12 Ogos 2009

H1N1 BALA ALLAH

Oleh : newsforwarder®™

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Wabak ini adalah bala dari Allah akibat perbuatan keji yang dilakukan secara terang-terangan oleh manusia.
Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud " Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu" hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.
Firman Allah dalam Surah al-Ahqaaf ayat 27 yang bermaksud ".....dan sesungguhnya kami balakan negeri-negeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebesaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami".
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 , "seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.

Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

2 ulasan:

Musafir lalu..... berkata...

Assalamualaikum wrt.
Kita harus menyedari bahawa ada kemungkinan wabak ini adalah hasilkerja Setan terbesar dunia itu (US) bagi mengurangkan kesan kemerosotan ekonomi mereka. Saya katakan begini kerana dengan tersebarnya wabak ini negara-negara lain akan terseret untuk mengalami masalah ekonomi akibat kelembapan ekonomi terutama pelancongan. Akibatnya jurang ekonomi US dengan negara lain dapat dielakkan. Jika tidak rakyat US pasti lebih teruk mengalami kemerosotan taraf hidup mereka. Fikirkanlah....

armouris berkata...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ Tentang Selsema Babi