Sepanjang kempen yang sedang dijalankan di Permatang Pauh , kami di Perak sibuk dengan kempen solidariti dan ukhwah melawan "peluru akhir" yang di lepaskan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan mengaitkan 2 Exco Kerajaan negeri Perak dengan rasuah wang dan sex.
Setiap hari sejak mereka terlibat saya berulang alik ke Ipoh bersama-sama dengan Exco dan ADUN yang lain hadir di Ipoh dan Mahkamah bagi menunjukkan sokongan padu kepada 2 Exco berkenaan. Kami sepakat untuk mengatakan dimana saja kami berada bahawa ini adalah perangkap .
Sebagaimana yang dijangkakan memang kes ini mahu dijadikan sesuatu yang boleh meraih undi di Permatang Pauh sehingga sehari seblum penduduk Permatang Pauh keluar mengundi kami sekalilagi berhimpun di Mahkamah sekyen mengikut prosiding pendakwaan kepada yang terlibat.
Hebat dan pantas sungguh BPR, tidak sampai seminggu sudah di dakwa di mahkamah sedangkan di sana ada ribuah fail yang bertimbun-timbun malah ada bukti yang lengkap kenapa tidak didakwa. Ini lah sifat double standard BPR yang tidak boleh dimaafkan.
Kalimat pertama keluar dari saya bila DS Anwar menang "padan muka". Rakyat sudah tidak percaya dengan segala maklumat yang diputar belit oleh media cetak dan elektronik arus perdana. Malah saya berkesimpulan mereka sangat percaya berita yang datang dari kami sendiri.
Bayangkan Muktamar PAS sudah 100 orang lebih yang datang buat liputan walaupun tidak semua yang ditulis dengan betul.
Namun yang jelas UMNO dan BN sudah berbohong ketahap yang tidak boleh dipercayai, seperti orang berbohong dengan mengataskan umur dia dengan ayahnya sama.
Begitulah di Permatang Pauh, kalau beginilah trendnya saya yakin masa depan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih baik dimasa akan datang.
Apalagi Hari Kemerdekaan dan Ramadhan yang bakal tiba bagi umat Islam memastikan doa kita lebih makbul bagi meruntuhkan segala bentuk kezaliman yang ada di negara tercinta.