06 Ogos 2009

SATU HIGHWAY, I MYWAY YOU NOWAY.

Oleh Annuar Kamaruddin

Kelmarin UMNO kata dia dengan PAS satu tujuan. Sama-sama cari keredhoaan Allah. Ibaratnya, Satu highway, Cuma lorong berlainan. Tujuan tetap sama. Saya rasa pelik. Sebab UMNO selalu bikin tak serupa cakap. Betul ke tujuannya nak cari keredhoaan Allah sedangkan apa yang dia bikin boleh mendatangkan murka Allah.

Kalau kata satu Highway memang betul sebab highway yang kita lalu pasti akan bawa kita ke akhirat. Cuma kita kena pastikan lorongnya bawa ke syurga atau neraka. Kalau nak terus cepat, pilih lorong smartag. Carilah pahala sebanyak-banyaknya. Buat kebajikan. Tinggalkan dan cegah kemungkaran. Jangan bermewah-mewah sangat dengan dunia ini. Apalah sangat dunia. Indah tapi sementara je.

Cuba anda ingat-ingat. Semua yang kita lalui rasa baru seperti semalam je. Walau usia meningkat, kita dok rasa masih muda. (Kalau lelaki tu cita-cita nak pasang dua tak pernah padam. Minta maaf ye!)

Balik kepada cerita Highway. Kalau di dunia ni kita asyik dok khianat kat orang, zalim sana zalim sini, tipu sana tipu sini, kita je nak hidup senang, orang lain dia punya pasal, alamat susahlah di akhirat. Ibarat masuk lorong tunai. Kena beratur, kena sabar, kena blok. Tahu-tahu lorong kita bawa ke neraka. Menyesal dah tak berguna.

Kalau UMNO betul-betul nak cari redho Allah, kita patut rasa syukur. Tapi apa yang realitinya, UMNO tak pernah kasi peluang pada orang lain termasuk PAS. Walaupun kat Highway, UMNO selalu ikut selera dia. Dia guna peronda. Dia kata ini MYWAY. You, NOWAY !

4 ulasan:

Awanama berkata...

memang tepat. sepatutnya orang umno karat kena baca & muhasabah & berubah. tobatlah, masuk dlm islam semua aspek. jangan bersandiwara pejuangkan bangsa (bangsa apa?..
melayu lanyak melayu, melayu dakwa melayu, pukul & caci maki melayu..

Awanama berkata...

Drs,Sebagaimana YB bangga dilahirkan dr kaum Tionghua,ditakdirkan dicipta Illahi dr susuk Melayu bukan satu kekurangan.Lantas itu umat Melayu wajar mengenalpasti kekuatan dan kekurangan utk terus kekal relevan hingga kiamat.Sudah pasti istiqamah dgn Islam sebagai addin adalah maudhuk nya.Punbegitu tidak rugi seandai nya kita meluangkan sedikit masa mengetahui tentang melayu dr hasil karya Pendeta zaaba "Zaaba dan Melayu".Mahathir Mohammad "Dilema Melayu".Syed Hussin Ali "Melayu -Masalah dan Masa depan".Dr Sidek Baba "Melayu Perkasa"Pahrol Mohd Juoi"Dilema Melayu Islam-Kurang fikir atau Kurang Zikir" dll lagi.Lantaran itu apakah kemelut yg melanda bangsa Melayu sebenar nya? Nona Ratana Chulaborn.

masuksuku berkata...

melayu..satu nama yang kononnya tak hilang didunia oleh han too ah..yang mudah lupa..yang mudah di tindas..mudah diperkotak katikkan..yang boleh dibeli dengan secawan kopi saja..yang tak dipedulikan oleh orang umno walau kononnya menjaga melayu..kelakar nya..dan yang paling penting paling mudah di tipu ...oleh kaumnya sendiri..ditipu oleh air mata ..hakikatnya mana ada melayu berjaya jika tidak berpolitik,,yang tidak menipu sesama bangsa..yang tidak menjual sesama bangsa..satu yang amat disanjungi..melayu dalam kesetiaan terhadap umno..sebab dalam kubur ada satu soalan yang ditanya..kome orang pembangkang ke umno..kalau orang umno ok..takda hisab..tak caya tanya orang umno dan pemimpinnya yang dunggu dunggu itu

Awanama berkata...

To UMNO goon! The only way is ALLAH's Way.