15 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Blitar: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan apabila gunung berapi Kelud di Jawa Timur, meletus lewat malam kelmarin, manakala lapangan terbang ditutup antarabangsa ditutup dan penerbangan dibatalkan.
Gunung Kelud, dianggap antara gunung berapi paling bahaya di Pulau Jawa, memuntahkan abu panas dan batu tinggi ke udara lewat malam kelmarin beberapa jam selepas status amarannya dinaikkan.
15 Februari 2014
Asap dan debu tebal menyelubungi ruang udara di sekitar Yogyakarta
15 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Asap dan debu tebal menyelubungi ruang udara di sekitar Yogyakarta, Indonesia yang terletak kira-kira 200 kilometer dari barat Gunung Berapi Kelud yang meletus pada Khamis. Sekurang-kurangnya dua orang disahkan maut. Kejadian itu juga memaksa ribuan penduduk yang berada di sekitar gunung berapi terbabit dipindahkan ke tempat selamat.
Letusan Gunung Berapi Kelud, 294 Pelajar Malaysia Di Jawa Timur Selamat - Wisma Putra
15 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sebanyak 294 pelajar Malaysia di Malang, Surabaya, Solo dan Yogyakarta, kawasan yang terjejas akibat letusan Gunung Kelud di daerah Magelang, Jawa Timur, dilaporkan selamat.
Wisma Putra dalam kenyataan malam ini menasihatkan pelajar berkenaan supaya tinggal di dalam rumah dan mengelak daripada melakukan aktiviti luaran.
Langgan:
Catatan (Atom)