02 November 2021

Ummah minta Bersatu, Pas, UMNO halang DAP menang di Melaka

 

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru menyeru pemimpin parti UMNO, Bersatu dan Pas agar bersama-sama halang parti DAP daripada menang dalam pilihan raya di negeri itu.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, kegagalan ketiga-tiga parti itu untuk bersatu hanya akan memberi peluang kepada DAP untuk mengusai Melaka.

“Kegagalan mewujudkan persefahaman politik hanya akan mengundang kekalahan dan memberi peluang besar kepada gabungan parti liberal yang dikuasai DAP akan menang.

“Semua pihak mesti menghalang DAP daripada menang di Melaka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zai ketiga-tiga parti berkenaan sudah pun menjadi kerajaan peringkat pusat dan ia wajar diteruskan di Melaka.


Menurut Mohd Zai, parti berkenaan, perlu menjadi contoh dan menjuarai perpaduan Melayu Islam dan perpaduan nasional masyarakat majmuk Keluarga Malaysia.

Seharusnya, kata beliau, agenda perpaduan perlu mengatasi segala-galanya demi agama, bangsa dan negara.

Pemimpin-pemimpin terbabit pemimpin perlu berjiwa besar dan mempuyai wawasan jauh ke hadapan melampaui kepentingan kelompok dan individu untuk kepentingan bangsa dan negara.

“Menonjolkan masyarakat Melayu yang bersatu akan membawa kepada perpaduan dan kesejahteraan masyarakat majmuk Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Tambah beliau, gabungan ketiga-tiga parti berkenaan mampu mewujudkan kedamaian dan keharmonian kaum serta toleransi agama yang baik di negara ini.

ambahnya, Pas sebagai parti yang berteraskan Islam wajar menjadi pendamai dan penyatu kepada penyatuan politik dengan menonjolkan Islam yang damai, adil dan bermuafakat akan membawa kepada konsep Islam yang memimpin umat.

Katanya, perpecahan parti politik dan pemimpin hanya akan membawa kepada kekalahan dan hilang kuasa.

“UMMAH menyeru kepada pemimpin Islam, persatuan NGO dan pemimpin masyarakat agar terus memperkasakan agenda perpaduan ummah dalam kalangan rakyat negeri Melaka,” jelasnya.-SM

https://suaramerdeka.com.my/ummah-minta-bersatu-pas-umno-halang-dap-menang-di-melaka/?fbclid=IwAR2kSwpBP0qaU3gtr6fhORmDMrqpOT147_2_WFaExIh6f_mPixQiJbE90Pk

Tiada ulasan: