27 Ogos 2008

Anwar menang majoriti 15,671.

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).




Najib "keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh membuktikan Barisan Nasional (BN) tetap mengamalkan prinsip demokrasi yang telus tanpa sebarang manipulasi".

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam.

Sebaik keputusan diumumkan, ia disusuli dengan sorakan kira-kira 500 penyokong PKR di dalam dewan manakala kira-kira 20,000 di padang berhampiran yang berkumpul sejak jam 5 petang.
Sebanyak 65 peratus daripada 58,459 pengundi berdaftar, termasuk pengundi pos menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di 25 pusat mengundi yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang hujan pada tengah hari merencatkan pengundi keluar mengundi apabila kebanyakan jalan utama ke semua 25 pusat mengundi, dilaporkan sesak teruk.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang diwakilinya sejak 1999 bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding semula di kerusi yang disandang sejak 1982.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah menang buat kali kedua berturut-turut menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi. Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ialah 81.87 peratus.

Tiada ulasan: