06 April 2012

Rampas tanah: PAS Terengganu demo 24 April

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 6 April: PAS Terengganu akan mengadakan Himpunan besar-besaran 24 April ini bagi menyerahan memorandum isu tanah negeri kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Himpunan yang dijangka disertai lebhih 50,000 orang itu akan diadakan di hadapan Wisma Darul Iman, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata ia merupakan jalan yang terakhir yang terpaksa diambil setelah perlbagai kaedah sebelum ini gagal menyelesaikan masalah tersebut.

“Isu-isu rampasan tanah rakyat yang membabitkan pembinaan kolam udang dan jelapang padi di Setiu, kes rampasan tanah Kampung Banggol Donas, rampasan tanah generasi kedua Felda di Ketengah Jaya dan tanah Sekolah rendah Islam Darul Bayan yang dirampas 5 JKKK,

“Pelbagai kaedah telah diambil termasuk perbincangan, perundingan, usaha menyerahkan memorandum telah gagal,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Beliau berkata demikian pada sidang media (gambar) di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu semalam.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah PegarahJabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah.

HARAKAHDAILY/-

Lelaki menyamar pesakit rompak klinik gigi

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN – Sebuah klinik pergigian di Lebuh Raya Batu Lanchang di sini kerugian lebih RM10,000 dalam bentuk wang dan barang-barang selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pesakit petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timut Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, kejadian berlaku pada 4 petang apabila dua lelaki itu datang ke klinik berkenaan kononnya untuk mendapatkan rawatan.

"Semasa itu seorang doktor dan pembantunya, kedua-duanya wanita, berada dalam klinik berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

"Sebaik dalam bilik rawatan, lelaki itu bertindak mengeluarkan pisau dan meminta doktor serta pembantunya menyerahkan beg duit, telefon bimbit dan barang berharga," katanya.

Kong Meng berkata, doktor terbabit hanya menyerahkan telefon bimbit kerana beg duitnya berada di bilik lain sebelum lelaki berkenaan mengarahkan mangsa mengambilnya.

"Selain sejumlah wang tunai, dua lelaki itu turut melarikan sebuah komputer riba, sebuah iPad, seutas jam tangan dan alat pencabut gigi," katanya. – BERNAMA

Tindakan UTHM dakwa pelajar tidak sah

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 April: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius berkenaan isu perbicaraan tatatertib terhadap 3 orang pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Kaedah 3(a)(i) dan Kaedah 14 Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009).

Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) berkata, pihaknya mendapati bahawa pihak Jawatankuasa Tatatertib Hal Ehwal Pelajar UTHM telah melanggar banyak prosedur pertuduhan sebelum perbicaraan yang dijadualkan berlangsung hari ini.

“Pihak Juham telah menghantar representasi dan bantahan awal kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM memaklumkan kecacatan prosedur dan hak asasi yang tidak dipatuhi oleh pihak universiti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, selain daripada terdapat banyak kecacatan pada kertas pertuduhan itu sendiri, perkara asas kepada bantahan Juham adalah kaedah yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib UTHM adalah Kaedah yang ultra vires dan jelas bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan) 2009.

Selain itu juga, jelasnya lagi kertas pertuduhan yang diserahkan kepada pemimpin pelajar terbabit juga tidak mempunyai tarikh dan tidak dinyatakan secara spesifik butir-butir kesalahan yang dilakukan oleh mereka bertiga selain daripada pertuduhan yang bercanggah dengan Kaedah yang digunakan ke atas mereka.

Beliau berkata, ruang untuk mereka membela diri juga tidak diberikan, malah mereka terus dipanggil untuk menghadapi perbicaraan tersebut dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penggantungan atau dibuang daripada universiti.

Juham , katanya lagi melihat tindakan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib UTHM adalah bersifat terburu-buru dan pra matang.

“Asas kepada isu ini ialah bantahan mahasiswa terhadap program Umno yang dipaksa ke atas pelajar-pelajar UTHM yang diadakan pada 18 November 2011 dengan kehadiran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan,” ujarnya.

Mahasiswa di dua kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Tun Dr. Ismail dipaksa hadir dengan menutup lampu-lampu mereka.

Ini, katanya adalah satu tindakan yang sangat tidak matang dan pihak universiti pula ingin mengambil tindakan terhadap 3 mahasiswa tersebut bagi melindungi kepentingan politik Umno semata-mata.

“Walaupun prosiding tata-tertib tersebut telah ditangguhkan, pihak Juham akan terus membantu 3 mahasiswa UTHM ini bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya buat mereka,” katanya.

Beliau menambah, Juham akan memberikan sokongan, nasihat dan bantuan perundangn secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswa yang ditekan, diugut dan dizalimi seperti ini.

Tegasnya, mahasiswa adalah pewaris kepada kepimpinan masa depan negara dan sumbangan mereka amat bermakna, mereka tidak patut ditindas dan dilayan sebegini rupa oleh kerajaan Umno BN.

HARAKAHDAILY/-

Pemuda PAS sokong Himpunan Hijau 13 April

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan syabas kepada Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau yang telah merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bertujuan untuk membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 13 April ini.

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

“Beliau telah mengingatkan kita, isu Lynas ini sepatutnya menjadi sensitiviti rakyat Malaysia bukan hanya rakyat Pahang sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tegas menyokong Himpunan Hijau bakal dilaksanakan pada 13 April ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa para pemuda Malaysia untuk hadir beramai-ramai di peringkat negeri masing-masing pada 13 April ini.

“Kebersihan bumi kita perlu dipelihara, kesihatan kita perlu dijaga,” tegasnya.

HARAKAHDAILY/-

Apa di sebalik perjanjian Scorpene?

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.

MALAYSIAKINI/-

Kapal Tangki Terbakar Di Afghanistan, Tujuh Terbunuh

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KABUL: Polis Afghanistan berkata seramai tujuh orang awam telah meninggal dunia selepas kapal tangki bahan api terbalik dan terbakar di selatan Afghanistan.

Ketua Polis wilayah Kandahar Jeneral Abdul Razaq berkata tiga orang awam lain mengalami kecederaan serius dalam kejadian pagi Jumaat di daerah Panjwai.

Taliban mendakwa mereka melepaskan roket ke kapal tangki bahan api, menyebabkan ia meletup.

Tetapi Razaq berkata tiada roket telah dilepaskan.

Beliau berkata kapal tangki telah terbakar selepas terbalik.

MSTAR/-

Inilah beza polis Malaysia dengan Kanada

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Nak rasa water canon jom turun Bersih 3.0...Setakat water canon jer xder hal....Perjuangan bukan sekadar kata2 betul tak.....

HARAKAHDAILY/-

Drama cemas suami mahu kelar isteri

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SAKDAWUT menghisap rokok sambil mengacukan pisau dekat leher isterinya di sebatang jalan raya di Bangkok semalam.

BANGKOK - Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.

Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.

Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.

Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.

Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku. - Agensi

GMI adu Suhakam Najib mungkir janji mansuh ISA

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 April: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini sekali lagi mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana kecewa terhadap tindakan kerajaan melengah-lengahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana kerajaan belum membentangkan usul memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat (EO) di Dewan Rakyat meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan berbuat demikian pada Oktober tahun lalu.

"GMI hari ini menyerahkan memorandum ini juga bagi memohon pihak Suhakam menimbangtara beberapa tuntutan GMI seterusnya dipanjangkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri," kata beliau di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabatnya, dekat sini hari ini. (Gambar oleh Wan Zahari)

Memorandum tersebut antara lain menggesa kerajaan patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti anti keganasan dan membentuk mekanisme baru menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan.

"GMI menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi menegakkan keadilan untuk setiap tahan ISA dan membolehkan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Selain itu, Syed Ibrahim turut meminta Suhakam mengeluarkan kenyataan menegaskan pendiriannya berhubung ISA.

Detta dalam respon balasnya bersetuju dengan tuntutan GMI itu dan berkata, media juga memainkan peranan untuk memberi maklumat kepada rakyat berhubung ISA.

"Media juga harus memainkan peranan melaporkan berkaitan ISA dan seumpamanya.

"Kalau semua pihak diam, nanti kerajaan ingat rakyat setuju dan gembira dengan keadaan sekarang, dengan apa yang mereka buat," katanya.

Protes di Parlimen

Sementara itu, Syed Ibrahim memberitahu, GMI akan mengadakan protes menuntut pemansuhan ISA di bangunan Parlimen, Isnin ini jam 11 pagi.

"Melalui protes ini juga GMI akan menyerahkan memorandum menuntut Perdana Menteri mengotakan janji bagi memastikan ISA segera dimansuhkan.

"GMI menyeru sokongan dan solidariti daripada rakyat, NGO, Suhakam, NGI, parti politik, ahli parlimen, Adun, media dan masyarakat antarabangsa untuk menuntut perkara di atas demi keadilan semua pihak," katanya.

HARAKAHDAILY/-

Surirumah OKU diugut bunuh pasang bendera PAS

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 April: Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan polis, semalam di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU.

Menurut blog http://jasindaily.blogspot.com, ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan, di Bukit Baru, semalam.

"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berikutan dengan kejadian itu, Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Yani Ismail telah membuat laporan polis petang semalam.

Yusof berkata, perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita di sebelah rumah surirumah OKU ini. Hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah.

"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut, lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah.

HARAKAHDAILY/-

Task force IC: Pemuda PAS Alor Setar lapor polis

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 6 April: Pemuda PAS Alor Setar hari ini membuat satu laporan polis berhubung pendedahan wujudnya task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda PAS Alor Setar Norazam Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar di sini kira-kira jam 11 pagi ini.

Turut mengiringinya, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Setiausaha Akbar Presiden PAS, Nasaie Ismail serta 10 penyokong.

“Bagi saya pendedahan itu sangat serius seolah-olah nak jual Negara kepada orang asing.

“Ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ianya pengkhianatan kepada Negara,” kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berada di sana sempena lawatan kerja Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar Rabu lalu mendedahkan, bahawa wujud satu pasukan khas yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Ianya antara lain turut dianggotai wakil SPR, adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun beberapa nama yang dikaitkan dengan task force itu menafikan dakwaan itu termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

“Kita mintak perbuatan jijik ini dihentikan segera oleh pihak-pihak terlibat.

“Saya juga menggesa dewan pemuda, muslimat kawasan di seluruh Negara untuk membuat laporan sama,” kata Mazlan.

HARAKAHDAILY/-

Pengembom Berani Mati Di Afghanistan Bunuh 2 Orang, 12 Lagi Cedera

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KABUL (Afghanistan): Seorang pengembom berani mati meletupkan dirinya di luar gedung di timut laut Afghanistan, mengorbankan seramai dua orang dan 12 lagi cedera.

Gabenor Badakhshan, Shah Waliullah Adeeb berkata, letupan itu berlaku pada Khamis di dearah Kishim.

Beliau berkata, pengebom itu mensasarkan Nazok Mir, seorang ketua yang menerauji perjuangan Afghanistan dalam menentang Soviet pada tahun 1980-an.

Pemberontak membunuh saudara Mir pada tahun lepas.

Pemberontak mensasarkan tokoh-tokoh pemimpin di utara negara itu bagi menghapuskan pembangkang kepada Taliban, yang mempunyai kubu yang kuat di selatan. - AP

Hutan melintang sindir Speaker.

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Wakil dari Hutan Melintang, YB. Kesavan memulai ucapan perbahasan dengan memetik terjemahan sepotong ayat Al Quran dan memohon semua ahli dewan mengambil iktibat dan pengajaran dari ayat itu.

Beliau juga yang menyokong Titah Ucapan pemangku raja perak mengingatkan mengenai semua pihak mengambil perhatian dengan kemunculan ngo yang mengapi-apikan semangat perkauman.

Dewan juga digamatkan dengan sindiran beliau kepada speaker DUN yang kerap turun di Hutan Melintang yang disifatkan sebagai menyalah gunakan segala kemudahan speaker untuk berkempen.

Berpantang maut sebelum ajal

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ARAU – Dua pekerja binaan cedera parah apabila sebatang palang konkrit patah sehingga menyebabkan mereka melambung setinggi 10 meter ketika pembinaan jejantas untuk penjalan kaki bagi bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar, kelmarin.

Mangsa, Sutrino Kamaruddin Aknar, 43, dari Jakarta, Indonesia dipercayai patah tulang belakang manakala rakyat tempatan, Fadhli Abdul Rahman, 21, yang berasal Terengganu cedera di badan, kedua-dua mereka dirawat di Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar Kedah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku ketika dua pekerja terbabit berada di atas binaan besi semasa palang konkrit berkenaan dipasang.

Menurutnya, semasa palang konkrit itu diletakkan pada tiang jejantas berkenaan palang tersebut tiba-tiba retak dah patah lalu mengenai binaan besi di mana dua pekerja binaan itu berada.

“Palang itu dipasang dengan menggunakan sebuah kren, tiba-tiba palang itu patah dua semasa kerja-kerja meletakkannya di tiang jejantas lalu mengenai binaan besi yang diduduki dua pekerja terbabit.

“Selepas terjatuh dua pekerja binaan itu masih sedar namun cedera parah dengan badan yang berlumuran darah , mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) oleh majikan mereka,” katanya.

Katanya, kini mereka telah dipindahkan ke PMC, di mana Fadhli telah dipindahkan ke wad biasa untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala pekerja warga Indonesia masih dalam penjagaan rapi.

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), enggan mengulas lanjut mengenai kemalangan terbabit kerana siasatan sedang dijalankan.

Sinar Harian

Penduduk Cameron Highland akan berkhemah di Putrajaya

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Penduduk Cameron Highland akan turun ke pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini dan berkhemah di sana sehingga mendapat jawapan konkrit daripada perdana menteri terhadap enam isu utama yang mereka hadapi.

kg berembang third demolition 050307 aru"Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.

Beliau mendakwa, telah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, tetapi masalah penduduk Cameron masih tidak selesai.'

Sebelum ini, katanya, kumpulan tersebut sudah meghantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka tujuh kali.

"Sudah hantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan berjumpa mereka dua kali dan sudah hantar empat (surat) kepada Pejabat perdana menteri dan berjumpa mereka dua kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa masalah penduduk terbabit langsung tidak diselesaikan dan mereka juga tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.

Oleh itu, tegasnya, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pergi berkhemah di pejabat perdana menteri sehingga mendapat satu jawapan yang konkrit.

Menurut Arutchelvan, 40 penduduk yang mewakili enam isu berkenaan akan hadir di Putrajaya. Isu-isu tersebut ialah:

Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.

Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.

Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron.

Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.

Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron

Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.

Arutchelvan berharap rakan-rakan seperjuangan akan turun bersama penduduk Cameron Isnin ini dan meneruskan sokongan sehingga mendapat satu kata putus dari perdana menteri.

malaysiakini/-

Persiapan Menuju Hari Akhir

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
اَلْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَجَعَلَ لِلْوُصُوْلِ إِلَيْهِ طَرَائِقَ وَاضِحَةً وَسُبُلاً.
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ شَهَادَةً نَرْجُوْ بِهَا عَالِيَ الْجَنَانِ نُزُلاً، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، أَقْوَمُ الْخَلْقِ دِيْنًا وَأَهْدَاهُمْ سُبُلاً،
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَسَلِّمَ تَسْلِيْماً.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Hadirin Sidang Jumaat sekelian,

Marilah kita sentiasa memuji Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menjadikan hidup dan mati, untuk menguji hamba-hamba-Nya sehingga dapat dibezakan siapakah yang paling baik amalannya di antara mereka. Maka berbahagialah orang-orang yang bertakwa dan rugilah orang-orang yang berbuat maksiat kepada-Nya.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Ketahuilah, bahwa kehidupan dunia ini ibarat jambatan yang sedang dilalui oleh orang-orang yang hidup di dalamnya. Setiap orang akan melewati dan meninggalkannya, lalu menuju ke destinasi yang ditujui.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan dunia ini sebagai tempat beramal dan akhirat sebagai menuai hasilnya. Maka setiap orang yang beramal, pasti akan menerima balasannya. Dan orang yang lalai pasti akan menyesali perbuatannya. Bagi membolehkan balasan ini diterima maka kehidupan dunia ini mesti ditamatkan. Oleh kerana kematian pasti akan datang, maka apa sahaja yang mendatang adalah sesuatu yang dekat hakikatnya. Maka, janganlah kita terpedaya dengan gemerlapnya kehidupan dunia yang sementara ini, sehingga melalaikan dari kehidupan hakiki di akhirat nanti.

Saudara-saudaraku kaum muslimin rahimakumullah,

Kematian akan memisahkan kita dari keluarga, harta, serta kehidupan dunia kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾ نَحْنُ أَوْلِيَآؤُكُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِىٓ أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ ﴿٣١﴾

“Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, ‘Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih dan berbahagialah dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepada kalian.’ Kami adalah penolong-penolong kalian dalam kehidupan dunia dan akhirat, di dalam (syurga) kalian akan memperoleh apa yang kalian inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kalian minta.” (Surah Al-Fusilat: 30-31)

Muslimin yang dihormati,
Kebahagiaan yang abadi bermula di saat malaikat maut datang mencabut nyawa kita. Orang yang beriman akan diberikan gambaran tentang bagaimana kesudahannya di akhirat. Kebahagiaan ini akan berterusan di alam Barzakh dengan segala bentuk kenikmatan di dalam kuburan. Kemudiannya mereka akan menempuhi alam Hisab di padang mahsyar dengan tenang sementara menanti hari Pembalasan. Bagi mereka kenikmatan syurga dan segala isinya buat selama-lamanya.

Adapun orang-orang yang menyerahkan dirinya kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, menjalani kehidupan tanpa tanpa tunduk kepada panduan Allah, maka dia akan menanggung siksa yang sangat pedih. Bermula di saat kematiannya dan berterusan sehingga kekal di dalam neraka Alllah.

Sidang Jumaat rahimakumullah,
Ingatlah bahwa kita semua pasti akan dihimpunkan pada hari kebangkitan. Seluruh manusia, sejak yang pertama kali diciptakan hingga yang terakhir diciptakan akan dibangkitkan dari kuburnya, lantas akan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Manusia akhirnya akan terbahagi kepada dua kelompok besar ; penghuni syurga dan penghuni neraka. Allah SWT menyatakan dalam Al-Quran:

كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَآ أَسْلَفْتُمْ فِى ٱلْأَيَّامِ ٱلْخَالِيَةِ ﴿٢٤﴾
“Makan dan minumlah kalian dengan penuh ketenangan disebabkan amal yang telah kalian kerjakan pada hari-hari yang telah lalu (saat di dunia).” (Al-Haqqah: 24)

Manakala mengenai ahli neraka Allah menyatakan :
أَن تَقُولَ نَفْسٌۭ يَـٰحَسْرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِى جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّـٰخِرِينَ ﴿٥٦﴾
“Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya dahulu aku termasuk termasuk dalam golongan orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).” (Az-Zumar: 56)

Hadirin yang dirahmati Allah,

Tidak ada satu pengecualianpun yang disebutkan oleh Allah dalam ayat-ayat yang dibacakan tadi. Ketika di dunia kita boleh mengatakan bahawa kita tidak perlu sesiapa, kita tidak mengganggu sesiapa, dan jangan ada sesiapa yang patut mempersoalkan apa yang kita lakukan. Di alam barzakh hingga ke hari pembalasan, tidak ada disediakan tempat menunggu atau pihak tengah antara kebenaran atau kebatilan.

Setiap kita akan berada sama ada di syurga atau neraka selama-lamanya. Maka kita wajib menentukan di manakah kita berada ketika di dunia untuk mempastikan di manakah kita di akhirat kelak. Kita akan berada di atas paksi Syariat Allah, atau sentiasa membantu para pendokong Syariat Allah. Sebaliknya jika kita hanya memikirkan kepentingan dunia, meremehkan sagala titah perintah Allah, malah masih berterusan menentang Syariat Allah

فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ﴿٣٧﴾ وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا ﴿٣٨﴾ فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٣٩﴾ وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾
“Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabb-nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).” (An-Nazi’at: 37-41)

Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang beruntung, sehingga mendapatkan syurga-Nya dan diselamatkan dari siksa api neraka.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Rintihan pemandu lori

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - “Sudah tiga hari lori saya tidak beroperasi, rezeki pun terjejas. Semuanya kerana takut disaman lagi oleh pihak berkuasa kerana masih ada saman belum dijelaskan.”

Itu luahan seorang pemandu lori, Kassim Mohamad 45, yang mengakui terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman yang dikenakan kepadanya kebelakangan ini.

Rintihan Kassim itu turut dirasai 100 pemandu lori lain yang turut menerima nasib sama dan mahu pihak berkuasa memandang berat kemelut yang dihadapi mereka sejak tiga bulan ini dengan melonggarkan sedikit penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka.

Bapa kepada tujuh anak yang sudah 25 tahun menjadi pemandu lori berkata, dia mengetahui menjadi kesalahan jika membawa lebih muatan, tetapi sejak akhir-akhir ini, mereka sering disaman kerana melakukan kesalahan kecil.

“Disebabkan masalah ini, kami terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman.

“Baru-baru ini misalnya, saya disaman hanya kerana terdapat sedikit lubang pada badan lori ketika dalam perjalanan menghantar muatan,” katanya yang perlu menjelaskan tiga kompaun saman dikenakan terhadapnya.

Seorang lagi pemandu, N Ragunathan, 38, sejak tiga bulan ini, sebanyak 20 kompaun saman dikenakan terhadapnya.

“Saya sudah menjelaskan 10 kompaun. Saya banyak terima saman kerana kesalahan meletakkan lori di tepi jalan ketika saya sedang makan dan rehat," katanya.

Sinar Harian

Tiga Maut Terperosok Bawah Lori

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BARU: Dua lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah lori dalam satu kemalangan ngeri di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini malam Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Baharu, DSP Ahmad Zaki Ibrahim berkata mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Tan Phei Shia, 24, bersama dua rakan lelaki, Eyu Win Lee, 30, dan Wee Wai Hwa, 24.

Ahmad Zaki berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan akibat tersepit di dalam kereta yang remuk selepas terperosok di bawah badan lori berkenaan.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Eyu Win Lee, dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

"Bagaimanapun, pemandu lori itu bertindak melarikan diri dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini Khamis.

Ahmad Zaki berkata ketiga-tiga mangsa yang tersepit itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing yang tinggal di Pasir Mas dan Pulai Chondong, Machang.

Katanya pihak polis sudah mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian untuk membantu siasatan dan kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.29 malam dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 13 anggota dari Balai Ketereh dan Machang.

Wan Ngah berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dengan menggunakan bantuan kren bagi mengalihkan lori yang menghempap kereta mangsa.

Salah seorang anggota keluarga Wee Wai Hwa yang enggan dikenali berkata, Wee yang sedang belajar di Universiti Malaya akan menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang, pulang ke kampung untuk satu upacara menghormati nenek moyang.

Wee juga sepatutnya menghadiri jamuan makan malam keluarga, namun keluar dari rumah selepas dua rakannya itu tiba.

"Dia keluar rumah tanpa memaklumkan kepada keluarga. Selepas itu kami dapat berita mengenai kemalangan ini," katanya.

Anggota keluarga dua lagi mangsa yang ditemui di rumah mayat HUSM bagaimanapun enggan ditemu bual kerana masih bersedih. - BERNAMA

Premis hiburan kantoi curi air

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pengurangan ketara penggunaan air sebuah premis hiburan di Jalan Loke Yew, Cheras di sini sejak setahun lalu membongkar kegiatan sambungan air secara haram yang dilakukan dan membawa kepada tindakan pemotongan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), semalam.

Jumlah caj bil air yang kebiasaannya RM800 hingga lebih RM1,000 menurun kepada RM100 hingga RM300 sahaja sejak penyambungan haram itu dilakukan.

Lebih mengejutkan, jumlah kapasiti air yang dicuri iaitu 411.21 meter padu sehari, adalah bersamaan dengan penggunaan lebih 20 keluarga sehari.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kegiatan itu bukan sahaja menafikan hak lebih 20 keluarga setahun tetapi juga menyebabkan kerugian sebanyak RM378,898.64 kepada Syabas.

Menurutnya, maklumat berhubung penyambungan air secara haram itu diterima hasil aduan daripada orang awam awal tahun ini dan siasatan mengenal pasti ia berlaku sejak Februari 2011 lagi.

“Semakan mendapati syarikat terbabit mempunyai akaun bekalan air dan meter yang sah dan berstatus aktif.

“Namun siasatan mendapati pihak terbabit membuat sambungan secara ‘by pass’ daripada sambungan ‘tee off’ sebelum meter milik premis dengan menggunakan paip ‘poly’ berukuran 50 milimeter,” katanya pada sidang media ketika operasi berkenaan, semalam.

Beliau berkata, aktiviti membanteras kegiatan mencuri air giat dijalankan Syabas dengan kerjasama Span dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

Katanya, ia selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang tidak membenarkan sesiapa selain pemegang lesen membuat sebarang sambungan sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan.

“Mereka yang disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Untuk rekod, sejak 1 Januari 2011 sehingga kini, sebanyak 4,766 aduan berhubung kes curi air diterima di mana 4,740 disiasat, 796 disahkan sahih dan 10 kes dihadapkan ke mahkamah.

Sinar Harian

Pegawai kumpulan Profesional terlibat koyak Harakah

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Saya ada baca mengenai UMNO Putrajaya mengoyak akbar Harakah di Presint 8 Putrajaya
( http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9351-umno-putrajaya-mahu-bakar-harakah) dan dapat maklumat dari rakan terdekat yang berkhidmat sebagai penjawat awam kumpulan sokongan, terdapat seorang pegawai kumpulan Profesional join upacara ini(rujuk attachment yang disertakan).

Kalau boleh mendapatkan gambar/video yang lebih jelas lagi bagus sebab saya nak emel kepada bahagian admin MAMPU untuk diambil tindakan tatatertib sebab dah langgar akta pegawai kerajaan 1993. boleh emel kepada saya tak?

Kalo camni lah pegawai kerajaan sekarang, nanti Barisan Alternatif menang, sure dia buat perangai time berkhidmat walaupun dah jelas cakap pegawai kerajaan kena setia kepada kerajaan yang memerintah (tak kira la sapa pon)

sekian..wassalam

Harakah Daily

Pantai Desaru terancam!

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan projek RAPID Petronas yang bernilai RM 120 bilion di Teluk Ramunia. Kami sebagai penduduk sangat-sangat menyokong projek ini. Tetapi kami sangat runsing dengan syarikat subcontraktor yang menyedut pasir daripada laut untuk menambak lot tanah lebih daripada 500 ekar untuk projek perumahan penempatan semula penduduk.

Dengan menyedut pasir dihadapan pantai Teluk Ramunia / Desaru semua pantai yang cantik sekarang akan hapus disebabkan oleh hakisan. Ratusan ekar tanah tepi pantai kami akan tenggelam jika pengambilan pasir laut ini diteruskan.

Pengambilan pasir ini juga akan merosakkan pendapatan nelayan di kawasan Pengerang yang bergantung pada hasil sumber laut. Tidak ada sebarang kajian Enviomental Impact Assesment (EIA-Kajian Alam Sekitar). Pengambilan pasir laut ini dilakukan secara semborono dan boleh memusnahkan keseluruhan ekosistem pantai Johor.

Kami mengharapkan pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat mengambil tindakan segera untuk menghentikan pengambilan pasir ini.

Di kawasan Teluk Ramunia ada banyak bukit yang boleh ditolak untuk menambak tanah rendah tanpa merosakkan ekosistem laut dan pantai yang indah ini.

Apa akan jadi kepada projek Theme Park/Hotel Desaru bernilai RM6 bilion oleh Khazanah Nasional jika kesemua pantai Desaru musnah dihakis disebabkan pengambilan pasir laut ini?

Sekali lagi kami merayu kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri untuk campur tangan sebelum malapetaka alam sekitar yang besar ini melanda pantai Desaru dan Pengerang.


Sekian, Terima Kasih.

Harakah Daily

Hukuman ke atas Annuar Musa rugikan bolasepak negara

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Saya bukan hendak pertikaikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jauh sekali untuk 'menderhaka' dengan keputusan yang dibuat itu.

Tetapi rasa amat terkilan bukan sahaja diri saya tetapi juga seluruh peminat bola sepak negara yang masih setia dengan perkembangan bola sepak kita walau pun kedudukan pasukan negara semakin hari semakin jauh merosot diperingakat dunia.

Tan Sri Annuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM dan juga sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang telah dijatuhi hukuman dimana beliau telah digantung jawatannya selama 2 tahun 6 bulan olih Jawatankuasa Tatatertib FAM sendiri itu pada pendapat saya atas budi bicara eloklah ditarik balik.

Ini kerana adalah satu kerugian besar kepada negara kerana beliau adalah tokoh yang bersemangat waja yang mampu membawa pasukan bola sepak negara ketahap antarabangsa dan terbukti apabila KAFA dibawah kepimpinannya terserlah dengan memenangi beberapa kejohanan sama ada diperingkat negara ataupun dunia.

Kalau hukuman gantung itu tetap dikenakan selama 2 tahun 6 yang mana beliau difahamkan akan digantung juga jawatannya sebagai Presiden KAFA sudah tentu akan menjejaskan prestasi pasukan bola sepak Kelantan yang kini sedang dikemuncak kejayaannya dan berkemungkinan dengan hukuman itu juga Tan Sri Annuar akan tawar hati untuk menyambungkan jawatannya dalam FAM atau KAFA selepas tamat tempuh pergantungannya nanti.

Kritikan membina dan luahan sesiapa sahaja walaupun mereka yang berjawatan didalam FAM sendiri yang mahukan atau ingin melihatkan pasukan bola sepak negara maju setapak demi setapak hingga berjaya pergi jauh sehingga keSukan Olimpik, Asia atau Piala Dunia disuatu hari nanti sudah dikira suatu perjuangan untuk negara juga.

Diharap pihak pucuk pimpinan FAM kaji semula akan hukuman itu demi sukan untuk negara.

Untuk majukan sukan kita mahukan tokoh saperti Tan Sri Annuar Musa dan adalah satu kerugian besar kepada negara apabila kita sisihkan orang yang berpotensi yang mampu mengharumkan nama negara terutama sekali didalam sukan yang digemari rakyat saperti bola sepak.

Inilah kelemahan kita kerana selalu sangat dan lazimnya orang yang berani kerana kebenaran dan mampu buat kerja ditindas tetapi mereka yang putar alam dan kaki bodek mendapat kedudukan yang tinggi didalam sesuatu organasasi itu.

Sungguh malang rakyat Malaysia.

Harakah Daily

Pilihan Raya Pilih Presiden Serbia Pada 6 Mei

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BELGRADE (Serbia): Speaker Parlimen Serbia menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh untuk pilihan raya bagi memilih presiden itu, berikutan peletakan jawatan Boris Tadic.

Slavica Djukic-Dejanovic mengumumkan bahawa pilihan raya itu akan diadakan pada hari yang sama dengan pilihan raya umum.

Pemilihan presiden baru itu berikutan peletakan jawatan secara rasmi pada Khamis apabila Tadic menamatkan tempohnya sebagai presiden, meskipun tempohnya itu sepatutnya tamat pada awal tahun depan.

Bagaimanapun, berdasarkan undian awal, Tadic memutuskan untuk memberi peluang kepada Parti Demokratik yang kalah dalam pemilihan pra-pilihan raya baru-baru ini dengan Parti Progresif yang dipimpin oleh Tomislav Nikolic.

Dalam pemilihan itu, Tadic yang merupakan pro-Barat berhadapan dengan cabaran yang kuat dari Nikolic, yang mempunyai sokongan daripada Rusia. - AP

Dipenjara akibat bertindak kejam pada kekasih

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Walaupun hubungan mereka baru berstatus kekasih, namun seorang pemandu lori sudah berani bertindak kejam dengan menampar dan menolak teman wanitanya itu sehingga cedera di muka dan lengan kanan dalam satu kejadian di sebuah inap desa, di sini, hujung bulan lalu.

Gara-gara sikap panas barannya itu, Mohd Asrul Aswadi Yusof, 29, menerima pembalasan setelah dia dijatuhi hukuman penjara selama lima hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Pengkalan Arang, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi jika dia gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa, Shafinaz Ismadi, 21.

Mohd Asrul Aswadi mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di sebuah inap desa di Taman Semarak, Batu Enam, di sini, kira-kira jam 10 malam pada 30 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala Mohd Asrul Aswadi pula tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang menginap di inap desa berkenaan bersama mangsa telah bertengkar kira-kira jam 10 malam pada 30 Mac lalu.

Dalam pertengkaran itu, tertuduh bertindak kasar memukul mangsa dengan menampar muka serta menolak mangsa menggunakan kaki sehingga dia terbaring.

Berikutan pertengkaran itu, mangsa bengkak di bahagian muka sebelah kiri dan lebam di lengan kanannya sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Gong Badak.

Susulan laporan itu, tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di kediamannya kira-kira jam 4 pagi pada 2 April lalu.

Sinar Harian

Tiga sahabat maut nahas

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Tiga sahabat maut, apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dan terperosok bawah lori dalam kejadian di Kampung Cina, Kok Lanas, di sini malam kelmarin.

Kejadian pada jam 7 malam itu, menyebabkan pemandu kereta, Eyu Win Lee, 30, yang bekerja sebagai mekanik dan dua penumpang, Tan Phei Shia, 24, dan Wee Wai Hwa, 24, mati di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.19 malam.

“Dua jentera dari balai Ketereh dan Machang dengan 13 anggota dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.

“Bomba mengambil masa 25 minit bagi mengeluarkan mayat mereka kerana keadaan kereta yang remuk dan terperosok di bawah lori menyukarkan kerja-kerja menyelamat,”katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Supritendan Ahmad Zaki Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika kereta jenis Daihatsu Charade yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bharu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Win Lee, dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

”Akibat pertembungan itu, kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terperosok ke bawah lori dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat,”katanya.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing yang tinggal di Pasir Mas dan Pulai Chondong, Machang.

Ahmad Zaki berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian

Diikat, diugut dengan parang

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT (U) - Seorang ahli perniagaan bukan sahaja diikat, malah diugut dengan parang sekiranya bertindak melawan dalam satu kejadian pecah rumah di kediamannya di Taman Heawood, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, tiga lelaki bertopeng dipercayai menceroboh masuk rumah mangsa an dengan memotong kunci pintu hadapan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, ketika kejadian semua ahli keluarga sedang nyenyak tidur, kecuali mangsa yang terkejut dengan kehadiran tiga penjenayah itu.

Menurutnya, mangsa yang berusia 50 tahun itu kemudiannya diikat menggunakan besi penyangkut baju dan diarah supaya tidak membuat bising.

“Bimbang dicederakan, mangsa hanya menyerah dan membiarkan tiga perompak itu menggeledah rumahnya.

“Perompak hanya memasuki dua bilik sahaja iaitu bilik mangsa dan bilik ibu mangsa tetapi sewaktu kejadian ibunya tidak menyedari kehadiran tiga lelaki itu. Manakala bilik anak-anak dan isterinya tidak di ceroboh memandangkan ia dikunci dari dalam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian termasuk kehilangan kad pengenalan, sebuah telefon bimbit, sebentuk cincin dan wang tunai sebanyak RM2,000.

Azman berkata, mangsa dan ahli keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan dan sebaik sahaja penjenayah melarikan diri, mangsa dapat membuka ikatan di tangannya sebelum segera membuat laporan polis.

Katanya, meskipun rumah mangsa mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV), tetapi tidak berjaya merakam kejadian itu.

“Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut serta kes ini disiasat sebagai samun bersenjata,” katanya.

Sinar Harian

Lelaki menyamar pesakit rompak klinik gigi

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN - Sebuah klinik pergigian di Lebuh Raya Batu Lanchang di sini kerugian lebih RM10,000 dalam bentuk wang dan barang-barang selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pesakit petang semalam. (Gambar Hiasan)

Ketua Polis Daerah Timut Laur ACP Gan Kong Meng berkata kejadian berlaku pada 4 petang apabila dua lelaki itu datang ke klinik berkenaan kononnya untuk mendapatkan rawatan.

"Semasa itu seorang doktor dan pembantunya, kedua-duanya wanita, berada dalam klinik berkenaan. Pembantu klinik itu meminta kad pengenalan mereka untuk direkodkan bagaimanapun dua lelaki terbabit tidak memberikannya dan menulis nama di atas borang. " katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selepas selesai mengisi borang, pembantu klinik berkenaan membawa seorang daripada lelaki itu ke dalam bilik rawatan.

"Sebaik sampai dalam bilik rawatan, lelaki itu bertindak mengeluarkan pisau dan meminta doktor serta pembantunya menyerahkan beg duit, telefon bimbit dan barang berharga," katanya.

Gan berkata doktor terbabit hanya menyerahkan telefon bimbit kerana beg duitnya berada di bilik lain sebelum lelaki berkenaan mengarahkan mangsa mengambilnya.

"Selain sejumlah wang tunai, dua lelaki itu turut melarikan sebuah komputer riba, sebuah i-Pad, seutas jam tangan dan alat pencabut gigi," katanya.

Klinik yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 7 petang itu memiliki kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun dua lelaki terbabit turut melarikan perakam berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua lelaki berkenaan merupakan suspek yang sama menyamun sebuah klinik pergigian di Jelutong pada Rabu lepas.

"Operasi mengesan dua lelaki berkenaan sedang giat dilakukan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan," katanya.

Agency

Terry puji kejayaan Roberto Di Matteo

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHN Terry menyatakan kegembiraan dengan perubahan yang dilakukan oleh Roberto Di Matteo sejak beliau mengambil alih jawatan Andre Villas-Boas sebagai pengurus Chelsea.

Melihat Di Matteo berjaya membimbing The Blues yang melalui detik suram ke separuh akhir Liga Juara-Juara, mengakui pasukannya tidak beraksi seperti diharapkan, namun kemenangan ke atas Benfica memberikan kelegaan kepada pasukan dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan.

Dalam masa sama, berharap mampu mengatasi Barcelona dalam usaha menempah tiket ke pusingan akhir­ di Munich, Didier Drogba percaya kejayaan tersebut mampu mengubah waktu suram Chelsea.

Sinar Harian

Ultras Kelantan rancang bantahan aman

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MENYIFATKAN hukuman­ penggantungan dua setengah tahun yang dikenakan kepada bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tidak wajar dan Ultras Kelantan mengadakan perhimpunan­ aman bagi menyuarakan bantahan.

Jurucakap Ultras Kelantan yang enggan dikenali berkata, hukuman dikenakan FAM terhadap Annuar tidak sepatutnya berlaku jika ingin melihat perubahan dalam industri bola sepak negara.

“Komen yang dinyatakan beliau adalah membina dan bukannya memburukkan sesebuah pasukan mahupun individu, kami semua terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya.

“Ultras Kelantan akan tetap memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bagi kerana kita menyokong apa yang betul dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Katanya, Ultras Kelantan merancang mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman berkenaan dalam masa terdekat.

“Kita akan mengadakan perbincangan bersama ahli untuk mendapatkan pandangan­ dan sokongan sebelum sebarang keputusan diambil.

“Buat masa ini kita masih belum menetapkan bila dan dimana bantahan akan diadakan,” katanya.

Sinar Harian

Mahfuz ajak sertai gerakan Anti Pemalsuan IC

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 April: Perbuatan memalsukan kerakyatan pendatang asing adalah pengkhianatan yang membahayakan keselamatan dan keamanan negara, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Yang lebih jijik ialah pengkhianatan itu dilakukan oleh parti yang memerintah kerana pembangkang tidak mungkin dapat melakukan perkara itu," katanya.

Serentak dengan itu, beliau mengajak parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini menyertai gerakan Anti Pemalsuan IC (API) bagi menentang pengkhianatan yang dilihat sebagai usaha terdesak untuk mengekalkan cengkaman kuasa Umno ke atas negara ini.

"Saya menggesa semua parti politik dan NGO di seluruh negara yang mahu menyelamatkan negara ini dari ancaman pengkhianatan yang dilihat umum sebagai didalangi oleh Umno itu supaya menyertai PAS dan Pakatan Rakyat menggerakkan API.

"Saya menggesa semua parti politik dan NGO termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasok. Momogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)," katanya.

Dengan penyertaan pelbagai pihak di dalam API, Mahfuz yakin usaha menyelamatkan negara dari ancaman pengkhianatan tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi gesaannya ketika berucap di Dewan Rakyat Rabu lalu supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan memberikan kerakyatan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN).

Mahfuz menuntut penubuhan suruhanjaya diraja itu ketika meminta penjelasan dari kerajaan tentang pendedahan wujudnya satu task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN.

"Jika kerajaan jujur, suruhan jaya diraja itu mesti ditubuhkan segera sebelum pilihan raya.

"Mesti ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk nak pastikan supaya pembersihan terhadap daftar pemilih, supaya tidak ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan mereka untuk membolehkan mereka membuang undi dan menentukan masa depan negara kita ini," katanya.

Mahfuz menyifatkan tindakan khianat memberikan kerakyatan kepada warga asing itu sebagai perbuatan "menjual negara kita ini kepada rakyat asing untuk semata-mata bagi kepentingan politik pihak kerajaan BN".

Sebab itulah, tegas beliau, suruhanjaya diraja tersebut perlu diwujudkan bagi memastikan bahawa keselamatan masa depan negara terjamin.

"Keselamatan negara kita ini mestilah bermula daripada proses demokrasi dalam negara kita ini - iaitu yang menentukan hala tuju masa depan negara kita ini ialah rakyat di dalam negara kita sendiri dan bukannya rakyat asing yang diberikan taraf kerakyatan," tegas Mahfuz lagi.

Harakah Daily

'Ancaman kristianisasi’ dan gejala murtad

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Sejak kebelakangan ini, kedengaran isu ‘ancaman Kristianisasi’ ingin ditonjolkan oleh pihak yang berkepentingan sebagai sesuatu yang sedang melanda ummat Islam, khususnya Negeri Selangor. Walaupun ianya tidak disebut secara terang-terangan, tetapi semua memahami mesej yang cuba disampaikan oleh golongan ‘kontraktor upahan UMNO ini, iaitu di bawah PR, aqeedah ummat Islam terancam dan orang Kristian ‘bermaharajalela’!

Bagi saya ini adalah bukti tambahan yang mengukuhkan keyakinan saya bahawa BN dan khususnya UMNO ketandusan isu. Seperti dakwaan mereka bahawa DSAI menyokong pembunuhan rakyat Palestine demi menjamin keselamatan Israel, ‘ancaman Kristianisasi’ merupakan satu lagi ‘kisah dogeng’ untuk memukul PR.

Sedangkan rakyat, khususnya yang di Selangor, dapat melihat sendiri realiti yang berbeza di persekitaran mereka. Masjid dan Surau semakin diimarahkan, bukan semakin sunyi. Para ustadz semakin disanjung dan dihormati, bukan semakin dipinggirkan.

Sekolah-sekolah dan tadika Islam semakin dipenuhi murid dan bukan semakin lengang. Malahan, para pemimpin turut kelihatan semakin berakhlak, bukan semakin sombong dan angkuh, tenggelam dalam kemewahan.

Namun, bagi yang tidak mempercayai apa yang dilihat di persekitaran mereka sendiri, maka saya pamerkan bersama jawapan Menteri BN sendiri ke atas soalan yang dikemukakan oleh YB Parit Buntar berhubung statistik murtad di Negara Malaysia.

Harakah Daily

Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinajaman PTPTN

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEREMBAN, 6 April: Kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding dengan kos memberikan pinjaman melalui PTPTN.

Ini kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,931 bagi seorang pelatih untuk menamatkan kursus yang mengambil masa 3 bulan di PLKN.

Sedangkan untuk ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala diploma hanya RM5,000 setahun.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani (gambar atas) yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini memaklumkan, seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas.

Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Berdasarkan angka itu, kata Taufek, kos untuk seorang pelatih PLKN selama 3 bulan yang diberi percuma adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat ijazah selama 1 tahun.

Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun.

Kenyataan beliau dipercayai untuk mewajarkan cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.

Antara tunggak utama perbelanjaan pelajar IPTA adalah yuran pelajaran, asrama dan makan.

Harakah Daily

Devan, 6 pemain terima surat amaran

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JURULATIH Johor FC, K Devan bersama enam pemainnya menerima surat amaran daripada pengurusan pasukan susulan persembahan hambar ditunjukkan dalam saingan­ Liga Super dan kegagalan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Pengurus pasukan, Wan Nizam Wan Omar berkata, surat amaran berkenaan diberikan kepada Devan dan enam pemain terbabit sebelum Skuad Lebah bertandang ke Terengganu untuk menentang pasukan pantai timur itu, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kesemua nama pemain yang menerima surat berkenaan dan memberikan maklumat lanjut mengenai hal itu.

“Johor FC sekadar seri dengan Terengganu. Mata yang diraih di Terengganu tidak mengubah kedudukan pasukan yang kini di tempat ke-14 dalam liga dengan 11 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

“Jurulatih bersama enam pemain ini sudah diberi surat amaran untuk pasukan kembali bangkit bermula dengan perlawanan menentang Terengganu. Pengurusan pasukan akan membuat keputusan mengenai nasib selepas selesai pusingan pertama perlawanan liga,” katanya.

Skuad Lebah bakal berdepan cabaran Lions XII di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, esok, sebelum bertemu Gergasi Merah Kuning, Selangor bagi perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super, 14 April depan.

Sinar Harian

Keputusan suku akhir Liga Europa

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BERIKUT keputusan perlawanan suku akhir Liga Europa yang berlangsung awal pagi tadi.

Athletic Bilbao 2-2 Schalke 04
(agregat 6-4)

Met'st Kharkiv 1-1 Sporting
(agregat 2-3)

Hannover 96 1-2 Atl Madrid
(agregat 2-4)

Valencia 4-0 AZ Alkmaar
(agregat 5-2)

Sinar Harian

Lari 200 meter elak dicekup

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MUAR – Seorang lelaki lari lintang pukang sejauh 200 meter bagi mengelakkan diri daripada ditahan sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Arab pada kira-kira jam 11.30 malam, 31 Mac lalu.

Suspek berusia 20 tahun itu bertindak demikian kerana ketakutan berikutan membawa sepeket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 0.74 gram.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihak polis melihat suspek menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, ia mendorong pihak polis menahan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal yang dinaiki suspek.

“Malangnya, suspek meninggalkan motosikal di tepi jalan sebelum melarikan diri ke Jalan Arab.

“Ketika melarikan diri, suspek mencampak kan sepeket plastik lutsinar di tepi jalan yang dipercayai dadah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Nasir berkata, kepantasan pihak polis berjaya memberkas suspek di Jalan Arab berhampiran sebuah hotel dekat sini.

Katanya, suspek seorang penganggur dan berasal dari Kampung Kelantan, Jalan Tengku Bendahara, di sini memiliki dadah untuk kegunaan sendiri.

“Ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis syabu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil siasatan lanjut, suspek turut mengaku terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal di sekitar daerah Ledang,” katanya.

Katanya, susulan pengakuan itu membawa kepada penemuan satu rangka motosikal dalam semak di Tanjung Agas.

Menurut beliau, motosikal berkenaan dilaporkan hilang pada 2 Disember tahun lalu di Ledang.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan ditahan reman sehingga 4 April lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan, Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama,” katanya.

Sinar Harian

AS hukum penjara pengedar senjata 'Merchant of Death'

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Pengedar senjata Viktor Bout, yang terkenal dengan panggilan "Merchant of Death", dihukum penjara 25 tahun oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ketika hukuman dijatuhkan, bekas pegawai Kesatuan Soviet itu menjerit "itu pembohongan."

Pendakwa raya membentangkan kes dengan mendakwa Bout ada mengakui bahawa dia menjual senjata bagi membunuh rakyat Amerika.

Pada November lalu, Bout, 45, didapati bersalah cuba untuk menjual senjata berat kepada kumpulan pemberontakan Colombia.

Dia ditahan di Bangkok pada 2008 susulan siri operasi di mana pemberi maklumat AS menyamar sebagai pemberontak Colombia.

Bout, yang dilaporkan menjadi inspirasi bagi penyeludup senjata dalam filem Hollywood, Lord of War tujuh tahun lalu, berada dalam tahanan di Thailand selama dua tahun sebelum diekstradisikan ke AS untuk menghadapi tuduhan.

Pengumuman hukuman tertangguh dua kali ekoran permintaan peguam-peguamnya agar diberikan lebih masa untuk membuat persediaan dan mendakwa pendakwa raya telah memerangkap warganegara Rusia itu.

"Dua puluh lima tahun sudah cukup," kata hakim Shira Scheindlin selepas Bout menegaskan dia tidak bersalah.

Ketua Jabatan Peguam Manhattan, Preet Bharara dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata: "Viktor Bout telah bertindak sebagai penyeludup nombor satu senjata bertahun-tahun, membekalkan senjata bagi kebanyakan wilayah yang berkonflik di seluruh dunia."

"Dia akhirnya dibawa ke muka pengadilan di mahkamah Amerika," katanya lagi.

Kenyataan itu menambah Bout mula menyalurkan senjata kepada wilayah-wilayah yang berkonflik di Afrika pada 1990-an.

Sinar Harian

Yayasan Sultan Kelantan biaya kos pembedahan Mawar

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mewgles, di sini, sebagai bayaran kos pembedahan Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad.

Pengerusinya, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata, sumbangan biayaan kos ini merupakan titah dari Suakilkan Pengerusi Yayasan Sultan Kelantan untuk menyerahkan cek berjumlah RM40,000 kepada wakil Hospital Glenealtan Muhammad V yang prihatin terhadap masalah menimpa Mawar Nur Farisya seperti yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.

“Sultan meminta saya segera menyerahkan bantuan ini. Mawar layak terima bantuan, ia sebagai satu tanggungjawab sosial kepada golongan susah yang menghidap penyakit kronik.

“Ia sekali gus mencapai objektif penubuhan Yayasan Sultan Kelantan bagi mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di samping, membantu golongan susah tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan,” katanya selepas menyerahkan cek di Hospital Gleneagles, semalam.

Sementara itu, Ibu Mawar, Sahida Ramli, 29, berkata, keluarganya amat berterima kasih di atas keprihatinan Sultan dan Yayasan Sultan Kelantan yang sudi membantu kos pembiayaan pembedahan Mawar Nur Farisya.

Katanya, wang melalui kempen Sinar Harian yang diterima akan digunakan untuk rawatan susulan­ Mawar dan turut berterima kasih kepada seluruh pembaca dan penderma.

“Tidak dinafikan, Sultan Kelantan adalah Sultan berjiwa rakyat. Saya tidak menyangka akan mendapatkan bantuan sebegini. Sememangnya ini rezeki Mawar,” katanya.

Turut hadir, Bendahari Yayasan Sultan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Sinar Harian

200kg abu al-Quran dilupus

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kira-kira 200 kilogram (kg) abu al-Quran di perairan Terengganu iaitu sejauh kira-kira sembilan batu nautika, di sini, semalam mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu ALLAH itu.

Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Mengandungi Teks al-Quran anjuran Bahagian Penyelidikan JHEAT itu diketuai Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penyelidikan) JHEAT, Mohd Noor Mohamad dan turut disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh.

Muhammad Ramli berkata, projek tersebut telah bermula November 2011 melibatkan kerja-kerja awal pelupusan termasuk daripada proses pengasingan, merincih serta pembakaran yang dilaksanakan secara manual oleh kakitangan JHEAT, Bahagian Penyelidikan secara separuh masa.

“Projek ini dilaksanakan bagi menjaga kesucian al-Quran daripada dicemari dan diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya. Proses perlaksanaannya dilakukan pihak JHEAT mengikut garis panduan fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

“Jangka masa yang agak lama diperlukan kerana proses pelupusan dilakukan secara manual dan terlebih dahulu harus dipastikan helaian al-Quran diceraikan satu persatu daripada kulitnya sebelum dirincih,” katanya.

Menurutnya, proses pembakaran pula dilakukan dalam relau yang direka khas diperbuat daripada tong dram dan perlu dikawal apinya dari masa ke masa bagi mengelakkan ketidaksempurnaan hasil pembakaran.

“Setelah betul-betul yakin helaian tersebut hangus dan menjadi abu, barulah ia dikumpulkan lalu dimasukkan ke dalam karung plastik yang setiap satu mengandungi dua lapisan plastik. Pada hari ini (semalam), melibatkan sebanyak 33 beg plastik yang mengandungi lebih 200 kg abu al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Mengandungi Teks al-Quran, di sini, semalam yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Timur.

Muhammad Ramli berkata, selain dihantar oleh individu yang dikumpul khususnya di masjid-masjid, abu al-Quran dan bahan-bahan berkaitan ‘dilepaskan’ itu juga adalah daripada Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

Menurutnya, dalam perkembangan berkaitan, JHEAT diminta menyediakan kertas kerja kepada Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu supaya pihak-pihak terlibat dapat menyediakan sebuah mesin pembakar khas (incenerator) sebagaimana dilaksanakan oleh Percetakan Saufi di Cheras.

“Sekiranya cadangan mengadakan ‘incenerator’ ini menjadi kenyataan, diharapkan JHEAT akan menggandakan usaha untuk mengumpulkan al-Quran lama yang rosak bagi tujuan dilupuskan apatah lagi diyakini pasti banyak al-Quran lama masih tersimpan di rumah ataupun masjid.

“Masyarakat harus mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kesucian al-Quran ini. Malah, ada kedai-kedai fotostat membuang kertas-kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Quran secara mudah dan tidak diuruskan dengan sewajarnya,” katanya.

Sinar Harian

Impian temu Dr Sheikh Muszaphar bakal tertunai hari ini

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH – Impian pesakit kanser, Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, 8, bakal menjadi nyata­ apabila angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor akan menemuinya di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, jam 10 pagi, hari ini.

Pertemuan yang disusun Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (PIKM) itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof yang bersimpati keadaan adik Wan Arif Ferdaus.

Naib Presiden PIKM, Teoh Teik Hoong berkata, pelbagai acara disusun Wan Arif Ferdaus bersama Syeikh Muszaphar dan Fadillah termasuk membuat lawatan di Planetarium Negara berikutan cita-citanya ingin menjadi angkasawan.

“Ibunya menghubungi pihak kami bagi menunaikan impian Wan Arif Ferdaus yang kini menghidap kanser tahap empat di kaki kirinya dan impiannya­ kini dapat kami ditunaikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu ibunya, Zetty Ramli, 28, terharu dengan kesudian Syeikh Muszaphar Syukor menunaikan impian­ anaknya dalam masa singkat.

“Kami turut bersyukur dengan keprihatinan orang ramai yang sudi menyumbangkan wang kos pembedahan abang.

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dengan mereka yang sudi membantu kami,” katanya yang setakat ini berjaya mengumpul lebih RM13,000.

Sinar Harian

Sidang DUn Perak hari ke 4 : ADUN Bercam pertikai jumlah pelaburan susut di Perak

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ADUN Bercam dari Pakatan Rakyat , YB. Sum Cheok Leng bertanyakan mengenai jumlah pelaburan Negeri Perak pada tahun 2011 sebanyak RM 984.9 juta telah menurun berbanding sebanyak RM 2.054 Billion dan pada tahun 2010 sebanyak RM 3.039 Billion.

Dalam soalan tambahan, beliau mempersoalkan juga mengenai kenapakah pelabur-pelabur asing seperti dari Taiwan meninggalkan negeri Perak selepas dalam tempoh tertentu.

'Hukuman FAM beri saya semangat baru'

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Hukuman gantung dua setengah tahun yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Tan Sri Annuar Musa kelmarin nyata tidak melunturkan semangat timbalan presiden itu untuk terus aktif memajukan sukan bola sepak.

Dalam mesej yang disampaikan menerusi Facebook, Annuar berkata, beliau akan terus bergiat aktif untuk membangunkan bidang bola sepak.

"Mereka boleh gantung atau haramkan saya dari bola sepak, tetapi saya haramkan diri saya untuk berhenti daripada aktif memajukan bola sepak Malaysia," kata Annuar.

Annuar yang sebelum ini berkata akan akur menerima apa juga hukuman Jawatankuasa Tatatertib berkata, bagi beliau tindakan FAM ini telah memberi semangat baru kepadanya.

"Mereka boleh mengambil semua pangkat saya, tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya.

"Sekarang biar orang ramai dan peminat untuk menilainya, dan ALLAH yang menentukan segalanya," kata Annuar.

Annuar dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Dengan itu, FAM memutuskan Annuar didapati bersalah dan memutuskan untuk menggantung Annuar dua setengah tahun.
Keputusan itu menetapkan beliau tidak boleh mengemukakan rayuan atas alasan hukuman dikenakan adalah minimum dan perlu berjalan secara berasingan kerana ia adalah dua kesalahan berbeza.

Beliau juga perlu melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disandangnya.

Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.

Mengikut peraturan FAM hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

Sinar Harian

Sidang DUN Perak hari ke 4.

14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Sidang DUN Perak diteruskan lagi pada hari ini untuk hari ke 4 dengan sepeker dewan memulai sidang pada jam 9 pagi tadi.

Biasanya sidang pada hari jumaat akan berlangsung hanya separuh hari dan berakhir sebelum jumaat.

Sidang dimulai dengan sesi soalan lisan selama sejam dan akan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan menyokong Titah Ucapan Perasmian oleh Pemangku Raja Perak.