18 Januari 2014

Letak SPR di bawah Parlimen hanya ‘janji kangkung’ Najib

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Rakyat akan terkejut jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar(gambar) berkata demikian ketika menyatakan rasa tidak yakin kerajaan Umno akan menyambut baik seruan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah supaya SPR dipimpin oleh seseorang yang tidak dilihat mewakili BN.

Kangkung buat Umno Pulau Pinang berang

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
BUKIT MERTAJAM: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mengecam dan mengutuk tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang bertindak biadab apabila menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lepas.

           
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar, bawah) berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.

Selangor terus bantu rakyat ketika ekonomi negara kritikal

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Selangor mampu meneruskan pelbagai program membantu rakyat seperti skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan menampung perbelanjaan penting lain jika kerajaan pusat berhadapan masalah kewangan yang semakin kritikal.


Keupayaan itu berikutan amalan pengurusan kewangan cemerlang dengan mengawal pembaziran, ketelusan dan mengelakkan budaya anti rasuah secara total yang diamalkan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Polis jemput guna SMS, SAMM tetap ke Dang Wangi

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Berikutan perhimpunan ambang tahun baru #RPDM31D, dua pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dipanggil hadir ke Balai Polis Dang Wangi melalui sistem pesanan ringkas (SMS).


Pengasas SAMM, che'GuBard dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan masing-masing telah menerima SMS tersebut dari seorang pegawai yang perkenal diri sebagai ASP Suhaimi. 

Reman ‘Sultan Melaka’ dilanjutkan tiga hari

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
MELAKA: Polis hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menyambung reman ahli perniagaan Noor Jan Tuah selama tiga hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya sultan Melaka.

       
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Anak pasangan M’sia di Sweden mahu keluarga angkat muslim

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia.

Aisyah, 14, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, menyuarakan keinginan itu ketika mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Malaysia dan Khidmat Sosial Sweden pada Jumaat.

Penyokong Pahang mohon perbesar Stadium Darul Makmur

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUANTAN: Mungkin sudah tiba masanya usaha memperbesarkan Stadium Darul Makmur dapat difikirkan bagi membolehkan lebih ramai penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu yang kini hanya mempunyai kapasiti 30,000 penonton.


Cadangan itu yang disuarakan kalangan penyokong Pahang selepas menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, Pahang dengan Lions XII di sini, malam tadi, turut berharap stadium baharu dibina sekiranya pembesaran tidak dapat dilakukan.

Potong bajet pendidikan bunuh impian ribuan anak peneroka

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ura-ura pemotongan peruntukan tahunan Kolej Felda daripada RM16 juta kepada hanya RM5 juta akan “membunuh impian” ribuan anak peneroka di seluruh negara dan menimbulkan persoalan terhadap fokus utama Yayasan Felda bagi meningkatkan aspek kebajikan, latihan dan pendidikan generasi Felda, tegas Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.


Mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung cadangan pengurusan Felda itu, Mazlan berkata, visi Yayasan Felda sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial peneroka Felda akan dipersoalkan umum jika peruntukan tahunan empat Kolej Felda itu dipotong.  

Bom gegar Bangkok

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Bangkok Sekurang-kurangnya 36 orang cedera dalam letupan bom ketika penunjuk perasaan anti kerajaan berarak di Bangkok melalui tindakan yang mereka namakan ‘penutupan’ Bangkok untuk menggulingkan kerajaan, yang masuk hari kelima semalam.


Pegawai pusat kecemasan Erawan di bandaraya ini berkata daripada jumlah yang cedera itu, seorang dibawa ke pusat perubatan dan menjalani pembedahan kecemasan. 

10 pekerjaan tawar gaji paling tinggi

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Industri berasaskan teknologi dan sains adalah sektor pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di negara ini, menurut kaji selidik terbaru portal pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com.


Kaji selidik mengenai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia itu adalah berdasarkan gaji yang disenaraikan oleh majikan di laman web Jobstreet.com bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013. 

Budak Perempuan Curi Berlian RM5.2 juta di Bukit Bintang

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Polis sedang giat memburu sebuah sindiket yang didakwa mencuri berlian RM5.2 juta dengan menggunakan warga China yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.


Dalam kejadian jam 3.50 petang Khamis, sindiket yang didakwa telah menjalani latihan mencuri itu menggunakan seorang kanak-kanak untuk mengambil berlian berkenaan dari sebuah galeri emas terkemuka di Bukit Bintang.