3 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ – الأنعام : ۱۰
Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. – Surah Al-An’am : 10
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat Sekelian,
Pada kesempatan kali ini marilah kita mengenang tentang peringatan Allah mengenai suasana yang telah dan akan menimpa umat Islam dari dulu, kini dan selamanya. Penghinaan terhadap para Rasul akan sentiasa berlaku dari masa ke semasa bermula ketika permulaan perutusan mereka. Jika tarikh 16 September merupakan hari gembira bagi kita sempena pembentukan Negara Malaysia, namun hati umat Islam terguris dengan ingatan penyembelihan Umat Islam oleh Yahudi Zionis di Shabra dan Shatila.
September tahun ini pula hati kita diguris lagi dengan penyiaran filem yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai pengganas, kejam dan gila sex. Filem sampah yang diterbitkan oleh seorang Yahudi Amerika yang menyamakan Rasulullah dengan sifat dan akhlak presiden-presiden mereka yang tidak berakhlak, tidak berperikemanusiaan dan terlibat dengan aktiviti sex songsang. Penghinaan terhadap Islam dan penganutnya telahpun sampai ke kemuncaknya sehinggakan kitab suci Al-Quran pernah dikencing, dibuang ke dalam tandas dan dibakar secara terang-terangan. Segala penghinaan ini terjadi apabila kita menjadi umat yang amat lemah dan musuh-musuh Allah amat menyedari bahawa kita tidak akan mampu berbuat apa-apa.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Kelemahan umat Islam pada hari ini telahpun diramal oleh baginda Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda:
يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ اْلأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلْيَقْذِفَنَّ اللهُ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهَنُ. قَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. (رواه البيهقي، حديث حسن).
Hampir tiba zamannya manusia mengerumuni kamu sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan. Ada sahabat bertanya: apakah karena sedikitnya jumlah kita pada masa itu? Baginda bersabda: Bahkan jumlah kalian pada masa itu banyak. Tetapi kalian pada saat itu bagaikan buih yang hanyut. Dan Allah akan mencabut dari dada-dada musuh kalian (rasa) ketakutan kepada kamu, dan Dia akan memasukkan ke dalam hati-hati kamu al-wahan. Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah al-wahan itu? Beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati”
(HR. Baihaqi, hadis hasan).
Sidang Jumaat Sekelian,
Berbagai reaksi yang kita lihat lahir daripada Umat Islam seluruh dunia apabila berlakunya penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Hakikatnya, penghinaan seperti ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana permusuhan Yahudi dengan umat Islam sememangnya didedahkan oleh Allah melalui FirmanNya dalam surah Al-Maidah ayat 27 :
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ ءَامَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maka kamu akan dapati golongan yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan golongan musyrikin.
Sidang Jumaat Sekelian,
Umat Islam bukan sahaja sudah lama dihina sebegini malah telah diperlakukan sesuka hati mereka selama ini. Situasi ini bukan semata-mata disebabkan permusuhan mereka terhadap Islam malah ditambah dengan sikap Umat Islam sendiri selama ini. Musuh senantiasa melihat dan mengkaji tahap kepekaan Umat Islam dari semasa ke semasa sehinggalah mereka kini amat yakin bahawa walaupun sebahagian Umat Islam akan marah, memberontak dan sebagainya namun sebahagian besarnya hanya melihat dan mengeluh tanpa ada sebarang tindakan yang diambil. Malah dari masa ke semasa sebahagian dari umat Islam, media massa dan cerdik pandai Islam juga turut melakukan penghinaan yang sama, walaupun bukan ke atas peribadi Rasululah tetapi ke atas ajaran Rasulullah saw.
Sidang Jumaat Sekelian,
Musuh-musuh Allah begitu hebat dan bekerjasama dalam melakukan segala usaha memusuhi Islam. Artis dan dunia perfileman mereka sentiasa digunakan untuk menyebarkan propaganda agama dan cara hidup mereka disamping membangkitkan kebencian terhadap Islam. Malangnya artis dan dunia perfileman kita hanya membuai dan menambah rasa cinta terhadap dunia dan harta benda. Filem-filem keluaran negara terlalu sedikit yang mengaitkannya dengan asas agama malah jika adapun hanya menambahkan kebencian masyarakat dengan cara hidup beragama. Golongan yang mendekatkan diri dengan agama sering digambarkan sebagai manusia yang berfikiran kolot dan menjadi penghalang kepada kemajuan.
Sidang Jumaat Sekelian,
Kegilaan dan kebodohan dunia semakin ketara sejak akhir-akhir ini akibat pemikiran yang amat bercelaru. Atas nama kebebasan dan hak asasi, dunia diperbodohkan untuk menerima apa sahaja yang dibawa oleh Yahudi. Di negara inipun, pemikiran ini sedang parah menyerang, semata-mata untuk membolehkan mereka melempiaskan segala tuntutan nafsu kebinatangan mereka. Atas nama hak asasi mereka menuntut kebebasan melakukan apa sahaja tanpa ada sekatan agama dan budaya.
Atas nama kebebasan bersuara mereka mahukan kebebasan untuk menulis dan bercakap apa sahaja walaupun menghina agama. Mungkinkah satu hari nanti dunia akan sampai ke tahap kebebasan mutlak sehingga undang-undang dan peraturan tidak diperlukan lagi. Pencuri akan menuntut hak kebebasan mencuri kerana berusaha mencari kekayaan.
Penagih dadah akan menuntut hak kebebasan menagih kerana melepaskan gian dan tidak mengganggu sesiapa. Manusia akan bebas mencela dan mencaci sesiapa sahaja berdasarkan prinsip kebebasan bersuara. Persoalannya, mungkinkah kita juga punya hak kebebasan berdemontrasi, hak kebebasan memboikot barangan, hak kebebasan memberontak, hak kebebasan menyerang kedutaan negara mereka dan sebagainya bagi mengimbangi hak kebebasan mereka untuk menghina, mencerca dan mencabul kehormatan agama kita.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَمْلَيْتُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ
Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu. – Ar-Ra’du : 23
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat sekelian,
Luka di hati Umat Islam yang sudah sekian lama berdarah, tidak mungkin mampu dirawati dengan kecaman dan demostarasi yang menjadi medan pertempuran antara sesama kita dan pasukan keselamatan. Kelukaan Umat ini hanya mampu diubati dengan tindakan keras bagi mengajar dan menghukum sesiapa sahaja yang terlibat dan bersubahat mempersendakan agama suci kita. Tindakan ini tidak akan mampu kita lakukan selagi kita tidak menguasai dunia. Maka tidak akan ada cara lain untuk kita menguasai dunia kecuali dengan bersatu atas panjí Islam yang Maha suci ini. Kepentingan Islam wajib didahulukan melebihi kepentingan bangsa, kepentingan parti apatahlagi kepentingan peribadi. Janganlah kita berterusan menindas dan saling menjatuhkan sesama sendiri. Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan Sunnah agar kita mampu menjadi Umat yang hebat, gagah perkasa dan diredhai.
Sidang Jumaat sekelian,
Mungkin terlalu jauh kemampuan kita buat masa ini untuk menghalang dan menghukum mereka yang menghina agama dan nabi kita. Maka yang mampu kita lakukan adalah tidak lagi menghina agama dan ajaran agama kita sendiri dan melaksanakan perintah Allah mengikut kemampuan masing-masing. Sebelum kita mampu menahan penyiaran filem-filem yang menghina nabi dari tatapan dunia, maka kita sekatlah segala filem yang menghina dan mencemarkan agama suci kita di Negara ini. Sebelum kita mampu menghukum rakyat Negara lain yang melakukan jenayah ini, maka ambillah tindakan segera terhadap rakyat di Negara ini yang melakukan perkara yang sama walaupun dalam bentuk yang berbeza.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ اَصْلِحْ اَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ اُمُوْرِنَا اَللَّهُمَّ اجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ فِىْ بِلاَدِنَا هَذَا وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.
اَللَّهُمَّ أَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّلِمِينَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ وآخِرُ دَعْوَاهُمْ اَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak