24 Oktober 2021

Lega SOP larang himpunan berkaitan pilihan raya

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

MELAKA: Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa esok sehingga 27 Nov, menjadi khabar gembira yang melegakan masyarakat di sini.

Ini kerana mereka bimbang aktiviti yang dilaksanakan menjelang dan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, akan mencetuskan gelombang penularan COVID-19 yang akan menyekat kembali 'kebebasan' yang baharu sahaja dinikmati rakyat.

Sabah capai 72.17 peratus dewasa lengkap vaksin

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Sabah mencapai 72.17 peratus daripada penduduk dewasanya lengkap vaksin COVID-19, manakala 74.35 peratus menerima satu dos suntikan setakat semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan seramai 2,050,851 orang penduduk dewasa menerima satu dos vaksin, manakala seramai 1,990,728 orang lengkap vaksin.

Hanya pekerja divaksin boleh ke pejabat mulai 1 Januari

  Foto AFP (hiasan)

Foto AFP (hiasan)

SINGAPURA: Mulai 1 Januari tahun depan, hanya pekerja yang divaksinasi atau pulih daripada COVID-19 dalam tempoh 270 hari dibenarkan kembali ke tempat kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Ini bermakna mereka yang belum divaksin tidak dibenarkan berbuat demikian melainkan mereka diuji negatif COVID-19 dan perlu menanggung kos ujian saringan.

Kerajaan Persekutuan setuju bina lapangan terbang antarabangsa di Gebeng

 Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) pada Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Kuantan. NSTP/Asrol Awang

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) pada Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Kuantan. NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju meluluskan cadangan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Gebeng, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata persetujuan itu hasil mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), baru-baru ini.

Penunggang motosikal maut ketika berkonvoi

 Seorang penunggang motosikal maut ketika berkonvoi di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

Seorang penunggang motosikal maut ketika berkonvoi di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

SEPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA, berkata identiti mangsa belum diketahui.