23 April 2008

7 Perkara Jaminan Pakatan Rakyat Perak

Berikut adalah 7 perkara dasar yang disepakati dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak untuk dilaksanakan dengan kadar segera seperti yang diucapkan oleh YB Nga Kor Ming di Himpunan Rakyat di Ipoh baru-baru ini Antaranya adalah:

1. Memberi hak milik kekal selama 99.99 tahun kepada penduduk-penduduk di Kampong Tersusun dan Kampong Baru. Menurut YB Nga, ada dikalangan pemohonan itu dibuat semenjak tahun 1947 lagi dan terdapat juga pemohon yang meminta tanah tersebut telahpun meninggal dunia.

2. Seluruh kompaun yang dikenakan sebelum pengangkatan sumpah Menteri Besar Perak oleh pihak Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah dilupuskan serta-merta.

3. Mengecualikan kutipan cukai ke atas semua institusi-institusi pendidikan yang meliputi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Kebangsaan Tamil dan sekolah persendirian dengan hanya perlu membayar RM 1.00 sahaja setahun.

4. Semua Barisan Exco dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing dan pengisytiharan ini akan didedahkan kepada rakyat negeri Perak untuk dibuat perbandingan sebelum dan selepas.

5. Menetapkan 30% kuota terbuka diperuntukkan kepada semua pihak baik dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik ataupun rakyat negeri Perak yang berkemampuan sebagai Ahli Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah.

6. Bersetuju menghapus gejala dan unsur-unsur nepostime dan krosnisme dengan mengadakan tender terbuka.

7. Menghapuskan politik dan parti perkauman dengan menjadikan semua masalah kaum adalah masalah bersama. Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan agar semua kaum Cina di Perak berdiri teguh bersama-sama dalam Pakatan Rakyat

Setiap Selasa Hari Bertemu Pelanggan - MB Perak

IPOH, 22 April - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengisytiharkan hari ini adalah Hari bertemu Pelanggan antara kerajaan negeri dengan rakyat.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di sidang media selepas Mesyuarat Exco ke-2 baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa mulai pada hari ini, pada setiap hari Selasa adalah Hari Bertemu Pelanggan maka dialu-alukan rakyat negeri ini terdiri berbagai kaum itu datang berjumpa dengan wakil kerajaan untuk mengadu dan mengemukakan masalah, jika ada.

"Pada hari ini, saya dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Perak (Exco) bersedia menerima kedatangan rakyat dan melayan seberang masalah yang dikemukakan," tegasnya.

Katanya, pihak kerajaan negeri bersedia dan memang hendak mendengar jika ada masalah dari rakyat yang datang itu.

"Kami akan dengar.Kami akan menelitinya dengan teliti. Kemudian akan diberitahu bagaimana dan cara mana untuk mengatasinya.

"Rakyat harus faham, jika masalahnya mudah kami akan atasinya secepat mungkin. Tetapi sekiranya agak rumit maka kerajaan akan berunding dahulu dan akan memberi jawapan potitif untuk mengatasinya,"jelasnya.

Tegasnya, dengan cara ini wakil-wakil kerajaan dan rakyat dari pelusuk negeri diberi peluang menjalinkan ikatan mesra supaya jarak di antara kedua pihak tidak terlalu jauh dan asing kepada setengah rakyat seperti kerajaan yang dahulu.

"Hari ini mereka boleh datang dan mengemukakan sebarang masalah ke Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (S.U.K) berhampiran Bangunan Kompleks Islam dekat sini,"ulasnya lagi. - mks.

Sumber Kelantandaily

Kenyataan siapa yang paling berasas ?

Ketua Pemuda UMNO Perak mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mendapati sesetengah keputusan kerajaan terdahulu tidak adil dan merampas kepentingan pihak lain. Katanya, MB Perak perlu membuktikannya dengan fakta dan tidak melemparkan batu sembunyikan tangan apabila menuduh kerajaan terdahulu melaksanakan projeknya secara tidak adil dan merampas hak orang lain.''Saya mahukan bukti, projek apa yang menindas orang lain dan apa yang tidak adil dalam keputusan kerajaan terdahulu?"


Secara mudah kita sangat yakin dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Perak kerana ianya berdasar dan bersandarkan kepada fakta-fakta dan fail-fail keputusan yang telah dilakukan oleh kerajaan yang lepas.


Yang tidak masuk akal ialah apakah asas dan fakta yang dipertahankan oleh Zainol yang menunjukkan seolah-olah beliau duduk semenja dengan exco yang lepas untuk membuat keputusan. Selayaknya yang memberi komen dalam isue ini adalah bekas MB yang lepas dan exco-exconya. apakah posisi Zainol hingga jadi" macam kaduk naik junjung ?"

Mesyuarat majlis Raja-Raja berwajah baru.

Mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja selepas Pilihan Raya Umum ke-12 juga buat pertama kalinya menyaksikan kehadiran lima Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Pakatan Rakyat dan PAS.

Mereka ialah Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selain Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Sebelum ini, sejak tahun 2004, hanya Nik Aziz merupakan Menteri Besar daripada kalangan parti pembangkang.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan hadir pada hari kedua mesyuarat itu. Seri Paduka akan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-213 adalah mesyuarat pertama pada tahun ini. Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga kali setahun.

Kenapa jambatan kedua Pulau Pinang di tangguh ?

Mengejutkan dan timbul berbagai persoalan dan pertanyaan ? Hari ini Pak Lah mengumumkan penangguhan pembinaan jambatan Pulau Pinang. Kenapakah pengumuman ini berlaku setelah kemenangan besar Pakatan Rakyat menguasai negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia termasuk Pulau Pinang.

Adakah ini berkait rapat dengan sifat balas dendam, iri hati dan penderaan kepada rakyat Pualau Pinang yang telah beralih kepada sebuah kerajaan yang baru. Pada anggapan saya itulah yang berligar dikepala pemimpin BN bila mereka jatuh tersungkur di Pulau Mutiara.

Petikan berita dari BERNAMA :-
KUALA LUMPUR 22 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah ditangguhkan berikutan masalah untuk mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk yang terbaik dan kos pembinaan yang meningkat.

“Ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya. Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan.

“Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asean Eropah, di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab-sebab pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dikaji semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Beliau juga menjelaskan bahawa selain daripada pembinaan jambatan ini, ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.