12 Mei 2009

Nizar MB Perak sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. Mstar.

37 ulasan:

Awanama berkata...

alhamdulillah :)

nan

Awanama berkata...

mana Zambry nak letak muka...malunye.....

sahabatislam berkata...

Takbir...
nak tunggu parpu kari ayam balas apa.. die mesti xpuas hati n kata mahkamah kena rasuah dengan tok guru kita...heheheh... sesungguhnya orang-orang yang dizalimi tiada hijab doa antaranya dengan Tuhan... semoga Allah pelihara perak darul ridwan daripada dicemari dengan kejahatan dan ketidak adilan

Awanama berkata...

Rayuan ditolak..

http://siasahdaily.blogspot.com/2009/05/nizar-mb-yang-sah-kata-mahkamah-tinggi.html

Awanama berkata...

'Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan'
apa ni...lecehlah...gentlementlah sikit....

observer berkata...

persoalannya, adakah DSNizar dapat menjalankan fungsinya sekiranya kes di peringkat rayuan, dptkah DSNizar meyakin tuanku sultan supaya membubarkan dewan kerana kes masih dalam rayuan? mohon penjelasan YB

Awanama berkata...

Tahniah MB Nizar! Tahniah Rakyat!

PJ's berkata...

alhamdulillah...siap siaga menghadapi perang pilihanraya...1malaysia akan saksikan tersungkurnya BN di perak....

Awanama berkata...

NAK BALIK NGUNDI PENGKALAN HULU

Awanama berkata...

Alhamdulillah..Semoga Allah memberikan kemenangan pada PAKATAN RAKYAT...TAKBIR!!!! ALLAHUAKBAR...

Awanama berkata...

ALHAMDULILLAH, HUJAN DAH MULA TURUN MENANDAKAN KEMARAU INI AKAN BERAKHIR. KAMI MOHON SUPAYA DIBUANG SEMUA MUSUH DALAM SELIMUT YG TERDAPAT DI SUK PERAK ITU.

iwawan berkata...

Alhamduliah.. keputusan kpd pihak yg ada bukti jelas. Selepas ini patutlah bubar DUN!

Awanama berkata...

takbir syukur

Awanama berkata...

justice prevailed...

farhanN berkata...

tahniah......nizar di pihak yg benar......keputusan mahkamah m'sia sama dgn mahkamah fiji....

Jamsari Suhaimi berkata...

Alhamdulillah........sekurang-kurangnya badan kehakiman kita masih ada ketelusan

Jamsari Suhaimi berkata...

Alhamdulillah......sekurang-kurangnya badan kehakiman kita ada ketelusan.

Awanama berkata...

tahniah....
yang jujur dan ikhlas sentiasa diberkati.
teruskan perjuangan

farhanN berkata...

YB Idham...selamat datang ke kulim 15 mei...kami menanti kedatangan saudara

Awanama berkata...

syukur hadrat Allah,umno sila ambil pengajaran kalau malulah.Si najib pula jangan gelojoh sangat.

Awanama berkata...

kehendak ir nizar sebelum di gulingkan oleh orang2 jahat, hendak membubarkan dun, sekarang boleh lah bubarkan dun, mana tau dapat 2/3 majoriti... biar pangkor sekali kita ambik

nazrie berkata...

si mamak zambry tak sempat nak membomohkan kerusi hakimm

Awanama berkata...

allahuakbar..........
Walaupun dah bertahun merantau di KL ni hati saya tetap doakan negeri saya itu kembali kepada pemimpin yang beriman..... Akhir kembali lah PERAK ke tangan PR dengan pemimpin PAS sebagai MB

Awanama berkata...

TAK SEMPAT NAK MEMBOMOHKAN KERUSI HAKIMM AGAKNYE

Awanama berkata...

tahniah mb nizar,pr . tidak lupa juga kepada hakim yang adil.

Awanama berkata...

bloody stupid judges who do not know the law and have been bought over by BN

Unknown berkata...

YB..

pastinya MBH akan buat rayuan dan memohon untuk mengenepikan perintah mahakamah hari ini..

Tongkat Semambu berkata...

Sdr Zambry Kudeta, sdr tak perlu bersusahpayah lagi le buang masa dan lebeh bermasalah. Biarlah rakyat yang menentukan lebeh baik dari seorang, tiga atau lima orang yang menentukan.
Senario sekarang menang jadi arang kalah jadi abu, Lihat apa yang jadi dalam dan diluar DUN pada 7 Mei 2009 lalu! Polis berkuasa setiap penjuru alam ada yang tak semena-mena kena kurung oleh Polis. Luar kena kurung dalampun kena kurung, oooi....!

SDr Zambry, tak perlu bersusah pergi mahkamah lagi biarkan rakyat menentukan bukan susah tunggu PRU 13 pun rakyat menentu juga. Nak elak krisis berterusan diam aja le. Biorkan rakyat yang mengadili; kalau kita bagus keputusan adalah bagus juga; kalau haprak hapraklah kamu.


Saya nasihat sdr Zambry hormatlah rukun negara juga dan jagalah PHD yang sdr. perolehi itu. Kalau rasa UMNO tidak relevan keluarlah beramai-ramai dan hormatilah sesama insan dan sdr seagama.

Awanama berkata...

Alhamdulillah...satu persatu kebenaran akan terserlah..InsyaAllah!! lepas ni mcm mane plak ngn kes speaker haram GANESAN???? adakah usul undi tak percaya pada DS NIZAR diluluskan oleh GANESAN ( SPEAKER HARAM )???? UMNO cedera teruk PLUS malu!!!! mereka akan bertindak lebih kejam lpas ni.... ZAMBRY= kalu aku jadi hang... aku dah tinggalkan Malaysia... cadangan = pegi uganda / afrika..atau pegi jihad palestin... smoga mereka mendapat hidayah.. Amin...

Awanama berkata...

hasil dr doa dan harapan serta airmata rakyat sekalian akhirnya kebenaran terbukti jua..Dato Sri Ir Nizar selamat kembali!!!

Awanama berkata...

syukur Alhamdulillah.Walau apapun perjuangan mesti dipertingkatkan. mereka yang kalah tentu tak akan berdiam diri,BERSEDIA SEMUA RAKYAT PERAK YANG CINTAKAN KEBENARAN..........

Amir bin Ali berkata...

MB "Haram" minta tangguh apa tu?

Nak tukar Speaker tak nak tunggu keputusan mahkamah.. kini giliran dia.. dia pandai2 minta tunggu keputusan rayuan pulak.. undang-undang mana yang dia pakai ni???

Awanama berkata...

hakim perintah zambry dan exco-exco haramnya kosongkan pejabat, SUK letak jawatanlah, tidak pun bayar gaji SUK tapi suruh dia buat kerja cuci jamban.

Awanama berkata...

Syukur kepada Allah swt dan syabas kepada Yang Arif kerana menjalankan amanah dengan yang terbaik.

Takbir.......

Awanama berkata...

alhamdulillah!marilah sama-sama sujud syukur,berdoa semoga pembubaran dun perak dapat diperkenankan oleh baginda sultan perak dan sama-samalah kita berpuasa esok hari.

Awanama berkata...

alhamdulillah.. berlinang ayor mate teman petang tadi. syukur kegembiraan. alhamdulillah.. mohle kite ngikut kate tok guru. pose yob besok!

Anak Perak berkata...

Alhamdulillah....Tahniah Ds Nizar. Kemenangan di pihak yang benar.