12 Ogos 2009

PAS umum calon pada 14 Ogos

BERA,11 Ogos (Hrkh) - Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya.

HarakahDaily.Net/-

Kerajaan masih salahgunakan ISA

MARANG, 11 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Himpunan Memansuhkan ISA yang berlaku di ibu negara pada 1 Ogos lalu sebagai suatu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Beliau berkata, himpunan tersebut berjaya menarik rakyat dari pelbagai peringkat hidup bagi menyampaikan suara hati sebenar.

"Rakyat yang terpelajar, yang berpendidikan, yang tinggal di kawasan bandar, yang banyak maklumat dan rakyat yang di luar bandar.

"Mereka turun (dengan) satu suara untuk menghapuskan Akta ISA yang mereka anggap sebagai undang-undang warisan penjajah,"katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurutnya, ISA masih lagi digunakan sebagai 'senjata' oleh parti pemerintah untuk mempertahankan pemerintahannya,

Katanya, tindakan tersebut telah mencabul amalan demokrasi yang sebenarnya, di mana kerajaan bertindak terhadap pembangkang dan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan.

"Bahkan, (ia) digunakan terhadap orang Umno sendiri bila mengkritik pemimpin dia (Umno) dan bukan sahaja kepada pembangkang.

"Jelas undang-undang ini disalahgunakan,"tegasnya.

Menjawab tuduhan pihak tertentu yang mengatakan, demontrasi tersebut mencetuskan keganasan dan huru-hara, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, beliau yang turun sama berdemonstrasi dapat melihat penganjur berjaya mengawal keadaan dan pemuda-pemuda yang menyertainya tidak melawan walaupun dilakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh pihak polis.

"Mereka (pemuda) tidak melawan langsung, (apabila) pihak polis melontar gas pemedih mata, semburan air, mereka berundur tidak melawan, tidak ada seorang pun anggota polis yang cedera.

"Jumlah (peserta demo) puluhan ribu, mengatasi jumlah polis. Jika mereka ganas sudah pasti dengan mudah, mereka (boleh) bertindakbalas.

Menurutnya, beliau tahu ada dikalangan anggota polis yang tidak redha, melihat rakan-rakanya bertindak keatas peserta demonstrasi, kerana pihak polis 'dipaksa' oleh pihak pemerintah.

"Ia adalah satu perkara yang menarik, penganjur berjaya mengadakan satu disiplin di mana (peserta) tidak bertindak melawan polis meski pun polis bertindak,"jelasnya.

HarakahDaily.Net/-



INFO : INI IKAN APA??

Oleh : tok_busu

Minta sedikit info dari rakan2 pancing.
Rujuk kat gambar2 ni, apa nama ikan ni...














Adun Galas semakin pulih selepas jalani pembedahan

KOTA BHARU, 11 Ogos : - Adun Galas, Chek Hashim Sulaima kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan bagi merawat kanser di bahagian paru-parunya pada Jumaat lepas.

Malah beliau kini sudah boleh menjamah makanan dan kemungkinan berada di The First People's Hospital Fu San di Guangdong kira-kira dua minggu lagi bagi mendapat rawatan susulan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan, Ustaz Abdullah Ya'kob yang menemankan Adun di hospital berkenaan sebelum ini berkata, pembedahan yang dilakukan Jumaat lepas mengambil masa kira-kira empat jam setengah.

"Beliau sekarang sudah boleh berdiri dan berjalan di kawasan sekitar katil. Dan kalau tidak ada wayar di badannya beliau boleh berjalan lebih jauh lagi," katanya ketika dihubungi di Jeli.

Abdullah yang juga Adun Air Lanas berada di China sejak 23 Julai lalu dan kembali ke Kelantan kelmarin selepas mendapati keadaan Adun Galas semakin pulih.

Bagaimanapun katanya, BBC akan menghantar pegawainya, Haji Shamsuddin Mat Daud pada 13 Ogos ini untuk menemankan Chek Hashim di sana sebelum pulang ke tanah air.

Turut berada di Fu San sekarang isterinya, Aida Zakaria dan penghulu serta pemimpin masyarakat Cina di Gua Musang.

"Selain dirawat menggunakan kaedah moden, rawatan herba juga dilakukan doktor di hospital berkenaan terhadap Chek Hashim," katanya.

Hospital terbabit antara yang terbaik bagi rawatan kanser di China di mana setiap bulan menerima berpuluh-puluh kes membabitkan penyakit itu.

Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata, Chek Hashim semakin sihat, batuknya juga sudah hilang dan selera makan bertambah.

"Selain itu rambutnya sudah mulai tumbuh selepas gugur kerana menjalani kimoterapi di sini sebelum bertolak ke China.

"Beberapa doktor pakar di China yakin yang penyakit Adun Galas boleh dirawat melalui pembedahan bagi membuang tisu yang dijangkiti kanser di paru-parunya,� katanya.

Wan Ismail yang juga berada di Fu Shan beberapa hari bagi melawat Adun Galas minggu lepas berkata, pembiayaan rawatan Chek Hashim ditanggung kerajaan negeri.

Beliau juga memuji tiga pemimpin kaum Cina dari Gua Musang yang menemankan Adun berkenaan ketika dirawat di hospital berkenaan di China.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas solat hajat yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad malam Jumaat lalu sebelum Chek Hashim menjalani pembedahan.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, beberapa anggota Exco dan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. Solat hajat itu diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustapha.

Harakahdaily.

ROSE!!!

Oleh : Shania Opal

(i) The Fragrance always remains in the hand that gives the Rose...

(ii) A thorn defends the Rose,harming only those who would steal the blossom...

(iii) Man is harder than iron,stronger that stone and more fragile than a rose..

(iv) Love is like a rose,It looks beautiful on the outside, But there is always pain hidden somewhere,..


18 Jenis Kemudahan Untuk OKU Digunakan di Taman Ekspo Dunia Shanghai

Perihatin kepada orang kurang upaya (OKU),18 jenis kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) akan digunakan di taman Ekspo Dunia Shanghai 2010 China.

Petugas dari Biro Penyelarasan Ekspo Dunia Shanghai berkata semalam, pintu masuk dan keluar, laluan perjalanan, lif, tandas, tempat letak kereta, dan kemudahan maklumat untuk OKU akan disediakan di Pavilion China, Pavilion Utama, Pusat Ekspo Dunia, dan Pusat Persembahan. Serentak itu, reka bentuk kemudahaan untuk OKU juga merupakan isi utama bagi reka bentuk pavilion binaan sendiri negara asing.

Selain itu, pembinaan kemudahan OKU di seluruh bandar Shanghai dijangka disiapkan menjelang penghujung tahun ini.

Peristiwa "5 Julai" Tidak Akan Menjejaskan Hubungan China dengan Negara-negara Islam

Peristiwa rusuhan "5 Julai" Urumqi tidak akan memberi kesan yang negatif kepada hubungan China dengan negara-negara Islam kerana hubungan kedua-dua pihak amat kukuh.

Utusan Khas China mengenai isu Timur Tengah, Wu Sike menyatakan demikian dalam sidang taklimat di Beijing hari ini. Menurut beliau, selepas peristiwa tersebut, kerajaan dan rakyat negara-negara Islam menyatakan persefahaman dan sokongan terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk mengekalkan kestabilan masyarakat.Demikian dipetik dari Agensi Berita Xinhua China sebagai berkata.

Sebarang kerajaan dan rakyat negara tidak akan menerima tindakan keganasan yang kejam oleh segelintir orang terhadap orang awam yang bertujuan untuk memisahkan negara. Menurutnya, China dan negara-negara Islam saling menyokong dalam bidang politik dan bekerjasama dalam bidang ekonomi. Hubungan dua hala yang kukuh dan baik itu juga diperlihatkan dalam usaha memelihara penyatuan negara dan kestabilan masyarakat, serta memerangi keganasan.

Wu Sike menyandang jawatan Utusan Khas China mengenai isu Timur Tengah Mac tahun ini. Beliau baru kembali ke tanah air selepas melawat Qatar, Algeria, Syria dan Iran dari 25 Julai hingga 2 Ogos.

ADAKAH INSAN ISTIMEWA TERBELA?

Oleh : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB!

INSAN ISTIMEWA! istilah itu telah biasa kita dengar setiap hari. Setiap insan istimewa yang mendaftar di Kebajikan masyarakat dan hospital dan masih di dalam usia 5 hingga 19 tahun, mereka akan disyorkan pergi ke sekolah2 pendidikan khas ataupun di sekolah kebangsaan yang mempunyai integrasi dengan pendidikan khas.

Sekarang kebanyakan negeri di Malaysia ini mempunyai sekolah2 pendidikan khas ini yang akan menjadi penempatan insan2 istimewa untuk menuntut ilmu. Guru2 yang mengajar di sini ada yang bukan mengikuti pengajian pendidikan khas namun telah diberi kursus yang sewajarnya bagi memudahkan mereka mengaplikasikan teknik didalam pengajaran dan pembelajaran. Jangan terkejut kalau saya katakan guru2 yang ada ijazah pendidikan khas belum tentu boleh mengajar murid2 ini.

Sesungguhnya faktor pengalaman juga penting. Walau guru pendidikan khas yang hanya ada sijil perguruan biasa sahaja tetapi mereka lebih menyerlah untuk mengajar insan2 ini kerana mungkin pada saya inilah cikgu2 yang ikhlas dalam mendidik anak2 istimewa ini. Kepada guru2 ini saya ucapkan SYABAS, TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.

Pada mulanya elaun guru2 pendidikan khas adalah hanya RM60 sahaja. Ketika itu susah pihak jabatan pelajaran untuk mencari guru2 yang boleh mengajar insan2 ini. Yang mana pihak berkenaan dapati boleh mengajar, maka mereka akan cuba memujuk guru2 tersebut bagi mengajar murid2 pendidikan khas ini. Pernah saya jumpa, seorang cikgu hanya boleh bertahan mengajar mereka ini hanya sebulan sahaja. Ada juga guru2 yang kena jangkitan penyakit dari anak2 didik mereka ini tapi bila ditanya kepada mereka, mereka kata: kalau mereka tidak mengajar murid2 ini siapa yang boleh?, takkan nak biarkan mereka ini tidak boleh maju ke hadapan? takkan kita nak biarkan mereka tidak terus dihargai? 1 Malaysia, inilah namanya guru2 pendidikan khas yang sejati.

SYABAS, TAHNIAH DAN TERIMA KASIH lagi saya ucapkan. Namun, sekarang elaun sudah dinaikkan kepada RM250. Masani, tanyalah jabatan berapa banyak permohonan hendak jadi guru2 pendidikan khas? Failnya tinggi tunggu untuk ditemuduga. Yang saya tak tahan tengok ada yang berpura2 didepan saya kononnya berminat dan meminta tolong perkenalkan kepada mereka yang berwajib agar permohonan diluluskan. Teruk! Lani ada pula diserap namanya LPBS ke dalam pendidikan khas yang merupakan guru2 baru. Bila ditanya pada mereka ijazah apa yang ada? Jawapannya perakaunan, psikologi,komputer dan bermacam2 lagi. Bila ditanya kenapa mengajar mereka2 ini? Jawapannya, dah tak ada kerja. Lingkuplah macamni. Inilah senario yang berlaku di sini. Bukan saya nak cerita keburukan tetapi untuk membuat pihak2 berkenaan sedar ada kelemahan disebaliknya...ADAKAH INSAN ISTIMEWA INI AKAN TERBELA?...Wallahuaklam

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Susu lembu atau susu kambing ?

Pernah mencuba susu kambing? Ternyata susu kambing baik untuk berbagai keadaan terutama dalam mencegah penyakit. Malah dianjurkan untuk yang menginapn penyakit belakang, TBC, asma, anemia, hepatitis, dan kejang otot. Susu kambing juga dicadangkan oleh banyak ahli sebagai pengganti susu bagi bayi, anak, maupun orang dewasa yang alahan terhadap susu lembu ataupun jenis makanan
tertentu.

Kita telah lama difahamkan untuk meminum susu untuk kebaikan kesihatan namun tidakkah anda terfikir susu apakah yang terbaik termasuk yang digemari oleh para Rasul dan Nabi?

Susu kambing telah banyak digunakan sebagai pengganti susu lembu ataupun bahan pembuatan makanan bagi bayi-bayi yang alergi terhadap susu sapi. Begitu banyaknya manfaat dari susu kambing, sehingga dianjurkan untuk dihebahkan secara teratur.

Beberapa khasiat susu kambing iaitu sesuai bagi kesihatan dan dapat meneutral asam tulang belakang, menambah vitalitas dan daya tahan tubuh, mengatasi masalah impotensi dan mengoptimalkan pertumbuhan pada anak.

Kenapa susu kambing?

Jawabannya adalah karena sudah lama susu kambing dikenal dan dimasyhurkan oleh peradaban manusia. Dalam sejarah islam, Nabi Muhammad SAW dalam banyak riwayat diceritakan gemar meminum susu kambing untuk menjaga stamina tubuhnya, karena beliau mengetahui kelebihan dari susu kambing ini. Demikian pula beberapa tokoh dunia seperti Ratu Cleopatra dan Mahatma Gandhi diketahui gemar minum susu kambing untuk menjaga kehalusan kulit mereka.

Susu lembu memiliki banyak lemak dengan rantai asam lemak pendek. Dengan kandungan eter gliserol pada susu kambing jauh lebih banyak dibandingkan susu lembu, kandungan unsur itu sangat bermanfaat bagi bayi dibandingkan susu formula dari susu lembu. Susu kambing juga mengandung lebih sedikit asam orotic yang akan berpengaruh baik pencegahan sindrom pelemakan hati. Baik susu sapi dan susu susu kambing memiliki tingkat keasaman dengan pH antara 6,4 – 6,7.

Susu kambing memiliki daya cerna yang tinggi, dan tingkat keasaman yang khas. Susu kaldai sering dijadikan alternatif pengganti susu lembu untuk bayi. Namun demikian, pada kenyataannya masih terdapat sekitar 20%-50% dari bayi-bayi yang diteliti memperlihatkan gejala tidak serasi terhadap susu kaldai. Oleh sebab itu susu kambing lebih dicadangkan untuk pengganti susu lembu pada
bayi.

Alergi terhadap protein susu biasanya timbul pada bayi yang berumur dua sampai empat minggu, dan gejalanya akan semakin jelas pada saat bayi berumur enam bulan. Bahagian tubuh yang diserang alergi umumnya adalah saluran pencernaan, saluran pernafasan, dan kulit. Gejala-gejala yang nampak akibat alergi terhadap protein susu antara lain iaitu muntah, cirit, penyerapan nutrisi yang kurang sempurna, asma, bronchitis, migrin, dan hipersensitif. Alergi pada saluran pencernaan bayi dilaporkan beransur-ansur dapat disembuhkan setelah diberikan susu kambing.

Susu Kambing VS Susu Sapi.

Kandungan protein susu kambing relatif sama, meskipun unsur (alfa-s-1) kasein pada susu lembu tidak ada pada susu kambing. Sementara Vitamin A susu kambing lebih banyak, juga vitamin B. kandungan Vitamin B6 dan B12 pada lembu lebih banyak. Susu kambing lebih banyak mengandung asam lemak berantai pendek jika dibandingkan dengan asam lemak dalam susu lembu . Hal ini menyebabkan susu kambing lebih mudah dicerna. Ukuran butiran lemak susu kambing lebih kecil jika dibandingkan dengan susu lembu atau susu lainnya. Butiran lemak susu kambing berukuran 2 mikrometer, sementara lemak susu sapi berukuran 2,5 – 3,5 mikrometer. Dengan ukuran lemak lebih kecil, susu kambing lebih cepat terdispersi dan campurannya lebih homogen (merata). Dan masih banyak lagi keunggulan dari susu kambing. Namun begitu, kita juga perlu mengingat bahwasannya konsumsi makanan dan minuman secara berlebih justru tidak baik baik kesehatan kita, termasuk juga susu kambing…

Manfaat Susu Kambing

Dr Ir Ronny Rachman Noor

Susu kambing memang memiliki karakteristik yang berbeda dengan susu sapi, ataupun air susu ibu (ASI). Susu kambing memiliki daya cerna yang tinggi, memiliki tingkat keasaman yang khas, memiliki kapasitas bufer yang tinggi dan dapat digunakan untuk mengobati penyakit tertentu.

Daging kambing sudah sangat populer bagi masyakarat. Berbagai macam jenis makanan tradisional diolah dari daging kambing seperti misalnya sate, sop, gulai, dan kare. Walaupun demikian, seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Berikut disajikan nilai nutrisi, kelebihan dan kelemahan susu dan daging kambing

Alergi terhadap susu sapi

Susu kambing banyak direkomendasikan sebagai bahan substitusi bagi bayi, anak, dan orang dewasa yang alergi terhadap susu sapi ataupun berbagai jenis makanan lainnya. Pada bayi, alergi terhadap susu sapi (cow milk allergy) banyak dijumpai, akan tetapi mekanisme terjadinya alergi masih belum jelas. Bagi bayi yang alergi terhadap susu sapi jika diberikan susu sapi terus-menerus akan menyebabkan reaksi pembesaran lamina propia dan peningkatan permeabilitas molekur makro dan aktivitas elektrogenik lapisan epitel. Gejala klinis seperti ini akan hilang jika bayi tersebut diberikan makanan bebas susu sapi. Jadi, potensi susu kambing sebagai pengganti susu sapi pada bayi ataupun pasien yang alergi terhadap susu sapi sangatlah besar.

Gejala alergi terhadap protein susu biasanya timbul pada bayi yang berumur dua sampai empat minggu, dan gejalanya akan semakin jelas pada saat bayi berumur enam bulan.

Bagian tubuh yang terserang alergi ini adalah saluran pencernaan, saluran pernapasan, dan kulit. Gejala-gejala yang tampak akibat alergi terhadap protein susu di antaranya muntah, diare, penyerapan nutrisi yang kurang sempurna, asma, bronkitis, migren, dan hipersensitif.

Gejala patologis yang terlihat pada bayi yang alergi terhadap susu sapi di antaranya iritasi usus halus, lambat pertambahan bobot badannya, volume feces yang berlebihan, dan bau yang khas. Akan tetapi, perlu diingat bahwa sering kali gejala ini dicampuradukkan dengan gejala tidak tolerannya seseorang terhadap laktose (lactose intolerance).

Kelebihan susu kambing

Susu kambing dilaporkan telah banyak digunakan sebagai susu pengganti susu sapi ataupun bahan pembuatan makanan bagi bayi-bayi yang alergi terhadap susu sapi. Alergi pada saluran pencernakan bayi dilaporkan dapat berangsur-angsur disembuhkan setelah diberi susu kambing.

Dilaporkan bahwa sekitar 40 persen pasien yang alergi terhadap protein susu sapi memiliki toleransi yang baik terhadap susu kambing. Pasien tersebut kemungkinan besar sensitif terhadap lactoglobulin yang terkandung pada susu bangsa sapi tertentu.

Diduga protein susu (-lactogloglobulin yang paling bertanggung jawab terhadap kejadian alergi protein susu.

Susu kedelai sering pula digunakan sebagai salah satu alternatif pengganti susu sapi bagi bayi yang alergi terhadap susu sapi. Walaupun demikian, masih terdapat sekitar 20 persen-50 persen dari bayi-bayi yang diteliti memperlihatkan gejala tidak toleran terhadap susu kedelai. Oleh sebab itu, susu kambing bubuk lebih direkomendasikan untuk susu bayi. Panas yang digunakan selama proses pengolahan susu mengurangi reaksi alergi. Denaturasi panas merubah struktur dasar protein dengan cara menurunkan tingkatan alerginya.

Susu kambing mengandung lebih banyak asam lemak berantai pendek dan sedang (C4:0-C12:0) jika dibandingkan dengan susu sapi. Perbedaan ini diduga menyebabkan susu kambing lebih mudah dicerna. Ukuran butiran lemak susu kambing lebih kecil jika dibandingkan dengan susu sapi atau susu lainnya. Sebagai gambaran ukuran butiran lemak susu kambing, sapi, kerbau, dan domba bertutur-turut adalah: 3,49, 4,55, 5,92, dan 3,30 mm.

Dari hasil penelitian Mack pada tahun 1953 disimpulkan bahwa kelompok anak yang diberi susu kambing memiliki bobot badan, mineralisasi kerangka, kepadatan tulang, vitamin A plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan konsentrasi hemogloninnya yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelompok anak yang diberi susu sapi. Disamping itu, susu kambing memiliki kapasitas bufer yang lebih baik, sehingga bermanfaat bagi penderita gangguan pencernaan.

Kandungan folic acid dan Vitamin B12 yang rendah merupakan kelemahan susu kambing. Selain kelemahan ini, susu kambing dapat dikatakan merupakan makanan yang sempurna.

Dr Ir Ronny Rachman Noor MRur Sc Laboratorium Pemuliaan dan Genetika Ternak Fakultas Peternakan Institut Pertanian Bogor.

Ubat H1N1- Insya allah....

Oleh: Shah Bundy


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat

baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga

memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….

Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.

Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit. Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.

Sebab itu selawat ada dlm doa.





H1N1 BALA ALLAH

Oleh : newsforwarder®™

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Wabak ini adalah bala dari Allah akibat perbuatan keji yang dilakukan secara terang-terangan oleh manusia.
Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud " Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu" hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.
Firman Allah dalam Surah al-Ahqaaf ayat 27 yang bermaksud ".....dan sesungguhnya kami balakan negeri-negeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebesaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami".
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 , "seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.

Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

Kepemimpinan Dan Keteladanan

By: Prof. Dr. Achmad Mubarok MA

Al-Quran mengabadikan dalam banyak ayat-ayatnya sejumlah nama tokoh/pemimpin masyarakat dari ummat-ummat terdahulu, bukan saja pemimpin-pemimpin pahlawan perjuangan kebenaran dan keadilan seperti para nabi dan rasul, tetapi juga diabadikan nama tokoh-tokoh pemimpin kezaliman (ketidakbenaran dan ketidakadilan) seperti Firaun, Haman, Qorun, Namruz dan lain sebagainya. Kita semua ummat zaman akhir ini diajak berfikir dan mengambil pelajaran dari sejarah masa lalu itu, di antaranya betapa perilaku yang berubah dalam diri para pemimpin (dari komitmen idealisme ke penyelewengan) berujung pada merajalelanya kezaliman dan penindasan (ketidakbenaran dan ketidakadilan) , dan akhirnya menyeret mereka bersama-sama dengan ummatnya ke dalam suatu perubahan total dimana rakyat ditelan oleh krisis, yang disadari atau tidak mereka para pemimpin telah menjadi faktor penyebabnya.

Al-Qur’an kemudian menjelaskan bahwa hal yang demikian yakni kehidupan jaya yang mereka nikmati berubah menjadi derita— terjadi disebabkan perubahan yang mereka lakukan atas sikap hidup dan perilakunya yang berujung pada kezaliman dan penindasan (Dzalika bi anna Allah lam yaku mughayyiran ni‘matan ’an‘amaha ‘ala qaumin hatta yughayyiru ma bi anfusihim, al-Anfal ayat 53).

Dengan merujuk petunjuk Al-Quran tersebut di atas, dapat kita lihat betapa faktor peran pemuka masyarakat menjadi penting dalam suatu perubahan yang terjadi atas sesuatu masyarakat dari suatu kondisi positif beralih ke kondisi negatif. Oleh karena itu, upaya penanggulangan krisis moral yang disadari menjadi pangkal krisis-krisis lainnya yang sedang melanda bangsa dan negara kita dewasa ini, haruslah bertitik tolak dari reformasi moral kepemimpinan. Upaya ini harus dimulai dari pembersihan niat, perilaku dan moralitas pemimpin-pemimpin masyarakat/pemegang kendali di sektor-sektor kehidupan masyarakat (ulama dan umara).

Mereka diharapkan mampu mengembangkan dalam kehidupan pribadinya masing-masing, pola hidup BERSIH, SEDERHANA, dan MENGABDI. Yang lebih penting lagi bagi ulama dan umara adalah upaya menjadikan dirinya (kehidupan pribadinya) suatu keteladanan dan pencerminan yang meyakinkan bahwa penerapan pola kehidupan yang Bersih, Sederhana dan Mengabdi yang merupakan wujud nyata dari moralitas luhur (Akhlak Mulia) itu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Dengan demikian, maka masyarakat akan percaya kepada pemuka atau pemimpinnya. Pola hidup BSM (Bersih, Sederhana dan Mengabdi) itu yang perlu dimasyarakatkan dengan kepeloporan para ulama dan umara hingga menjadi moral ekonomi, moral politik dan moral hukum, dan terus diupayakan pengembangannnya di sektor-sektor kehidupan lainnya sehingga pada saatnya menjadi Akhlak Bangsa dan Moral Nasional sebagai landasan Pembangunan Nasional. Umara (Para Pemuka Pemerintahan dan Pemuka-Pemuka lainnya) perlu berupaya menciptakan suatu iklim yang kondusif bagi pemasyarakatan dan penyebarluasan pesan-pesan moral (yang terutama ditangani para ulama). Juga dipandang perlu, ulama dan umara secara bersama-sama menyatakan perang terhadap kejahatan dalam suatu kampanye antikejahatan, yang membina terus-menerus upaya menegakkan kedaulatan moral menjadi bagian dari kedaulatan rakyat. Insya Allah taufiq dan ma‘unah-Nya akan senantiasa menyertai bangsa Indonesia.

Sebagai makhluk sosial budaya, menusia mengenal lembaga kepemimpinan, termasuk ketika menjalankan ritual ibadah. Dalam bahasa Arab, pemimpin disebut dengan istilah imam, amir, za`im, ra’is, dan qa’id, tetapi istilah imam dipergunakan untuk menyebut kepemimpinan secara umum, termasuk dalam ritual ibadah. Dalam menjalankan salat jamaah kaum muslimin juga dipimpin oleh seorang imam. Laiknya kepemimpinan dalam masyarakat, dalam salat jamaah juga dikenal kriteria-kriteria (a) siapa yang layak menjadi imam salat, (b) apa etika seorang imam, (c) apa kewajiban makmum, dan (d) hak-hak makmum. Secara fiqhiyyah, siapa saja dengan syarat-syarat tertentu bisa menjadi imam salat, tetapi pada hakekatnya, karena salat merupakan amal ibadah dimana manusia menghadap, melapor dan berdialog dengan Tuhan Yang Maha Agung, maka hanya orang-orang tertentu yang layak menjadi imam salat jamaah.

Imam Ghazali dalam Ihya Ulum ad Din, kitab fiqh, menyebut enam kriteria persyaratan etis seorang imam. (1) Mempunyai kredibilitas moral dan senioritas keilmuan agama; Bermakmum kepada orang yang dikenal rendah kredibilitasnya akan membuat makmum tidak dapat tuma’ninah (2) Tidak boleh rangkap jabatan, sebagai muazzin dan imam sekaligus, (3) Sang imam sendiri harus terbiasa disiplin salat awal waktu setiap harinya, (4) Imam harus ikhlas menjalankan amanah Allah, (5) Sebelum bertakbir harus meyakinkan dirinya bahwa barisan makmum di belakangnya telah berbaris rapih, dan (6) Bertakbir dengan suara lantang serta membaca Al-Qur’an dengan fasih.

Salat berjamaah melambangkan sistem kepemimpinan dalam masyarakat, oleh karena itu, karena seorang imam akan menjadi panutan yang diikuti secara patuh oleh makmum di belakangnya, maka seorang imam harus mengerti aspirasi makmum di belakangnya. Seorang imam salat berjamaah tidak boleh beruku’ atau sujud berlama-lama, karena belum tentu semua makmum di belakangnya sanggup melakukannya. Ia juga tidak boleh membaca ayat Qur’an terlalu panjang sekiranya ia tahu bahwa jamaah di belakangnya sedang berpacu dengan berbagai urusan pekerjaan. Imam juga harus memberi peluang makmum menggenapi kekurangannya, yakni diam sejenak sebelum membaca ayat Qur’an, memberi kesempatan makmum yang belum sempurna membaca Fatihah. Laiknya sistem kepemimpinan, makmum harus patuh total mengikuti gerak imam yang sudah dipilih secara syah, tidak boleh pula mendahului gerakan imam, tetapi jika imam melakukan kekeliruan, makmum diberi hak untuk mengingatkan, yakni dengan mengucapkan kalimat Subhanallah. Sebagai imbangan dari keharusan makmum mematuhi imam, seorang imam secara sportif langsung harus mengundurkan diri jika di tengah-tengah salat ia terkena hadas, buang angin misalnya, karena buang angin membatalkan wudu, dan batalnya wudu membuat salatnya tidak sah.

Jabatan Imam salat sangat tinggi kedudukannya dalam agama, melebihi jabatan muazzin. Tetapi profesi imam bukan bersifat duniawi, oleh karena itu banyak orang justru merasa tidak layak menjadi imam salat jamaah. Para sahabat dulu juga tidak berebutan untuk menjadi imam, sebaliknya justru saling dorong-mendorong yang lain. Seorang imam salat yang ideal adalah imam yang bisa meneladani perilaku Rasulullah dan sahabat model Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Imam salat adalah teladan bagi makmum, karena semua gerakan imam akan diikuti oleh makmum di belakangnya. Karena itu Imam Ghazali membuat bab tentang imam dengan judul (al-bab fi al imamah wa al qudwah) Bab tentang keimaman dan keteladanan di dalam buku karya utamanya Ihya’.

Sumber, http://mubarok- institute. blogspot. com

Wassalam,
Agussyafii

BERHATI-HATI..PENGEMIS JALANAN PAKAI MERCEDEZ BENZ..

Oleh : Zailina Mahmud

berhati2 ketika bagi sedekah..






So kepada sesiapa yang terserempak dengan gentlemen nih,korang langgar jer bg betul2 cacat..




Selagi UMNO Masih Memerintah, Selagi ISA Itu Tidak Akan Dimansuhkan!

Oleh : http://gomalaysian.blogspot.com/

Tahun yang lalu, wartawan SinChew Daily, Tan dan Exco Selangor Teresa Kok telah ditahan dibawah Akta ISA merupaka contoh yang baik kepada kenyataan diatas.

Sekarang, YB Nazri secara terang-terang mencabar Rakyat bahawa selagi Barisan Nasional berada di kerusi Kerajaan selagi ISA itu tidak dimansuhkah, ini bermakna, sekiranya Rakyat mahukan kebebasan yang sebenar, mengundi Pakatan Rakyat merupakan cara yang paling berkesan untuk memastikan Akta itu dimansuhkan.

去年《星洲日报》记者陈云清和雪州高级行政议员郭素沁被政府引用内安法令逮捕是很好的无辜例子。

所以,当首相署部长纳兹里已经把话说清楚时,人民也要想清楚,就是只有把国阵政府拉倒,人民才能在这片土地上享有真正的自由!

Selagi UMNO Masih Memerintah, Selagi ISA Itu Tidak Akan Dimansuhkan

Pada hari Sabtu yang lalu, Perhimpunan Mansuhkan ISA telah berjaya dianjurkan dan seperti yang dijangka, ia mendapat tentangan yang hebat daripada pihak polis dengan menggunakan bom penyedih mata dan "water canon", ada yang dilaporkan dikasari ketika mereka berdemontrasi. Namun begitu, masih mempunyai lebih 20,000 warga Malaysia telah hadir untuk menyuarakan hasrat mereka kepada mereka yang memerintah, semangat ini patut dikagumi.

Sebaliknya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang kononnya membantah penggunaan ISA itu gagal menghadirkan diri ketika perhimpunan tersebut berlangsung, ada yang mengatakan budaya berdemotrasi itu bukan cara yang baik untuk menyampai mesej kepada kerajaan. Parti Gerakan Rakyat Malaysia - GERAKAN, yang merupakan salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional yang ingin menarik perhatian media telah menghantarkan satu memorandum mereka sehari sebelum Perhimpunan ini diadakan, tapi mereka telah dimalukan diri sendiri kerana pihak istana tidak mahu menerima memorandum mereka kerana tidak membuat sebarang permintaan untuk penyerahan. Tokoh-tokoh dalam MCA pula dimalukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam hal untuk mengubal Akta ISA ini.

MalaysiaKini (8 Januari) melaporkan timbalan pengerusi MCA iaitu Liow Tiong Lai pernah menyuarakan Akta tersebut perlu digubal, Perdana Menteri kita, Najib turut menyatakan hasratnya yang sama dalam penggubalan Akta tersebut.

Akan tetapi, Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri secara terang-terangan "menampar" Liow Tiong Lai kerana beliau mengatakan selagi Barisan Nasional masih memerintah, selagi ISA tidak akan dimansuhkan.

Hal ini memberikan gambaran yang jelas bahawa MCA tidak mampu untuk mengubah UMNO, dan UMNO tidak pernah mendengar suara dari kepimpinan MCA. Seperti selama ini, MCA masih patuh kepada arahan UMNO dan keadaan ini tidak pernah berubah.

Kenapa "Raja Kenyataan MCA - Lee Wei Kiat" dan "Ratu Kenyataan MCA - Chew Mei Fun" sehingga kini tidak pernah membantah kenyataan Nazri tersebut? walaupun Pengerusi MCA, Ong Tee Keat pernah menyatakan ISA itu perlu digubal?

Untuk menarik perhatian umum, Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen telah mengeluarkan kenyataan beliau untuk mengutuk tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mengadakan demontrasi di Kuala Lumpur sehingga mewujudkan keadaan huru hara di sini, tapi adakah beliau tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu mengenai fakta sebenar iaitu siapa yang menjadikan Kuala Lumpur mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk dalam masa 2 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

UMNO yang tidak mahu mempedulikan suara parti komponen mereka, terpaksalah Rakyat berdemontrasi untuk memberitahu mereka hasrat Rakyat untuk memansuhkan ISA.

Sehari sebelum perhimpunan tersebut dianjurkan, para pemimpin kerajaan mengatakan perhimpunan tersebut mempunyai kepentigan politik disebaliknya, tetapi apa yang tidak boleh kita lupa ialah Kerajaan sering kali menggunakan Akta tersebut untuk menahan tokoh dari pembangkang. Adakah kerajaan akan memberitahu Rakyat bahawa tindakan mereka yang penggunaan ISA untuk menahan tokoh pembangkang itu tidak mempunyai kepentingan politik disebaliknya? Rakyat sekarang tidak mudah ditipu lagi.

Tahun yang lalu, wartawan SinChew Daily, Tan dan Exco Selangor Teresa Kok telah ditahan dibawah Akta ISA merupaka contoh yang baik kepada kenyataan diatas.

Sekarang, YB Nazri secara terang-terang mencabar Rakyat bahawa selagi Barisan Nasional berada di kerusi Kerajaan selagi ISA itu tidak dimansuhkah, ini bermakna, sekiranya Rakyat mahukan kebebasan yang sebenar, mengundi Pakatan Rakyat merupakan cara yang paling berkesan untuk memastikan Akta itu dimansuhkan.

Blog Post Link : http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/selagi-umno-masih-memerintah-selagi-isa.html



Doa Nur (doa Cahaya) - H1N1 mesti hapus INSYALLAH

Oleh : Shah Bundy

Doa Nur dikenal sebagai Hirz (doa perlindungan) Fatimah Az-Zahra’ (sa). Doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada puterinya yang tercinta. Khasiat doa ini Jika didawamkan, dibaca secara istiqamah, akan dapat mempermudah datangnya rizki. Selain itu dapat menyembuhkan penyakit demam, dan sangat bagus dibaca di saat-saat musim penyakit demam.

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli `ala Muhammadin wa âli Muhammad

Bismillâhin Nûr, bismillâhi Nûrin nûr, bismillâhi Nûrun ‘alâ nûr, bismillâhil ladzî Huwa Mudabbirul umûr, bismillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr. Alhamdulillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr, wa anzalan nûra ‘alath thûr, fî kitâbin masthûr, fî riqqin mansyûr, bi-qadarin maqdûr, ‘alâ nabiyyin mahbûr. Alhamdulillâhil ladzî Huwa bil-’izzi madzkûr, wa bil-fakhri masyhûr, wa ‘alas sarrâ-i wadh dharrâi masykûr, wa shallallâhu ‘alâ sayyidinâ Muhammadin wa âlihith thâhirîn.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah Cahaya dari segala cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya. Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang ditulis, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih. Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga Allah menyampaikan shalawat kepada junjungan kita Muhammad dan keluarganya yang suci. (Kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga)



Wassalam

Majlis Hi-Tea Ramah Mesra bersama Media dengan Pemuda PAS Perak

Oleh : safarizal saleh





Majlis bersama Orang Kena Tahan (OKT) himpunan aman bantah ISA

Oleh : safarizal saleh







Apakah Tahanan di Lokap tidak layak tersenyum???

Oleh : Nashita Md Noor

Saya tidak tahu dan tidak dapat mengagak apa akibatnya dari penulisan ini. Iyalah, di dunia ini Mahkamah adalah satu institusi yang tertinggi...perlu dihormati kedudukannya, perlu dipatuhi...namun sejauh mana, perlu dinilai semula mengikut tahap keadilan yang bukan hanya terletak pada kata-kata sahaja namun pada perlaksanaannya.

Namun yang saya tahu, sebagai manusia kita punya hak untuk mempunyai perasaaan, gembira-kita tersenyum, terlebih bahagia kita tertawa, bersedih kita berduka, bermuram durja, sakit hati kita bermasam muka, tidak setuju, marah-kita memberontak.

Bukan hanya kerana seseorang itu punya kuasa, maka seseorang bisa sahaja menekan dan menghalang seseorang dari meluahkan perasaannya....

Tapi...entahlah...mungkin saya tidak arif dengan etika ketika berada di dalam mahkamah dan adab-adab yang perlu dipatuhi...yang saya tahu pasti, bila masuk ke kamar mahkamah, bila Tuan Hakim atau Majistret sudah ada di tempatnya, anda harus tunduk...terpaksa la tunduk...suka atau tidak.

Lain-lain arahan jelas yang perlu dipatuhi ialah seperti di bawah (ini dari pengamatan saya sejak keluar masuk ke beberapa buah mahkamah):

1. Tidak boleh ambil gambar..(tapi saya pernah buat 'jahat' di mahkamah Kuala Kangsar, saya ambil gambar barang bukti yang baru dibawa masuk...apa lagi kena jeritla dengan pegawai polis yang bertugas..dari pengamatan saya polis di mahkamah KK terlebih sangat strictnya berbanding di Kuala Lumpur.

2. Handphone perlu dimatikan atau di'silent'kan

3. Tidak boleh bercakap, tidak boleh membaca, tidak boleh duduk cara silang kaki atas kaki (apa tah panggilannya), tidak boleh letak tangan atas belakang kerusi..kiranya kena duduk secara serius..tidak boleh santai2 macam di kedai makan.

Perkara di atas adalah cerita sampingan saya, apa yang ingin saya sampaikan ialah apa yang berlaku kepada kami berlima Tahanan Politik ketika dihadapkan di hadapan Majistret di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil untuk pendengaran kes reman kami.

Kami berlima di sini ialah, saya, Aiman Athirah, Kak Salmah, Cikgu Laila dan Kak Hayati.

Awal-awal lagi salah seorang dari kami sudah ditegur, apabila salah seorang dari kami meletakkan kedua belah tangan di atas perut. Terus kena tegur dengan garangnya " Turunkan tangan ke bawah"...

Kemudiannya sekali lagi kami ditegur dan disindir dengan sinisnya oleh Puan Majistret apabila saya sendiri telah tersenyum, dan aksi saya tersenyum telah dilihat oleh Puan Majistret. Lantas Puan Majistret mengeluarkan kata-kata ini kepada peguam kami, Lateefa Koya.

Puan Majistret: "Your clients seemed to be very happy to be in the lockup"....

eeee....geram saya mendengarnya.....Peguam kami yang amat memahami tegas menjawab...

Lateefa: "No, Puan, They are all very stress"....

eeeee....geramnyaaaaa....

Nak tahu kenapa saya tersenyum.....kedudukan kami berdiri di hadapan majistret, juga berhadapan dengan sebuah tingkap bercermin yang membolehkan kami dengan jelas melihat aksi mereka yang berada di luar. TAPOL lain yang sudah dibebaskan meriah berlegar-legar di luar di hadapan kami. Bagi TAPOL lelaki mereka semua sudah menyalin pakaian lokap mereka ke pakaian ketika masing-masing ditangkap di peristiwa DEMO 1 Ogos.

Inilah dia pemuda yang bersemangat tu..kebetulan pulak abah asiah terambil gambarnya:)

Salah seorang dari mereka dengan bangganya memperagakan dan menayang-nayangkan kepada kami logo dan tulisan yang tertera di T-Shirtnya...dengan jelas sekali..."ABOLISH ISA, HIMPUNAN MANSUH 1 OGOS 2009. TUNTUTAN KAMI: ISA DIMANSUHKAN: BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA: TUTUP KEM KAMUNTING"

Apakah saya tidak layak untuk tersenyum melihat sokongan yang jelas terpampang di hadapan mata???

Akhirnya dalam hujah penggulungan peguam kami Lateefa mengatakan lebih kurang bermaksud seperti di bawah:

"Puan, sekiranya permohonan tambahan jumlah hari reman ke atas mereka diluluskan maka ianya adalah berbentuk hukuman ke atas mereka"

Maka memang jelaslah...kami telah dihukum sebelum didapati bersalah!!!!!

Entah kenapa setelah hampir yakin bahawa kami akan disumbatkan semula ke dalam lokap, air mata sudah tidak dapat lagi dibendung dari gugur, walau saya cuba menghalangnya. Tidak mahu dilihat oleh musuh-musuh yang gembira dengan kejayaan konspirasi mereka...saya menangis sebagai tanda perasaan yang saya sendiri sukar menilainya, kelihatan Aiman yang kelihatan dari susuk tubuhnya cekal dan bersemangat waja, juga merah mukanya.

Kami berpelukan dengan peguam-peguam kami yang terus memberi kata-kata semangat dan azimat...kata Lat kepada saya..."It's okay Kak Nash, I know you are a fighter"......

Kami juga bersalaman dengan sahabat-sahabat selokap yang lain yang telah dibebaskan...kami tahu mereka juga amat berat meninggalkan kami....solidarity.....

Polis wanita perkasa di sebelah kanan inilah yang telah menarik saya dari belakang dan kemudiannya menghumban saya dengan kasarnya ke dalam truck polis!!!!

Saya juga tewas dengan perasaan saya, sebaik saya dengan kasarnya telah dihumban masuk ke dalam truck polis untuk dibawa ke Lokap...sebelum itu saya bersama Nahdia, bermatian mempertahankan diri dari dibawa dengan paksa ke satu lokasi dan matlamat yang tidak diberitahu kepada kami. Ketika itu saya juga keliru dengan perasaan saya, kenapa saya menangis.

Saya tertarik dengan kata-kata isteri YB Sivarasa ketika diinterview oleh Malaysiakini:

"we must hold majistrate accountable...continued detention is unacceptable, majistrate need to be educated how to implement law of remand. The use of remand to PUNISH is WRONG!!!"

Hakikatnya, bukan kami sahaja yang dihukum, anak-anak kami turut juga dihukum!!!!


Najib Umum Kempen Besar-besaran Tangani H1N1

oleh : http://amkj.blogspot.com
Catatan : Zabidie Abas


KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) - Kerajaan akan melancarkan satu kempen besar-besaran minggu ini untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya penyakit Influenza A (H1N1) memandangkan wabaknya kini semakin serius, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menyediakan ubat antiviral di hospital dan klinik awam di seluruh negara."Langkah yang paling berkesan ialah melalui proses mendidik orang ramai iaitu memberikan panduan kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bangunan baru Institut Jantung Negara (IJN) di sini Isnin.

Sehingga hari ini, 32 orang meninggal dunia dan 1,983 orang dijangkiti penyakit itu di negara ini.

Petikan dari berita Bernama
(http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=431698)

Ulasan.

Setelah 32 orang rakyat meninggal dunia dan hampir 2,000 orang dijangkati baru semalam Perdana Menteri (PM) sedar ianya sangat merbahaya dan mengumukan untuk melancarkan kempen besar-besaran.

Alangkah malang kita mempunyai PM yang sedemikian pasif. Sebelum ini PM hanya merayu-rayu agar rakyat melayu kembali kepada BN-Umno yang kononnya mempunyai ahli parti terkuat didunia.

Kita akan disajikan dengan arahan setiap masjid-surau diminta melakukan sholat hajat dan PM disaff depan sebagai makmum kononnya tawawduk menghinsafi kematian dan penyakit berjangkit yang menular teruk di Malaysia.

Lakonan ini tentu memualkan. Para kroni BN-Umno kini bersiap sedia dengan tender-sebutharga pemberian terus untuk kempen menghindari dan membentaras H1N1. Pastinya jutaan ringgit menjadi hidangan.

Jangan lupa kepada para kroni, komisyen tersebut perlu disalurkan untuk Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir.

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

Pemuda PAS Perak diberi takilmat khas H1N1 oleh Jabatan Kesihatan Perak

Oleh : safarizal saleh








Lawan H1N1 dengan solat hajat dapat sambutan

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Gesaan 'Menteri Kesihatan' PAS melalui Siasah yang disiarkan Jumaat lalu mendapat sokongan dari semua pihak. Sejak itu, masjid-masjid seluruh negara mulai menganjurkan solat hajat bagi melawan H1N1.

Anggota Parlimen Pendang, Dr Mohamad Hayati menggesa kerajaan dan masyarakat negara ini mengambil dua pendekatan tambahan untuk melawan H1N1 yang kini sudah meragut lebih 26 nyawa.

Pendekatan itu adalah membekalkan ubat yang banyak untuk melawan deman ke klinik kerajaan dan swasta di samping hospital serta mempastikan harganya semurah mungkin.

Pendekatan kedua khasnya untuk umat Islam adalah mengadakan solat hajat di semua surau dan masjid untuk memohon kepada Allah swt agar dijauhkan dari penyakit yang cepat merebak ini.
Hari ini media melaporkan arahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir yang mengarahkan semua masjid menganjurkan solat hajat untuk melawan H1N1.
Sementara itu, PAS Perak telah mengarahkan semua 24 kawasan PAS di Negeri Perak mengadakan program Solat hajat khusus secara serentak di seluruh negeri Perak pada malam Jumaat 13 Ogos akan datang.
Keputusan itu disampaikan dalam Mesyuarat dan taklimat kepada semua Ketua penerangan PAS Kawasan di Pejabat PAS Perak di Ipoh pada 4 Ogos lepas, kata Ketua Penerangannya, Drs Khalil Idham Lim.

Program bermula sejak sembahyang maghrib di tempat yang ditentukan sendiri oleh PAS Kawasan mengikut kesesuaian.

Selepas Sembahyang diadakan taklimat dari pihak Jabatan kesihatan setempat untuk memberi kesedaran kepada jemaah mengenai Selsema Babi.

Perkara ini amatlah penting memandangkan tahap kesedaran rakyat khususnya yang beragama islam mengenai wabak ini masih rendah, katanya.

SiasahDaily/-

Umno makin rimas, kalut dengan kekuatan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Umno kini mula kalut dan rimas dengan sokongan padu yang diterima oleh Pakatan Rakyat.

Siri kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum ke-12 dan diikuti dengan pilihan rtaya kecil ternyata membuatkan Umno kini tidak senang duduk.

"Gelagat Umno sekarang ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya dipenuhi tahi,"kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Kerana itu katanya, mereka cuba sedaya upaya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu seperti arak, Jeff Oii, Anwar pengkhianat dan lain-lain.

Beliau berkata, ini menunjukkan Umno dalam keadaan terdesak kerana rakyat tidak memberi kepercayaan kepadanya lagi.

"Apa yang merisau Umno hari ini kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang begitu kuat daripada rakyat.

"Dalam beberapa indikator rakyat dapat lihat contohnya dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia ini rakyat tidak memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

HarakahDaily.Net/-

Pengurusan jabatan kerajaan Kelantan cekap - MAMPU

KOTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memuji kecekapan pengurusan pentadbiran pejabat kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Ketua Pengarahnya, Dato' Normah Md Yusof berkata, pentadbiran kerajaan Kelantan begitu proaktif terhadap usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi pentadbiran negeri.

Katanya juga, penyertaan peserta begitu tinggi dalam seminar dianjurkan MAMPU baru-baru ini menggambarkan keprihatinan pengurusan pentadbiran kerajaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Seminar itu dihadiri pegawai tinggi kerajaan, ketua-ketua jajahan dan ketua-ketua jabatan negeri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Pengurusan dan Transformasi MAMPU, Abdul Rahim Mohd Noor berkata, MAMPU begitu yakin dengan sistem pentadbiran yang diamalkan di Kelantan.

"MAMPU tidak membezakan di antara negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan pusat atau pun Pakatan Rakyat.

"Oleh itu sekiranya prestasi sedia ada di negeri ini diteruskan serta ditambahbaikan ia akan menjadi kerajaan yang terbaik di negara ini," katanya pada satu program taklimat di sini, baru-baru ini.

Taklimat tersebut memperkatakan tajuk 'Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Organisasi Negeri Kelantan'.

Abdul Rahim juga berkata, MAMPU berperanan sebagai penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam di negara ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias berkata, pelbagai program dilakukan bagi meningkatkan mutu kerja kakitangan�antaranya mewujud kod etika kepada kakitangan.

Selain itu penggunaan sistem 5S dan pelbagai lagi sehingga menjadikan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

HarakahDaily.Net/-

Siapa pengkhianat sebenar bangsa, negara?

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara? Benarkah pengkhianat sedemikian wujud atau sekadar dongengan Umno-BN untuk meraih simpati murahan daripada rakyat?

Persoalan pengkhianat bangsa dan negara bukan kali pertama diutarakan. Malah jika dilihat,ungkapan sedemikian seringkali menjelma terutama dalam menghadapi detik-detik pilihan raya atau negara sedang dilanda pelbagai isu yang hangat.

"Rakyat tidak pernah lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen,"tegas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam blog peribadinya.

Beliau yang mengulas isu khianat sebelum itu menjelaskan siri program yang dihadirinya semalam.

"Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

"Ditekankan keutamaan dasar yang dilakar demi kesejahteraan rakyat semua, dan bukannya hanya untuk memenuhi nafsu tembolok tauke-tauke kaya serta sesegelintir bangsawan politik semata.

"Turut disentuh kejayaan negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dan memerangi rasuah kendati pun berhadapan serangan bertali arus aparat umno-BN,"jelasnya.

Beliau juga menerangkan bagaimana program menjamin kebajikan rakyat seumpama pemberian air percuma, tabung warisan anak Selangor, skim mesra usia emas yang dilaksanakan di Kelantan mahupun Selangor.

"Tidak ketinggalan, saya menegaskan pentadbiran di semua negeri Pakatan Rakyat yang berlandaskan kebolehan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Semua dasar tersebut terbukti mesra pelabur, apatah lagi ketika mengalami kemurungan, mereka tentunya mahukan pengurusan ekonomi terbaik dan beramanah.

"Program seterusnya adalah ceramah bersama Dato' Chua Jui Meng di Bandar Chukai dan kemudiannya ceramah perdana di Kerteh bersama Saifuddin Nasution, Ustaz Harun Taib serta Abdul Rahman Yusuf. Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.

"Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.

"Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri,"tegasnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mendakwa ada individu-individu yang sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

HarakahDaily.Net/-

Cap jari bukan Noordin Mat Top

Analisis cap jari menunjukkan lelaki yang dibunuh polis anti-keganasan Indonesia kelmarin bukan suspek pengganas rakyat Malaysia, Noordin Mat Top.

Bagaimanapun, ujian DNA masih lagi dijalankan.

Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam 'Operasi Tiga Serangkai' di Jawa Tengah Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis anti-keganasan Indonesia berkata hanya ujian DNA dapat mengesahkan identiti mangsa.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu AFP bahawa Noordin masih bebas.

“Bukan dia. Kami tahu dari raut mukanya serta cap jarinya,” kata satu sumber polis yang tidak mahu namanya disebut.

"Kami masih meneruskan gerakan mengesannya," tambahnya.

Media tempatan melaporkan Noordin mati ditembak selepas polis menyerbu sebuah rumah di Jawa Tengah Sabtu lalu selepas mengepungnya selama 17 jam.

Pegawai kanan anti-keganasan, Ansyad Mbai enggan mengulas mengenai identiti mayat yang mati ditembak di rumah tersebut.

Menurutnya, ujian DNA akan mengesahkan sama ada dia Noordin atau orang lain.

"Lebih baik kita tunggu ujian DNA,” tambahnya.

MalaysiaKini/-


6 lagi korban H1N1, 203 kes baru

kemaskini 5.50pm Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai lalu.

Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.

Keenam-enam kematian itu antara 203 kes terbaru yang dilaporkan hari ini - kenaikan kes tertinggi dalam satu hari - menjadikan jumlah keseluruhannya 1,983 kes.

Ketua pengarah kesihatan menjelaskan, angka kematian terbaru itu merujuk satu kes yang berlaku semalam, manakala selebihnya kematian lebih awal yang hanya disahkan pada 7 dan 8 Ogos.

"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar seperti berikut: 5 Ogos (2 dua), 8 Ogos (3 orang) dan 9 Ogos (seorang)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Seramai 67 pesakit kini sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Enam di unit tersebut mempunyai risiko iaitu penyakit kronik (3 orang), obesiti (1), selepas hamil (1) dan bayi (1).

Dr Mohd Ismail menambah, mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A (H1N1) diminta segera mendapatkan rawatan.

"Rawatan anti-virus akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula," katanya.

"Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap.

"Dapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda tersebut."

MalaysiaKini/-

Kenyataan Media : Kepada semua Bloggers PAS

Lajnah penerangan PAS Perak akan mengadakan "Program Santai Bersama Bloggers" yang akan diadakan seperti berikut .

Tarikh/Hari : 15 Ogos/Sabtu

Jam : 3.00 Petang

Tempat : Kem Hanifa (Kebun Pak Kholil), Jenahang, Gopeng

Tetamu Kehormat : Pesuruhjaya PAS Perak dan AJK Harian PAS Perak

Dengan ini saya menjemput semua bloggers PAS untuk menghadirkan diri dalam program di atas. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Blogger Al Banjari Email : albanjari_online@yahoo.com dan No. Tel - 012 402 6129.