27 Januari 2014

Terkini : ADUN Kajang letak jawatan

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

Bagan Datoh: Keputusan bantahan awal 19 Feb

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menetapkan 19 Feb untuk memutuskan bantahan awal dikemukakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hakim Pilihan Raya Datuk Hasnah Mohammed Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan peguam Edmund Bon yang mewakili calon PKR Madhi Hasan dan peguam Chong Kok Yew yang mewakili seorang pengundi Azmi Sulaiman.

RON 95 dijangka naik sebelum BR1M diagih

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka akan menaikkan lagi harga petrol RON 95 dan diesel serta kadar tol sebelum pengagihan BR1M 3.0 kepada 7.9 juta rakyat pada pertengahan Februari 2014 ini.

“Pengurangan subsidi terhadap big ticket items iaitu seperti petrol, diesel, tol serta elektrik mampu menjana penjimatan yang besar kepada kerajaan,” kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, menurut anggaran Pemandu, kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel seharusnya dinaikkan sebanyak 10 sen seliter setiap 6 bulan.

Katanya, kenaikan tersebut akan disusuli dengan pelbagai langkah mitigasi untuk meringankan beban rakyat dan kerajaan akan menikmati lebih penjimatan setiap tahun. 

Penggantungan The Heat ditarik balik

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Kerajaan akhirnya menarik balik penggantungan mingguan The Heat selepas lebih sebulan digantung ekoran isu berkaitan permit penerbitan.

'Bekir ada kepentingan dalam 85 syarikat asing'

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Seorang akauntan bertauliah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki kepada ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.

Anwar nafi laporan jadi MB ganti Khalid

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan media bahawa beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Menepisnya dengan menyifatkan ia sebagai spekulasi, Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau tidak bertemu Khalid minggu lalu berbincang mengenai surat peletakan jawatan.

Kenapa fitnah TMI terhadap Almarhum Ustaz Harun tidak boleh dimaafkan?

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Setelah saya membaca tulisan Sheridan Mahavera di dalam The Malaysian Insider, saya dapati tulisannya berbaur fitnah dan adu domba serta cuba menggambarkan kepuakan konservatif di dalam PAS.

The Malaysian Insider cuba menggambarkan seolah-olah pendirian berbeza antara TG Presiden dan TG Dato Harun Taib khususnya tentang isu kalimah Allah apabila menyebut: "ini adalah pendirian yang berbeza dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam".

Perkataan seperti ini seolah-olah menggambarkan 2 Tuan Guru adalah tidak sekata dalam Isu kalimah Allah swt. Walhal bukan sahaja 2 Tuan Guru ini yang seiya sekata, bahkan semua tuan-tuan guru di dalam PAS, khususnya di dalam mesyuarat syura pada 13 Januari 2013, juga mesyuarat sebelum dan selepas itu, bahawa kalimah yang mulia (ALLAH swt) boleh digunakan pada tempat yang betul oleh muslim dan non-muslim kecuali apabila ia digunakan pada tempat yang salah seperti menggambarkan Allah swt ada anak, isteri dan seumpamanya.

Terpedaya helah sindiket black money

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

  • Terpedaya helah sindiket black money
  • Antara barang rampasan sindiket Black Money oleh pihak polis.

GOLONGAN yang bersikap suka cari jalan mudah untuk menambah kekayaan sering kali akan tertipu dan terpedaya dengan sindiket penipuan yang mencari peluang atas sikap kealpaan diri.

Sindiket penipuan black money menyasarkan golongan profesional yang mempunyai simpanan wang banyak kerana mereka amat mudah menjadi mangsa tembelang sindiket black money.

Letupan di Xinjiang angkara pengganas - polis

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

BEIJING: Polis China menyatakan "serangan pengganas" adalah punca siri keganasan di wilayah Xinjiang yang meragut 12 nyawa. 

Enam orang terbunuh dalam beberapa letupan, temasuk di salon dandanan rambut dan pasar, manakala enam lagi ditembak polis di Xinhe pada Jumaat lalu


Agensi berita Xinhua melaporkan,siasatan polis mendapati letupan berkenaan adalah "serangan terancang pengganas". - AFP 

Mesir umum pilihan raya awal

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KAHERAH: Mesir semalam mengumumkan pilihan raya presiden awal yang bakal menabalkan jeneral yang menggulingkan Presiden Mohamed Morsi ketika kumpulan pejuang mendakwa menembak jatuh helikopter tentera pada pertempuran hujung minggu yang meragut puluhan nyawa. 

Presiden sementara, Adly Mansour mengumumkan pilihan raya itu menerusi televisyen sehari selepas 49 orang terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis serta ribuan penyokong Abdel Fattah al-Sisi. Sisi dijangka mengumumkan pencalonannya untuk pilihan raya itu yang dijadualkan pada pertengahan April. 

Anwar Ganti Khalid Jadi MB Selangor?

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat.
Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Debat Khalid-Noh tentang kalimah Allah dibatalkan

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah Allah antara Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dilaporkan Sinar Online berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.
“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.