18 Jun 2015

Anjuran Bersahur.

1 Ramadhan 1436 [MOD] -

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

" Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:

i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat Datang Ramadhan.

1 Ramadhan 1436 . [MOD] -

Alhamdulihllah bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat dan kurnianya sehingga kita mampu dan masih diizinkan Nya untuk kembali berada di bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan.