01 Jun 2010

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'

18 Jamadil Akhir 1431 H

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab ‘intifada’.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam ‘serangan’ berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

Malaysiakini/-

Program Jelajah Pemimpin Perihatin berjaya dekati masyarakat bawahan




PARIT BUNTAR : Saya sentiasa mengalu-alukan program yang diatur untuk bertemu dengan rakyat, demikian antara ucapan yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam Program Jelajah Pemimpin Perihatin yang diadakan Berhampiran dengan Surau Nur Jihad di Cawangan Kg. Perak disini pada 23 Mei yang lepas.

Program tersebut adalah anjuran bersama PAS Kawasan parit Buntar, Majlis Tindakan DUN Titi Serong dan UPU Kg. Perak dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Parit buntar dan pejabat ADUN Titi Serong.

Dalam ucapannya juga Drs. Khalil telah memuji usaha gigih yang dilakukan oleh Qariah Surau Kg. Perak yang telah berjaya mengubah imej surau kepada lebih baik dengan siapnya pembinaan baik pulih surau tersebut.

"Dengan usaha gigih yang dilakukan oleh penduduk kampung tanpa mengenal penat dan lelah akhirnya surau di Kg Perak lebih indah dan ceria dan mencantikkan lagi permandangan disekitar Parit Buntar" Ucap Drs. Khalil.

"Kerana itu sebagai mengahargai usaha itu apalah kira sudinya dengan bantuan dari pelbagai pihak saya telah berjaya untuk menyumbangkan karpet untuk kemudahan para jemaah di surau ini" Kata Drs. Khalil.

Selain Ucapan Perasmian, Program sepetang itu diisi dengan pelbagai kegiatan lain iaitu Penyampaian kepada fakir miskin, Pemeriksaan kesihatan, daftara pemilih baru dan ziarah warga terlantar.

Drs. Khalil dan isteri telah meluangkan masa untuk menziarahi 4 warga telantar di cawangan tersebut. Disamping menyampaikan bantuan, pesakit yang terlibat juga diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Dalam ucapannya juga Drs. Khalil menyeru kepada seluruh penduduk kampung untuk peka kepada isu-isu tempatan dan isu-isu nasional. Beliau juga menjelaskan bahawa Pejabatnya sentiasa terbuka dari hari Isnin hingga Jumaat untuk menerima aduan rakyat.

"Sekadar kemampuan yang ada kita akan sampaikan bantuan dan sumbangan" jelasnya.



Drs. Khalil didampingi oleh naib YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Azhar Shahrin menyerahkan sumbangan karpet kepada Setiausaha Surau Nur Jihad.

Penyampaian sumbangan kepada fakir miskin



Kehadiran menggalakkan dari warga setempat.

Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapannya.

Pemeriksaan Kesihatan secara percuma.


Kaunter daftar pemilih baru.


Program Pas For all di DUN Manjoi.

Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang warga penduduk di DUN Manjoi sempena dengan Program PAS For All yang diadakan pada 29 mei yang lepas. Program yang dianggap berjaya itu adalah langkah Awal PAS Perak untuk memastikan DUN tersebut dirampas dari tangan BN dalam Piliharaya Umum ke 13 akan datang.

Jelajah rumah ke rumah ADUN Titi Serong di Pekan Tanjung Piandang

ADUN Titi Serong bergambar dengan sekumpulan warga Cina dalam jelajah tersebut.


18 Jamadil Akhir 1431H.

TITI SERONG, 30 Mei :-Usaha Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim untuk bertemu masyarakat diteruskan dengan program jelajah dari rumah kerumah di sekitar Pekan Tanjung Piandang. Program tersebut dibantu oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS setempat yang diketuai oleh En. Bak Chua.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil telah mengambil peluang untuk bertanya khabar dengan pemilik kedai-kedai yang menjalankan perniagaan disitu . Selain itu beliau juga dengan berjalan kaki sekitar 2 jam telah menjelajah dari rumah ke rumah perkampungan Cina yang terletak berhampiran dengan pekan Tanjung Piandang.

Menurut Setiausaha kepada ADUN berkenaan,Hj. Zakaria Abdullah bahawa program tersebut adalah salah satu dari berbagai program yang telah dan akan dilakukan bagi memastikan semua pihak ditemua tanpa mengira bangsa dan agama.

"Pejabat kami sedang mengatur program seumpama itu untuk memastikan ADUN Titi Serong dapat bertemu dengan lebih banyak rakyat di kawasannya" jelas Hj. Zakaria.

Selain itu menurutnya lagi setiap program yang dilakukan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak . "Untuk lawatan di Pekan Tanjung Piandang, banyak yang ditemui rasa terkejut dengan kehadiran kami dan bertanyakan adakah sudah mahu pilihanraya ?" Kata Hj. Zakaria.

"Sebenarnya pertanyaan tersebut adalah gambaran bahawa program turun menemui rakyat dari rumah ke rumah sebelum pilihanraya adalah sangat baik , disamping bertanya khabar mereka mengambil peluang untuk mengadu masalah masing masing kepada ADUN Titi Serong" Tegasnya lagi.
















Forum di Sg. Petani

30 Mei 2010 : Drs. Khalil Idham Lim (berjubah serba hitam) menjadi panel Forum pada Program Expo Keilmuan Islam Zon Kenangan dan Mawar , Amanjaya Sungai Petani dengan tajuk Forum "Ilmu Pemangkin Ummah"

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Filipina

17 Jamadil Akhir 1431H.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 6.16 petang hari ini.

Gempa bumi itu berlaku di 7.0 darjah Utara dan 124.1 darjah Timur kira-kira 191km barat Davao, Filipina dan 675km timur laut Lahad Datu, Sabah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui

17 Jamadil Akhir 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

Tentera Israel tembak sukarelawan pro Palestin

Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan tentera Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP

Nasib 2 wartawan, 6 relawan M'sia belum diketahui

17 Jamadil Akhir 1431H.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini.

ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman yang merupakan berkata, lapan rakyat Malaysia itu terdiri daripada enam sukarelawan dan dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Dr Abd Rani yang kini berada di Instanbul juga mengesahkan melalui SMS kepada Malaysiakini bahawa 16 terkorban dan enam kapal yang diserang itu kini dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Malaysiakini/-

Negara bisa bangkrap bukan kerna subsidi

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Nash Ar-Rawy

Bukan kerna subsidi, negara bangkrap kerana selama 50 thn, tak bangkrap pun . Tetapi, elemen rasuah dan salahgunakuasa seperti jual telaga minyak dan wilayah kepada Brunei bernilai RM320 BILLION, saham bumiputra lesap RM52 Billion, Rosmahnajib judi Forex rugi RM32 Billion tapi broker untung sapu keliling ,wilayah KTM jual kepada Singapura aset negara yang bernilai berbilion ringgit.

Bakun rugi RM 1 Billion , Moonsoon Cup curi duit Royalti bazir RM6 juta, Masjid Kristal( duit curi ehsan wang rakyat ) tiada kariah, tiada makmum bazir RM5 juta jadi pusat pelancungan!!!! Duit PPRT RM berbillion lesap! Penyelewengan berbillion ringgit wang negara dalam PKRZ dan banyak skandal lagi .Bukan kerna subsidi ; negara boleh bangkrap pada 2019 seperti kata Dato’ Idris , menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Umnolah yang hasbiskan duit rakyat, joli katak demi kroni sanggup tak kisah jika negara bangkrap !!!! Tergamak dan buta perut Umno. Bahkan, Umno tak kisah menaikkan harga minyak , pemaksaan GST dan membebankan rakyat menanggung bebanan hutang negara yang berbillion dollar akibat daripada kerakusan projek kroni, rasuah dan salahguna kuasa.

Malaysia mungkin jadi Greece seperti kata Idris jika UBN terus pegang tampuk pemerintahan negara. SPRM, PDRM, SPR, Mahkamah dan JPN cuma menjadi “ DEWAN/SAYAP UMNO” sahaja kepada UBN. Mana ada siasatan ke atas lesapnya saham bumiputra sebanyak RM52 Billion? Siapa yang ditangkap ? Wang negara RM32 Billion hangus dek perjudian Forex rosmahnajaib seperti yang pernah didedahkan Kuli, adakah disiasat SPRM ?.

Bermula daripada kes BMF dan Perwaja Steel; penyelewangan demi penyelewanan, rasuah demi rasuah, dan penyalahgunaan kuasa adalah kesinambungan kefasadan dan kemungkaran ekonomi yang dilakukan UBN tiada henti-hentinya. Kemudian temberang dengan retorik satu Malaysia .

Kepincangan sistem autokrasi-ISA negara dipagari oleh PDRM, mahkamah, SPRM , SPR dan JPN yang diletak dibawah kuasa Ketua Eksekutif( PM ) yang merupakan talian hayat dan boneka UBN.

Ini bercanggah dengan sistem Islam yang tiada membenarkan sebarang bentuk autokrasi dalam sistem pemerintahan. Justeru itu , untuk membendung sindrom salahguna-kuasa, korapsi dan penyelewengan wang negara . Pakatan dalam manifesto bertekad meletakkan IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Akauntan Negara, Pengarah Penjara, Juruaudit Negara, SPRM , SPR dan JPN di bawah kuasa DYMN Yang Dipertuan Agong; sekaligus bertanggungjawab penuh kepada Parlimen dan bukan menjadi ‘subordinate’ atau bawah pengaruh dan kuasa PM.

Jika rakyat tiada mahu Malaysia jadi seperti Greece atau Mexico perubahan tampuk pemerintahan perlu dipersiap-siagakan segera dan sekarang menjelang PRU 13; kemungkinan dibuat awal bersama dengan Sarawak, April tahun depan.

UBN tiada upaya lagi berdepan dengan kekuatan asli Pakatan Rakyat yang tiada rasuah politik; secara tertumpu dan fokus kepada Sarawak sahaja kerna iktibar daripada kekalahan UBN di Sibu, amat menakutkan sekali mereka. Ini adalah kerna Sarawak dan Sabah adalah penentuan siapa yang akan di hantar ke Putrajaya.

Rakyat Sarawak , Sabah dan keseluruhan warga satu Malaysia tiada dapat menerima kenyataan dan tiada bisa memaafkan UBN kerna nasi sudah menjadi bubur. Bukan sahaja warga keturunan Tionghua sahaja yang sudah menolak UBN sekalipun sekolah Cina dirasuah jutaan ringgit dan projek ‘mee segera’ yang lain . Namun, masyarakat Bumiputra Iban, Melanau dan Melayu sudah bangkit dan berani menolak UBN; membuat reformasi demi masa depan anak cucu mereka daripada menjadi mangsa kerakusan politik dan ekonomi kroni UBN.

Rakyat tiada akan memaafkan kefasadan UBN menjual wilayah negara ; dua telaga minyak yang bernilah RM320 Billion kepada Brunei. Umno tergamak gadai negeri dan jual maruah bangsa dan negara demi kepentingan kroni mereka. Ini adalah kerana dua telaga minyak tersebut lebuh kepada Brunei dan yang untung atas pengkhianatan tersebut adalah kroni UBN atas usahasama syarikat minyak kedua-dua negara . Wilayah tersebut bukan lagi hak dan milik negara , terapi hak mutlak syarikat kroni Umno!

Begitu jugalah Tanjung Pagar, Krinji, Bukit Timah dan Woodlands; tiada lagi menjadi milik negara kerna dijual kepada Singapura demi kepentingan kroni Umno ke atas syarikat kroni , usahasama Malaysia- Singapura. Ianya hak mutlak syarikat kroni bukan lagi milik Malaysia . Apa warga Johor dan Sarawak dapat? Negeri tergadai dek PETUALANG NEGARA! Umno yang tergamak jual negeri demi kroni. Bakun rugi demi knoni. Sime Darby lingkup tanggung biawak hidup jutawan kroni Mahathir. Duit PPRT dan Saham Bumiputra lebuh!; disapu muntahkedarah habis kroni Umno !

Jangan dibiarkan Si Pengangak Umno/BN menjadi hakim, kerna segala khazanah negara bisa di angkut mereka sehingga licin dan negara bisa menjadi muflis dan hancur! Rakyatlah hakimnya menangkap pencuri-pencuri dan petualang negara dengan menghukum mereka dalam PRU 13 nanti, insyaAllah. Kesalahan UBN terlalu besar dan tidak tertanggung lagi rakyat! UBN memang tiada bisa berubah kerana daripada BMF, Perwaja Steel ; sehinggalah kepada telaga Minyak Sarawak dan tanah KTM di Singapura. Pengkhiantan demi pengkhianatan dilakukan Umno dahulu sekarang dan selamanya !!! Inilah wajah Umno yang mempamirkan diri yang sebenar! Sudah tiada bisa diselindungi lagi .

Harapkan pagar, pagar makan padi . Cukuplah untuk sekian lama rakyat ditipu dengan proganda RTM yang menutup segala pekong UBN selama ini. Umno/BN boleh tipu rakyat pada satu masa , tetapi mustahil bisa menipu massa sepanjang masa. Buktinya rakyat menolak UBN di Kedah, Pulau, Pinang, Selangor dan Kelantan. Yang terkini kawasan Parlimen kubu kuat UBN di Sibu kecundang. Bersedialah Si penyanyak, pencuri , petualang dan pengkhianat Umno/Bn untuk menerima gelombang kesedaran dan kebangkitan massa yang sudah muak dengan penipuan retorik satu Malaysia dan permainan politik rasis Umno !.Sesebuah negara itu bisa bangkrup dan jatuh bukan kerna subsidi membantu rakyat , tetapi kerna amalan rasuah, skandal , penyelewengan , seks , pembaziran, salahgunakuasa dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Pemimpin yang mengkhianati negara !

Kompleks PAS: Komitmen besar bagi muslimat

17 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata, bagi menjayakan projek Kompleks PAS sudah tentu komitmen dan kerjasama daripada muslimat amatlah diperlu dan dialu-alukan.

“Kami merasa amat bersyukur dan gembira di atas pelaksanaan satu lagi perkembangan pesat yang positif yang dapat dijalankan oleh PAS.

“PAS maju setapak lagi dengan izin Allah SWT. Kami juga berdoa semoga hasrat suci ini akan menempah kejayaan dan benar-benar menjadi satu kenyataan serta dipermudahkan dari sebarang halangan oleh Allah SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak seluruh warga muslimat PAS dan para penyokong PAS dari kalangan wanita termasuk Dewan Himpunun Penyokong PAS (DHPP) yang baru mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saf Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS, Datuk Husam Musa serta seluruh ahli jawatankuasanya di atas kejayaan menggerakkan projek pembangunan tersebut.

Tamabhnya, syabas diucapkan juga dengan kejayaan majlis pecah tanah dan pelancaran dana yang telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

“Besarlah harapan kita agar kompleks ini akan menjadi markaz pembinaan modal insan bagi jemaah kita serta madrasah yang akan membina hamba-hamba Allah yang cintakan Allah, RasulNya dan perjuangan menegakkan Islam serta menyebarkan kebaktikan sesama insan dan keadilan untuk semua.

“Sempena 50 tahun muslimat menjadi tiang seri perjuangan PAS, kita menyeru semua pihak terutama warga muslimat tampil kehadapan bersama-sama memberikan sumbangan dalam menjayakan projek ini,” ujarnya.

Dalam usaha-usaha pengumpulan dana itu, katanya sudah terbukti sejak dulu bahawa para wanita mampu melaksanakan dengan jayanya.

Tambahnya lagi, di samping para isteri berusaha menambah sumber kewangan keluarga bagi membantu suami mereka beliau yakin muslimat akan bersungguh-sungguh melaksanakan sebarang aktiviti-aktiviti yang selaras dengan Islam bagi mengutip sumbangan dan mengumpul dana untuk maksud itu.

“Dengan kesungguhan muslimat menjayakan komitmen ini kita juga berharap projek ini akan dapat disiapkan segera dalam masa yang tidak panjang,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Riduan Mohamad Nor

SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN(JUN 2001- JUN 2010)

" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in.

Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah.

Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda. Rassullullah menyebut dalam hadishnya:

"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-citakaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. I

nilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati almarhum Ustaz Fadhil Noor pada 6 Jun ini, bertempat di Musolla Pejabat Agong PAS Pusat. Program ini dijangkakan seramai 200 orang peserta , dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Selangor. Antara pembentang ialah YS Salahuddin Ayub, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, Ustaz Fauzi Husain ( DUP Kedah). Semua dijemput hadir, Yuran 10.00 sahaja. Bermula 8.30 pagi..." Melakar masa depan bersama Islam"

**Riduan Mohamad Nor adalah exco DPPP, pendakwah dan perunding motivas

Harakahdaily/-

RM39.5 juta atasi masalah bekalan air

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 31 Mei: Sebanyak RM39.5 juta bakal dibelanjakan oleh kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi menyelesaikan masalah gangguan air di beberapa jajahan di negeri ini.

Dalam tempoh dua bulan, beberapa penyelenggaraan baru yang melibatkan peruntukan itu akan dilaksanakan di loji dalam kawasan Bachok, Machang, Jeli dan Kota Bharu.

Projek berkenaan dijangka siap antara dua bulan dari sekarang dan sehingga akhir Oktober tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini menggesa AKSB menyelesaikan masalah itu.

Tuan Guru dalam kenyataan memberitahu, sebanyak RM300,000 diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah tekanan air di kawasan terbabit yang dijangka akan selesai dalam tempoh dua bulan.

Katanya, gangguan air di Batu 30 telah diselesaikan dengan mengoperasikan satu pam di Loji Merbau Chondong.

“Manakala masalah di Kampung Pek, Kampung Raja, Kampung Kemucut dan sekitarnya, pihak AKSB akan memasang pam penggalak (in-line booster pump) bagi mengatasi masaalah itu.

Menurutnya lagi, bagi penduduk Jelawat dan kawasan sekitar, kerajaan negeri mencadangkan dua buah telaga lagi diwujudkan termasuk pemasangan dua pam yang dijangka dapat menambah dua juta liter bekalan sehari.

“Anggaran kos projek ini sebanyak RM200,000 di mana masalah air bagi kawasan Jelawat dapat diatasi dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Untuk penyelesaian jangka panjang, beberapa projek sedang dilaksanakan, iaitu projek menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) di Jeli dengan kos RM11 juta yang dijangka siap Ogos 2010 di mana ianya dapat memberikan kesan bekalan air bersih di seluruh Jajahan Jeli,”ujarnya.

Selain itu, projek naik taraf LRA Bukit Remah dan Merbau Chondong dengan kos RM15 juta yang dijangka siap akhir Ogos 2010.

Katanya, dengan siapnya projek itu, ianya dapat memberikan kesan kepada Pasir Puteh, Machang, Kok Lanas serta Kemubu dan Tanah Merah mengikut tempoh yang ditetapkan.

Jelasnya lagi, projek naik taraf LRA Chicha dengan kos RM13 juta akan memberikan kesan kepada sebahagian Kota Bharu, Bachok, Pengkalan Chepa serta Kemumin yang dijangka siap Oktober 2010.

Pada masa yang sama kerajaan negeri juga, ujarnya sedang meneliti beberapa cadangan segera yang lain untuk seluruh negeri Kelantan bagi mengatasi rungutan rakyat mengenai bekalan air.

Menurut Tuan Guru lagi, Kerajaan Pusat sedang meneliti cadangan membina satu benteng konkrit merintangi Sungai Kelantan untuk membolehkan paras air dapat ditingkatkan yang bertujuan untuk membolehkan beberapa pam utama sepanjang sungai itu mengepam air yang cukup.

Harakahdaily/-

Judi bola boleh beroperasi di negeri BN sahaja

17 Jamadil Akhir 1431 H

KOTA BHARU, 31 Mei: Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.

Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Jika mana-mana premis menjalankan urusan judi itu, pihak berkuasa tempatan yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan bertindak dan antaranya menyita premis itu.

Pengumuman itu dibuat Khalid ketika membuat ucapan penggulungan di Kongres PKR ke 6 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) petang semalam.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin berkata, kerajaan akan mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan bola sepak piala dunia tidak lama lagi.

Seorang lagi timbalan Mneteri Kewangan,Datuk Chor Chee Heung mengumumkan, Menteri Kewangan telah mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat arahan yang sama. Beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai agar jangan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Langkah yang sama telah dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan Kelantan yang mana menteri besar kedua-dua negeri itu adalah dari PAS iaitu masing-masing Datuk Seri Azizan Razak dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dengan tindakan para pemimpin Pakatan Rakyat ini bermakna kira-kira 30 peratus bakal pelanggan judi bola ini tidak akan dapat berbuat demikian kerana lesen premis tidak dikeluarkan oleh PBT di empat negeri Pakatan tersebut.

Sementara itu, Chor Chee Heung dalam kenyataan kepada media semalam memberikan amaran kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan dan tindakan boleh diambil ke atas mereka.

Oleh kerana judi bola sepak telah dihalalkan (legalise) oleh kerajaan persekutuan, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyekat dari berjalan di negeri berkenaan satu tindakan yang tidak betul dan bertentangan dengan undang-undang, kata Chor kepada media.

"Kerajaan negeri Pakatan, khasnya Pulau Pinang kena faham bahawa judi bola sepak tidak lagi kegiatan haram (di Malaysia)," kata Chor sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berucap di ceramah khas (gambar) sempena kongres PKR itu di sini berkata, beliau sedia ke mahkamah lagi bagi mempertahankan tindakannya itu.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Chor yang disiarkan akhbar Cina itu.
Lim Guan Eng pernah diseret ke mahkamah dan kemudiannya dipenjarakan ekoran tindakan beliau membela seorang gadis bawah umur yang didakwa dirogol oleh seorang bekas ketua menteri.

Harakahdaily/-

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas

17 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Harakahdaily/-

Millatfacebook Dilancar Selepas Facebook Hina Nabi Muhammad


17 Jamadil Akhir 1431H.

KUALA LUMPUR: Satu laman web rangkaian sosial popular iaitu Millatfacebook diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan hidup orang Muslim tanpa sebarang penghinaan ke atas Islam.

Persis rangkaian sosial popular Facebook, Millatfacebook dibina oleh sekumpulan rakyat Pakistan dan merupakan laman web rangkaian sosial pertama negara itu.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’.

Pertandingan yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS) itu kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’ telah dilihat oleh umat Islam sebagai menghina agama Islam.

Tindakan tersebut sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan, malah umat Islam di seluruh dunia.

Koordinator Millatfacebook, Salman Ahmed berpendapat, Facebook sangat popular kerana dua sebab iaitu ia menjadi tempat di mana orang dengan mudah menyalahgunakan hal-hal sulit dan peribadi mereka dan kedua, ia memiliki unsur-unsur berat sebelah dan 'menentang' persamaan hak.

“Saya berkata demikian kerana pada sebelah tangan isu-isu berkaitan Holocaust tidak boleh dibincangkan tetapi pada sebelah tangan yang lain perasaan umat Islam boleh terus disakiti dengan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad. "Walaupun beribu-ribu aduan telah dibuat terhadapnya (pertandingan karikatur Nabi Muhammad), namun pihak pengurusan Facebook tidak memadam atau mengharamkan halaman itu," katanya.

Halaman Facebook yang menghina Islam itu telah menarik lebih 105,000 peminat dengan paparan lima muka surat yang mengandungi lakaran kasar serta karikatur Nabi Muhammad.

Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad dan menganggapnya sebagai kufur.

Salman menjelaskan, sebab pihak pengurusan Facebook tidak mengharamkannya kerana ia adalah propaganda kebencian terhadap Islam dan jelas sekali mereka berselindung di sebalik propaganda kebebasan bersuara.

Malah, beliau mempersoalkan tidakkah mereka mempunyai idea tentang sebesar mana sayangnya dan penghormatan orang Islam terhadap Nabi Muhammad.

“Dan percubaan bodoh ini hanya akan menyatukan kami umat Islam sebagai satu umah dan ini menunjukkan betapa kami begitu serius tentang bagaimana untuk mempertahankan serangan-serangan itu,” ujarnya.

Salman mendakwa, Facebook menjana perolehan sebanyak 47 hingga 50 peratus daripada umat Islam dan kira-kira 10 hingga 12 peratus daripada jumlah itu adalah dari Pakistan.

Millatfacebook telah diperkenalkan oleh sekumpulan enam profesional muda teknologi maklumat (IT) dari Lahore, sebuah bandar budaya di Pakistan.

Setakat ini, laman berkenaan mempunyai keahlian kira-kira 64,714 individu dari seluruh dunia.

Fungsinya menyamai Facebook sedia ada yang mempunyai ‘wall’ untuk rakan-rakan bagi membolehkan mereka memberi komen.

Ia turut menawarkan kemudahan lain seperti emel, gambar, video, ruang sembang dan perbincangan.

Salman berkata, Millatfacebook adalah alternatif kepada Facebook dan ia direka menyamainya dari segi ciri-ciri dan kemudahan lain.

“Ia adalah untuk semua, malah sesiapa sahaja dari mana-mana agama tanpa sebarang penghinaan terhadap agama dan perkauman boleh menjadi ahli,” katanya

Mstar/-

Khairy gagal ketepi perintah bayar RM100 juta kepada Anwar

17 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar gagal mengenepikan perintah untuk membayar RM100 juta kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas gagal mengenepikan 'penghakiman engkar' (judgment in default) yang diperolehi Anwar sebelum ini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nazri Yahya juga mengarahkan beliau membayar kos yang terlibat dalam prosiding hari ini.

Penghakiman engkar terhadap Khairy diperolehi oleh Anwar pada 4 Disember 2008 selepas beliau (Khairy) gagal memfailkan kehadiran selepas disaman Anwar.

Namun begitu, Khairy telah memfailkan rayuan untuk mengenepikan perintah itu pada bulan Februari 2009 lalu.

Anwar menyaman Khairy ekoran ceramah beliau di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008 yang antara lain membayangkan Anwar sebagai seorang yang homoseks, rendah moral dan tidak mengamalkan akhlak Islam.

Dalam perbicaraan di depan penolong kanan pendaftar hari ini, Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Bukhari manakala Anwar diwakili oleh Sankaran Nair dan Wan Anuar Syahadat.

Harakahdaily/-

Nik Aziz syukur PAS kekal bersama Pakatan Rakyat

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

SEPANG, 30 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.

“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini. (Gambar)

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.

“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).

“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.

“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.

Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.

“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.

Sebelum pada itu, Abdul Hadi mewakili kepemimpinan PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada Nik Abdul Aziz kerana sudi merasmikan masjlis pecah tanah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru seluruh rakyat khususnya ahli-ahli PAS supaya berlumba-lumba berwakaf harta untuk membina kompleks PAS sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan membeli sebidang tanah untuk didirikan Masjid Nabawi di Madinah.

Turut bercakap di pentas yang sama, Datuk Husam Musa selaku Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Kompleks PAS.

Sebarang derma dan sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui Bank Islam Sdn. Bhd. (BIMB) bernombor 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markaz Tarbiah PAS.

Harakahdaily/-

Mantap ekonomi sebelum melangkah ke Putrajaya

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 30 Mei: Naib Presiden PKR, Lee Boon Chai memberi ingatan Pakatan Rakyat tidak boleh mengharapkan isu dalaman Umno sahaja untuk melangkah ke Putrajaya tanpa ada pelan ekonomi yang mantap.

Beliau berkata, sebelum ini banyak pihak bercakap untuk melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke 13 sedangkan pelan ekonomi berteraskan keadilan belum dikemukakan kepada rakyat.

“Urus tadbir yang baik perlu dipertingkatkan. Saya percaya pemimpin kerajaan negeri biar pun menghadapi tekanan namun prinsip urus tadbir berteras kebajikan semakin menjadi kenyataan,” ujarnya ketika menggulung perbahasan sempena Kongres PKR petang ini.

Kata beliau biar pun Menteri Besar Selangor dilantik oleh parti, namun suara dari rakyat perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan rakyat terus merajuk.

“Hulu Selangor walaupun tidak menang, tapi PKR telah menunjukkan kejayaan dalam menghadapi persaingan sengit pihak lawan.

“Seperti kata perdana menteri you help me, me help you. Inilah juga yang menjadi syarat kerajaan BN sehingga memberi lesen judi pada Berjaya Group. Ini perlu didedahkan kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau juga turut mengingatkan budaya tunjuk muka, show face hanya kepada Ketua Umum perlu dielakkan sekiranya ingin memajukan parti dan menjadi tonggak dalam perjuangan Pakatan.

Jalan ke Putrajaya

Seorang lagi Naib Presiden, Sivarasa melahirkan rasa yakin Pakatan Rakyat akan sampai ke Putrajaya mengikut susun atur perjalanan yang berlaku akhir-akhir ini.

Kata beliau contohnya pilihan raya kecil kecil Hulu Selangor dan Sibu merupakan petunjuk Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Sibu aspirasi dan petunjuk baru angin perubahan mula meniup dengan sokongan hingga 70 peratus masyarakat terhadap Pakatan," katanya.

Beliau berkata, biar pun PKR kecewa di Hulu Selangor, namun terpaka akur kerana BN banyak melaburkan duit untuk menang.

Oleh itu katanya, biar pun tidak menang, namun kerajaan Selangor perlu terus membantu masyarakat di Hulu Selangor teruatamanya dari aspek kemudahan asas yang masih ketinggalan.

“Program kebajikan juga perlu dipertingkat. Kita kena sedar dan faham kawasan estet telah memberi satu mesej yang jelas kenapa kita ditolak. Oleh itu program kebajikan secara berterusan kena diteruskan.

“Ia tanggungjawab bersama dan bukannya kerajaan Selangor sahaja. Kita kena terimalah kenyataan kesilapan yang berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau turut berharap program kebajikan diteruskan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Negara muflis

Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR memberitahu pemimpin Umno sudah tidak boleh diharapkan lagi kerana mereka sedang mengundang negara ke arah hampir muflis.

Menurutnya kerajaan Pakatan rakyat tidak boleh melakukan sama seperti pemimpin kerajaan BN terutama di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed yang hanya menjaga kronisme dan kelompok kecil pemimpin parti sahaja.

“Mahathir hanya menyalahkan konspirator barat apabila berlaku kegawatan ekonomi negara, walhal beliau gagal mentadbir negara. Jadi kita tidak mahu peristiwa seperti itu berulang kembali di negeri Pakatan," ujarnya

Azmin yang juga anggota parlimen Gombak mencadangkan ketua-ketua jabatan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat hadir pada kongres parti pada masa akan datang kerana pelbagai masalah rakyat dibincangkan.

Pada masa yang sama beliau turut menempelak pengkhianat parti khususnya jaguh lompat supaya jangan lagi mengaku sebagai anak didik Anwar Ibrahim kerana mereka hanya sekejap sahaja bersama pemimpin utama PKR itu.

“Sedangkan lebih ramai lagi yang berada dengan Anwar Ibrahim sampai berbelas tahun terus kekal sehingga ke hari ini. Inilah sebenarnya anak didik Anwar yang kekal istiqomah dalam perjuangan,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Tentera Laut Israel mula kepung Konvoi Gaza

17 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa Gaza (Freedom Flotilla) dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara.

Laman web Haluan Palestin yang memetik sumber melaporkan, konvoi Freedom Flotilla pada jam 7.30 pagi ini waktu Malaysia diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, tiga kapal perang dan sebuah helikopter.

Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati.
Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar itu.

Menurut sumber, di Turki telah diadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel mendesak Israel membatalkan hasrat mereka menyekat perjalanan konvoi.

Beberapa saat menjelang Maghrib, staff IHH mengumumkan kepada seluruh peserta konvoi Freedom Flotilla untuk memastikan diri mereka dalam keadaan siap sedia sebelum pukul 7 pagi ini waktu Antalya, Turki atau sekitar pukul 11 WIB.

Semua peserta diarahkan untuk menyimpan passport dan dokumen berharga masing-masing seperti dompet dalam plastik dan membawanya di badan untuk berjaga-jaga kemungkinan terpaksa berenang.

Konvoi Freedom Flotilla mengharungi laut sepanjang malam menuju Gaza. Dijangkakan bahawa keenam kapal konvoi armada kemanusiaan ini, termasuk Mavi Marmara yang terbesar, akan berhenti sekitar 40 batu dari Pantai Gaza untuk menanti hari siang kembali sebelum berusaha menembus sekatan kapal-kapal Angkatan Laut Israel.

Namun, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, Israel telah memperluas zon ketenteraan mereka dari 20 batu kepada 68 batu di perairan laut.

Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh konvoi Freedom Flotilla adalah melanggar perundangan antarabangsa kerana yang dihadapi Israel saat ini bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.

Dalam beberapa kesempatan sebelumnya, Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Fahmi Bulent Yildirim menegaskan bahawa tidak ada satu pun persenjataan yang dibawa dalam kafilah Freedom Flotilla.

“Bahkan sebatang paku pun tidak,” katanya.

Semalam, para peserta menghabiskan waktu mereka dengan berzikir dan memohon pertolongan Allah. Gaza dan seluruh muka bumi ini milik Allah Subhanahu wa Ta’ala hanya izin Allah saja yang kita minta untuk berjaya memasuki ke Gaza.

Sementara itu, Ketua Misi Lifeline4Gaza Malaysia, Noorazman semalam memaklumkan bahawa dijangkakan komando Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.

Beliau menyeru umat Islam menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah supaya anggota konvoi diberikan perlindungan oleh Allah bagi meneruskan misi membantu penduduk Gaza.

Harakahdaily/-

Khalid Ibrahim akur teguran perwakilan

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 30 Mei: Biar pun menjadi sasaran kritikan dan teguran perwakilan di Kongres PKR kali ini, namun ia diterima dengan dada terbuka oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malah disifatkan segala teguran yang dilontarkan perwakilan boleh menjadi panduan kepadanya untuk memacu Selangor ke arah lebih cemerlang.

Ketika menggulung perbahasan petang ini katanya, sepanjang tempoh pentadbirannya sebanyak 105 mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) sentiasa dibaca doa bagi mengelakkan ada Exco negeri terbabit dengan gejala rasuah.

"Pelbagai serangan termasuk isu pasir tetap saya hadapi dengan tabah. Malah kerajaan Selangor masih lagi dapat bertahan bagi melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat," katanya.

Khalid juga bersetuju beberapa saranan perwakilan seperti mewujudkan sebuah portfolio penerangan negeri bagi memberi penjelasan kepada rakyat di seluruh pelusuk Selangor.

Katanya, kerajaan Selangor juga akan membuka ruang kepada golongan muda menyertai pentadbiran negeri termasuk di majlis kerajaan tempatan.

“Kita perlu mencontohi beberapa negara luar yang menggunakan sepenuhnya tenaga muda dalam pentadbiran parti dan negara iaitu mereka di bawah umur 45 tahun,” ujar beliau.

Beliau juga melihat ada ruang untuk melantik pengerusi jawatankuasa kampung bagi menggantikan program Exco Angkat di Dun-dun yang dimenangi pembangkang.

“Saya berharap tidak ada perebutan dan yakin ramai yang boleh buat kerja, jadi janganlah pilih kawan semata-mata bagi kepentingan peribadi kita,” katanya.

Sementara itu Datuk Zaid Ibrahim melahirkan rasa terharu di atas penerimaan dan kepercayaan pemimpin PKR terhadapnya sehingga diberi kepercayaan menjadi calon pada pilihanraya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini.

Katanya kekuatan PKR menyebabkan Umno makin gelisah sehingga sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral dengan mengumpankan beberapa wakil rakyat parti itu.

“PKR juga perlukan perubahan dalam pelbagai aspek untuk menjadi sebuah parti yang digeruni lawan dan kawan. Resepinya hendaklah sentiasa bersedia menerima teguran dari pelbagai pihak,” ujar beliau.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berharap program penerangan perlu diperhebatkan lagi di kawasan Felda bagi membolehkan masyarakat peneroka mendapat maklumat jelas mengenai politik semasa dan kecemerlangan kerajaan Pakatan.

Harakahdaily/-

Lagi 1 tahun 2020, Malaysia bankrap

17 Jamadil Akhir 1431 H
http://gemasuara.blogspot.com/

Kenyataan Idris Jala Malaysia akan Bankrap setahun sebelum 2020 sangat memeranjatkan seluruh rakyat.Malaysia akan bankrap sebelum impian menggunung Malaysia sebagai negara maju melaluli wawasan 2020.

Ini bermakna wawasan 2020 selama ini dislogankan hanya bersifat membentuk pemikiran rakyat untuk menaruh harapan yang tak kunjung datang.Tahun 2020 datang,tetapi kedatangannya dalam keadaan Malaysia dah bankrap.

Sebelum ini dari zaman Tun Dr Mahathir rakyat dibuai kononnya kemajuan akan bakal mendatang rakyat perlu berkorban hari ini untuk kesenangan hari depan.Pelbagai tuduhan dilemparkan pada pembangkang yang mengkritik dasar kerajaan dengan tuduhan anti pembanggunan dan kemajuan.

Rakyat diseret dengan kepentingan politik nepotisme dan kronisma untuk mengenepikan pembangkang khususnya PAS.

Pemimpin umno/bn dan kroni mereka membina kekayaan dari projek- projek mega megah hinggalah kepada komisen kapal selam yang kononnya untuk merealisasikan wawasan 2020.

Mereka meniti jalan 2020 dengan penyelewengan,rasuah pembaziran dan keborosan serta penyalahgunaan kuasa.

Mereka memfaraidkan khazanah kekayaan negara seperti harta mak bapak mereka.Yang menentang mereka diISA.Rakyat ditakut dan dikurafatkan kononnya kalau lain dari Umno/Bn memerintah pembangunan tiada negara huru-hara.

Kini harapan akan diganti dengan kebankrapan impian akan bertukar menjadi kemuflisan.Sekali lagi rakyat diminta demi 2020 hapuskan subsidi kalau tidak Malaysia bankrap.

Inilah dia pemimpin bijaksana Umno/Bn yang membina kekayaan dengan airmata rakyat kini cuba merampas kehidupan rakyat

Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Tumbang BN secara berstrategi

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Amat penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat menggunakan medan pilihan raya umum ke-13 akan datang untuk menumbangkan Umno BN secara berstrategi.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana kejahatan yang dilakukan oleh parti pemerintah itu sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Pilihan raya ke-13 penting bagi kita. Kemungkaran, keburukan dan penyelewengan yang dilakukan Umno/BN sudah sampai ke tahap maksimum.

"Kita kena fikir bagaimana kita mahu ambil kesempatan itu untuk kita rampas pemerintahan daripada BN. Dan ini memerlukan kita kembali kepada apa yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w. bahawa kita sedang berperang dalam konteks fikrah, strategi, dan pendekatan dengan ummah," katanya dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Wilayah Persekutuan di Dewan Seminar Kohilal, dekat sini, hari ini. (Gambar)

Beliau juga melahirkan keyakinan angin perubahan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu akan kekal sehingga pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan berlangsung pada masa terdekat ini.

Katanya, segala perancangan jahat dan umpan yang digunakan Umno/Barisan Nasional (BN) untuk membeli hati rakyat menemui kegagalan.

"Daripada perkhabaran yang kita terima, pada 2011 ini mungkin sekali lagi akan berlaku pertarungan bagi kita seperti mana pada tahun 2008 dan kalau itulah keadaannya kita lihat hari ini angin perubahan di kalangan rakyat itu masih kekal.

"Kita lihat segala yang dirancang dan dilakukan oleh Umno/BN banyak yang makan tuan. Strategi mereka banyak yang tidak menjadi. Segala yang mereka lontarkan kepada rakyat untuk membeli hati rakyat tidak menjadi," katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu turut berkata, kegagalan Umno/BN menawan hati penyokong PAS adalah kerana dasar dan prinsip PAS yang berbeza dengan organisasi lain dengan meletakkan Islam sebagai asas utama.

"Ini semua bagi kita menunjukkan sebahagian daripada istiqamah kita dan doa kita kepada Allah SWT dan disebabkan dasar dan perjuangan kita yang berbeza dengan organisasi lain.

"Cara PAS mendidik kita dalam politik tidak sama dengan orang lain. Takrif politik yang kita didik juga tidak sama. Oleh itu kita boleh sebut tentang politik di mana sahaja. Di atas pentas politik, di program parti, dalam program terbuka termasuk dalam masjid," katanya.

Justeru ujarnya, pendokong PAS khususnya di Wilayah Persekutuan sendiri, perlu bijak mendekati para pengundi dengan cara yang pelbagai mengikut latar belakang pengundi.

"Orang yang perlu kita dekati terdiri daripada pelbagai latar belakang, kefahaman dan sensitiviti. Jadi tugas kita untuk menggunakan cara yang berbeza mengikut latar belakng mereka.

"Di Wilayah sendiri contohnya, pendekatan yang perlu digunakan tidak sama. Pendekatan yang digunakan di kawasan yang telah menang tidak boleh sama dengan kawasan yang tidak menang.

Semua ini memerlukan kesungguhan dan komitmen setiap tenaga yang terlibat dalam pilihan raya," katanya.

Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas merasmikan program berkenaan, beliau memberitahu PAS sedang berbincang secara serius mengenai persiapan teknikal bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Isu utama yang saya sentuh tadi adalah mengenai pilihan raya umum ke-13 sebab kita menjangkakan pilihan raya ini sudah hampir. Jadi persiapan ke arah itu sekarang ini sedang dibincangkan secara teknikal," katanya.

Turut bersama beliau ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad.

Ijtimak yang dihadiri pesuruhjaya serta wakil-wakil kawasan di seluruh Wilayah Persekutuan itu diadakan sebagai persiapan di peringkat negeri sebelum ke Muktamar PAS Pusat pada 9 hingga 13 Jun ini.

Bendahari Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS membentangkan kertas kerja bertajuk 'Mendepani Cabaran PRU ke-13dan Pengurusan Dana'.

Harakahdaily/-