02 November 2021

Warga asing lengkap vaksinasi boleh solat di surau, masjid

 FOTO HIASAN.

FOTO HIASAN.

Ipoh: Warga asing lengkap dos vaksinasi serta kanak-kanak dan remaja berusia 12 tahun ke atas dibenarkan untuk solat fardu dan Jumaat di masjid serta surau di seluruh Perak, berkuat kuasa hari ini sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kebenaran itu diberi selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Garis panduan minuman keras, kejayaan DBKL tangani arak

 

KUALA LUMPUR: Penguatkuassan Garis Panduan Minuman Keras di Kuala Lumpur yang bermula semalam dianggap sebagai kejayaan kerajaan bagi menangani isu arak yang berlarutan sejak sekian lama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, pelaksanaan garis panduan itu sebagai satu kejayaan di bawah kerajaan yang ada sekarang.

Isu pajakan: Wajar Kedah anjur referendum – pensyarah

 

Prof Dr Ahmad Fauzi.

Oleh  KAIROL ZULHAIDI

KUALA LUMPUR: Tuntutan Kerajaan negeri Kedah yang menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan perlu mengambil kira pandangan rakyat Kedah sendiri, selain kerajaan.

Penganalisis Politik dan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, apa pun bentuk usaha untuk menuntut kembali Pulau Pinang haruslah dengan rundingan semua pihak berkepentingan, bukan seperti era penjajah dahulu yang mana pandangan rakyat tempatan diketepikan dalam rundingan.

Indonesia kurangkan tempoh kuarantin untuk pelawat asing

 Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto. - Foto AFP

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto. - Foto AFP

JAKARTA: Kerajaan Indonesia memutuskan untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing, kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto, hari ini.

Guru YIK enggan divaksin sudah ubah fikiran

 

Izani (berdiri, tengah) melawat pusat pemberian vaksin dos penggalak di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebilangan kecil guru di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sebelum ini menolak vaksin Covid-19 telah berubah fikiran dan bersetuju untuk menerima suntikan tersebut.

Remaja 17 tahun kahwini nenek 71 tahun

 

Gary dan Almeda berkahwin pada tahun 2015 ketika masing-masing berusia 17 dan 71 tahun. - Instagram

NEW YORK – Seorang lelaki mendedahkan bahawa dia berumur 17 tahun apabila mengahwini isterinya yang ketika itu berusia 71 tahun dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada 2015, lapor akhbar New York Post semalam.

5,071 kes baharu dilaporkan

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,071 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,481,339 kes.

Sumomomomomomomomo si kuda popular

 Sumomomomomomomomo menjadi sensasi media sosial kerana keunikan namanya. - FOTO Agensi

Sumomomomomomomomo menjadi sensasi media sosial kerana keunikan namanya. - FOTO Agensi

Tokyo: Seekor kuda yang memiliki nama unik, muncul juara buat pertama kalinya dalam perlumbaan ke-12 yang disertai.

Sumomomomomomomomo menarik perhatian ramai kerana keunikan namanya sehingga menjadi sensasi di media sosial di Jepun, dengan peminat dan selebriti menyertai pasukan penyokongnya.

Sokong pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 di Kelantan

 - Foto hiasan

- Foto hiasan

Kota Bharu: Ramai yang menyambut baik pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 bagi membendung salah laku dan jenayah syariah di Kelantan.

Pembantu farmasi, Salsabila Abdullah, 25, berkata, pelaksanaan enakmen itu amat tepat pada masa ini memandangkan maksiat dilihat semakin berleluasa.

China nasihat rakyat buat stok makanan, bimbang bekalan tidak mencukupi

 

SHANGHAI: Semua keluarga di China dinasihatkan supaya membuat stok simpanan barang keperluan harian sebagai langkah persediaan jika berlaku peningkatan permintaan mendadak.

Kerajaan China ketika ini bertungkus-lumus memastikan bekalan makanan mencukupi menjelang musim sejuk.

‘Saya kerap menangis hingga alami katarak yang serius’ – Ibu Allahyarham Zulfarhan

 

HAWA Osman menceritakan trauma yang dialaminya. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: “Kesihatan saya terjejas sehingga mengalami katarak yang serius pada 2018 akibat kerap menangis ekoran kesedihan yang melampau,” demikian kenyataan impak mangsa, Hawa Osman iaitu ibu Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dibacakan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ummah minta Bersatu, Pas, UMNO halang DAP menang di Melaka

 

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru menyeru pemimpin parti UMNO, Bersatu dan Pas agar bersama-sama halang parti DAP daripada menang dalam pilihan raya di negeri itu.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, kegagalan ketiga-tiga parti itu untuk bersatu hanya akan memberi peluang kepada DAP untuk mengusai Melaka.

AirAsia sambung semula penerbangan ke Thailand

 

KUALA LUMPUR: AirAsia Malaysia menyambung semula operasi penerbangannya antara Kuala Lumpur dan Thailand bermula 5 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata penyambungan itu dilaksanakan selepas Thailand membuka kembali sempadan antarabangsa mereka tanpa kuarantin kepada pelancong asing.

Indonesia rancang pindah ibu negara ke Kalimantan Timur awal 2024

 Jakarta yang kini mempunyai 10 juta penduduk, sering mengalami kesesakan lalu lintas dan banjir serta tahap pencemaran tidak sihat. - Foto AFP

Jakarta yang kini mempunyai 10 juta penduduk, sering mengalami kesesakan lalu lintas dan banjir serta tahap pencemaran tidak sihat. - Foto AFP

JAKARTA: Indonesia meneruskan rancangan memindahkan ibu negaranya ke kepulauan Borneo mulai suku pertama 2024, selepas beberapa kali cadangan itu tertangguh selama beberapa bulan susulan kemunculan pandemik COVID-19.

'Kalau lihat jasad si mati, saya tak boleh nak bayangkan' - Hakim

 Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah.

KUALA LUMPUR: "Kalau lihat kepada jasad si mati, saya tidak boleh nak bayangkan, sebab seterika wap kalau terkena di tangan pun sangat sakit," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah.

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Sumatera Utara

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah barat Sumatera Utara, Indonesia, hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini, menurut agensi meteorologi dan geofizik.

Korban COVID-19 cecah 5 juta

PARIS: Jumlah korban pandemik COVID-19 kini mencecah lima juta mangsa di seluruh dunia, setakat semalam, sejak wabak itu tercetus di China hampir dua tahun lalu, menurut satu penjumlahan oleh AFP berdasarkan sumber rasmi.

Malaysia tempah 87.9 juta dos vaksin COVID-19

  Foto fail NSTP

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Sebanyak 87.9 juta dos vaksin ditempah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Fasiliti COVAX dan secara rundingan terus dengan beberapa pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata tempahan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.64 bilion merangkumi kos dan logistik vaksin.

Jumlah mangsa banjir di Kedah, Melaka meningkat

 Keadaan kawasan Kampung Tok Pauh yang dipenuhi air akibat banjir. - Foto NSTP/Ihsan pembaca

Keadaan kawasan Kampung Tok Pauh yang dipenuhi air akibat banjir. - Foto NSTP/Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Melaka meningkat kepada 685 orang pagi ini susulan hujan lebat yang melanda dua negeri berkenaan semalam.

Kes bunuh Zulfarhan: 6 penuntut UPNM didapati bersalah sebabkan kematian

 

Bapa Zulfarhan Osman Zulkarnain, Zulkarnain Idros dan isteri, Hawa Osman ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan kes kematian anak mereka pada hari ini. - NSTP/ASWADI ALIAS.
Bapa Zulfarhan Osman Zulkarnain, Zulkarnain Idros dan isteri, Hawa Osman ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan kes kematian anak mereka pada hari ini. - NSTP/ASWADI ALIAS.


KUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian kepada Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat membunuh.

Sanusi terima gelaran Dato’ Seri

 

Oleh: SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor diperkenan menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (S.P.M.K) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah yang ke-79.

Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) yang juga membawa gelaran Dato’ Seri turut dikurniakan kepada Pengarah Urusan Weststar Holdings Sdn Bhd, Tan Seri Dato’ Wira Syed Azman Syed Ibrahim. 

PRN Melaka: Parti Melayu Islam perlu bersatu pertahan kuasa

 

Mohd Zai Mustafa

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru semua pemimpin parti Melayu Islam yang terdiri daripada Umno, Bersatu dan PAS bersatu demi mempertahankan kekuatan kuasa politik Melayu Islam dan kesejahteraan ummah pada Pilihan Raya Negeri Melaka.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, ini lebih-lebih lagi Umno, PAS dan Bersatu sudah pun mempuyai kerajaan di pusat dan wajar diteruskan di Melaka.

“Kegagalan mewujudkan persefahaman politik hanya akan mengundang kekalahan dan memberi peluang besar kepada gabungan parti liberal yang dikuasai DAP akan menang.

“Semua pihak mesti menghalang DAP daripada menang di Melaka,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, parti Melayu Islam mestilah menjadi contoh dan menjuarai perpaduan Melayu Islam dan perpaduan nasional masyarakat majmuk Keluarga Malaysia.

Beliau menambah, agenda perpaduan umat Melayu mengatasi segala-galanya demi agama, bangsa dan negara.

Katanya lagi, pemimpin mesti berjiwa besar dan mempuyai wawasan jauh ke hadapan melampaui kepentingan kelompok dan individu untuk kepentingan bangsa dan negara.

“Menonjolkan masyarakat Melayu yang bersatu akan membawa kepada perpaduan dan kesejahteraan kepada masyarakat majmuk Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, hanya gabungan parti Melayu Islam yang mampu mewujudkan kedamaian dan keharmonian kaum serta toleransi agama yang baik di negara ini.

Tambahnya, PAS sebagai parti yang berteraskan Islam wajar menjadi pendamai dan penyatu kepada penyatuan politik dengan menonjolkan Islam yang damai, adil dan bermuafakat akan membawa kepada konsep Islam yang memimpin umat.

Menurut beliau, perpecahan parti politik dan pemimpin hanya akan membawa kepada kekalahan dan hilang kuasa.

“UMMAH menyeru kepada pemimpin Islam, persatuan NGO dan pemimpin masyarakat agar terus memperkasakan agenda perpaduan ummah dalam kalangan rakyat negeri Melaka,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 2/11/2021

PRN Melaka: PAS lulus guna lambang Perikatan Nasional

 

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 1 November di Pejabat Agung PAS telah meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, malam tadi.