21 Ogos 2008

Penahanan Exco tidak ganggu kerajaan negeri: Nizar

IPOH, 20 Ogos :- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penangkapan dua Ahli Exco tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pada masa ini mereka hanya direman. Jika ada pertuduhan membabitkan mana-mana Ahli Exco itu, kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengikut lunas-lunas perundangan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohammad Nizar berkata, kedua-dua Ahli Exco itu hanya disoal siasat dan keterangan mereka diambil.

Katanya, semua Exco kerajaan negeri sedia memberi kerjasama dalam sebarang siasatan yang dijalankan BPR.

Exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat terdiri enam anggota daripada DAP, tiga daripada PKR dan seorang daripada Pas, tidak termasuk Mohammad Nizar yang juga daripada Pas.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP menang 18 kerusi, PKR tujuh dan Pas enam manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai berat jugak YB.

Nampaknya lepas satu,,,,,, satu kes yang tak sodap didengar dikeluarkan kepada public.

Lepas saiful bersumpah..........
timbul pula EXCO (dari PKR) katanya kena tahan oleh BPR atas alasan rasuah dan sex.

semakin beart YB.