21 Julai 2010

Bersekongkol dengan yang lain , Sekali lagi Harussani berbohong

9 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil idham Lim.

Mufti Perak, Harussani Zakaria menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Demikian seperti satu kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini kelmarin.

Saya merasakan suatu yang lucu berlaku kepada seorang Mufti yang nampaknya bemati-matian mempertahankan dirinya supaya jangan dikatakann berbohong. Sedangkan institusi yang dipegangnya sebenarnya sudah tidak ada pertikaian sekiranya dia bukannya berbohong. Kenyataan saya sebelum ini juga dengan jelas membuktikan dia berbohong.

Selain itu Harussani mengatakan "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.

Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam. Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?", jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam.

Mungkinkah Harussani adalah termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guang Eng adalah Ketua menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berketurunan Melayu.

Tidak cukup dengan itu berapa banyakkah siri penghinaan pemimpin UMNO kepada Islam yang semacam dilupakan oleh Harussani.Tindakan UMNO yang menghapuskan tulisan jawi juga dilupakan oleh harussani. Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, UMNOlah penghianat sebenar kepada bangsanya.

Jelas tindakan harussani mempertahankan perjuangan UMNO yang khianat kepada agama dan bangsa itu adalah juga adalah satu lagi pembohongan kepada umat Islam . Dia sepatutunya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam bukannya agenda assobiyah Melayu yang sempit dam ditolak oleh Islam itu.

Kenyataan Media, 21 July 2010/

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Ketua penenrangan PAS Perak.

Kenyataan Media : Saya masih belum berhasrat nyatakan siapa yang Harussani maksudkan .

9 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Ekoran dari kenyataan media saya mengenai perkara yang berkaitan dengan dakwaan dari Harussani yang mendakwa bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemunya untuk membincangkan perpaduan Melayu, saya sebenarnya menerima banyak panggilan dan pertanyaan dari para rakan media dan blogger yang meminta saya mengumumkan nama tersebut, tidak kurang yang kurang berpuas hati kerana saya mengeluarkan kenyataan yang sedimikian dan nasihatkan jangan menimbulkan keraguan sesama Islam.

Sehubungan dengan itu suka saya mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai perkara itu.

1. Saya mengulangi bahawa saya tahu dengan siapa Harussani bertemu , namun saya menafikan matlamat pertemuan itu bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa oleh Harussani

2. Saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini setakat ini.

3. Adapun tujuan saya mengeluarkan kenyataan ini dan kenyataan sebelum ini adalah untuk membuktikan bahawa Harussani untuk sekian kalinya berbohong kerana dalam masalah terbaru ini dia telah melakukan pengkhianatan kepada hubungan dengan orang PAS yang bertemunya untuk tujuan perniagaan namun didakwanya bertemu untuk membincangkan soal perpaduan melayu.

4. Oleh itu mulai dari sekarang saya menasihatkan diri saya dan semua pimpinan PAS serta ahli dan penyokong PAS supaya berhati-hati bila bertemu dan bercakap dengan orang seperti Harussani, kerana ia sekarang telah berubah watak sebagai agen UMNO yang sangat bahaya dan sering memutar belit fakta demi untuk memghalakan apa saja tindakan UMNO walaupun jelas ianya mungkar dan bercanggah dengan hukum Islam.

5. Sepatutnya Harussani terlebih dahulu membetulkan UMNO yang jauh menyimpang dengan perjuangan Islam , malah merupakan parti yang telah merosakkan negara, agama dan bangsa Melayu sendiri. Usaha Harussani saya sifatkan sebagai usaha tukang pembersih tong najis yang badannya penuh berlumuran dengan najis.

6. Harussani setakat ini mengesahkan dirinya sebagai Mufti UMNO dan juru cakap UMNO dalam soal agama, sehinggakan dia telah membutakan matanya untuk kebenaran perjuangan Islam dan membenarkan apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun bercanggah dengan hukum Islam termasuklah rampasan kuasa di Perak.

7. Kenyataannya mengharamkan non muslim yang merujuk kepada YB. Nga Kor Ming yang membaca Al Quran sebenarnya sangat menguris hati saya kerana itulah yang saya lalui sebelum masuk Islam. Kalau haram membaca Al Quran sebelum masuk Islam, maka apakah saya dan YB. Nga kena baca kita suci lain untuk memahami islam. Bukankah itu tandanya kedangkalan dan sempitnya pemikiran mufti UMNO ini.

8. Kerana itu saya harapkan kalau Harussani benar-benar ingin menceburkan diri dalam politik, maka bersiaplah untuk menawarkan diri untuk mewakili parti UMNO yang hampir karam itu bagi berhadapan dengan calon PAS atau PKR atau DAP dimana-mana sahaja yang difikirkan. Titi Serong pun tidak mengapa.

Kenyataan media, 21 July 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

PR Perak sedia peguam bela pesalah saman ekor

9 Syaaban 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

Pakatan Rakyat Perak sedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah. Demikian dijelaskan oleh YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pagi tadi bersama dengan peguam Asmuni Awi.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dan adun Pakatan Rakyat. Menurut Tn. Hj Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang dan juga Pengarah Pilihanraya PAS Perak.

Tindakan JPJ yang tidak mahu memperbaharui cukai jalan kepada pesalah saman ekor adalah bertentangan dengan peraturan dan undang-undang, pesalah saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah samada melalui pengakuan atau pembuktian pihak pendakwa. Tindakan ini jelas satu penganiyaan ke atas rakyat.

Saman ekor melalui perangkap kamera ke atas pesalah jalanraya tidak dianggap satu kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan selagi tidak dibuktikan di mahkamah.

Tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah.

Pakatan Rakyat Perak melalui pasukan peguamnya bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana pesalah saman ekor.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

SIDANG DUN PERAK: KEMBALIKAN HAK RAKYAT

8 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat yakin dengan komitmen semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak termasuk ADUN Bebas untuk menyuarakan tuntutan rakyat di dalam Persidangan DUN Perak pada 3 Ogos ini. Komitmen ini sangat penting bagi ADUN menyuarakan pelbagai isu dasar dan permasalahan rakyat yang perlu menjadi agenda utama DUN pada kali ini.

Justeru, DPPN Pk amat berharap agar tiada gangguan lagi dari mana-mana pihak pada Sidang DUN pada 3 Ogos ini. DPPN Pk merasakan semua pihak patut menjalankan tugas mereka secara profesional dan adil. DPPN Pk juga berharap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghormati semua ADUN di dalam memastikan Persidangan DUN kali ini tidak diganggu serta mengikut lunas Undang-Undang.

DPPN Pk juga berharap Sidang DUN pada kali ini dipanjangkan kerana pelbagai isu rakyat perlu disuarakan. Antara perkara yang sentiasa timbul adalah hak rakyat dinafikan oleh kerajaan negeri. Isu-isu seperti tuntutan pampasan KTMB di Kuala Sepetang, kes pembalakan haram yang meningkat, kerakusan pembinaan yang membunuh alam sekitar dan banyak lagi temasuk keadaan kewangan negeri yang membimbangkan.

DPPN Pk yang telah menghantar permohonan bagi mengikuti Sidang DUN kali ini mengharapkan agar kami diberikan keizinan bagi melihat sendiri perjalanan DUN Perak pada kali ini. Sekiranya tidak diberikan keizinan, memang benarlah bahawa DUN Perak tidak lagi berfungsi sepertimana yang didakwa selama ini.

Kerajaan Salah, Rakyat Dihukum

8 Syaaban 1431 H
Oleh: YB V.Sivakumar

Adakah benar bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019? Kenyataan ini tidak dibuat oleh YB Lim Kit Siang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun YAB Dato Seri Tok Guru Nik Aziz.

Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang pemimpin Barisan Nasional sendiri. Seorang menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri telah berani tampil ke hadapan untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa negara kita akan muflis dalam tempoh 9 tahun lagi. Beliau menyarankan supaya subsidi yang diberikan kepada rakyat ditarik balik untuk menyelamatkan negara.

Menurut Datuk Idris Jala , hanya dengan cara ini kita boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang serius dihadapi oleh negara kita. Jika apa yang disebutkan oleh beliau itu adalah benar, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Negara kita diperintah oleh komponen BN sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Jika negara kita menghadapi masalah ekonomi yang begitu meruncing, bukankah itu berpunca daripada ketololan dan salah urus kewangan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Sudah tentu kita tidak boleh salahkan DAP, PAS, PKR mahupun rakyat dalam hal ini.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat swasta menjadi muflis, salah siapa? Bukankah itu merupakan tanggungjawab pihak pengurusan syarikat tersebut? Jika benar, bagaimana pula sekiranya sebuah negara menjadi muflis? Bukankah itu merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah negara tersebut.

Dalam hal ini, jelas bahawa kerajaan BN tidak bijak menguruskan kewangan negara. Wang berjuta-juta ringgit dibelanjakan dengan boros tanpa membawa manfaat kepada rakyat. Kita boleh melihat sendiri berpuluh-puluh projek gajah putih telah mengakibatkan wang rakyat dibelanjakan seperti mencurah garam ke dalam laut.

Dimana perginya khazanah hasil mahsul daripada keuntungan petroleum? Rakyat tahu bahawa Petroleum membuat keuntungan berbillion ringgit setiap tahun. Adakah keuntungan Petronas digunakan dengan cara yang berfaedah atau digunakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan politik dan membantu kroni-kroninya? Semua pemimpin-pemimpin BN memekap apabila isu ini dibangkitkan.

Ekonomi Malaysia dalam keadaan bahaya bagaikan biduk tiris menanti karam. Malaysia yang kaya dengan sumber alam dikatakan akan menjadi negara muflis dalam 9 tahun lagi jika polisi-polisi sekarang diteruskan. Yang bersalah ialah kerajaan BN, tetapi yang dihukum pula ialah rakyat kerana subsidi yang dinikmati oleh mereka telah ditarik balik. Ini adalah tidak adil kerana orang bersalah terlepas manakala orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung hukuman.

Jika kerajaan BN benar-benar jujur dalam mendahulukan rakyat , sudah tentu pemberian subsidi tidak akan ditarik balik. Tetapi, dalam keadaan sebenar BN cakap tak serupa bikin. Sebuah kerajaan kebajikan tidak akan membebankan rakyat dengan polisi-polisi yang menekan seperti ini.

Tanggungjawab sesebuah kerajaan ialah mengenakan cukai daripada golongan kaya raya dan menggunakan wang itu untuk menyediakan kemudahan awam dan memberi subsidi kepada golongan pertengahan dan miskin. Menurut seorang pakar ekonomi yang bernama Paul A. Samuelson, tindakan makruf mengagihkan kekayaan dengan cara ini akan membawa kepada kepuasan sosial yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Dalam konteks Malaysia, cukai terus dikenakan tetapi subsidi ditarik balik. Ini bermakna terdapat bocoran yang amat ketara dalam urusan kewangan negara. Tambahan pula kerajaan bercadang untuk mengenakan GST yang akan menambahkan beban rakyat tidak lama lagi.

Beban rakyat seharusnya dipikul oleh kerajaan, tetapi lain pula keadaan di Malaysia, beban kerajaan terpaksa dipikul oleh rakyat. Oleh yang demikian, kita memerlukan satu forsep baru untuk memegang ekonomi negara supaya tidak tersungkur kedalam senarai negara-negara muflis.

PERPADUAN UMNO-PAS: MUFTI PERAK SUDAH LUPA

8 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak yakin akan personaliti Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mampu dijadikan seorang yang bersikap profesional atau adil di dalam memastikan isu perpaduan masyarakat Melayu / Islam kerana beliau jelas telah di lihat berpihak dengan pendirian politiknya.

Kenyataan isu perpaduan dan penyatuan ini sebenarnya adalah agenda Umno bagi memastikan mereka akan terus berkuasa setelah mana rakyat sudah mula menolaknya.

Malah DPPN Pk menolak Tan Sri Harussani kerana sikap perkauman yang terlalu tinggi dalam memperkatakan tanggungjawabnya dalam bidang tugasnya sebagai seorang Mufti. Semasa berada di luar negara terutamanya (Australia, Jun 2010), Tan Sri Harussani menanamkan sikap pembenciannya terhadap bangsa-bangsa lain dalam ceramahnya kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW tidak mengajar umatnya untuk bersikap membenci agama atau bangsa lain tetapi perlu memahami dan mempelajari serta menguruskan perbezaan tersebut.

Sepatutnya Tan Sri Harussani masti bersikap neutral dengan ilmunya yang menampilkan ciri-ciri tokoh yang dihormati dan bukannya sebagai juru cakap pihak-pihak tertentu. DPPN Pk yang pernah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani pada setahun yang lalu (3 Julai 2009) dan telah menegaskan perkara tersebut.

DPPN Pk akan terus membantah usaha penyatuan ini yang jelas tidak berteraskan Islam dan menafikan tuntutan Perlembagaan Malaysia yang telah diterima oleh semua kaum di dalam negara kita.

Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton

8 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

(Gambar: Jho Low (kiri sekali) di atas bot mewah bersama Paris Hilton (tiga dari kiri)

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.

Harakahdaily/-

Harga barang dijangka naik 6 bulan lagi

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Harga minyak serta barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi Makmal Rasionalisasi Subsidi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kenaikan harga minyak (RON95) dan diesel sebanyak 5 sen, Khamis lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak (LPG) serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.

"Apakah ini satu permulaan yang mahu dilaksanakan oleh Najib (dan) Makmal Rasionalisasi Subsidi ini. Sebab itu, saya tanya apakah motif Najib menaikkan harga barang-barang ini," soal beliau pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Impak dari perlaksanaan jadual itu, katanya lagi bakal mengingkatkan kadar inflasi dan kos sara hidup yang nyata membebankan rakyat.

"Sekiranya jadian ini dilaksanakan, ia bukannya menjadikan negara sebagai 'negara berpendapatan tinggi' tetapi 'rakyat berbelanja tinggi'," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dari segi lain, beliau berkata, pentadbiran Najib sepatutnya tidak merampas subsidi rakyat memandangkan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sendiri sebelum ini mengaku bahawa kerajaan masih kukuh serta mempunyai RM10 bilion walaupun tanpa langkah mengurangkan subsidi tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mempertikai tindakan pentadbiran Najib membayar RM18.9 bilion setiap tahun kepada beberapa syarikat janakuasa bebas (IPP) yang nyata menguntungan beberapa individu tertentu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya tidak terus membodohkan orang-orang Melayu dan rakyat kononnya langkah menaikan harga beberapa barangan tersebut demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, harga gas masak (LPG) dilaporkan naik 10 sen sekilogram manakala harga gula pula naik sebanyak 25 sen sekilogram.

Pengumuman Najib itu dibuat sejurus selesai sidang Dewan Rakyat.

Harakahdaily/-

Melayu lebih mulia tanpa Umno

8 Syaaban 1431 H
http:gemasuara.blogspot.com

Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno.

Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti.

Orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang

Harakahdaily/-

Takkan hilang kuasa politik Melayu

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Roslan SMS

Isu perpaduan Melayu sekali lagi secara tiba-tiba dimainkan. PAS dan Umno perlu berkerjasama demi perpaduan Melayu. Mufti Perak mahu jadi jurucakap banyak pihak mahu turut membantu. Soalnya mendesakkah isu ini?

Ada yang sehingga menggambarkan jika inisiatif tidak diambil menjelang PRU ke 13 nanti orang Melayu akan hilang kuasa di Tanah Airnya sendiri, menolak sama-sekali kata-kata hikmat Hang Tuah: ”Tak Melayu hilang di dunia!”

Berderau darah jika orang Melayu hilang kuasa! Macam mana boleh jadi begitu atau yang sebenarnya akan hilang kuasa adalah parti siasah tertentu?

Disaat ini kerajaan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor dan amnya dilain-lain negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan semakin kukuh kedudukannya. Kemampuan memimpin dan membawa perubahan meyakinkan rakyat bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Inilah sebenarnya yang merungsingkan sesetengah pihak. Lebih tepat lagi Umno. Kerana jika rekod ini kekal maka PRU ke 13 nanti yang jadi mangsa adalah Umno.

Kalau Umno jadi mangsa ditolak rakyat dalam PRU ke 13 nanti hilangkah kuasa politik Melayu? Saya rasa tidak, kerana realitinya Umno berentap dengan calon dari PAS dan kalangan calon Melayu dari PKR setiap kali pilihanraya termasuklah nanti PRU ke 13.

Kalah Umno menang PAS dan menang calon Melayu PKR oleh itu macam mana kuasa politik Melayu boleh hilang?

Kerana risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini. Mengapa semasa PAS kalah teruk dalam PRU 2004 atau beberapa PRU sebelum ini tidak didendangkan lagu ini?

Kesimpulannya lantaran itulah PAS dan saya yakin ramai umat Melayu tidak berapa terhibur dengan dendangan lagu ini. Bukannya sombong bukannya jual mahal tetapi ianya tidak relevan dan ianya dilihat penuh tipu-muslihat.

Berikut kenyataan rasmi PAS Selangor berkenaan perkara ini:

KENYATAAN AKHBAR: PAS SELANGOR TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO

Isu perpaduan Melayu yang cuba dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang tidak relevan oleh PAS Selangor. PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat khasnya di negeri Selangor.

Sejak bulan Mac 2008 sehinggalah ke saat ini PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didokong bersama PKR dan DAP lantaran menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat jelata.

Orang-orang Melayu di negeri Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan pimpinan PAS dalam memimpin mereka. Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan rekod cemerlang kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat dokongan PAS, Umno Selangor akan terus ditolak khasnya oleh orang-orang Melayu sendiri.

Pimpinan PAS pelbagai peringkat termasuklah akar-umbi kini sudah bersedia untuk mengambil-alih saki-baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan seluruh masyarakat.

PAS Selangor memberi jaminan kepada orang-orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuathir kerana kiranya Umno hilang kuasa di negeri ini maka kuasa politik itu akan beralih ke tangan pimpinan Melayu dalam PAS dan PKR yang ternyata lebih jujur dan bersih dalam memimpin agama, bangsa dan negeri ini.

Harakahdaily/-

Kenaikan harga gula, alasan menteri tidak munasabah

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Wfauzdin NS

KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.

Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?

Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak.

Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan.

Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula.Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?

Alasan kononnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama.

Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini.

Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita.

Harakahdaily/-

Kerajaan mesti konsisten kecam zionis Israel

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi (gambar) mendesak kerajaan agar serius dan konsisten dalam melaksanakan segala cadangan tindakan yang dikemukakan dalam usul berhubung serangan tentera zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010, sehingga mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan tersebut.

Desakan itu dibuat beliau sewaktu membahaskan usul yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibacakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas selesai sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

"Saya ingin memohon dan mendesak pihak kerajaan agar semua usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan dengan penambahan, agar semua tindakan yang dicadangkan dan telah dibuat ini dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu di semua peringkat dari segi ekonomi, sosial dan politik dan ianya tidak mengikut keadaan yang berlaku di Palestin," katanya.

Beliau turut mengutarakan beberapa cadangan tambahan kepada usul tersebut bagi menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam mengutuk tindakan kejam rejim zionis Israel terhadap serangan berkenaan khususnya dan rakyat Palestin umumnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mencadangkan kerajaan agar membuat pelan tindakan kepada negara bagi menentang zionisme dengan dipengerusikan sendiri oleh Najib.

Hal ini, katanya bagi menunjukkan keseriusan Malaysia dalam menangani isu ini dan agar Malaysia tidak terjebak dengan unsur-unsur zionisme yang mungkin telah pun bertapak di negara kita.

Mumtaz juga mahu kerajaan melarang semua bentuk hiburan dan budaya dari barat yang mempunyai ciri pro zionis dan Israel samaada dalam lirik lagu mahupun dalam bentuk persembahan.

Tegasnya, perkara ini mesti dijadikan satu polisi oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar budaya barat tidak masuk ke negara ini secara berleluasa, bukan hanya bertindak apabila adanya bantahan atau demonstrasi membantah perkara ini.

Selain itu, Mumtaz turut menggesa kerajaan menyatakan pengiktirafan secara rasmi ke atas kerajaan Hamas yang telah memenangi pilihan raya Palestin dan seterusnya menyalurkan semua bantuan kemanusiaan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui saluran yang sah.

"Kita adalah negara demokrasi, kita percaya kepada demokrasi dan kita mesti menghormati hak rakyat Palestin yang telah memilih kerajaan Hamas menjadi kerajaan mereka. Oleh itu semua bantuan dan saluran hendaklah disalurkan terus kepada kerajaan Hamas di Palestin," katanya.

Tegasnya juga, kerajaan harus menamatkan semua kerjasama dan perjanjian dengan dan mana-mana kerajaan ataupun syarikat yang pro Israel dalam apa jua bentuk, tidak kira syarikat runding cara atau perdagangan secara tersirat mahupun tersurat.

Beliau turut berharap agar kerajaan memberi keutamaan untuk memberikan biasiswa kepada pelajar antarabangsa atau pelajar luar negara, samaada pelajar lelaki atau wanita daripada Palestin untuk belajar di institut pengajian tinggi awam di Malaysia kerana ini merupakan sumbangan sumber manusia kepada Palestin bagi memastikan mereka terus mendapat pendidikan yang sempurna meskipun mereka ini telah diganasi dan dicerobohi oleh Israel.

Beliau juga berkata, kempen kesedaran dan penerangan mengenai kedaulatan negara Palestin dan Al Aqsa perlu dilancarkan sebagai program rasmi kerajaan khususnya pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba selain menjadikan agenda Palestin sebagai isu wajib yang akan dibawa oleh Malaysia dalam semua forum dan perbincangan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, beliau meminta kerajaan meneliti dan memastikan terma khusus penubuhan rasmi gabungan antara parlimen (IPU) sebagai badan parlimen antarabangsa kerana ujarnya, jika perkara ini tidak diberi perhatian serius, secara langsung mengiktiraf dan menerima Israel yang sekarang ini merupakan peserta IPU sendiri.

Ahli Dewan Negara daripada PAS yang turut membahaskan usul itu ialah Senator Muhammad Yusof Husin.

Harakahdaily/-

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.

Dari segi yang lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.

"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya.

Menurut beliau, Maybank sehingga kini tidak pernah mengenakan caj pada sebarang transaksi auto-debit, cek ataupun tunai.

Malah, tambahnya lagi, pengusaha stesen minyak turut dinasihatkan membuat pembayaran debit di bilik pegawai akaun tertentu secara eksklusif supaya tidak terdedah kepada pengetahuan umum.

Harakahdaily/-

Pakat masuk PAS, bukan bersatu dengan Umno

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.

PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.

Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi melayu, Pas akan lawan umno, kalau umno kalah, Pas menang, Pas melayu juga. Mana sifir kuasa melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa.

Tan Seri lupakah yang menutup surau di Sek 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah umno.

Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, AlMarhum Dato Ishak Bahrum diburu macam penjenayah kerana hendak menyampai agama ketika Selangor di bawah umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan Melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo Lo Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman PAS, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar PAS lawan Dr S Vasan (MIC).

Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Harakahdaily/-

PAS desak KDN jamin saksi enjin jet selamat

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan keselamatan kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N Tharmendran yang juga saksi penting kes kehilangan dua enjin pesawat F5 milik TUDM Januari lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media hari ini, juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat secara terperinci kes berprofil tinggi tersebut.

"Oleh kerana kes ini berlaku semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, maka saya berpandangan ianya tidak boleh diselesaikan dengan proses mahkamah biasa dan Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi tadi, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Tharmendran, 42, yang dituduh bersubahat mencuri enjin tersebut sebelum ini tampil mendedahkan beliau didera sepanjang ditahan bermula 2 Julai 2009.

Tharmendran memberitahu, seorang ketua pegawai penyiasat berpangkat mejar telah diarahkan untuk menyelesaikan kes itu dan dibenarkan menggunakan apa cara sekalipun bagi memaksa dia mengaku bersalah.

Beliau mendakwa didera oleh pegawai berkenaan dan tidak tidur selama tiga minggu di dalam bilik yang kecil dan secara berterusan dipaksa mengaku bersalah.

Dia dipakaikan topi keledar dan kepalanya dipukul menggunakan kayu kriket dan kayu golf sehingga topi keledar yang dipakai mengalami keretakan.

Sehubungan itu, Salahuddin menggesa kabinet segera menubuhkan suruhanjaya diraja dan KDN diminta memberi jaminan keselamatan kepada Tharmendran.

"Bagi saya mustahil kes ini hanya melibatkan seorang pegawai bawahan biasa, ianya perlu dibongkar dan disiasat," ujarnya lagi.

Rakyat Malaysia, katanya tidak mahu lagi melihat Tharmendran menjadi orang yang keseterusnya bertindak ke luar negara bagi mencari perlindungan dan menyelamatkan diri dari ancaman.

Isu kehilangan dua enjin jet tersebut, katanya lagi merupakan isu besar berkait rapat dengan keselamatan negara sehingga mampu menjejaskan imej negara dan melibatkan wibawa dan integriti pemimpin negara pada hari ini.

"Apatah lagi yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari ini adalah orang yang sama menjadi Menteri Pertahanan pada waktu itu," katanya.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun dua minggu lalu, Tharmendran dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.

Harakahdaily/-

Piala Dunia: Pertaruhan RM417.7 juta ditumpaskan

8 Syaaban 1431 H

Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu polis berjaya menumpaskan aktiviti judi tidak berlesen membabitkan pertaruhan RM417.7 juta sepanjang berlangsungnya bola sepak Piala Dunia 2010.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata sepanjang tempoh itu polis melakukan 270 serbuan ke atas premis yang disyaki menjalankan kegiatan tersebut menerusi 'Ops Soga'.

"Daripada jumlah serbuan itu sebanyak 151 serbuan diklasifikasikan berjaya iaitu seramai 227 orang telah ditangkap kerana disyaki terlibat melakukan pelbagai kesalahan seperti menjadi penganjur dan mengutip wang pertaruhan haram atau bookie.

"Sejumlah RM99,266 wang tunai yang digunakan dalam pertaruhan juga telah berjaya dirampas sewaktu serbuan dijalankan," katanya menjawab soalan Senator Zainun A. Bakar.

Zainun ingin tahu bilangan yang ditangkap dan didakwa kerana kesalahan perjudian haram ketika berlangsungnya bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini, serta jumlah pertaruhan yang dirampas.

Lee berkata setakat ini tiada pertuduhan dibuat ke atas mana-mana suspek dan semua kes masih dalam siasatan.

Katanya pihak polis juga berpendapat 'Ops Soga' yang dilaksanakan selama sebulan bermula 11 Jun hingga 12 Julai lepas telah mencatatkan kejayaan kerana berjaya menembusi dan menumpaskan banyak operasi sindiket perjudian menerusi talian.

Kejayaan itu katanya, adalah hasil penubuhan satu pasukan khas bagi memantau secara khusus kegiatan pertaruhan tidak berlesen sepanjang tempoh kejohanan tersebut, selain bekerjasama dengan polis antarabangsa dan beberapa agensi kerajaan lain.

Malaysiakini/-

PAC siasat kes curi pasir di Balik Pulau

8 Syaaban 1431 H

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Pulau Pinang akan mengadakan inkuiri untuk menyiasat aktiviti mencuri pasir di Kampung Kenanga, Balik Pulau di Georgetown.

Pengerusinya, Jagdeep Singh Deo yang juga ADUN Datuk Keramat berkata PAC akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menentukan pihak yang akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Antara pihak yang mungkin akan dipanggil ialah beberapa agensi kerajaan untuk membantu mencari pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti mencuri pasir itu," katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini.

Katanya PAC akan menyiapkan siasatan itu secepat mungkin bagi mengelak orang ramai membuat pelbagai spekulasi berhubung perkara itu.

Beliau berkata pihaknya akan turut melawat kawasan terlibat dan siasatan dijangka siap dalam tempoh sebulan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Jagdeep berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai aktiviti mencuri pasir di kawasan lain di Pulau Pinang.

Minggu lalu, laporan akhbar mendedahkan tapak politeknik di Kampung Kenanga itu, diceroboh pencuri pasir.

Menurut laporan itu, setiap malam berpuluh lori keluar masuk ke kawasan itu mengambil pasir untuk dihantar ke lokasi yang tidak dipastikan.

Malaysiakini/-

Gagal dapat perlindungan, Tharmendran pilih penjara

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Joseph Sipalan

Bekas Sarjan TUDM, N Tharmendran membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.

Tharmendran memfailkan permohonan perintah perlindungan di sebuah balai polis berhampiran.Kehadiran dua pegawai TUDM yang berada di perkarangan mahkamah mengusarkan peguam-peguam Tharmendran yang bimbang anak guamnya itu akan 'ditahan.'

Berikutan pembatalan ikatjamin itu, Tharmendran akan kembali ke Penjara Sungai Buloh - dua minggu selepas dibebaskan dengan ikatjamin RM50,000.

Tharmendran berdepan dengan tuduhan mencuri dan bersubahat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.

Peguam utamanya, N Surendran berkata Tharmendran membuat permohonan tersebut kerana dia bimbang akan dibawa oleh pegawai TUDM yang sedang menunggu di luar dewan mahkamah.

"Ini menunjukkan bahawa orang yang pernah diseksa sebelum ini, tidak mahu diseksa lagi," kata Surendran mengenai dakwaan pelanggannya diseksa oleh pegawai perisik tentera.

Surendran mendakwa terdapat cubaan dari pihak TUDM untuk menangkap anak guamnya itu untuk dibawa balik ke Pangkalan TUDM 16 Julai lalu.

Menurutnya, beberapa kakitangan tentera udara - tiga lelaki dan seorang wanita - muncul di rumah Tharmendran di Seremban Jumaat lalu bertanyakan tentang "lapor diri ke kem".

"Ibu bapanya bagaimanapun berkata mereka tidak tahu di mana anaknya berada selepas meninggalkan rumah akhir-akhir ini untuk menetap di tempat lain," kata Surendran.

"Perkara ini serius kerana tertuduh bukan lagi Sarjan TUDM dan sudah meletakkan jawatan 28 Mei lalu," kata Surendran.

Hadir pada perbicaraan ini adalah tertuduh bersama K Rajandran Prasad, yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo.Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Ishak Muhamad Yusof.

Mahkamah sesyen menetapkan 6 September sebagai tarikh sebutan kes dan sambungan perbicaraan.

Malaysiakini/-

Hukum membaja tumbuhan dgn najis haiwan

8 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Sudah menjadi kebiasaan para petani menggunakan najis haiwan utk dijadikan sebagai baja. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum memakan buah-buahan yang terhasil dari baja najis haiwan. Ianya seperti berikut:

Pendapat pertama:

Ulama mazhab Maliki dan Syafie mengharuskan tanaman dan buahan yang dibaja dengan najis haiwan utk dimakan. Ulama mazhab Syafie mensyaratkan utk halal dimakan tanaman dan buahan tersebut dgn syarat tidak ada bau busuk. Kalau ada bau busuk maka hukumnya adalah makruh.

Ulama mazhab Hanafi tidak menyebut secara jelas berkenaan dgn hukum ini. Mereka hanya menyebut hukum jual beli najis-najis tersebut. Mereka mengharuskan jual beli najis haiwan sekiranya bercampur dgn benda yg bukan najis. Jika tidak bercampur maka hukumnya makruh. Maka difahami dr hukum ini penghalalan tumbuh-tumbuhan yang dibaja dgn najis-najis haiwan kerana mereka mengahruskan baja tanaman menggunakan tahi.

Pendapat kedua:

Ulama mazhab Hambali berpendapat haram tanaman dan buah-buahan yg di baja dgn najis haiwan.

Dalil pengharusan:

1. Sesungguhnya najis-najis yg dijadikan baja akan berubah menjadi zat lain apabila ia sudah sebati dgn tanah yg menumbuhkan pokok yang dibaja. Kemudian tanah tadi akan berubah zatnya menjadi pohon-pohon yg dibaja. Maka najis-najis tadi tidak ada kesan sedikit pun dari segi bau, warna dan rasa di buah-buahan dan daun-daun.

2. Buah-buahan dan daun-daun adalah cabang bagi asal yang bersih dan diharuskan. Setiap yang tercabang dari asal yang bersih dan harus maka ianya adalah harus dan bersih.

Dalil pengharaman:

1. Ibnu Abbas berkata:“ Kami mencangkul tanah2 Rasulullah saw dan memberi syarat kepada mereka supaya mereka tidak mengemburkan tanah dengan najis-najis manusia.” (Hr Baihaqi)

2. Pokok-pokok dan tanaman-tanaman tersebut memakan najis-najis. Proses ‘istihalah’ (perubahan zat) adalah tidak diterima pakai bagi kami(ulama mazhab Hambali).

Keempat-emapat mazhab bersepakat bahwa najis binatang yang halal dimakan boleh dijadikan sebagai baja tumbuh2an.

Faktor-faktor penggunaan baja-baja binatang:

Najis-najis haiwan ini mengandungi nilai nutrien yg tinggi yang mempunyai kepentingan sgt tinggi untuk nutrisi tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi sekitar 60 – 70 %. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang lain seperti fosfour, potassium, magnesium dan lain-lain.

Pendapat yang kuat adalah halalnya buah2an dan tumbuh-tumbuhan yang dibaja dgn najis sekiranya tidak ada kesan dari segi warna, rasa dan bau pada tumbuhan tersebut. Ia lebih hampir kepada mazhab Syafie.

Bid'ah

8 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Bida’ah dari segi bahasa:Benda yang menjadi permulaan. Firman Allah taala:

Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"(al-ahqaf:9)

Maksudnya Nabi saw bukanlah Rasul pertama yg membawa risalah agama Allah.
Bid’ah (bahasa): perkara yang baru yang tidak umpama pada masa yang lepas.

Bid’ah dari segi Istilah:

Ada dua golongan ulama yang mendefinasikan bid’ah dari segi istilah syara’ seperti berikut:

Golongan pertama:

Mereka menggunakan kalimah bida’ah bagi setiap perkara yang baru yg tidak ada dalam Quran dan Sunnah. Samaada perkara ibadat atau pun adat. Samaada yang dicela atau pun tidak.

Diantara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam syafie, al-Iz bin Abdus Salam, an-Nawawi, Abu Syamah (mazhab Syafie), al-Qarafi, az-Zarqani (mazhab Maliki) Ibnu Abidin (mazhab Hanafi), Ibnul Jauzi (mazhab Hambali) dan Ibnu Hazm (mazhab az-Zohiri).

Mereka membahagikan bid’ah kepada lima:

Pertama: Bid’ah wajib seperti menyibukkan diri dgn ilmu nahu untuk memahami ilmu Allah.
Kedua: Bid’ah haram seperti mazhab al-Qadariah, al-Jabariah dan khawarij.
Ketiga: Bid’ah sunat seperti mewujudkan sekolah agama dan selawat terawih di masjid secara jemaah.
Keempat: Bida’ah harus seperti bersalaman selepas solat.
Kelima: Bid’ah makruh seperti menghias masjid.
Dalil pembahagian bida’ah:
1. Kata2 saidina Umar ra terhadap jemaah solat terawih di masjid pada bulan Ramadan :

“Sebaik2 bid’ah adalah amalan ini” (Hr Bukhari)

2. Ibnu Umar mengatakan solat dhuha yg dilakukan secara berjemaah di masjid sebagai bid’ah. Ianya dari perkara yang baik. Mujahid berkata:

“Aku bersama ‘Urwah bin Zubair masuk ke masjid. Abdullah bin Umar ra duduk di bilik ‘Aisyah ra dan orang ramai solat duha berjemaah di masjid. Kami pun bertanya tentang solat mereka. Beliau menjawab “Bid’ah”

3. Hadis2 yang menunjukkan pembahgian bidah kepada hasanah (baik) dan saiyiah (buruk). Diantaranya ialah sabda Nabi saw:

“Sesiapa yang melakukan amalan baik yang menjadi ikutan orang lain maka dia mendapat pahalanya dan pahala org lain yg melakukannya sehinggalah hari kiamat. Sesiapa yang melakukan amalan yang buruk yang menjadi ikutan orang lain maka dia mendapat dosanya dan dosa orang lain yang melakukannya sehinggalah hari kiamat.” (Hr Muslim)

Golongan kedua:

Golongan ini mencela bid’ah dan mengatakan semua bid’ah adalah sesat kesemuanya, samada dalam ibadat ataupun adat.

Diantara ulama yg berpegang dgn pendapat ini adalah Imam Malik, as-syatibi , at-Tortusyi (mazhab Maliki), Imam syamni, al-Aini (mazhab Hanafi) Imam Baihaqi, Ibnu Hajar al-Asqalani, Ibnu Hajar al-Haitami (mazhab Syafie) Ibnu Rejab dan Ibnu Taimiyah (Hambali)

Definasi bid’ah disisi mereka adalah:

“Amalan dalam agama yg direka yg menyamai syariat dan tujuan melakukannya adalah tujuan syariat.”

Dalil pendapat ini yg mencela bid’ah secara mutlak adalah seperti berikut:

1. Allah swt telah menyatakan bahwa syariatnya sudah sempurna selbelum kewafatan Rasulullah saw. Firman Allah swt:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.(al-maaidah:3)

Dari ayat ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh mengadakan sesuatu yg baru dalam syariah kerana menambah apa yg ada pada syariah adalah dianggap membetulkan tuhan dan menunjukkan syariat itu kurang. Ini bersalahan dgn al-Quran.

2. Terdapat ayat2 al-Quran yang menunjukkan celaan kepada orang yg melakukan bid’ah secara umum. Diantaraya ialah firman Allah:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”(al-an’am:153)

3. Semua hadis2 Rasulullah saw yg menceritakan tentang bid’ah mencela bid’ah. Diantaranya adalah hadis yg diriwayatkan oleh al-‘Irbad bin Sariah:

‘Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami dengan nasihat yg tinggi sehingga mengalir air mata kami dan gementer hati kami. Seorang telah berkata: “Ya Rasulullah ; seolah-olah ianya nasihat perpisahan, apa yang engkau hendak pesan kepada kami .” Nabi saw bersabda: “Aku berpesan kepada kamu supaya kami bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat kepada pemimpin, sekalipun seorang hamba habsyah. Sesungguhnya sesiapa yg akan hidup selepas kematianku akan melihat banyak pertelingkahan.

Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin almahdiyyin. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dgn gigi geraham. Jauhilah perkara yang baru dalam agama. Sesungguhnya setiap perkara yg baru itu adalah bid’ah. Setiap bid’’ah itu sesat.’ (Hr Ibnu Majah dan Hakim – dihukum sahih oleh hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi)

4. Kata2 sahabat ra tentang perkara ini.

Diantaranya apa yg diriwayatkan oleh Mujahid; beliau berkata:

“Aku dan Abdullah bin Umar masuk ke masjid yang telah berkumandang azan. Kami hendak solat di situ. Tukang azan telah mengajak untuk didirikan solat (yg bukan azan dan iqamah seperti as-Solah as-Solah). Abdullah bin Umar pun keluar dari masjid dan berkata “Mari kita keluar dari tempat beradanya pembid’ah ini.” Dan beliau tidak solat disitu. (Hr Thabrani)

Kesimpulannya: Bidaah ini ada dua pendapat tentang pengertiannya. Oleh kerana demikian terdapat perbezaan dgn amalan2 yg bida'ah ini. Sapa yg mengikut ulama yg mengatakan sesuatu itu bid'ah maka dipersilakan. Begitu juga dgn sebaliknya. Marilah kita sama2 menghormati kedua2 pandangan ulama yg muktabar ini. Jgnla pengikut2 kedua pihak ini berlebih2an dgn pendapat masing2.

Ulama2 masing2 layak berijtihad. Yg betul dapat 2 pahala dan yang salah satu pahala. Org yg berbalah tak dapat apa2 dan malahan dapat dosa. Jika hendak diadakan diskusi ilmiah dialu2kan dgn cara yang baik. Mana satu yg tepat hanya Allah sahaja yg mengetahui.

Marilah kita sama-sama saling membantu perkara yg disepakati seperti menegakkan Hukum-hukum Islam yg disepakati (oleh semua ulama) di setiap peringkat dan mencegah kemungkaran yg disepakati(semua ulama) yg berleluasa di seluruh tempat. Perkara yg khilaf kita bertolak ansur. KEMBALIKAN KEKUATAN DAN KESATUAN UMMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Masa Akikah

8 Syaaban 1431 H
Oleh: HAKHISALMAN

Baru-baru ni seorang sahabat kita telah kematian anaknya yg berumur tidak sampai sehari (moga Allah memberi pahala dan kesabaran kepadanya). Beberapa sahabat kita bertanya tentang apakah hukum melakukan akikah untuk bayi tersebut. Maka disini sy menghidangkan tajuk “waktu akikah” untuk menjawab persoalan tersebut. Akikah adalah haiwan yang disembelih sempena kelahiran bayi pada hari ke7. Hukumnya sunat.

Waktu mula Akikah

Bermula waktu akikah apabila telah keluar semua bayi tersebut. Waktunya berterusan sehingga hari yang ke tujuh. (Ini adalah pendapat mazhab Syafie dan Hambali)

Imam Nawawi berkata:

“Sekiranya disembelih binatang akikah selepas hari yang ke tujuh dr kelahirannya atau sebelum hari yang ke tujuh dan selepas kelahirannya, sah akikahnya. Kalau dilakukan sebelum kelahirannya tidak sah. Hukum tidak sah ini adalah sepakat para ulama.

Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat waktu akikah adalah pada hari ketujuh dan bukannya sebelumnya.

Waktu yg disunatkan akikah

Imam Nawawi berkata:

“sunnah menyembelih binatang akikah pada hari ke tujuh dari hari kelahiran”

Dalilnya adalah hadis Nabi saw:

كُلُّ غُلامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ ،

وَيُحَلَّقُ وَيُسَمَّى
“Setiap bayi yang dilahirkan tidak membesar dgn cara yang baik sehinggalah diakikahkan dgn disembelih binatang akikah pada hari ketujuh, dicukur dan diberi nama.” (Hr Abu Daud dan al-Hakim . Hakim dan az-Zahabi menghukum hadis ini sahih)

Kebanyakan ulama berpendapat hari kelahiran termasuk dalam hari yang tujuh.

Akikah untuk simati

Mazhab Syafie menyatakan sunat akikah untuk orang yang telah mati. Imam ar-Ramli (Ulama as-Syafie) telah berkata:

“Dan disunatkan menyembelih binatang akikah untuk yang telah mati selepas hari yang ketujuh atau sebelumnya dan setelah sempat untuk disembelih.”

Imam Hasan al-Basri dan Imam Malik mengatakan tidak sunat akikah untuk orang yang telah mati.

Sehingga bila boleh akikah

Imam Nawawi berkata:

“Ulama-ulama kami (Syafie) berkata : Akikah tetap disunatkan walaupun telah melepasi umur 7 hari. Disunatkan dilakukan akikah sebelum bayi itu mencapai tahap baligh.”

Apabila telah baligh maka bapa tidak disunatkan untuk melakukan akikah untuknya. Selepas itu diberi pilihan kepada orang tersebut samaada untk mengakikahkan dirinya sendiri atau pun tidak. Seeloknya dia mengakikahkan dirinya sendiri. Ini berdasarkan Hadis riwayat Anas bin Malik ra:

“Nabi saw mengakikahkan dirinya selepas baginda menjadi Nabi” (Hr Baihaqi)Imam Nawawi berkata: “Hadis ini adalah batil”

Imam Ibnu Hajar berkata:

“Hadis ini bukanlah batil pada semua sanadnya. Sesungguhnya Imam Ahmad, al-Bazzar, at-Thabrani telah meriwayatkan hadis ini dari beberapa sanad yg berlainan. Imam al-Hafiz al-Haithami mengatakan salah satu sanadnya adalah perawi-perawinya yg sahih melainkan sorang yang perawi hanya sampai taraf thiqah (bawah sahih dan atas daif).”

Bohong yang dibenarkan

8 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Definasi bohong:

“Menyatakan sesuatu yang menyalahi perkara sebenar, samada senghaja atau tersalah.” (kitab Misbahul Munir)

Hukum Bohong

Hukum Asal bagi bagi bohong adalah haram menurut al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.
Firman Allah swt:

“Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram untuk mereka2 pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang2 yang mereka2 pembohongan terhadap Allah tidak berjaya.” ( 116 : an-Nahl)

Ibnu Mas’ud meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang selalu bercakap bohong sehingga ditulis disisi Allah sebagai org yg sgt pembohong.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda:

“Besar pengkhianatan sekiranya kamu menceritakan satu cerita kepada saudaramu seIslam dengan keadaan dia mempercayai cerita itu sedangkan kamu berdusta.” (Hr Abu Daud – Imam Nawawi mendaifkan hadis ini)

Ijmak (sepakat) para ulama mengatakan haramnya berbohong.

Bohong yg dibenarkan
Pengarang kitab Mausuah al-Feqh (jilid 24/ms205) berkata:

“Kadang2 bohong adalah perkara yg diharuskan atau diwajibkan. Ucapan adalah perantara bagi tujuan. Setiap tujuan yang mulia yang boleh dihasilkan tanpa bohong maka haram berbohong. Sekiranya tujuan yang mulia itu tidak terhasil melainkan dgn berbohong maka harus berbohong. Sekiranya tujuan itu diharuskan maka berbohong menjadi harus dan jika tujuan itu wajib maka wajib berbohong. Contohnya menjaga darah orang Islam adalah wajib. Jika bercakap benar boleh menyebabkan tumpahnya darah orang Islam yang bersembunyi dari orang zalim, maka wajib berbohong. Wajib berbohong dalam hal ini sekiranya tidak diketahui terbongkar pembohongannya yang mengakibatkan kemudaratan yg lebih besar.”

Dalil kepada pengharusan ini adalah hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Ummu Kalsum ra:

ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فينمي خيرا أو يقول خيرا

“Bukanlah orang yang berbohong itu yang mendamaikan diantara manusia yang menyebabkan berkembangya kebaikan atau berkata perkara yang baik.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Ummu Kalsum ra juga meriwayatkan hadis Rasulullah saw:

“ Aku tidak pernah mendengar Rasulullah saw membenarkan manusia untuk berbohong melainkan dalam 3 perkara 1. Peperangan 2. Mendamaikan manusia 3. Cerita lelaki kepada isterinya dan sebaliknya.” (Hr Muslim)

Ulama juga membenarkan untuk tidak mengakui kesalahan yang tersembunyi yg dilakukan seperti zina pada masa lalu. Orang tersebut hendaklah bertaubat ke Allah dan menyembunyikan. Apabila ada pihak berkuasa bertanya dia boleh mengingkarinya. Rasulullah saw bersabda:

“Hendaklah kamu menghindari perkara keji yang dilarang oleh Allah. Sesiapa yang telah melakukannya hendaklah dia menutupnya dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya sesiapa yang kesalahannya diketahui maka kami akan melaksanakan hukum berdasarkan Kitab suci al-Quran.” (Hr Hakim – dihukum sahih oleh Hakim dan azZahabi).