU -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengutamakan aspek kebersihan ke arah menjadikannya sebagai Perbandaran Islam.

Beliau berkata ia juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menaiktaraf semua PBT di negeri ini tidak lama lagi.

"Dalam usaha kerajaan negeri menaikkan taraf Pihak Berkuasa Tempatan, kita mahu Pihak Berkuasa Tempatan turut mengutamakan aspek kebersihan sesuai dengan kehendak Islam," katanya dalam teks ucapannya pada majlis pengisytiharan Majlis Daerah Ketereh sebagai Majlis Perbandaran Islam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Majlis Perbandaran Ketereh merupakan PBT pertama yang dinaiktaraf selepas Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Islam (BRI) pada 2005.

Sinar Harian/-

Nik Aziz terima anugerah daripada Sultan

02 Muharam 1432H

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan tokoh Hijratul Rasul 1432H Kelantan atas sumbangan beliau menyebarkan dakwah di negeri itu.

Nik Aziz menerima hadiah wang tunai RM5,000, dinar emas dan sijil penghargaan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V.

Beliau yang merupakan bekas guru adalah tokoh ulama yang pernah disenaraikan antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul 'The 500 Most Influntial Muslims'.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui selepas majlis itu enggan mengulas mengenai anugerah itu.

Sementara itu, Tokoh Saudara Kita, Ridhuan Foo Abdullah, 53, menyifatkan anugerah yang diterima sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan begitu bermakna buat dirinya.

Katanya, beliau tidak sempat ditemani isteri dan empat daripada enam anaknya untuk berkongsi kegembiraan pada majlis ini kerana mereka berada di Mesir sejak lebih sebulan lalu.

“Mereka sudah lebih sebulan berada di Mesir dan saya bercadang untuk mengikuti mereka ke sana, Insya-Allah pada 15 Disember ini saya akan ke sana,” katanya.

Sinar Harian/-

Rasis: Najib perlu bertindak pada Muhyiddin

02 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Najib Razak seharusnya menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar dapat bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri, seperti yang disarankan dalam ucapannya di Konvensyen Barisan Nasional, Ahad lepas.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan sewajarnya harus dikenakan terhadap Muhyiddin yang jelas seorang anti nasional kerana sering kali membuat kenyataan berunsur rasis dan menimbulkan amarah dan kebencian rakyat.

Justeru, katanya dakwaan Najib yang sewenangnya menyelar pemimpin Pakatan Rakyat sebagai “sangat merbahaya dan anti nasional” sewaktu konvensyen itu adalah suatu tindakan yang biadap dan tidak mencerminkan ketokohannya sebagai seorang Perdana Menteri.

Menurutnya, hasutan dan fitnah yang dilemparkan sama sekali tidak berasas kerana telah dibuktikan dalam Deklarasi Pakatan Rakyat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa mendukung prinsip kenegaraan dan patriotisma sebagai elemen utama perjuangan.

“Sebagai pentadbir nombor 1 negara, PM seharusnya lebih memfokuskan kepada kerjanya, namun sebaliknya, Najib asyik bermain retorik dan fitnah dengan harapan agar rakyat akan lupa pada segala perlakuan sumbang dan penindasan Umno BN selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siri fitnah PM itu adalah suatu strategi desperado PM bagi mengalih tumpuan dari kemarahan rakyat akibat ‘pakej kenaikan harga 4 dalam 1 PM Najib Razak” (Air, Gula, Ron 97, Ron 95) dan isu dalamannya sendiri, seperti konspirasi penangguhan pemilihan Umno dan rombakan Kabinet yang akan berlaku tidak lama lagi.

Tambahnya, penghinaan kepada kapasiti rakyat sebagai pendukung kerajaan apabila PM sendiri tidak menghormati kehendak dan pandangan rakyat, sebaliknya hanya membuat keputusan dengan mementingkan dan menjaga keuntungan kelompok kronisme semata-mata.

Baginya, ingatan Najib kepada empat "penyakit" yang sering melanda parti yang sudah lama berkuasa, iaitu khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan adalah suatu pendedahan dan pengakuan kepada kebobrokan dan kepincangan Umno BN selama ini.

“Andai benar ini petanda awal kepada tarikh Pilihanraya Umum Ke-13, pemimpin Pakatan Rakyat akan bersedia untuk menghadapinya, kerana nampaknya Najib sendiri sudah sedar bahawa rakyat semakin membenci Umno-BN dan keyakinan pada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat terus meningkat.

“Lebih lama Umno BN di Putrajaya, lebih banyak rasuah, kronisme dan salah guna akan berlaku,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Harakahdaily/-

Sultan gesa bersatu atas kalimah tauhid

02 Muharam 1432H
Oleh : Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 7 Dis: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas ‘kalimah tauhid’.

Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai ‘khaira ummah’ dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak.

Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah.

“Sudah tiba masanya kita sebagai satu ummah melaksanakan muhasabah diri dan menilai semula tahap perpaduan yang diamalkan di kalangan umat Islam pada hari ini, sekaligus melakukan anjakan perubahan atau ‘penghijrahan’ ke arah suatu tahap yang lebih baik dalam aspek hubungan sesama manusia,” titah baginda pada Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1432 Hijriah di Balai Islam, Lundang dekat sini, malam tadi.

Baginda mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan ‘hijrah’ yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam.

“Sejarah Hijratul Rasul sendiri telah membuktikan kejayaan kita menempa kegemilangan hasil kerjasama erat antara kaum Ansar dan Muhajirin.

“Di hadapan kita terbentang masa depan yang tidak diketahui untung nasibnya, bergantung kepada fungsi dan peranan masing-masing. Kita semua bakal mencorakkan wajah kejatuhan atau kebangkitan semula umat Islam,” titah baginda.

Pada sambutan Hijratul Rasul bertema “Satu Ummah, Satu Matlamat” itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik.

Bagi menjunjung kegemilangan Islam, baginda menaruh penuh harapan agar umat Islam sama-sama berusaha mengembalikan kemuliaan umat Islam dan bangsa dengan bertaqwa kepada Allah.

“Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu ‘faqiihan’, ‘rahiiman’, ‘ilman’ dan ‘salaaman’ dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar,” titah baginda.

Harakahdaily/-

Pemimpin patut berlapar kerana rakyat

02 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 7 Dis: "Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz.

Beliau menyatakan ketika menyampaikan ceramah pada Sambutan Maal Hijrah 1432H Peringkat Negeri Pualu Pinang di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, malam tadi.

Menurutnya, pemimpin hari ini wajar meniru apa yang Rasullulah s.a.w lakukan sewaktu berusaha mengorek parit ketika menghadapi perang Khandak yang mana Baginda turut bersama sahabat bertungkus lumus bekerja mengorek parit untuk menghalang kemaraan tentara kafir.

Tetapi, katanya hari ini orang kenyang dengan makanan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah.

Hari ini, katanya ada juga rakyat terpaksa meletakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain 'mengah' dengan tujuan membuang angin.

Ketika Baginda sedang menahan lapar rupa-rupanya Abdullah bin Jabir sedang melihat kelakuan Baginda, maka terus menghampiri untuk mengajak Baginda makan kerana ada sedikit makanan di rumahnya.

Selepas diberitahu sambungnya, Rasullulah s.a.w memanggil semua sahabat dan petugas yang begitu ramai untuk bersama menikmati makanan yang ada di rumah Abdullah bin Jabir.

"Sekali lagi menyaksikan Baginda s.a.w bukan orang yang tamak atau mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat untuk bersama menikmati makanan yang ada.

“Jika kita, yang penting sapu dulu baru bagi tahu orang," ujarnya diiringi ketawa orang ramai.

Beliau menambah, apabila Rasullulah tiba di rumah Abdullah, Baginda berpesan agar isterinya tidak mengangkat makanan daripada dapur apabila siap masak dan meletakkan tangan di atas makanan serta berdoa.

Akhirnya, makanan yang boleh dimakan dua hingga tiga orang dapat dinikmati oleh ribuan sahabat yang lain.

“Kalau hari ini ramai orang hilang tanggungjawab untuk menjaga kepentingan umum sebaliknya lebih kepada mengutamakan dirinya,” ujarnya.

Walaupun Baginda s.a.w berhadapan dengan adu domba, fitnah, provokasi dan cabaran yang teruk tetapi Baginda menghadapinya dengan baik dan dilihat mampu merealisasikan apa yang diinginkan oleh Islam.

Justeru itu, katanya sikap tamak, kepentingan diri, bongkah dan berbangga diri hendaklah dibuang jauh sempena Maal Hijrah mudah-mudahan apa yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Turut sama mendengar ceramah beliau ialah Tun Dr Abdul Rahman Abas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, timbalannya, Dr Mansor Othman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria, ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sambutan kali ini juga menyaksikan Profr Madya Dr Radzi Othman dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Manakala Tokoh Saudara Kita diberikan kepada Muhamad Asyraf Tan Abdullah, Ibu Mithali Puan Juriah, Bapa Mithali Haji Abdul Razak Zakaria dan Tokok Pendakwah dianugerahkan kepada Ustaz Roslan Che Ros.

Harakahdaily/-

Berundur: Samy Vellu 'sudah terlambat'

02 Muharam 1432H
Oleh : Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Biarpun bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berundur awal tiga bulan dari perancangan asal, namun ianya tetap dianggap 'sudah terlambat' untuk meyakinkan masyarakat India kembali semula kepada perjuangan parti itu.

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Balendran berkata, Samy Vellu sepatutnya berundur sejurus Pilihan Raya Umum 2008 lagi jika mahukan semula sokongan masyarakat India.

Namun katanya, keadaan itu sangat sukar untuk berlaku sekarang ini kerana masyarakat India sudah selesa dan yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Dia (Samy Vellu) sepatutnya meletak jawatan lepas PRU 2008 lagi.

"Sekarang ini sudah terlambat apabila Pakatan Rakyat sudah meyakinkan masyarakat India dengan pentadbiran berkebajikan mereka di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu juga, beliau yakin, pengunduran Samy Vellu itu tidak memberi banyak kesan kepada politik masyarakat India yang masih dibelenggu kebencian, bukan sahaja terhadap peribadi bekas Menteri Kerja Raya itu, malah juga kepada MIC itu sendiri.

Datuk G Palanivel yang menggantikan Samy Vellu sebagai Presiden MIC ke-8 pula katanya, masih dilihat dari kumpulan sama, dan masyarakat India pula tidak ramai mengenalinya.

"Masyarakat India secara umumnya tak kenal Palanivel.

"Palanivel mungkin akan tarik semula ahli MIC yang dulu, tapi saya yakin hanya sedikit akan kembali semula ke pangkuan MIC, itu pun atas sebab mahukan jawatan tertentu," katanya lagi.

Biarpun begitu, Pemuda DHPP katanya akan turun padang memberi penjelasan kepada masyarakat India untuk terus bersama Pakatan Rakyat menjelang PRU ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung tahun hadapan.

Mereka kini mensasarkan 60 parlimen yang ditandingi PAS yang berpotensi untuk menang pada PRU 13 nanti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Samy Vellu semalam yang melepaskan jawatan Presiden MIC kepada Palanivel setelah memegangnya selama 31 tahun.

Manakala setiausaha agung, Datuk Dr S Subramaniam pula dinaikkan pangkat menjadi timbalan presiden.

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput.

Harakahdaily/-

Pemimpin pakatan rakyat perlu bantu blogger!

02 Muharram 1432H.
http://milosuam.blogspot.com

Saya tertarik dengan satu posting dari blogger milosuam berkaitan dengan kedudukan dan prestasi blogger pro pakatan dan blogger pro kerajaan yang memerlukan penilaian dan tindakan segera dari semua pihak. Berikut adalah tulisannya yang diterbitkan kembali untuk tatapan pembaca blog cinaislam.

Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia 28 Nov lalu, top 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa rangking, menunjukkan senarai blogger mesra kerajaan / pro kerajaan, mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pembaca (memiliki traffic yang tinggi).

Kalau dilihat senarai ini menggambarkan blogger mesra kerajaan kini berjaya mendominasi senario media baru di dalam melancarkan serangan cyber dan propaganda dari kedua-dua pihak. Apa yang jelas, prestasi blogger pakatan rakyat kini semakin menurun.

Menyedari kepentingan media baru yang menjadi penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional pada PRU yang lalu, blogger pro kerajaan tampak bersungguh-sungguh untuk melakukan serangan balas bagi pihak kerajaan.

Senarai kedudukan blog-blog politik ini menggambarkan betapa tersusunnya koordinasi blogger-blogger yang pro kerajaan. Apa yang jelas, mereka sering kali mengadakan pertemuan, forum, diskusi, secara bersua muka di dalam merancang serangan demi serangan kepada kerajaan pakatan rakyat.

Justeru itu pergerakkan mereka dilihat lebih teratur dan sistematik berbanding blogger pakatan rakyat yang kebanyakkannya terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang menulis tanpa koordinasi yang sistematik.

Nampaknya sudah sampai masa blogger pakatan rakyat merapatkan saff, mengatur strategi secara berjamaah untuk melakukan perang cyber yang lebih tersusun dan berkesan terhadap blogger-blogger mesra-kerajaan.

Bagi pemimpin-pemimpin pakatan rakyat, anda sedar bukan betapa pentingnya media baru hari ini? Betapa berkesannya serangan blogger-blogger mesra-pakatan didalam mendedahkan ketirisan kerajaan dan menjawab serangan serta fitnah blogger-blogger dari blogger pro kerajaan?

Bukankah anda sedia maklum sumbangan besar kemenangan Pakatan Rakyat merampas beberapa buah negeri pada PRU lalu? Tidak nampakkah bagaimana blogger pakatan menyampaikan maklumat kepada rakyat? Mengapa senjata tajam ini dibiarkan tumpul?

Maklumat yang baik, tepat, dan benar sekiranya tidak dibaca akan hanya menjadi maklumat yang tidak berguna. ReJaM© menyeru kepada pemimpin pakatan rakyat memikirkan jalan untuk koordinasi yang lebih baik merebut kembali dominasi media baru oleh blogger-blogger kerajaan.

Kami tidak kalah di dalam mengumpul maklumat serta membuat pendedahan, namun kami hanyalah terdiri daripada orang perseorangan yang kurang teratur hasil kerjanya, mana nak cari maklumat? Mana nak menulis blog? Mana nak menjawab serangan? Mana nak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri?

Bukan wang ringgit yang dipinta, namun tindakan tertentu di dalam menyusun atur blogger-blogger sukarelawan ini.

Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang

02 Muharam 1432H

Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.

“PAS mengharapkan rakyat dapat ‘sekolahkan’ pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.

“Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.

Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan.

“Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak?” soalnya.

Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.

Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.

"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”

“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”

“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”

“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”

“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”

“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”

“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”

“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”
“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN”

“Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”

“Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat”

“Selamatkan Negara Daripada Muflis”

“Mana Wang Petronas Dihabiskan?”

“Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”

“Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”

“Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”

“Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”

Malaysiakini/-

Melacur, Gigolo. Halal untuk biayai IPT?

02 Muharam 1432H
Oleh : Ustaz Saiful Bahri

Sesetengah Negara, penyediaan pelajaran untuk rakyat adalah tanggungjawab pemerintah dan Negara. Ini merupakan perkara asas teras pembangunan Negara. Sebab itu kebanyakan Negara memebri pendidikan percuma kepada rakyatnya sehingga keperingkat ijazah tertinggi atau mereka dikenakan bayaran minima bahkan biasiswa dianugerahkan khususnya kepada yang tidak mampu.

Bagi Malaysia, kini pendidikan menjadi sumber perniagaan. Semua berbayar bahkan dikenakan kadar faedah terhadap setiap pinjaman untuk pelajaran. Ia kini menjadi beban kepada rakyat.

Bagi sesetengah masyarakat yang prihatin, rakyat akan bangkit jika yuran pengajian membebankan seperti yang berlaku di Britain sekarang. Para pelajar berdemontrasi membantah isu kenaikan yuran pengajian.

Tetapi bagi Malaysia, mereka takut untuk mengatakan tidak. Bukan hanya yuran pengajian dan pembelajaran meningkat disemua peringkat bahkan keperluan dan barangan asas naik pun mereka masih lagi diam semata. Seolah-olah para pemimpin yang dilantik untuk menjaga hak dan keperluan rakyat memerintah mengikut hawa nafsu mereka tanpa mempedulikan keperluan rakyat. Apatah lagi rakyat akan terus member kekuasaan kepada mereka.

Inilah akibatnya sehingga timbulnya isu para pelajar IPT terpaksa melacur untuk membayar yuran pengajian dan juga keperluan sebagai pelajar. Yang wanita menjadi pelacur bahkan yang lelaki menjadi gigolo. Ini bukan isu baru tetapi apa tindakan pemerintah khususnya UMNO-BN?

KPT diminta siasat dakwaan pelajar IPT melacur untuk biaya pengajian

KOTA KINABALU. 4/12/2010: Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka.

ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan mereka terbabit.

"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," Hamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Dr Jaina Sintian, pada simposium parti itu Khamis lalu bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terbabit datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian.

"Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil internet," katanya.

Persoalannya, ahli dan pimpinan UMNO merujuk kepada fatwa Ustazah Masyitah. Mereka bukan peduli dengan mufti. Apatah lagi para ulama maupun ustaz dikalangan penyokong Pas. Apa kata Masyitah?

Kerja pelacur 'halal' jika dharurat - Ustazah Masitah

Merujuk ruangan `Anda Musykil, dari Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005. halaman 3. Pada satu tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA TERDESAK' yang dikemukakan oleh pembaca RAZIN dari kuala Lumpur.

Petikan kemusykilan beliau seperti berikut, " Saya sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?"

Maka, jawapan dari Ustazah Masitah seperti berikut:

" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

" "Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan." "Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa." "Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan'

Berapa ramai fatwa beliau ini mempengaruhi orang-ramai. Bagaimana orang yang jahil? maka fatwa ini jadi sandaran yang akhirnya mereka terjebak dilembah hina untuk alasan darurat. Kalau inilah pandangan yang dipakai? Apa mau kata? Bagi mereka pendidikan itu dharurat dan untuk menjelaskan yuran maka jalan penyelsaian adalah melacur atau menjadi gigolo.

Tidakkah haru-biru jadinya. Mana dia tanggungjawab Kementrian Pendidikan? Kementrian Pengajian Tinggi? Apa pandangan mufti dan ulama dalam hal ini? Apakah penyelsaian sebenar? Mampukan pemerintahan sekular UMNO-BN menyelsaikan masalah yang sekian lama ini? Tepuk dada Tanyalah kertas undi. Anda nak pangkah siapa dalam pru nanti?

'Along' beri 'islamic loan' ?

SUNGAI BULOH 8 DIS 10: Bosan dengan taktik promosi pinjaman lama, peminjam wang haram atau along kini beralih arah kepada sistem ‘Pinjaman Islamik’ bagi menambat kepercayaan pelanggan, sekali gus menjadikan mereka sebagai ‘bank segera’. Lapor myMetro Online.

Taktik terbaru itu dikesan di sekitar bandar ini apabila terdapat iklan dan risalah mengenai kegiatan terbabit ditampal di pokok dan papan tanda. Modus operandi baru yang mengelirukan itu dikesan apabila iklan yang kononnya berbentuk pinjaman Islamik diberikan syarat pinjaman mudah dengan hanya menelefon nombor yang tertera dan akan menerima bayaran dengan cepat.

Antara syarat yang ditetapkan along terbabit antaranya pinjaman itu terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, proses pinjaman adalah melalui bank serta kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.
Lebih menarik, mereka yang disenarai hitamkan bank turut layak membuat pinjaman. Panggilan dilakukan Metroplus bagaikan dapat dihidu berikutan seorang lelaki dipercayai konco along terbabit yang menjawab pertanyaan meletakkan telefon selepas musykil dengan soalan yang banyak diajukan.

Tinjauan mendapati, iklan haram yang ditampal pada pokok itu dilekat menggunakan kertas berwarna kuning yang ditutupi plastik dan tertera nombor telefon bimbit along terbabit.

Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Yazit, 39, berkata bandar Sungai Buloh tidak terlepas menjadi mangsa pemasang iklan haram sehingga mencacatkan pemandangan kawasan berkenaan. Katanya, tindakan melampau pengiklan yang mahu mengejar keuntungan tanpa menggunakan modal itu perlu dihentikan kerana ia bukan saja menyusahkan orang awam, malah menjatuhkan imej bandar berkenaan.

“Mereka bertopengkan sistem pinjaman Islamik supaya dapat mengaburi mata pelanggan dan mungkin juga pihak berkuasa. Banyak iklan pinjaman wang haram ini sudah luntur dakwatnya dan hampir terkoyak.

Yazit berkata, kegiatan memasang iklan pinjaman haram terbabit semakin berleluasa kerana lebih banyak iklan ditampal setiap kali ia ditanggalkan pihak berkuasa. “Jika ditanggalkan pada sebelah petang, keesokan paginya, pasti lebih banyak iklan ditampal di tempat sama,” katanya.

Pelajar sebuah kolej swasta, Zaharah Nordin Zakaria, 24, pula berpendapat masyarakat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membolehkan mereka bertindak segera.

“Orang ramai perlu mengadu dan jika sudah mengadu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tak ambil peduli, sekurang-kurangnya kita sudah tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Hal selebihnya terpulang kepada PBT untuk melaksanakan peranan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata sebanyak 35,000 iklan haram sudah diturunkan MBSA sejak Januari hingga Oktober lalu.

“Di Sungai Buloh saja, kami menurunkan 4,500 iklan haram seperti iklan lelongan bank, khidmat perubatan tradisional, pinjaman wang dan ubah suai rumah melalui beberapa operasi secara berkala yang dilakukan pejabat cawangan MBSA kami di sana.

“Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan banyak masalah seperti mengganggu dan menghalang pandangan jika iklan di tampal di papan tanda jalan. Oleh sebab itu kami akan terus memerangi kegiatan ini,” katanya.

Menurutnya, pihak yang menggantung aktiviti itu boleh dikenakan tindakan Undang-Undang Kecil Iklan MBSA 2007. Justeru itu, beliau meminta kerjasama masyarakat supaya tidak membuat tampalan iklan sesuka hati mereka tetapi sebaiknya memohon permit dari jabatan pelesenan sebelum menggantung iklan atau kain rentang yang mempromosikan produk mereka. (Sumber: myMetro/AK)

Perutusan Ma'al Hijrah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

02 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri.

Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.

Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik.

Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Bangun Rakyat, BN bodohkan kita !

Sesebuah negara jika mahu terus maju ke depan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus-menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut.

Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihanraya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi.Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini.

Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin. Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid.

Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi. Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam.

Di saat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri. Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus ke depan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat.

Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Lantaklah harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Lantaklah harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil pusing kerana RAKYAT YANG AKAN MEMBAYAR DUIT TEPUNG TERSEBUT.

Adakah ini adil buat kita. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah kah? Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain.

Mahukah kita terus dipergunakan seperti KELDAI. Mahukah kita terus dibodohkan? Bangunlah rakyat. TUNJUKKAN SIAPA KITA SEBENARNYA!! (DragSuperstar blog)

Catu Subsidi : Saku rakyat bakal kontang !

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.The Economist sendiri menolak cakap-cakap bahawa pilihan raya umum awal meskipun ia meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu muda dan moderat.Mandat semasa hanya akan berakhir Mac 2013.

“Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015),” kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai lalu apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. “Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

“Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun,” katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam beberapa tahun lalu dan meramalkan inflasi tahunan sebanyak 3.4 peratus antara 2011 hingga 2015.

“Risiko inflasi juga akan diakibatkan oleh GST, di mana kerajaan akan berusaha untuk memperkenalkan di bahagian awal tempoh itu,” kata laporan tersebut.

“Tetapi pengaruh-pengaruh bukan inflasi juga akan kuat,” kata laporan itu dengan merujuk kepada pemansuhan halangan-halangan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.

Malah laporan itu juga meramalkan pertumbuhan lima peratus bagi Malaysia dari 2011 hingga 2015, yang seiring dengan jangkaan Bank Pembangunan Asia sebanyak lima peratus bagi tahun depan.

Bagaimanapun matlamat Najib mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memerlukan pertumbuhan enam peratus.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Model Baru Ekonomi, yang bahagian kedua diumumkan Jumaat lalu kurang memperlihatkan pendekatan-pendekatan khusus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga menambah, suku ketiga tahun ini menyaksikan pertumbuhan perlahan, yang dijangka akan berterusan pada suku keempat.

Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini selepas suku kedua yang lebih kukuh ekoran permintaan luaran yang lembab dan pengurangan perbelanajaan kerajaan.

Ekonomi bertumbuh 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua.

Laporan itu meramalkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Malaysia tahun ini iaitu kadar enam hingga tujuh peratus yang dianggarkan oleh kerajaan.

Ia juga menekankan pelaburan dan penggunaan swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam lima tahun akan datang.

Malah laporan itu juga meramalkan ringgit akan mengalami peningkatan nilai hampir 10 peratus pada kadar purata tahun 2010.

“Perbezaan kadar faedah positif dengan Amerika Syarikat akan wujud di peringkat awal tempoh kajian (2011-2015), yang mana secara berterusan akan menyediakan sokongan kepada ringgit.

“Oleh itu, kami menjangkakan kadar pertukaran akan kekal sama, mencecah purata tahunan RM2.95:AS$1 pada 2015,” kata laporan itu.

Di samping itu laporan tersebut juga menekankan bahawa Bank Negara Malaysia dijangka membenarkan ringgit didagangkan di luar pesisir pada tempoh terkemudian sepanjang 2011 dan 2015, ekoran perkembangan susulan ke arah integrasi ekonomi serantau. {Malaysian Insider)

Rosmah pernah berlapar ?

PERMATANG PAUH, 7 Dis: "Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz.

Beliau menyatakan ketika menyampaikan ceramah pada Sambutan Maal Hijrah 1432H Peringkat Negeri Pualu Pinang di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, malam tadi.

Menurutnya, pemimpin hari ini wajar meniru apa yang Rasullulah s.a.w lakukan sewaktu berusaha mengorek parit ketika menghadapi perang Khandak yang mana Baginda turut bersama sahabat bertungkus lumus bekerja mengorek parit untuk menghalang kemaraan tentara kafir.

Tetapi, katanya hari ini orang kenyang dengan makanan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah.

Hari ini, katanya ada juga rakyat terpaksa meletakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain 'mengah' dengan tujuan membuang angin.

Ketika Baginda sedang menahan lapar rupa-rupanya Abdullah bin Jabir sedang melihat kelakuan Baginda, maka terus menghampiri untuk mengajak Baginda makan kerana ada sedikit makanan di rumahnya.

Selepas diberitahu sambungnya, Rasullulah s.a.w memanggil semua sahabat dan petugas yang begitu ramai untuk bersama menikmati makanan yang ada di rumah Abdullah bin Jabir.

"Sekali lagi menyaksikan Baginda s.a.w bukan orang yang tamak atau mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat untuk bersama menikmati makanan yang ada.

“Jika kita, yang penting sapu dulu baru bagi tahu orang," ujarnya diiringi ketawa orang ramai.

Beliau menambah, apabila Rasullulah tiba di rumah Abdullah, Baginda berpesan agar isterinya tidak mengangkat makanan daripada dapur apabila siap masak dan meletakkan tangan di atas makanan serta berdoa.

Akhirnya, makanan yang boleh dimakan dua hingga tiga orang dapat dinikmati oleh ribuan sahabat yang lain.

“Kalau hari ini ramai orang hilang tanggungjawab untuk menjaga kepentingan umum sebaliknya lebih kepada mengutamakan dirinya,” ujarnya.

Walaupun Baginda s.a.w berhadapan dengan adu domba, fitnah, provokasi dan cabaran yang teruk tetapi Baginda menghadapinya dengan baik dan dilihat mampu merealisasikan apa yang diinginkan oleh Islam.

Justeru itu, katanya sikap tamak, kepentingan diri, bongkah dan berbangga diri hendaklah dibuang jauh sempena Maal Hijrah mudah-mudahan apa yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Turut sama mendengar ceramah beliau ialah Tun Dr Abdul Rahman Abas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, timbalannya, Dr Mansor Othman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria, ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sambutan kali ini juga menyaksikan Profr Madya Dr Radzi Othman dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Manakala Tokoh Saudara Kita diberikan kepada Muhamad Asyraf Tan Abdullah, Ibu Mithali Puan Juriah, Bapa Mithali Haji Abdul Razak Zakaria dan Tokok Pendakwah dianugerahkan kepada Ustaz Roslan Che Ros ( Ibnu Hasyim blog)