21 Ogos 2008

Bantahan kepada konspirasi BN : Ayuh turun ke Mahkamah Ipoh

Saya menyeru kepada semua penduduk Malaysia yang perihatin supaya turun beramai-ramai ke Mahkamah Seksyen Ipoh pada jam 9.00 pagi dan mahkamah Tinggi Ipoh pada jam 2.30 petang sebagai tanda bantahan sekaligus berdiri teguh dibelakang Kerajaan pakatan Rakyat Perak.


Dalam kenyataan bersama selepas bermesyuarat pada petang kelmarin, Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan wakil-wakil parti yang hadir bersetuju untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan kepada 2 exco dan mereka yang lain yang dikaitkan dengan rasuah.

Penafian bahawa tiadanya projek bernilai RM 180 juta dan penagkapan kepada salah seorang exco oleh pihak BPR adalah suatu pakatan jahat dan konspirasi yang semacam dirancang sedemikian di Restoran Keluang Ipoh.

Tertuduh dipaksa membuka beg yang diletakkan di atas meja oleh individu yang tidak dikenali dan juga pejabat mereka disahkan telah digeledah tanpa ada surat waran dan diwakili peguam yang terang-terang menyalahi undang-undang.

Unsur perangkap jelas sebagaimana penjelasan yang diberikan oleh saksi-saksi dan individu yang berada di tempat kejadian. Salah sorang pegawai exco yang terlibat yakin kita dpt bebaskan yang tertuduh pada 3.00 petang ini. Semua tertuduh telah beri kerjasama yang baik kepada BPR. . Yakinlah ini satu tindakan UMNO dan BN disamping isu PR kecil Permatang Pauh.

MB Perak : Yang benar tetap benar


IPOH, 20 Ogos :-Tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Perak yang bermesyuarat lebih sejam bermula jam 5.00 petang tadi, mengeluarkan kenyataan resmi dalam sidang akhbar bahawa dua exconya dianiaya Barisan Nasional (BN) dan Umno menerusi tuduhan rasuah palsu.



YAB. Menteri Besar Perak , Dato'Seri Ir. Muhammad Nizar Jamluddin menegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tergugat dengan apa yang berlaku dan masih kukuh.

Sidang akhbar selepas mesyuarat
Beliau mengatakan PR akan mendedahkan pula pembohongan dan penyelewengan BN dan Umno. Menteri Besar juga menafikan sekeras-kerasnya projek perumahan yang dikaitkan dengan penangkapan yang bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud.

Katanya " mustahil kedua-dua exco berkenaan boleh melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan. "

Wartawan yang hadir, kelihatan dari TV 3 dan RTM ikut sama.

Menteri Besar juga mengumumkan bahawa mesyuarat bersetuju Pakatan Rakyat akan menubuhkan panel peguam untuk membela dua exco ini. Ini satu konspirasi BN dan Umno. Kami yakin dua exco ini sudah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus mentadbir," katanya pada sidang media di sini.

Hadir sama, Pengerusi DAP Perak yang juga Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ismail Yusof, Ketua Dewan Ulama PAS, Ust. Shuid Din, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ust. NorAzli Musa dan 26 Adun PKR, DAP serta PAS. Kelihatan sama Yb. Dr. Lim Boon Chai.

Mohammad Nizar berkata, semua Adun Pakatan Rakyat akan bekerjasama dan membela kedua-dua ahli exco terbabit. Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat berdiri teguh di atas prinsip amanah, menentang rasuah dan ketelusan serta menghormati tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sebagai tanda sokongan kepada 2 exco berkenaan kata Ir. Nizar "semua ADUN Pakatan Rakyat akan bersama-sama hadir di mahkamah pada jam 9.00 pagi dan 2.30 petang esok". Dengan penuh keyakinan MB Perak mengatakan diakhir sidang bahawa "yang benar tetap benar ".

Dalam kenyataannya, Dato' Nga Ko Ham bertanya kenapakah laporan dari kami tidak pernah disiasat BPR, dan kenapakah ada double standard oleh BPR ?

Penahanan Exco tidak ganggu kerajaan negeri: Nizar

IPOH, 20 Ogos :- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penangkapan dua Ahli Exco tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pada masa ini mereka hanya direman. Jika ada pertuduhan membabitkan mana-mana Ahli Exco itu, kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengikut lunas-lunas perundangan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohammad Nizar berkata, kedua-dua Ahli Exco itu hanya disoal siasat dan keterangan mereka diambil.

Katanya, semua Exco kerajaan negeri sedia memberi kerjasama dalam sebarang siasatan yang dijalankan BPR.

Exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat terdiri enam anggota daripada DAP, tiga daripada PKR dan seorang daripada Pas, tidak termasuk Mohammad Nizar yang juga daripada Pas.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP menang 18 kerusi, PKR tujuh dan Pas enam manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi.

Jangan Terkejut.. memang Pengarah BPR Perak Penyokong kuat UMNO!!

Pagi ini saya menerima sms kata dua Exco Perak ditangkap, mungkin ramai yang terkejut? tapi tidak pada saya. saya bukan tidak terkejut oleh kerana sudah mengetahui mereka ini memang kaki rasuah tetapi saya mengetahui Pengarah BPR itu memang kuat Umnonya dan menjadi barua kepada UMNO. Ibunya bekas ketua cawangan Umno, manakala Idolanya adalah Rafidah Aziz.dalam temuramah mingguan Malaysia 11 febuari 2007. katanya Pengarah BPR ini , rafidah Aziz ini memang contoh terbaik bagi wanita. sebagai pegawai tinggi BPR apakah Shamsiah ini tidak tahu yang Rafidah itu sudah disabitkan rasuah oleh BPR .

Cuma dokumennya tidak dimajukan untuk tindakan, serupalah bekas pengarah BPR yang diberhentikan tetapi tidak didakwa.mereka ini memang barua UMNO, termauklah ketua pengarah BPR sekarang yang muka panjang tetapi akal pendek, pantas membuka siasatan terhadap Yong teck Lee atas arahan Umno untuk mengugut agar tidak melompat parti. BPR sekarang bekerja untuk UMNO, sudah tentu BPR Perak kini bekerja untuk Umno sebagai sebahagian jentera kempen untuk pilihanraya Permatang pauh. masakan tidak ramlang Porigi yang menjadi ahli pemuda Umno permatang Pauh tiba tiba boleh jadi Imam Masjid Wilayah persekutuan.yang mendengar sumpah Saiful Bukhari. ini semua jentera Kerajaan yang digunakan untuk kempen UMNO.

Saya pernah menulis sebelum ini bagaimana BPR Perak bersengkongkol dengan Cina Kelab Malam dan Pemimpin Umno memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah dengan dakwaan Rasuah, tuduhannya mudah, katanya Hakim terima RM 4ribu untuk bebaskan GRO? buktinya hanya duit masuk dalam Akaun si hakim ini, apa susahnya mana mana ATM bank boleh kita Bank In duit cuma perlu tahu No Akaunnya, katanya hakim ini masih dikuarantin dibagunan SUK Perak. pada sebelum itu jabatan Agama Islam hebat menjalankan pembersihan orang melayu yang melacurkan tubuh dalam industri ini. akibat serangan yang tidak henti henti perangkap telah dibuat? siapa dalangnya? ia didalangi pemimpin UMNO yang menjadi rakan kongsi kelab kelab malam dan karoeke di sekitar IPOH. mereka mendapat lesen hiburan hanya dengan Cop dari pejabat Istana Raja Kecil Besar untuk memohon apa apa permit, Raja Kecil Besar adalah keturunan Sultan Idris, atas sebab itu Sultan Perak menarik keistimewaan Raja Kecil Besar pada tahun lepas atas banyak sebab yang umum tidak mengetahui.

Apa yang lebih menarik sejurus Hakim ini didakwa dan ditangkap oleh BPR, tuntutan fasakh isteri ketua bhagian Umno Ipoh Timur Hamzah Zainuddin yang kini timbalan Mneteri Perumahan sebanyak 11juta ditarik balik oleh Mahkamah Rayuan Syariah, sudah pastilah tuntutan itu boleh dibatalkan kerana Pemimpin Umno ini berjaya merosakkan kredebiliti Hakim mahkmah Syariah Perak, dan penghakiman nya dahulu untuk tuntutan 11juta terhadap hartanya dulu sudah boleh diragui, pandai atau tidak pemimpin UMNO ini bermain wayang dengan BPR perak yang pengarahnya seorang penyokong kuat UMNO.

Jadi apa yang perlu Pengarah BPR juga harus disiasat. Hamzah Zainudin juga antara nama Konspirator dakwaan liwat tahun 1998, dan yang terlibat secara langsung adalah isterinya sendiri. bayangkan jika tuntutan fasakh 11juta.. berapa hartanya yang sebenar, apakah Pengarah BPR Perak yang kuat Umnonya mahu siasat? pesanan saya kepada Pengarah BPR Perak jangan buat kerja kempen UMNO menjelang Pilihanraya kecil.Tunggu Pendedahan seterusnya..Lawan tetap Lawan

Ngeh : Tuduhan rasuah untuk melemahkan Kerajaan Pakatan di Perak

IPOH , 20 Ogos :-Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.
"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.
Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan."Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelum kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.
Saya menerima panggilan dari teman-teman dari seluruh Malaysia yang terkejut dengan berita tersebut. Setengahnya mempersoaalkan tindakan yang sangat cepat diambil oleh BPR dalam kes ini sedangkan begitu banyak kes yang dilaporkan tidak diambil tindakan sewajarnya.
Katanya "sangat aneh orang yang melarikan duit jutaan ringgit keluar negara tidak pernah disiasat dari mana datangnya duit itu sehingga sekarang oleh BPR dan lucunya telah dilantik menjadi menteri penuh baru-baru ini".
sumber asal : malaysiakini.