20 April 2014

Feri karam di Korea: 13 lagi mayat ditemui

21 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
JINDO: Tiga belas lagi mayat ditemui hari ini di dalam badan feri Korea Selatan yang karam Rabu lalu, kata pegawai pengawal pantai.


“Tiga belas lagi mayat baru saja dibawa naik. Angka korban kini mencecah 49 orang,” kata jurucakap pengawal pantai.Difahamkan, lapan daripada mayat berkenaan adalah lelaki dan dua perempuan. 

9 maut di Jawa Timur akibat minum arak tempatan

21 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
JAKARTA: Sembilan maut manakala yang lain dimasukkan ke hospital di Jawa Timur selepas minum 'oplosan', sejenis arak buatan tempatan, awal minggu ini.
    
Ketua Polis Malang Adi Deriyan Jayamarta berkata lebih 20 orang menghadiri dua jamuan pada Isnin, yang menyajikan oplosan.

Karpal Singh: Perginya seorang pejuang tanpa warna

21 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
GEOGETOWN:  Pagi ini upacara penghormatan negeri berlangsung bermula jam 8.30 pagi untuk mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya, Khamis lalu.

Ucapan takziah dan simpati datang mencurah mengisi ruang rumah sederhana keluarga Karpal di Jalan Utama, dekat sini sejak jasadnya dibawa ke situ untuk membolehkan sahabat handai, taulan rakan dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Gempa 5.0 magnitud gegar pulau Caribbean

21 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
BASSETERRE (St Kitts): Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud melanda timur pulau Caribbean di sini, namun tiada kerosakan dilaporkan. 

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa itu berlaku lewat petang semalam waktu tempatan, kira-kira 77 kilometer di utara-timur laut St Kitts. 

KEUTAMAAN UMRAH

21 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
Dari Abu Hurairah radiallahu'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, 

اَلْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَ اْلحَجُّ اْلمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ اْلجَنَّةُ. 
"Ibadah Umrah setelah umrah adalah penebus dosa di antara keduanya dan Haji yang mabrur tiada balasan baginya kecuali surga." (Muttafaq 'alaih).

KOSA KATA

اْلحَجُّ :Haji, pengertiannya secara etimologi bermakna mendatangi sesuatu yang diagungkan, dan secara terminologi adalah mendatangi Baitullah al-Haram untuk menunaikan manasik tertentu dengan tata cara tertentu dalam waktu tertentu. Kata اْلحَجُّ boleh difathahkan dan dikasrahkan huruf ha'nya. Haji ini termasuk salah satu rukun Islam yang lima.