09 September 2021

420,000 pelancong dijangka kunjungi Langkawi sehingga Disember

 Gambar hiasan. - Foto fail NSTP

Gambar hiasan. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan sekurang-kurangnya 420,000 pelancong domestik mengunjungi Pulau Langkawi sehingga hujung tahun ini.

Kakitangan sokongan perlu lengkap vaksin sebelum masuk sekolah

 Kakitangan sokongan perlu lengkap vaksin sebelum masuk sekolah. - Foto fail NSTP

Kakitangan sokongan perlu lengkap vaksin sebelum masuk sekolah. - Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hanya membenarkan pekerja perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK), perkhidmatan bekalan makanan bermasak (BMB) serta bekalan makanan mentah (BMM), yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 memasuki premis sekolah.

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melancarkan laman web baharu bagi memaklumkan data harian terkini bermula jam 6 petang ini.

RM81.3 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir termenung di Batu Pahat

 

Tuan Ibrahim meninjau beberapa kawasan kampung yang mengalami masalah banjir termenung di Seri Medan, Batu Pahat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia sedang melaksanakan dua projek pembangunan di daerah Batu Pahat, bagi mengurangkan risiko banjir termenung.

Menterinya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia melibatkan projek menaik taraf Sistem Saliran Mesra Alam (SMA) dengan kos projek keseluruhan bernilai RM32.8 juta.

Ben Amir belajar budaya Orang Asli

 Drama Anak Sena lakonan Ben sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti bukan sahaja tular dalam media sosial, malah memberikan cerita yang segar kepada penonton. - Foto Ihsan Kembara Sufi Production

Drama Anak Sena lakonan Ben sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti bukan sahaja tular dalam media sosial, malah memberikan cerita yang segar kepada penonton. - Foto Ihsan Kembara Sufi Production

KUALA LUMPUR: Mahu lari daripada paparan kisah klise, syarikat produksi, Kembara Sufi Production memilih mengangkat tema kehidupan komuniti Orang Asli menjadi intipati utama kepada drama terbaharu, Anak Sena yang sedang bersiaran di kaca TV3.

Parti pemerintah Islam di Maghribi kalah teruk

 Presiden Parti Keaslian dan Kemodenan (PAM), Abdellatif Ouahbi (tengah) berucap selepas partinya menduduki tempat kedua dalam pilihan raya tempatan dan Parlimen di Maghribi. - Foto AFP

Presiden Parti Keaslian dan Kemodenan (PAM), Abdellatif Ouahbi (tengah) berucap selepas partinya menduduki tempat kedua dalam pilihan raya tempatan dan Parlimen di Maghribi. - Foto AFP

RABAT: Parti pemerintah Islam di Maghribi mengalami kekalahan teruk di tangan parti liberal pada pilihan raya Parlimen negara itu.

Parti Keadilan dan Pembangunan Islam (PJD) yang memerintah selama lebih sedekad, hanya memenangi 12 daripada 125 kerusi yang dimilikinya sebelum ini.

Penduduk Lembah Klang lengkap vaksin boleh rentas daerah

 Penduduk di Lembah Klang yang sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing sudah boleh merentas sempadan daerah bermula Jumaat ini. - Foto hiasan

PreviousNext

PUTRAJAYA: Penduduk di Lembah Klang yang sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing sudah boleh merentas sempadan daerah bermula Jumaat ini, apabila Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memasuki Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri.

Kerajaan selesai agih 130,000 peranti, komputer riba

Agihan peranti dan komputer riba inisiatif di bawah Tabung CERDIK diumumkan dalam Belanjawan 2021 - Foto hiasan
Agihan peranti dan komputer riba inisiatif di bawah Tabung CERDIK diumumkan dalam Belanjawan 2021 - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 130,000 daripada 150,000 peranti dan komputer riba sudah diagihkan kepada pelajar B40 di seluruh negara setakat Selasa lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata agihan peranti dan komputer riba inisiatif di bawah Tabung CERDIK yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 berada pada landasan tepat untuk diselesaikan menjelang akhir bulan ini.

Seribu hikmah di sebalik tragedi kepala air Gunung Jerai

 

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

KEDAH sekali lagi mendapat perhatian seluruh negara apabila berlaku tragedi kepala air Gunung Jerai di Daerah Yan dan Kuala Muda. Ia memberi kesan teruk kepada kira-kira 2,000 premis yang terdapat di sekeliling Gunung Jerai. Seramai enam orang terkorban.

Lebih 70.5 peratus populasi dewasa sudah lengkap vaksin

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70.5 peratus atau 16,492,295 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 20,943,582 individu atau 89.5 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

Airport Kelantan boleh jadi pusat penerbangan serantau

 

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
 Kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa dijangka dapat meningkatkan lagi sektor pelancongan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, pembesaran LTSIP sudah pasti dapat meningkatkan ekonomi rakyat khususnya kemasukan pelancong.

RM60 juta telah diguna bantu sekolah tahfiz, pondok, SAR

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM60 juta daripada RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021, telah digunakan untuk membantu sekolah-sekolah tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat (SAR) yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Undang-undang antilompat kekal mandat pilih parti, bukan calon

 Dewan Rakyat. - Foto hiasan

Dewan Rakyat. - Foto hiasan

Oleh Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof

Mencari penyelesaian isu lompat parti perlu melihat punca dan asas masalah. Antara sebab undang-undang Malaysia membenarkan wakil rakyat lompat parti ialah sistem pilihan raya kita lebih berorientasikan soal 'pilihan berasaskan calon berbanding berasaskan parti.'

Pemulihan industri halal agenda penting dalam PPN - Perdana Menteri

 (Gambar fail) Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

(Gambar fail) Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Malaysia komited memulihkan semula industri halal di negara ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan turut menjadikannya antara agenda penting dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Puasa rahsia sihat sehingga usia lebih 100 tahun

 

Pah Yunus (kanan) dan kakaknya, Munah Yunus (kiri) tidak mempunyai penyakit kronik walaupun masing-masing sudah berusia lebih satu abad. - Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

Pah Yunus (kanan) dan kakaknya, Munah Yunus (kiri) tidak mempunyai penyakit kronik walaupun masing-masing sudah berusia lebih satu abad. - Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi


MACHANG: Berpuasa berterusan selama tiga bulan sehingga Ramadan menjadi amalan dan rahsia dikongsi dua beradik dari Kampung Rengas,Tok Bok, yang kini usia mereka sudah lebih satu abad.