06 Ogos 2009

Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur.

Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas.

"Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.

ImageOleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.

"Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya.

Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini.

HarakahDaily.Net/-



Najib Razak lebih malang berbanding Abdullah Badawi

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Mungkin nasib malang menimpa Dato' Seri Najib Razak apabila rakyat belum berminat kembali kepada Umno sebagaimana berlaku di awal pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sedangkan di era permulaan pemerintahan Abdullah Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat lonjatan luar biasa sehingga berjaya merampas semula Terengganu dan hampir menumbangkan PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2004.

Namun situasi itu tidak berlaku sekarang, malah rakyat terus mengekalkan mementum Mac 2008 apabila enam pilihan raya kecil yang diadakan selepas itu memperlihatkan penolakan rakyat terhadap Umno dan BN.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, sedangkan sejarah pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini jarang sangat menyebelahi pakatan pembangkang.

"Umno ternyata gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil yang diadakan awal tahun ini.

"Ini suatu perubahan yang belum kita lihat dalam sejarah politik Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Pengurniaan Diraja Peringkat Jajahan Tumpat 2009 di Pantai Seri Tujuh dekat sini, baru-baru ini.

Oleh itu Kamaruddin yang juga anggota parlimen Tumpat berkata, Najib sekadar meneruskan kelemahan mantan Perdana Menteri sebelum ini.

Menurutnya situasi serupa juga dijangka berulang di Permatang Pasir, Pulau Pinang pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.

"Ketika pilihan raya kecil di Penanti BN tidak meletak calon dengan alasan tidak mahu membazirkan wang sehingga menjejaskan imej parti pemerintah di negara ini.

"Sedangkan perlembagaan negara menjelaskan sekiranya berlaku kekosongan, mesti diadakan pilihan raya tanpa mengira penyandangnya meninggal dunia atau meletak jawatan," katanya.

Beliau juga berkata, biar pun Umno dapat meningkatkan jumlah undi pada pilihan raya kecil di Manek Urai 14 Julai lalu, namun ia tidak menjadi ukuran sebenar kerana penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali.

"Pada saya Manek Urai bukan contoh kelemahan PAS, tetapi sebaliknya menggambarkan kekuatan PAS mempertahankan serangan yang begitu hebat dan tidak demokratik daripada Umno-BN.

"Mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan pusat dan menyogok wang begitu besar kepada pengundi," ujarnya.

Pada pilihan raya kecil tersebut PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai dengan majoriti 65 undi melalui calon, Mohd Fauzi Abdullah.

HarakahDaily.Net/-

Pemimpin Umno, BN mulai faham 'bahasa rakyat' - Mahfuz

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Kalau sebelum ini pemimpin Barisan Nasional (BN) memperlekehkan perhimpunan aman rakyat bagi membantah sesuatu isu, namun kini suasana sudah bertukar.

Mereka tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan cemas sehingga terpaksa mencari pelbagai isu bagi menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Keadaan terdesak itu dapat dilihat apabila media pro BN terpaksa mencipta pelbagai isu termasuk menyiarkan berita seorang bapa mendakwa anaknya diperalat.

Manakala peniaga di Kuala Lumpur pula mendakwa mengalami kerugian besar ekoran demontrasi membantah ISA, Sabtu lalu.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno sekarang mulai faham 'bahasa' rakyat melalui bantahan jalanan secara besar-besaran yang diadakan.

"Sekarang barulah mereka faham bahasa rakyat apabila ramai turun ke jalan raya bagi membantah ketidakadilan yang berlaku.

"Kehadiran begitu ramai di jalan raya pada 1 Ogos lalu benar-benar telah meresahkan pemimpin Umno dan BN," katanya pada ceramah di Morak, malam semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, dan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Sabtu lalu puluhan ribu rakyat menyertai demontrasi membantah ISA yang dianggap sebagai sebuah akta tidak bertamadun kerana menahan tanpa bicara.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya benar tidak ramai hadir pada perhimpunan tersebut sudah tentu pemimpin Umno tidak cemas seperti berlaku sekarang.

Beliau berkata, kejayaan demontrasi jalanan dapat dilihat apabila perhimpunan membantah pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mendapat kejayaan apabila kerajaan mengumumkan dasar tersebut dibatalkan.

Menurutnya juga demontrasi yang diadakan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sekiranya tidak ada provokasi pihak keselamatan.

Katanya juga demontrasi yang disertai kira-kira 50,000 orang bagi membantah kekecaman Israel pada 26 Julai 2006 bermula di Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan kerana tiada provokasi.

Salahuddin pula berkata, bantahan terhadap ISA diadakan pada 1 Ogos lalu sempena genap 50 tahun akta tersebut dikuatkuasa di negara ini.

HarakahDaily.Net/-

DNA Tan, Lee tidak sepadan kesan darah pada Teoh

Sebahagian daripada keluarga dan saksi yang sedang menunggu untuk memasuki Mahkamah Majistret Shah Alam bagi inkues kes kematian Teoh Beng Hock - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

SHAH ALAM: Ujian DNA ke atas ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing menunjukkan sampel mereka tidak sepadan dengan kesan darah pada kot dan tali pinggang Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di Plaza Masalam di sini, bulan lalu.

Ia diumumkan oleh peguam keluarga mendiang, Gobind Singh pagi tadi ketika inkues disambung hari ini.

"Kedua-dua mereka telah beri sampel DNA, setelah dianalisa keputusan tersebut tidak sama dengan milik Teoh," katanya.

Tan dan Lee memberikan sampel DNA minggu lalu selepas inkues ditangguhkan Rabu lalu.

Inkues disambung semula pagi tadi.

Pada awalnya Tan dan Lee dilaporkan enggan memberikan sampel untuk ujian DNA.

Pada hari pertama inkues minggu lalu, peguam bela dan peguam cara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan berkata, satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Katanya, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya.

mStarOnline/-

Tuntut RM10 juta dari KDN, polis

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Sebarang kerugian para peniaga di ibu kota, Sabtu lalu mestilah dituntut daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan polis kerana mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan aman ISA itu.

Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN.

Demikian dinyatakan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli ketika diminta mengulas berhubung tuntutan RM10 juta oleh 1,000 peniaga yang mendakwa mengalami kerugian akibat demonstrasi tempoh hari.

"Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi.

"Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

"Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN," katanya ketika dhubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementera, itu beliau menjelaskan bahawa terdapat maklumt yang diterima mana-mana para peniaga yang 'berani' membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Hatta menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.

"Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta...jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN," katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.

Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi 'hero' untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu.

"Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah," katanya mengakhiri perbualan.

Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga.

HarakahDaily/-


H1N1: 3 lagi kematian dicatatkan

PETALING JAYA: Sebanyak tiga lagi kes kematian dicatatkan akibat influenza A(H1N1), menjadikan 11 kes dicatatkan setakat ini.

Sebanyak 1,476 kes itu dilaporkan diseluruh negara.

mStarOnline/-


Seminar hukum 'najis mughallazah' pada pengguna

Satu seminar akan diadakan Sabtu ini, antaranya untuk mencari penyelesaian bersepadu bagi mencadangkan bagaimana menangani permasalahan yang timbul berkaitan dengan babi di Malaysia, terutama yang menyentuh perihal halal, kesihatan dan sensitivi masyarakat.

Seminar bertajuk 'Fenomena najis mughallazah dalam dunia kontemporari' itu dianjurkan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Pengerusi PUM Selangor, Mohd Zamri Shafik berkata, seminar itu akan diadakan mulai 8 pagi hingga 5 petang, bertempat di Dewan Auditorium SIRIM Berhad, di Shah Alam.

Menurutnya, seminar tersebut bertujuan menjadi medan diskusi ilmiah, berkongsi ilmu dan maklumat mengenai standard halal dan kepenggunaan serta unsur babi daripada perspektif bidang ilmu dan kepakaran masing-masing.

"Agar segala pertimbangan yang akan dibuat adalah berdasarkan fakta ilmiah yang jelas," kata Mohd Zamri dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seminar itu juga akan membincangkan ciri-ciri halal yang terdapat dalam standard Malaysia mengenai isu-isu yang berkaitan dengan babi dalam pandangan dan kajian pakar terkini di Malaysia.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah "Standard Halal MS1500:2004- Pengenalan" oleh Mohd Yusof Arbain dari SIRIM Berhad, "Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam Dan Agama-Agama Lain" oleh Rumaizi Ahmad (PUM Selangor) dan "Penggunaan Babi Dalam Sains dan Teknologi" oleh Prof Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM).

Yang lainnya ialah "Keperluan Penternakan Babi Moden di Malaysia" oleh Prof Madya Dr Loh Teck Chwen (UPM), "Bahan-bahan Babi dalam Kepenggunaan Menurut Pandangan Hukum Fiqah" oleh Zainal Abidin Jaafar dari Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) serta "Babi Dalam Pendidikan Veterinar: Suatu Panduan Menurut Fiqah" yang akan dibentangkan Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Menurut Mohd Zamri lagi, salah satu elemen penting dalam Standard Halal MS 1500:2004 ialah menyatakan kedudukan perkara-perkara berkaitan dengan babi secara teknikal dan hukum Islam mengenainya.

"Membentangkan standard ini untuk komentar awam adalah merupakan prasyarat 'semakan standard' dan membahaskan ciri-ciri hukum pandangan ulama dan pakar kontemporari, akan menjadikan standard lebih jitu untuk menerobos pasaran standarad antarabangsa.

"Figh Shafiee sebagai sumber rujukan hukum utama dalam Standard Halal Malaysia, telah terbukti berkesan di peringkat nasional.

"Membawa standard ini ke peringkat global memerlukan pandangan dari hasil kajian terkini dan rujukan hukum dari mazhab selain As-Syafiee," tambahnya.

Dalam dunia hari ini, kata Mohd Zamri, babi merupakan salah satu spesis yang mendapat perhatian dalam sains dan penyelidikan, salain menjadi antara punca kepada bahan tambahan makanan.

"Isu babi merupakan sesuatu yang amat sensitif untuk dibicarakan untuk dibicarakan dan sentimen sosial mengatasi pertimbangan ilmiah dan akademik.

"Islam sebagai agama yang mendaulatkan ilmu pengetahuan sudah tentu menggalakkan kita agar bersedia untuk berbincang dengan isu yang amat sensitif ini dari pelbagai sudut akademik meliputi akidah, kepercayaan, fikrah perundangan, sosiologi, sains teknologi dan standard untuk amalan industri perbuatan.

"Antara elemen penting dalam Standard Halal ialah menyatakan kedudukan unsur babi dalam industri perbuatan sama ada kosmetik, ubat atau produk-produk lain," tambahnya.

Beliau berkata seminar itu terbuka kepada semua dan hanya dihadkan kepada 500 peserta dengan bayaran yang dikenakan bagi pertubuhan atau agensi jabatan sebanyak RM150, individu RM50 seorang, manakala pelajar atau mahasiswa dikenakan bayaran hanya RM10.

Peserta yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi PUM di talian 03-79554300.

MalaysiaKini/-

Najib gagal lihat mesej anti-ISA

kemaskini 1.36pm Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih gagal melihat mesej anti-ISA apabila mahu menyediakan tempat yang sesuai bagi penunjuk perasaan menyuarakan pandangannya, kata Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

"Pertama, beliau (Najib) patut lihat pada mesej yang dibawa (penunjuk perasaan), bukan tempat berhimpun. Kita berhak berhimpun di mana-mana pun.

"Kedua, bukan tidak pernah ada perhimpunan di stadium, tetapi tidak ada tindak balas kerajaan.

"Jadi, tidak timbul isu di mana (demonstrasi), tetapi apakah tindak balasnya (berhubung demonstrasi rakyat)," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada Ahad lalu yang berjanji menyediakan tempat yang bersesuaian bagi mengadakan perhimpunan bagi mengelak penunjuk perasaan "membuat kacau" di jalan.

Syed Ibrahim berkata, cadangan Najib itu hanyalah "perkara teknikal semata-mata".

"Soalnya, apa jaminan kerajaan akan mendengarnya? Mereka patut lihat tuntutan rakyat. Mereka (rakyat) datang dari setiap pelusuk negeri tanpa sebarang imbuhan.

"Soal (perhimpunan) di stadium atau tidak, itu pada saya persoalan teknikal semata-mata," katanya kepada Malaysiakini.

Buat masa ini, GMI belum berbincang bagi mengadakan demonstrasi susulan berhubung kesediaan Najib menyediakan tempat berhimpun itu, katanya.

Mengulas siasatan polis terhadap 11 individu, termasuk beliau sendiri, Syed Ibrahim berkata, sehingga kini beliau belum dihubungi untuk memberi keterangan.

MalaysiaKini/-

12 mati akibat H1N1, terkini di Johor

Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Kematian-kematian lain:

Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas.

Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

MalaysiaKini/-

Amalan dan Doa2 Malam Nishfu Sya’ban

Oleh : Shah Bundy

Malam Nishfu 15 Sya’ban 1430 jatuh pada Rabu malam 05 Agustus 2009, atau Kamis malam 06 Agustus menurut perhitungan kalender Jawa.

Amalan-Amalan utama di malam Nishfu Sya’ban, antara lain sebagai berikut:

Pertama: Mandi sunnah saat ghurub matahari (tenggelam matahari). Manfaatnya agar dosa-dosa kita diringankan oleh Allah swt.

Kedua: Menghidupkan malam ini dengan shalawat, doa dan istighfar.

Ketiga: Ziarah atau membaca doa ziarah kepada Imam Husein cucu Rasulullah saw. Ziarah ini merupakan amalan yang paling utama pada malam Nishfu Sya’ban, dan menjadi penyebab dosa-dosa diampuni.

Dalam suatu hadis disebutkan:
“Barangsiapa yang ingin berjabatan tangan dengan ruh para Nabi, maka hendaknya berziarah kepada Al-Husein (sa) malam ini. Ziarah yang paling singkat mengucapkan salam kepadanya, yaitu:
اَلسَّلامُ عَلَيْكَ يا اَبا عَبْدِ اللهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ

Assalâmu’alaika yâ Abâ ‘Abdillâh, assalâmu’aika wa rahmatullâhi wa barakâtuh.

Salam atasmu wahai Aba Abdillah, semoga rahmat dan keberkahan Allah tercurahkan padamu.

Keempat: Membaca shalawat yang dibaca setiap matahari tergelincir.

Kelima: Membaca doa Kumail.

Keenam: Membaca zikir berikut, masing-masing (100 kali), agar Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu dan memperkenankan hajat-hajat dunia dan akhirat:

Subhânallâh
Alhamdulillâh
Lailâha illallâh
Allâhu Akbar

Ketujuh: Melakukan shalat dua rakaat setelah Isya’. Rakaat pertama membaca surat Fatihah dan surat Al-Kafirun (sekali), rakaat kedua membaca Fatihah dan surat Al-Ikhlash (sekali). Kemudian setelah salam membaca zikir berikut masing-masing (33 kali):

Subhânallâh
Alhamdulillâh
Allâhu Akbar

Kemudian membaca doa keempat, lihat di bagian doa-doa di malam Nishfu Sya’ban.
Kemudian sujud sambil membaca zikir berikut:

Yâ Rabbi (20 kali)
Yâ Allâh (7 kali)
Lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâh (7 kali)
Mâ syâa Allâh (10 kali)
Lâ quwwata illâ billâh (10 kali)

Kemudian membaca shalawat kepada Nabi dan keluarganya, lalu sampaikan hajat yang diinginkan, niscaya Allah memenuhinya dengan kemulian dan karunia-Nya.

Kelapan: Membaca doa pada dini hari, doa kelima, lihat di bagian doa-doa pada malam Nishfu Sya’ban.

Kesembilan: Berdoa setiap selesai dua rakaat dalam shalat malam, shalat syafa’ dan shalat witir.

Kesepuluh: Sujud pada pertengahan malam sambil berdoa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw, yaitu:

Sajada laka sawâdî wa khayâlî, wa âmana bika fuâdî, hâdzihi yadâya wa mâ janaytuhu ‘alâ nafsî, yâ ‘Azhîmu turjâ likulli ‘azhîm, ighfirliyal ‘azhîm fainnahu lâ yaghfirudz dzanbal ‘azhîm illar rabbul ‘azhîm.

Kepada-Mu tunduk semua keinginan dan khalayalanku, dengan-Mu merasa aman hatiku. Inilah kedua tanganku dan segala kezalimanku pada diriku, wahai Yang Maha Besar, Engkaulah yang diharapkan untuk semua keperluan yang besar, maka ampuni dosaku yang besar, sesungguhnya tak akan ada yang dapat mengampuni dosa yang besar kecuali Tuhan Yang Maha Besar.

A’ûdzu binûri wajhikal ladzî adhâat lahus samâwâtu wal-aradhûna, wankasyafat lahuzh zhulumâtu, wa shalaha ‘alayhi amrul awwalîna wal-âkhirîn, min fuj-ati niqmatika, wa in tahwîli ‘âfiyatika, wa min zawâli ni’matika. Allâhummarzuqnî qalban taqiyyan naqiyyâ, wa minasy syirki bariyyâ lâ kâfiran wa lâ syaqiyyâ.

Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu, yang karenanya langit dan bumi bercahaya, karenanya kegelapan tersingkap, dan karenanya urusan orang-orang terdahulu dan belakangan menjadi maslahat, dari datangnya azab-Mu secara tiba-tiba, berubahnya keselamatan-Mu, dan hilangnya nikmat-Mu. Ya Allah, karuniakan padaku hati yang suci dan bersih, suci dari kemusyrikan, tidak ingkar dan tidak celaka.

Kemudian menempelkan pipi ke tempat sujud seraya mengucapkan:
‘Affartu wajhî fit turâbi, wa huqqalî an asjuda laka.
Kulumaskan wajahku di tempat sujud ini, dan sudah selayaknya bagiku untuk sujud kepada-Mu

Rasulullah saw bersabda:
“…Wahai jiwa yang bernafas panjang, tahukah kamu malam ini? Malam ini adalah malam nishfu Sya’ban, di dalamnya rizki dibagikan, di dalamnya ajal dicatat. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa hamba-Nya malam ini…, dan Dia menurunkan para malaikat-Nya ke bumi Mekkah.” (Mafatihul Jinan, bab1, pasal 2)

Kesebelas: Melakukan shalat Tasbih. Shalat ini dikenal dengan nama shalat Ja’far Ath-Thayyar.

Kedua belas: Melakukan shalat empat rakaat, setiap rakaat membaca Fatihah dan surat Al-Ikhlash (100 kali). Setelah salam membaca:

Allâhumma innî ilayka faqîrun, wa min ‘adzâbika khâifun mustajîr. Allâhumma lâ tubaddil ismî, wa lâ tughayyir jismî, wa lâ tajhad balâî, wa lâ tusymitbî a’dâî. A’ûdzu bi’afwika min ‘iqâbika, wa a’ûdzu birahmatika min ‘adzâbika, wa a’ûdzu biridhâka min sakhathika, wa a’ûdzu bika minka. Jalla tsanâuka, Anta kamâ atsnayta ‘alâ nafsika wa fawqa mâ yaqûlul qâilûn

Ya Allah, aku butuh kepada-Mu, aku taku pada siksa-Mu, aku memohon perlindungan-Mu. Ya Allah, jangan ganti namaku, jangan rubah fisikku, jangan beratkan ujianku, jangan bahagiakan musuh-musuhku dengan penderitaanku. Aku berlindung dengan maaf-Mu dari siksa-Mu, aku berlindung dengan rahmat-Mu dari azab-Mu, aku berlindung dengan ridha-Mu dari murka-Mu, aku berlindung dengan-Mu dari-Mu. Maha agung puji-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu di atas pujian yang diucapkan oleh orang-orang yang memuji.

Wa may yatawakkal ‘alallâhi fahuwa hasbuh, innallâha bâlighu amrihi qad ja’alallâhu likulli syay-in qadrâ.

Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, cukuplah Dia sebagai pelindung, sesungguhnya Allah menyampaikan urusan-Nya, Allah telah menetukan takdir bagi setiap sesuatu.

Allâhumma illam takun ghafarta lanâ fîmâ madha min sya’bân faghfir lanâ fîmâ baqiya minhu.
Ya Allah, jika Engkau belum mengampuni kami di hari-hari berlalu di bulan Sya’ban, maka ampuni kami pada hari-hari Sya’ban berikutnya.

Ketiga belas: Dalam suatu riwayat dikatakan bahwa melakukan shalat seratus rakaat pada malam ini memiliki keutamaan yang banyak. Caranya: setiap rakaat membaca Fatihah dan surat Al-Ikhlash (10 kali). Atau membaca surat Al-Fatihah dan surat Yasin, Surat Tabarak dan surat Al-Ikhlash.

Keempat belas: membaca doa-doa di malam Nishfu Sya’ban
Hari Nishfu Sya’ban (15 Sya’ban) adalah hari raya yang mulia bagi para pengikut Ahlul bait Nabi saw, hari lahirnya Shahibuz zaman imam Mahdi Al-Muntazhar (‘Ajjalallahu farajahu).

(Disarikan dari kitab Mafâtihul Jinân, bab 2, pasal 2)

PERKARA-PERKARA PELIK DIMALAYSIA..

Oleh : Zailina Mahmud

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia:

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga RM 7,000 ke RM 8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.

2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong tetapi sanggup pula bertekak sampai berjam-jam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan di tengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai anak gadis dan remaja ke tempat kerja dan tempat awam dengan pakaian yang xcukup kain.

5. FAM sibuk mencari punca terjadinya pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.

Melayu Hari Ini?

Email Oleh : Shah Bundy

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

By,
Someone
Somewhere

Suee Lim minta Khir serahkan kunci banglonya

SHAH ALAM, 3 Ogos: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim meminta Datuk Seri Mohd Khir Toyo menyerahkan kunci banglo mewahnya bagi membolehkan para bakal pembelinya melihat hiasan dalamannya sebelum membuat keputusan membelinya.

Permohonan itu dibuat Suee Lim selepas Khir bersetuju melantik beliau sebagai agen hartanahnya dan bersetuju menyerahkan 50 peratus dari harga rumahnya itu jika beliau berjaya menjualnya dengan harga RM24 juta.
Hari ini, beliau membawa 50 penduduk Dun Sungai Panjang yang diwakili Khir dengan menggunakan bas persiaran kerana mereka hendak sangat melihat banglo mewah Khir itu.

Setiap peserta lawatan itu dikenakan bayaran RM50. Selain melawat banglo Khir dan bergambar di depannya, mereka juga dibawa melawat kawasan pusat tarikan pelancong yang lain.

Sehubungan dengan sambutan yang sangat menggalakkan itu, Suee Lim mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor menjadikan banglo itu sebagai salah satu kawasan tarikan pelancongan di negeri itu.

Sebelum ini, Suee Lim menimbulkan kekecohan besar apabila beliau membawa para wakil media melawat banglo di Jalan Suasa 7, Shah Alam itu dan memberitahu itu adalah milik Khir.

Dia juga mendakwa, banglo itu bernilai RM24 juta. Ia kemudiannya dinafikan oleh Khir dengan berkata, ia dibeli dengan harga RM3.5 juta melalui pinjaman bank HSBC.

SiasahDaily/-

Suhakam kecewa proses lerai perhimpunan anti ISA

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa kecewa tentang proses meleraikan peserta himpunan Anti-ISA yang diadakan pada 1 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan akhbar yang dihantar kepada Siasah, Suhakam berkata, polis telah menggunakan gas pemedih mata dan air berkimia yang boleh memudaratkan sesiapa yang terkena bahan itu.

Dalam himpunan itu, ujar Suhakam lagi, 600 orang ditahan termasuk 44 remaja di bawah umur antara 13 hingga 17 tahun di tempat berlainan di ibu negara.

“Suhakam tetap berpendirian bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman,” tegas kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan Suhakam ini dibuat atas nama Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun, Pengerusi Jawatankuasa Isu, Kerjasama Antarabangsa dan Siasatan, Dato’ Dr Michael Yeoh, Dato’ Choo Siew Kioh, Dato’ Haji Khalid Haji Ibrahim dan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Denison Jayasooria.

Dalam hal ini, Suhakam tetap konsisten merayu Kerajaan menimbang dan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dibuat oleh Suhakam tentang kebebasan untuk berhimpun yang telah berlaku dalam laporan Inkuiri Awam ke atas peristiwa Ahad Berdarah di KL dan Lebuh raya Kesas.

Menurut kenyataan itu lagi, Suhakam menyatakan pihak polis boleh mengambil tindakan paling perlu untuk mengawal himpunan tanpa perlu mencederakan sesiapa.

“Dalam hubungan ini, Suhakam sangat prihatin dengan kanak-kanak yang ditangkap yang digari, ditahan termasuk direman bersama dengan peserta himpunan dewasa.

“Suhakam meminta kerajaan agar melihat semula hak-hak menjaga dan melindungi dalam keadaan konflik begitu di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen terhadap Hak Kanak-kanak (CRC)," kata kenyataan itu.
Melihat kepada apa yang berlaku 1 Ogos lalu, Suhakam mendesak kerajaan mempertimbangkan cadangan Suhakam yang dibuat sejak 2003 untuk merombak ISA yang menahan tanpa bicara, yang secara jelas amat bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Di akhir kenyataan itu, Suhakam sekali lagi mengulangi kenyataannya iaitu ISA perlu dihapuskan dan ditukar dengan undang-undang baru yang lebih komprehensif yang menyeimbangi antara keselamatan negara dan hak asasi manusia.

SiasahDaily/-

Permatang Pasir: Speaker serah surat kepada SPR

PULAU PINANG, 4 Ogos: Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain telah menyerahkan notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR )Pulau Pinang.

Penyerahan notis tersebut adalah ekoran kematian Adun kawasan tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, SPR akan memaklumkan tindakan seterusnya selepas menerima makluman dan notis dari pihak Speaker.

"Kita menyerahkan keputusan kepada SPR untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir," katanya kepada media semalam.

Tarikh penamaan calon dan tarikh akan diadakan pilihan raya kecil tersebut adalah tertakluk kepada keputusan yang akan dibuat oleh SPR kelak.

"Kita telah melaksanakan tugas kita sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi tersebut kepada SPR," katanya.

Adun Pengkalan Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia Jumaat 31 Julai lepas di IJN Kuala Lumpur akibat sakit jantung.

SPR mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil kawasan itu ekoran kekosongan kerusi ini.

SiasahDaily/-

Menjelang pilihan raya kecil, Exco Selangor gaduh lagi

SHAH ALAM, 4 Ogos: Menjelang pilihan raya kecil Manek Urai, Naib Presiden PKR menyerang Exco kerajaan negeri Selangor. Dalam masa yang sama, Anggota Parlimen PKR menyerang Exco Selangor.

Kali ini, menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir, sekali lagi mereka serang menyerang di dalam media.

Kali ini, Exco Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendesak agar Exco Selangor dari DAP, Ronnie Liu ditukar. Desakan ini bukan dibuat dalam mesyuarat Exco tetapi melalui sidang media.

Dalam pilihan raya Manek Urai, calon PAS menang dengan majoriti kecil iaitu 65 undi sahaja.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam kenyataannya selepas pilihan raya itu berkata, beliau bimbang antara punca kekurangan majoriti itu akibat dari perbalahan antara pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.

Sehubungan itu, beliau mendesak rakan-rakannya agar 'jangan mencuci pakaian kotor mereka di tempat awam'.

SiasahDaily/-

Teruskan Gelombang kekuatan Pemuda PAS Perak

Oleh : mohd hafez sabri

Alhamdulillah, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Perak kerana telah menjayakan program Himpunan Pemuda Bubarkan DUN Perak yang telah berjalan dengan jayanya Ahad lepas. Moga usaha kalian akan menyemarakkan semangat seluruh jentera pilihanraya PAS Perak,untuk lebih bekerja kuat utk menghadapi pilihanraya DUN Perak tidak lama lagi.

Tak dapat disangkal lagi bahwa eksistensi pemuda Islam dalam kehidupan amat penting, karena merekalah yang memiliki potensi untuk mewarnai perjalanan sejarah umat manusia pada umumnya. Semua ideologi yang berorientasi pada strategi revolusi, menganggap pemuda sebagai tenaga paling revolusioner karena secara psikologis manusia mencapai puncak hamasah (gelora semangat) dan quwwatul jasad (kekuatan fizikal) pada usia muda. Hal tersebut menumbuhkan semangat pergerakan dan perubahan, Dalam setiap kurun waktu, kemarin, kini dan esok, pemuda senantiasa berdiri di garis terdepan sebagai pembela kebenaran.

Di dalam Al Qur’an, peranan pemuda diungkapkan dalam kisah Ashabul Kahfi (18:9-22), kisah pemuda Ibrahim (21:60,69 dan 2:258) dan pemuda dibunuh oleh Ashabul Uhdud (lihat tafsir Ibnu Katsir Q.S. Al Buruuj) dan para Assabiqunal Awwalun pada umumnya berusia muda.

Pentingnya memanfaatkan masa muda digambarkan dalam hadist Rasulullah SAW, sebagai berikut: “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima: masa mudamu sebellum datang masa tuamu; masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kayamu sebelum datang masa miskinmu; masa hidupmu sebelum datang masa matimu; masa luangmu sebelum datang masa sibukmu.” (H.R. Al Baihaqi)

Saya sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan buat Pemuda PAS Perak kerana bergabung kekuatan untuk menumbangkan kezaliman umno/bn di Perak, saya yakin dan percaya PAS Perak akan semakin mantap dan berkualiti hasil daripada gelombang kekuatan pemuda PAS Perak dalam memastikan keadilan,kesejahteraan dan kemakmuran untuk rakyat Perak.

Ustaz Abu Bakar Hussein
(Pesuruhjaya PAS Perak)

Macamana Polis, FRU solat ketika bertugas ?

Oleh :Rozmal bin Malakan

Walaupun Hidup Seribu Tahun , Kalau Tak Sembahyang Apa Gunanya.

Agaknya macamana Polis dan FRU menunaikan solat ketika bertugas ? Kalau askar pun boleh solat ketika dalam perang , takkan polis dan FRU tak boleh solat ketika bertugas ?

Seorang muslimat sedang solat dalam trak. Dari Blog Srikandi Melayu (Ibu & Isteri Mithali)

"Ketika kami sembahyang Zohor ditepi jalan, lori sembur kami dengan air asid. Pedih seluruh badan. Bila kami selesai sembahyang, polis pula tangkap kami dan paksa masuk dalam terak..." kata Puan M dari Kedah.

Harap-harap sahabat saya dalam BAKA PDRM buat kursus solat ketika bertugas untuk saudara seIslam dan sebangsa kita dalam PDRM.

Juga harap-harap sahabat saya dalam Jemaah Tabligh banyak buat gash, tasykil dan bayan di surau-surau dan masjid-masjid PDRM. Kalau Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dah iktiraf Jemaah Tabligh takkan PDRM tak boleh iktiraf ?

HIDUP DI DUNIA TAK SAMPAI SEKELIP MATA
HIDUP DI AKHIRAT KEKAL SELAMA LAMANYA


Pesanan Dr. Abdul Karim Zaidan kepada pejuang Islam

Oleh: Imran al-Malizi
BINGKISAN DARI YAMAN


Beberapa bulan yang lalu, saya diberitahu bahawa beliau sedang sakit tenat dan enggan menerima tetamu. Beliau memerlukan rehat yang secukupnya lantaran faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Pada hari Selasa, 21 Julai 2009, kami diberi kesempatan untuk menziarahi guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama yang berasal dari Iraq dan sangat dikenali di peringkat antarabangsa. Keluasan ilmunya membuatkan pandangan-pandangan beliau sentiasa diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan semasa yang berkaitan dengan Islam.

Kitab-kitab karangannya telah digunakan sebagai teks usrah semenjak sekian lama. Malah beberapa kitab karangannya juga digunakan sebagai sukatan pelajaran di kebanyakan universiti. Di antara karyanya yang masyhur ialah Usul al-Da’wah, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, al-Wajiz fi al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Nizhom al-Qadha’, al-Mufasshal dan banyak lagi.

Dr. Abdul Karim Zaidan sangat cintakan ilmu dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah dengan menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik generasi umat ini. Beliau pernah berkata, “Aku sangat mengharapkan agar aku mati dalam keadaan sedang mengajar..”

Selepas solat Maghrib di Masjid Abu Bakar as-Siddiq di Hadda, kami berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke kediaman Dr. Abdul Karim Zaidan. Kami disambut oleh anak lelakinya yang bernama Mohammed. Tidak lama menunggu di ruang tamu, Dr. Abdul Karim Zaidan muncul dengan dipapah oleh Mohammed.

Begitulah keadaannya ketika mengajar di dewan-dewan kuliah, walaupun dalam keadaan susah dan hampir tidak mampu untuk berjalan lagi, beliau tetap hadir demi menyampaikan ilmu. Usianya yang sudah mencecah 92 tahun tidak menghalangnya daripada terus menyumbangkan jasa kepada Islam.

Kami sangat bertuah kerana pertemuan pada malam itu dibuat sebelum beliau bertolak ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan menziarahi kaum kerabatnya di sana. Kemungkinan beliau akan pulang semula ke Yaman selepas beberapa minggu.

Dalam pertemuan ini, Dr. Abdul Karim Zaidan telah sudi untuk menjawab beberapa persoalan yang kami kemukakan khusus mengenai perkembangan politik Islam di Malaysia.

Berbicara tentang tahaluf siyasi iaitu perjanjian atau persepakatan politik, PAS telah pun bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain dan berjaya menguasai beberapa buah negeri dalam pilihanraya ke-12 yang lalu. Kerjasama ini kemudiannya disebut sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin ramai lagi yang masih keliru tentang istilah tahaluf siyasi ini dan kurang pasti apakah matlamatnya dan di manakah batas-batas dan garis sempadannya?

Bagi menjelaskan perkara ini, Dr. Abdul Karim Zaidan berkata, “Ianya (tahaluf siyasi) tidak dilakukan secara mutlak, hanya digunakan bagi mencapai matlamat tertentu. Matlamat ini mestilah perkara yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, Nabi s.a.w membuat perjanjian dengan kaum Yahudi di Madinah dengan matlamat tertentu, contohnya mereka tidak boleh memerangi kaum Muslimin dan sebagainya. Begitulah juga bagi PAS dan parti yang bukan Islam.. (kerjasama ini) hanya bagi mencapai suatu matlamat tertentu.”

Tambah beliau lagi, “Sebagai contohnya, jika golongan sekular mahu menetapkan satu sistem pendidikan yang tidak menepati Islam, maka kamu jangan menerima dan bersetuju dalam perkara ini. Maksudnya, tahaluf siyasi ini dibenarkan dalam perkara yang tidak bercanggah dengan Islam.”

“Jika PAS bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi mencapai matlamat yang menepati Islam dan syarak, ianya dibolehkan,” ujarnya.

Dengan syarat-syarat ini, maka kerjasama PAS dengan pihak-pihak lain hanyalah dibenarkan dalam mencapai matlamat tertentu yang menepati kehendak Islam, demi menegakkan keadilan yang menyeluruh, menolak kezaliman dan sebagainya. Selagi mana mereka bersetuju dengan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka kerjasama ini hendaklah diteruskan dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama.

Berkenaan dengan kewajipan bersama dengan perjuangan Islam, kata Dr. Abdul Karim Zaidan, “Parti Islam mesti dianggotai oleh semua orang-orang Islam. Mereka mesti meminta pandangan para ulama dalam semua perkara yang hendak dilakukan.”

Menyentuh tentang kepimpinan dalam satu jemaah yang memperjuangkan Islam pula, beliau menjelaskan, “Yang layak menjadi pemimpin ialah seorang alim dan faqih (ulama) pada waktu itu, jika tiada maka boleh dipertimbangkan orang yang memiliki ilmu yang mencukupi dan dia dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan memiliki keperibadian yang baik. Dia mesti mendapatkan pandangan para ulama untuk membuat apa-apa keputusan.”

Menjawab persoalan adakah pandangan pemimpin jemaah wajib diikuti dan adakah boleh berlaku perbezaan pandangan dalam satu jemaah Islam, Dr. Abdul Karim Zaidan lebih suka mengatakan bahawa syura adalah satu kemestian bagi pimpinan jemaah Islam.

Katanya, “Asal hukum dalam Islam, bagi jemaah yang dipimpin oleh seorang ketua, dia mesti bermesyuarat dengan mereka (Majlis Syura). Apabila sudah menjadi ketetapan yang disepakati bersama, maka keputusan itu dilaksanakan. Orang-orang lain yang berada di dalam jemaah tidak boleh bertelingkah dan hendaklah berpegang dengan keputusan itu.”

Akhir sekali Dr. Abdul Karim Zaidan memberi pesanan kepada para pemuda-pemudi Islam. Katanya, “Nasihat saya kepada golongan pemuda dan pemudi Islam, supaya bertakwa kepada Allah. Kerana Allah memerintahkan Nabi s.a.w supaya bertakwa kepadaNya. Syarat-syarat bertakwa kepada Allah ialah melaksanakan perintah-perintahNy a dan berhenti daripada melakukan segala laranganNya.”

Katanya lagi, “Kamu mesti mempelajari ilmu agama dengan ikhlas kepada Allah Ta’ala dan bertujuan untuk beribadat kepadaNya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala. Firman Allah, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah: 5).

Sesungguhnya bagi Dr. Abdul Karim Zaidan sendiri, beliau sangat arif dan telah menempuh banyak pengalaman pahit dan manis dalam memperjuangkan Islam.

Maka itu bagi para pejuang Islam, beliau sangat menekan kedua-dua pesanan ini dalam mengharungi perjuangan. Iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah S.W.T dan mengikhlaskan diri dalam segala amalan kita.

Allah S.W.T akan memberikan pertolongan kepada orang-orang yang bertakwa dan hanya menerima amalan-amalan yang dilakukan dengan ikhlas. Dengan ini, kita akan dapat menghadapi segala cabaran dan halangan dengan penuh kesabaran.

Beliau juga mendoakan kesejahteraan orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, “Kita memohon agar Allah mempertahankan orang-orang yang beriman, semoga Allah mempertahankan dan memelihara kamu, semoga Allah membalas kembali perbuatan orang-orang yang melakukan kejahatan. Allah Maha Berkuasa mengatasi mereka. Semoga Allah menerima daripada kamu sebaik-baik amalan. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Pengampun ” Amin.

16 Langkah Jahat Zionis Yahudi Mencapai Matlamat Mereka (2)

Oleh : AMEER ABDULLAH

9) Pembekalan Senjata
Impian Yahudi Menubuhkan Israel Raya

Pembekalan Senjata dengan membekalkan dan memperlengkapkan persenjataan pelbagai negara, mereka boleh menghancurkan negara-negara itu dengan melagakan antara satu sama lain. Dengan itu, akhirnya yang tinggal hanya sekumpulan polis dan jutawan.Mereka akan cuba menjadikan sempadan di antara dua negara menjadi punca ketegangan.

Contohnya:
i) Iran dan Iraq.

Apabila mereka melakarkan peta Iraq, mereka dengan sengaja membuatkan Iraq tanpa ‘access’ kepada Teluk Arab. Negara itu di sempadani oleh pelbagai negara. Ini membuatkan Iraq sentiasa berfikir untuk mendapat ‘access’ ke laut. Dengan itu Shatt el Arab sangat penting baginya. Apabila Iran mengisytiharkan yang sebahagian dari Shatt el Arab itu kepunyaannya, Iraq menjadi berang lalu berperang dengan Iran. Begitu juga, kemudian Iraq menakluki Kuwait yang membawa kepada Perang Teluk. Berkemungkinan, Iraq akan berperang lagi. Shatt el Arab menjadi semakin penting baginya.Begitu juga, terdapat sebuah kawasan Khorramshar di barat laut (Southwest) Iran yang didiami oleh orang Arab yang sangat rapat dengan Iraq. Kawasan ini diberikan pula kepada Iran.

ii) Saudi Arabia dan Iraq

Di antara dua negara ini, terdapat satu kawasan yang dikenali sebagai Zon Neutral (Neutral Zone). Sesiapa sahaja boleh ke kawasan itu. Perang mungkin boleh meletus kerana Zon Neutral ini.

iii) Turki dan Mosul

Mosul ialah sebuah kota di utara Iraq, mempunyai masyarakat berbangsa Turki yang ramai. Bandar itu telah diberikan kepada Iraq (sewaktu peta Iraq dilakarkan). Hampir-hampir Iraq dan Turki berperang kerana itu pada awal kurun 20.

iv) Turki dan Syria.

Terdapat sebuah kawasan yang kebanyakannya didiami oleh orang Arab. Kawasan ini diberikan pula kepada Turki. Dengan itu, suasana tegang sentiasa timbul di antara dua buah negara ini.

v) Syria dan Iraq

Terdapat beberapa buah bandar di Syria yang didiami oleh orang Arab yang mempunyai pertalian darah dengan Iraq. Mereka merasakan yang mereka orang Iraq tetapi bandar-bandar ini diserahkan kepada Syria. Akibat dari ketegangan ini, negara-negara yang terlibat akan berlumba-lumba untuk memperlengkapkan senjata. Jika berperang, kedua-dua belah pihak akan mengalami kehancuran.Begitu juga Malaysia mempunyai ketegangan hasil dari kes seperti ini.

10) Menyebarkan teori dan prinsip yang salah..

Mereka mengetahui yang teori itu salah tetapi mereka menyebarkan dan memasyhurkannya. Contohnya, Teori Darwin, Teori Sigmond Freud, Reincarnation, dsb.Mereka akan cuba untuk menggelakkan perbincangan yang positif mengenai teori ini.

11) Menukar maksud undang-undang tempatan dan antarabangsa tetapi sebutannya masih sama.

Walaupun undang-undang sesuatu negara atau antarabangsa telah ditetapkan, pengertiannya sentiasa berubah-ubah. Melalui usaha peguam dan cara ‘plea bargaining’ akhirnya undang-undang itu tidak berfungsi dan bermakna. Apa-apa sahaja boleh terjadi.

Contohnya, si anu membunuh seseorang. Hukuman yang sepatutnya jika bersalah katakanlah penjara seumur hidup. Peguam dari kedua-dua belah pihak akan bertemu dan bersetuju supaya jika si anu bersalah, dia tidak akan dipenjarakan seumur hidup dan jika dia tidak bersalah, dia tidak mendapat hak yang sepenuhnya. Ataupun, jika sebuah syarikat kerugian $10 juta kerana perbuatan si anu. Bila si anu dibicarakan dan bersalah, dia hanya diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak hanya $5 juta, separuh dari kerugian sebenarnya.

Begitu juga melalui ‘plea bargaining’, iaitu tertuduh menuntut supaya diringankan, dikecualikan dari hukuman yang telah ditetapkan, atau digugurkan dari tuduhan tertentu jika dia sanggup mengaku salah terlebih dahulu.. Akhirnya pesalah tidak dihukum dengan sepatutnya.Mari kita lihat contoh dalam US kerana negara ini amat penting untuk yahudi. Dalam Supreme Court US, terdapat sebahagian dari perlembagaan yang telah berubah maksud dari tahun 60an. Contohnya mengenai pengertian ‘Equality’ (Persamaan Hak) yang bererti bahawa seseorang atau sesebuah institusi tidak boleh ‘discriminate’ (berat sebelah/tidak adil) terhadap kaum minoriti. Maka wujudlah sistem kuota. Tetapi sekarang ada orang mengatakan bahawa sistem ini pula yang ‘discriminate’ terhadap majoriti. Undang yang sama tapi maksud yang berbeza.

12) Pasukan tentera pengganas rahsia yang ditubuhkan di merata-rata ibukota dan bandar di Barat.

Contohnya di US, Jewish Defense League (JDL) yang telah ditubuhkan oleh Meir Kahane mempunyai pasukan tentera yang sangat rahsia dan terlatih supaya mereka boleh melawan sebarang revolusi menentang mereka.

13) Membuatkan negara-negara menjadi berhutang banyak supaya Illuminati boleh masuk campur dalam urusan negara-negara itu.

Contohnya di Perancis, jika negara itu mahu meminjam wang, disyaratkan perlantikan seorang yang bernama Nekkar menjadi setiausaha kewangan. Nekkar ini pula telah menjadikan Perancis semakin teruk berhutang sehingga US$170 juta setelah dia menjawat jawatan itu sedangkan dia sepatutnya memulihkan kewangan Perancis!

Begitu juga di UK, mereka telah memberi pinjaman sebanyak 1.25 juta pounds dengan syarat negara itu mestilah membenarkan Bank of England ditubuhkan dan menentukan nilai matawang pound (1694). Satu lagi syarat ialah bank itu akan memberi pinjaman sebanyak 10 pounds untuk setiap 1 pound yang diberikan kepada negara. Hasil dari ini, pada tahun 1945, UK telah berhutang sebanyak 22.5 billion pounds dengan bunga sebanyak 445 juta pounds.

14) Menghancurkan sekeras-kerasnya mereka yang menentang.

Sebagai pengajaran bagi mereka yang menentang, tiada tolak ansur akan diberikan. Yahudi mempunyai agennya di merata tempat. Mereka menguasai komunikasi dan kerajaan, dan sebagainya. Contohnya Napoleon Bonaparte adalah salah seorang ejen Yahudi. Apabila dia menjadi semakin berkuasa, dia telah mengkritik Yahudi dengan terbuka. Akibatnya, Yahudi telah berkomplot menentangnya sehingga di telah dibuang negeri dan membuatkannya kalah di Russia.

Begitu juga Abraham Lincoln. Dia mahu bertukar arah untuk menentang Yahudi kerana dia tidak bersetuju dengan polisi Yahudi mengenai Federal Reserve Bank. Akibatnya, dia telah dibunuh oleh seorang Yahudi, John Wilkes Booth pada tahun 1865.

15) Membunuh agen mereka jika agen itu terlalu banyak mengetahui.

Dengan itu, kerja-kerja mereka sentiasa terpelihara dan dirahsiakan. Kita lihat bahawa semua jeneral dan mereka yang terlibat dalam ‘Trial of Nuremberg’ (Perang Dunia Kedua) telah dibunuh kemudiannya. Mereka yang menandatangani perjanjian Versailles juga terbunuh. Pada tahun 1905, mereka telah menghantar seorang agen untuk membuat laporan mengenai Mt. Sinai. Laporan ini sangat bernilai. Kemudian pada tahun 1939, agen ini dihantar sekali lagi untuk membuat laporan rahsia. Beberapa tahun kemudian, agen ini terbunuh dengan misteri. Jadi, hasil laporan itu terus menjadi rahsia.

16) Menggunakan musuh dalam plan mereka.

Bahkan mereka menggunakan musuh untuk membuktikan sesuatu yang memanfa’atkan mereka dan akhirnya musuh itu akan dimusnahkan. Mereka menggunakan Hitler dan Nazi supaya boleh meletus perang antarabangsa. Begitu juga, mereka telah menghasut Saddam Hussein untuk mencerobohi Kuwait. Akibatnya, Iraq diserang tanpa tolak ansur.

Demikianlah perkara penting dari plan Yahudi yang dinyatakan dalam buku itu.

Tamat.

SATU HIGHWAY, I MYWAY YOU NOWAY.

Oleh Annuar Kamaruddin

Kelmarin UMNO kata dia dengan PAS satu tujuan. Sama-sama cari keredhoaan Allah. Ibaratnya, Satu highway, Cuma lorong berlainan. Tujuan tetap sama. Saya rasa pelik. Sebab UMNO selalu bikin tak serupa cakap. Betul ke tujuannya nak cari keredhoaan Allah sedangkan apa yang dia bikin boleh mendatangkan murka Allah.

Kalau kata satu Highway memang betul sebab highway yang kita lalu pasti akan bawa kita ke akhirat. Cuma kita kena pastikan lorongnya bawa ke syurga atau neraka. Kalau nak terus cepat, pilih lorong smartag. Carilah pahala sebanyak-banyaknya. Buat kebajikan. Tinggalkan dan cegah kemungkaran. Jangan bermewah-mewah sangat dengan dunia ini. Apalah sangat dunia. Indah tapi sementara je.

Cuba anda ingat-ingat. Semua yang kita lalui rasa baru seperti semalam je. Walau usia meningkat, kita dok rasa masih muda. (Kalau lelaki tu cita-cita nak pasang dua tak pernah padam. Minta maaf ye!)

Balik kepada cerita Highway. Kalau di dunia ni kita asyik dok khianat kat orang, zalim sana zalim sini, tipu sana tipu sini, kita je nak hidup senang, orang lain dia punya pasal, alamat susahlah di akhirat. Ibarat masuk lorong tunai. Kena beratur, kena sabar, kena blok. Tahu-tahu lorong kita bawa ke neraka. Menyesal dah tak berguna.

Kalau UMNO betul-betul nak cari redho Allah, kita patut rasa syukur. Tapi apa yang realitinya, UMNO tak pernah kasi peluang pada orang lain termasuk PAS. Walaupun kat Highway, UMNO selalu ikut selera dia. Dia guna peronda. Dia kata ini MYWAY. You, NOWAY !

Ahmad Maslan di PRK Permatang Pasir ?

Email Oleh : Amk Johor
Oleh : Zabidie Abas


Apakah tekaan anda yang akan dilakukan oleh Datuk Ahmad Maslan di PRK Permatang Pasir ?

a. Memanjat pohon kelapa, mengupas dan memarut kelapa.
b. Memotong, membanting dan mengeringkan padi.
c. Menguli tepung, membuat dan mengoreng karipap/popiah.
d. Menyiang ikan, nanak kuah dan menyiapkan laksa.
e. Memasak bubuk lambuk, berbuka puasa, sholat tarawih dan tadarus Quran dibeberapa masijd-surau.
f. Bersahur di beberapa rumah penduduk miskin jam 3-4 pagi.
g. Mengajar A,B dan C disekolah Taska / Tadika.
h. Membersihkan tanah perkuburan.
i. Berniaga di Bazar Ramadhan.

Taubat Orang Jahil Tetap Diterima Oleh Allah

Oleh : mohd naim mohd zain

ISLAM tidak menutup pintu kepada umatnya yang bersalah, jika mereka mahu kembali kepada kebenaran dengan membersihkan diri dengan bertaubat. Malah, Islam membuka seluas-luasnya dan menggalakkan mereka berbuat demikian. Galakan diberikan setinggi-tingginya kepada mereka sehingga Allah meletakkan sebagai tanggungjawab-Nya untuk menerima taubat yang datang daripada hati tulus ikhlas. Hal ini kurniaan yang tiada tolok bandingnya bagi orang Islam. Sekali gus, menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang lemah peluang untuk kembali ke barisan yang suci. Dia tidak menyingkirkan mereka buat selama-lamanya seandainya hamba-Nya mempunyai keinginan untuk mendapat perlindungan yang abadi di sisi-Nya.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menerima taubat orang yang melakukan perbuatan keji kerana kebodohannya. Kemudian mereka bertaubat walaupun malaikat telah bersedia untuk mencabut rohnya sebelum sampai ke tenggoroknya.
Mujahid berkata: “Setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, baik keliru atau sengaja, bererti dia bodoh hingga menghindari dosa itu.”

Abdul Razaq berkata: “Ma'mar telah khabarkan kepada kami daripada Qatadah, dia berkata: Sahabat Rasulullah SAW sepakat mengatakan bahawa setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, maka bererti dia jahil, baik sengaja atau tidak.”
Mufassirin juga bersepakat berpendapat yang dimaksudkan dengan kejahilan adalah kesesatan dari jalan hidayah sama ada panjang atau pendek masanya, selagi tidak berterusan sehingga roh sampai ke halkum.

Begitu pun, bagi mereka yang mengetahui atau sedar mengenai kesalahan perbuatan yang dilakukan, mereka dilarang mengulanginya.
Rasulullah menempelak mereka yang melakukan kejahatan terus menerus, sedangkan mereka mengetahui kejahatan yang dilakukannya. Sepatutnya, mereka meminta keampunan kepada Allah di atas kesilapan pertamanya tanpa mengulangi kesalahan itu.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b Amr, daripada Nabi ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah bersabda bermaksud: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

Ada beberapa keadaan taubat seseorang itu diterima oleh Allah. Antaranya taubat hendaklah terbit dari lubuk hati hamba-Nya. Hati itu adalah hati yang baru, iaitu hati yang penuh dengan penyesalan di atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sehingga menjadikannya benar-benar sedar dan insaf.

Taubat yang diterima Allah juga adalah taubat dalam keadaan segera sebelum roh sampai ke tenggoroknya. Hal ini seperti dijelaskan oleh Imam Ahmad yang meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama (rohnya) belum sampai ke tenggorok.”

Hal itu bererti apabila sudah putus harapan untuk hidup, malaikat mula datang menjemput, roh mula keluar dari tenggoroknya, dada mula terasa sesak dan mencapai tenggoroknya. Pada saat itu taubat tidak lagi diterima. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” (Surah al-Nisa’, ayat 18)

Taubat juga tidak diterima ketika datangnya sebahagian tanda besar kiamat akan muncul. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud : “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.” (Surah al-Am’am, ayat 158)

Taubat juga tidak diterima oleh Allah di kalangan hamba-Nya yang mati dalam kekafiran. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah juga dalam surah an-Nisa, ayat 18 yang bermaksud: “Dan tidak pula diterima taubat orang yang mati, sedangkan mereka dalam kekafiran.”
Ibn Abbas menerangkan ayat itu diturunkan kepada pelaku amalan syirik.

Oleh itu, manusia perlu mengelak daripada berada dalam tiga keadaan di atas untuk bertaubat. Sebaik-baiknya bersegera bertaubat di atas setiap kesilapan yang dilakukan.

Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada memohon taubat kepada Allah. Perkara ini kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa manusia, selain Allah. Firman-Nya bermaksud: “Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 135)
Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu memberi keampunan kepada hamba-Nya selagi mana hamba-Nya memohon keampunan kepada-Nya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Said, daripada Nabi bersabda bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhan, dan demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Ku.”


Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

Oleh : mohd naim mohd zain

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.

Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.

Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

PUISI-TAHAJJUD CINTA (KEINSAFAN)

Oleh : Shania Opal

Dinihari yang hening

Pintu lena di buka

Menggapai keinsafan

BagiMu segala puji

Menghampar jiwa raga

Bersujud padaMu

Penegak langit dan bumi

Seluruh isi alam semesta



Engkau penguasa langit bumi

Kau memancarkan kebahagian

Dari rintihan hati yang tercalar

Menyerah diri tanpa curiga

Mencari petunjuk abadi

Larutkan segala keresahan



Di sisiMu jua

Tersusur jalur-jalur doa

Agar terpadam yang tercela

Samada yang sembunyi

Mahu pun yang nyata

Engkau ALLAH Rabbul’aalamin
Mohon keampunan dan perlindungan

Nukilanrasa,
Shania 01 August 2009

Himpunan Aman 5: Himpunan BERSIH Ke Istana Nov 2007

Oleh : hamdy

Isu besar yang diketengahkan diMalaysia pada 2007, malah hingga kehari ini, adalah isu Suruhanjaya Piliharaya, SPR. Isu SPR yg lebih menyebelahi BN dan isu system pilihanraya yg disangsikan telah dibawa kepada pemerhatian rakyat.

Salah satu tindakan Pakatan Rakyat ialah menyeru penyokong penyokongnya supaya turun beramai ramai untuk menghantar memorandum ke Istana Negara. Rakyat berkumpul di beberapa point selepas zohor dimasa itu. Mereka berkumpul di masjid jamik, Sogo dan juga Masjid Negara.

Polis yg membuat taktikal yg berobjektif menyerang rakyat, telah menghamburkan gas dan air puaka kira kira jam 145ptg. Masa ini ialah mereka yang berkumpul selesai sembahyang zohor dan kemudiannya mula bergerak. Di Masjid jamik, polis terus menyerang dipintu masjid dimasa itu juga.

Berlakulah kekecohan. Dimasa yang sama hujan lebat turun yg serba sedikit mengurangkan rasa perit kulit dan cekikan kerongkong hasil dari air dan gas puaka FRU. Kekecohan hasil dari serangan polis berlaku sehingga jam menghampiri 3 ptg.

Apa yg menarik, selepas 3 ptg, rakyat yang berkumpul telah berjalan dengan aman kemasjid Negara. Dari jam 3 petang hingga 530 petang, rakyat berjalan dari bandaraya ke istana dan kemudiannya balik kehingga masjid Negara. Selepas itu mereka bersurai dengan aman.

Apa yg ingin diketengahkan ialah, tidak ada kekecohan berlaku selepas jam 3ptg. Iaitu selepas polis bertindak mengawal keadaan dengan memerhati dan mengawal lalulintas Kekecohan hanya berlaku apabila polis bertindak menyerang rakyat dengan air dan gas puaka mereka. Jika polis menjadi pengawal kepada perjalanan himpunan aman dan menahan elemen porovokasi atau mereka2 yg over, keadaan akan terkawal. Tetapi apabila polis menyerang orang orang yg membayar gaji mereka, keadaan menjadi kecoh apabila rakyat cuba melarikan diri.

Alhamdulillah, rakyat mengambil keputusan untuk melarikan diri. Ini kerana mereka datang bukan untuk bertempur dengan polis.

Saya mendoakan agar Mahathir, pak lah, najib, hishamudin dan ketua ketua polis yg menyerang rakyat akan tercungap cungap diakhir hayat mereka. Paling tidak dapat juga mereka merasa pedih dan tersekatnya kerongkong dek kerana air dan gas puaka mereka.

Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Himpunan Aman 4: Himpunan 100ribu Rakyat Jln Kebun Shah Alam.

Oleh : hamdy

Pada satu tahun yg saya lupa, telah dirancang satu perhimpunan besar 100ribu rakyat di Shah Alam.

Ianya dirancang disebuah kebun tepi jalan, kira kira 400 meter dari lebuhraya kesas. Jalan ini dinamakan Jalan Kebun. Sekiranya pihak polis berhasrat mengawal keadaan, perhimpunan yang dirancang pada petang itu akan berjalan dengan baik.

Pertamanya, ia telah dirancang diluar Kuala Lumpur dan Luar bandaraya shah alam. KEduanya ia dibuat berhampiran dengan lebuhraya maka tidak ada isu kesesekan lalulintas. Lebuh raya kesas pada masa itu terutama section kota kemuning menghala ke kelang tidaklah satu lebuhraya yang sibuk pada zaman itu.

Tetapi apa yang berlaku, polis tidak berhajat untuk mengawal keadaan. Polis lebih berhajat untuk menyerang rakyat. Maka segala strategi dan taktikal polis pada masa itu adalah focus kepada menyerang rakyat.

Tindakan polis yang amat memalukan ialah polis telah mentutup tol selepas Kota Kemuning. Maka pada petang itu berlakulah traffic jam yang teruk di lebuh kesas.

Sekiranya polis berhajat untuk mengawal keadaan, perhimpuan aman tersebut akan dapat dilakukan. Tetapi kerana polis berhajat untuk menyerang rakyat maka, berlaku juraian airmata kerana gas puaka polis. Keadaan lalulintas juga menjadi begitu teruk.

Saya mendoakan agar Mahathir dan ketua ketua polis pada masa itu akan merasa tercekik sungguh disaat saat kematian mereka supaya menjadi iktibar kepada generasi dan bakal bakal ketua polis pada masa akan datang.



Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Tungku Berusia 3.000 Tahun Ditemukan di India

Oleh : Sirajuddin Abbas

NEW DELHI (KONTEKAJA) - Beberapa arkeolog India menemukan tungku dan perkakas lain berusia 3.000 tahun di Daulatpur, dekat kota kecil bersejarah Kurukshetra, India utara.

Seperti dilaporkan harian setempat berbahasa Hindi, Danik Bhaskar, Minggu (5/4), para ilmuwan percaya tempat tersebut pernah dijadikan pabrik pembuatan perkakas. Sebagian perkakas yang ditemukan sudah dibakar, sementara yang lain setengah terbakar.
Tungku semacam itu ditemukan untuk pertama kali di negeri tersebut. Selain itu, satu tungku masak juga telah ditemukan.

Semua tungku dan perkakas tersebut ditemukan ketika arkeolog dari Sri Krishan Museum, Rajendra Singh, dan timnya menggali daerah itu sewaktu mereka mencari barang penting bersejarah untuk pameran di daerah tersebut.

Penggunaan lumpur guna memenuhi tujuan warga setempat telah memberi tanda mengenai adanya tempat pembakaran di bawahnya.

"Dalam upaya penggalian sebelumnya sekitar 35 tahun lalu, sebagian barang telah ditemukan di tempat tersebut, tapi temuan saat ini telah mengukuhkan keberadaan peradaban di sekitar Kurukhshetra sekitar 3.000 tahun lalu," kata laporan itu, yang mengutip keterangan para ilmuwan yang mengerjakan proyek tersebut. - ant

Himpunan Aman 3: Permulaan Reformasi 1998.

Oleh : hamdy

Pada suku terakhir 1998, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Anwar Ibrahim telah dipecat dengan pelbagai alas an, antaranya tuduhan liwat.

Salah satu tindakan rakyat yg menyokong beliau pada masa itu ialah berkumpul beramai ramai. Pada hari itu mereka telah bersembahyang zohor di masjid Negara dan kemudiannya telah berarak ke Dataran Merdeka. Perarakan itu adalah panjang tetapi jarak perjalanan nya pendek.

Hasil dari perarakan pendek itu, rakyat yg menyokong anwar Ibrahim telah berkumpul hampir memenuhi dataran merdeka. Acara itu berlaku dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Tidak ada kekecohan berlaku pada hari itu. Semuanya dan tidak ada gas dan air puaka FRU. Ucapan ucapan berjalan dengan lancer.

Ini menunjukkan jika rakyat dibenarkan berkumpul dan polis menjadi penjaga kepada rakyat, kekecohan tidak akan berlaku. Tetapi apabila polis yang makan dari hasil titik peluh rakyat, menjadi penyerang kepada rakyat maka berlakulah kekecohan. Kekecohan itu berlaku kerana rakyat melarikan diri dan dari gas dan air puaka FRU. Gas dan air itu amat memedihkan dan mencekik kerongkong. Jika tidak lari kemungkinan kepala dan anggota akan dibelasah enak oleh FRU. Silap silap anjing K9 polis pula akan dilepaskan

Semoga Mahathir, najib, hishamudin dan ketua ketua polis yang menyerang rakyat akan tercungap cungap disaat saat akhir kematian mereka. Doa org yg dianiayai tidak ada hijab dengan Allah swt.


Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Mengapa Isu Palestin Hanya Bermusim?

Oleh : AMEER ABDULLAH

Mengapa? Mengapa isu Palestin hanya bermusim? Ia hanya jadi bualan apabila digembar-gemburkan? Ia hanya dipedulikan apabila serangan musuh semakin mengganas? Mengapa jadi begitu?

Bukankah mereka saudara kita? Mereka juga muslim seperti kita? Mereka manusia seperti kita, bukan robot yang hanya berlakon. Hidup mereka, tidak pernah sunyi dari dentuman bom api, rintihan ibu kehilangan anak, tangisan anak kematian keluarga. Tiada sesaat untuk bahagia, tiada masa untuk ketawa.

Kesedihan menjadi teman. Kesusahan itulah kehidupan mereka. Mereka tidak kenal erti senang, mereka tidak tahu apa itu keseronokan. Mereka tidak mampu tersenyum gembira, tiada yang membahagiakan jiwa mereka. Mereka lapar, tidak tahu nikmat kenyang, mereka penat, tidak memahami erti nyenyak. Bagaimana pula kita? Jauhnya jurang perbezaan antara kita dengan mereka.

Temanku, kita hidup penuh kesenangan. Kita mampu ketawa dan berseronok. Kita dapat tidur dengan nyenyak. Kita berpeluang menatap wajah ibu, kita ada masa berdamping dengan ayah, kita bahagia bersama keluarga. Apa yang kita hajati, pastinya kita akan miliki. Jika kita sakit, ada ubat, penawar kesakitan. Jika perut kita lapar, ada makanan yang dapat mengisi, malah kadang-kadang kita terlalu kenyang hingga membuatkan kita begitu lena dalam tidur kita. Bahagianya kita, senangnya hidup kita. Apa yang kurang, boleh ditambah. Ada yang rosak, boleh dibaiki.

Pernahkah kita terfikir, bagaimana mereka saat kita menjamah makanan? Bagaimana mereka tika kita seronok bergelak ketawa? Bagaimana mereka hidup, kita senang tak berkesudahan? Adakah bersama mereka teman pembakar semangat? Adakah saudara pengubat kesedihan? Adakah minuman untuk hilangkan kehausan? Adakah makanan mereka hilangkan rasa lapar? Adakah ibu bersama anaknya? Adakah anak bersama keluarganya? Apakah mereka ada penawar kesakitan dan keperitan? Bagaimana hidup mereka sehari-hari?

Mungkin kita terfikir apabila ada yang bertanya.. Mungkin kita peduli apabila mereka menjadi isu.. Mungkin kita bertanya apabila mereka jadi bualan.. Wahai teman, marilah sama-sama kita tanyakan pada hati kita, di mana rasa sedih kita tika anak Palestin merintih sayu? Di mana perikemanusiaan kita saat kita menonton kisah kehidupan mereka? Mengapa hati kita senyap tanpa perasaan? Mengapa tiada bicara walau hanya kalimah simpati? Mengapa kita pejamkan mata hati kita? Mengapa kita masih berdalih saat mereka perlukan bantuan? Apakah yang menjadi halangan untuk kita turut sedih saat mereka sedih? ..untuk kita rasa sengsara tika mereka kesusahan? ..untuk kita menangis saat mereka menangis?

Pasti ada sesuatu terpaku di hati yang menyebabkan kita jadi begini… yang menyebabkan hati kita hilang rasa… mata kita kering dari tangisan… hati kita sunyi tanpa bicara, hanya berdalih semata-mata. . Mungkin kita terlalu sibuk dengan dunia kita, hingga kita lupa dunia mereka. Mungkin lakonan dan aksi artis merupakan sesuatu yang besar di mata kita, hinggakan rakaman hidup mereka kita pandang sebagai lakonan dan aksi semata-mata. Mungkin hidup kita sunyi dari dentuman bom, rintihan dan tangisan, membuatkan kita tiada apa-apa rasa untuk dikongsi bersama.. Tiada rasa sedih untuk kita turut menangis.. Tiada rasa simpati untuk kita turut membantu.. Tiada rasa tanggungjawab untuk kita munyumbang sesuatu..

Wahai insan, mengapa kita hanya tunduk membisu? Mengapa kita kelu tanpa bicara? Di mana usaha kita untuk turut membantu mereka yang memerlukan bantuan kita? Mengapa kita hanya mendiamkan diri? Peluang beramal di depan mata untuk siapkan bekalan hari kemudian. Andai hati kita tiada rasa, kejutlah ia untuk turut rasa.. Andai diri kita hanya kaku, pujuklah ia untuk berbuat sesuatu.. Kita tidak mampu mengangkat senjata, tidak juga membuat bom api, angkatlah tanganmu yang lemah itu, pintalah sesuatu dari Yang Maha Kuat, iaitu kekuatan dan bantuan dariNya.. Genggamlah penamu untuk kau menyeru agar manusia memahami, membantu dan menyebarkan sesuatu.. Jadilah hamba yang pemurah dengan mengorbankan sedikit dari wang poketmu..
Moga semua itu menjadi saham di esok hari.. Hari yang pasti kita temui, hari pembalasan amal kita di dunia ini. Sanggupkah kita pulang tanpa bekalan? Mampukah kita menjawab segala persoalan, andai anak palestin bangkit mempersoalkan hak mereka sebagai muslim? Kita juga muslim, apa usaha kita untuk membantu mereka, saudara-saudara kita? Sumbanglah sesuatu agar kita tidak pulang dengan alasan tetapi berupa bekalan, ikhtiar kita membantu mereka..