22 April 2012

Najib umum Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang ganti Tsu Koon

30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Teng Chang Yeow
Teng Chang Yeow
GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru, menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Chang Yeow adalah Setiausaha Agung Parti Gerakan.
Najib mengumumkan demikian selepas mengadakan perjumpaan Bersama Jentera BN negeri sempena lawatan seharinya ke Pulau Pinang di Bukit Jawi Golf Club, di sini, pagi ini.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.


Najib berkata lantikan terhadap bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini.

"Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.

Pada November tahun lepas, Koh yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Najib berkata pelantikan Teng sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu juga sebagai pemangkin kepada kekuatan jentera BN khususnya di negeri ini yang memerlukan pembaharuan.

Pembaharuan ini bererti bahawa semua pihak harus bekerjasama dan bermuafakat serta boleh bekerja sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan parti, katanya.

"Dalam konteks Pulau Pinang ini, kita perlu kepada pembaharuan dan sebab itulah bila saya berbincang dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, beliau sedar hakikat ini dan sebab itulah beliau umumkan tak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini dan beliau beritahu akan tamatkan perkhidmatan dalam kerajaan sebab beliau tahu realitinya begitu.

"Terima kasih Koh Tsu Koon," kata Perdana Menteri.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan. - BERNAMA

60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam

30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 60 cedera dengan lebih 20 lagi parah selepas dua kereta api bertembung di pinggir Bandaraya Amsterdam, semalam.

"Setakat ini 60 cedera, antara 15 hingga 20 orang parah," kata jurucakap polis, Ed Kraszewski.
Kejadian berlaku berdekatan stesen Sloterdijk di barat pinggir Bandaraya Amsterdam, jam 6.30 petang waktu tempatan.
Ia membabitkan sebuah kereta api domestik biasa dari Amsterdam, berlanggar dengan sebuah kereta api laju, kata jurucakap Lembaga Kereta Api Belanda, Babet Verstappen. - AFP

60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam

30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 60 cedera dengan lebih 20 lagi parah selepas dua kereta api bertembung di pinggir Bandaraya Amsterdam, semalam.

"Setakat ini 60 cedera, antara 15 hingga 20 orang parah," kata jurucakap polis, Ed Kraszewski.
Kejadian berlaku berdekatan stesen Sloterdijk di barat pinggir Bandaraya Amsterdam, jam 6.30 petang waktu tempatan.
Ia membabitkan sebuah kereta api domestik biasa dari Amsterdam, berlanggar dengan sebuah kereta api laju, kata jurucakap Lembaga Kereta Api Belanda, Babet Verstappen. - AFP

60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam

30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 60 cedera dengan lebih 20 lagi parah selepas dua kereta api bertembung di pinggir Bandaraya Amsterdam, semalam.

"Setakat ini 60 cedera, antara 15 hingga 20 orang parah," kata jurucakap polis, Ed Kraszewski.
Kejadian berlaku berdekatan stesen Sloterdijk di barat pinggir Bandaraya Amsterdam, jam 6.30 petang waktu tempatan.
Ia membabitkan sebuah kereta api domestik biasa dari Amsterdam, berlanggar dengan sebuah kereta api laju, kata jurucakap Lembaga Kereta Api Belanda, Babet Verstappen. - AFP

Hanya RM3b tambahan untuk pendidikan percuma

30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ULASAN Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.

Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.

Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.

Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat PKR dan Pakatan.

Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:

(1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;

(2) Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;

(3) Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;

(4) Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan

(5) Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.

Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.

Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.

Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.

Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar BN kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun.

Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.


Mohd Rafizi Ramli pengarah Strategi PKR.

Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran Aidila Razak & Nigel Aw 10:00AM Apr 22, 2012 Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini mena

30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

NONE
Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 62 khemah itu ke dalam trak DBKL.

Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Hari kelapan demo siswa

Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.

NONE

Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.

Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.

Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.

Malaysiakini/-